- Susan Loone
- 10:48AM Feb 28 2013
- http://www.malaysiakini.com/news/222531
PRU13 Umno Pulau
Pinang mensasarkan untuk memenangi 14 daripada 15 kerusi yang
ditandinginya dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi pada masa yang
sama, ia juga berdepan tugas berat untuk mempertahankan kemenangan
tipisnya di empat kerusi di negeri itu.
Empat kerusi tersebut di mana Umno menewaskan PKR dengan majoriti kecil pada 2008 ialah Sungai Acheh (majoriti 250 undi), Pulau Betong (294), Teluk Bahang (465) dan Seberang Jaya (533).
Dan kesemua kerusi tersebut terletak kawasan yang dimenangi
pemimpin PKR - Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Yusmadi Yusof
(Balik Pulau) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal), yang kemudiannya menjadi
wakil rakyat bebas.
Kecuali Batu Uban yang yang dimenanginya dari Gerakan dengan majoriti tipis 611 undi - PKR menang selesa dengan majoriti lebih 1,000 undi di sebelas kerusi lain.
Pakatan merampas Pulau Pinang pada 2008 dengan DAP memenangi 19 kerusi, PKR 11 dan PAS satu, manakala Umno menang 11 kerusi, dan sekutu-sekutunya - Gerakan, MCA dan MIC - gagal memenangi sebarang kerusi.
Walaupun
Umno dilihat menguasai kawasan majoriti Melayu di Pulau Pinang, tetapi
spekulasi bertiup kencang bahawa kerusi marginal tersebut juga mungkin
tidak selamat akibat persaingan dalaman dan sabotaj dalam parti.
Pemimpin Umno, termasuk Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah berulangkali mengingatkan ahli-ahli supaya bersatu untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang yang dijangka diadakan dalam beberapa minggu lagi.
"Jika kita laporkan tentang konflik dalaman mereka seperti yang kita lakukan dengan Pakatan Rakyat, maka ia akan mengisi semua halaman akhbar kita - dari depan hingga ke belakang," kata seorang pemerhati politik yang rapat dengan kem Umno.
M
alah, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd
Hashim (kanan) - dahulunya daripada PKR dan baru-baru ini menyertai
Umno yang menurutnya "satu-satunya parti yang mengambil berat tentang
orang Melayu", telah menulis di facebook mengenai harapannya untuk
melihat BN mengotai janjinya untuk meletakkan 'calon mampu menang' dan
bukan hanya kroni pemimpin BN tertentu yang nenumpang populariti Najib.
Bagaimanapun, lain pula pandangan ADUN Seberang Jaya, Datuk Arif Mohd Shah, yang mewakili salah satu daripada kerusi marginal tersebut.
Mohd Arif berkata, pihaknya menjangkakan untuk memenangi lebih banyak kerusi kali ini kerana wujudnya "perpaduan" di setiap peringkat dalam BN Pulau Pinang di bawah kepimpinan pengerusinya yang baru, Teng Chang Yeow dari Gerakan.
Seperti pemimpin BN yang lain, Mohd Arif meletak harapan yang
tinggi terhadap pelan transformasi Najib dan 'Janji Ditepati' untuk
membantu merampas Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.
Ditanya mengenai kedudukannya yang menewaskan lawannya Ramli Bulat dari PKR pada 2008 dengan majoriti 533 undi sahaja, Mohd Arif percaya Umno akan mencapai keputusan yang lebih baik kali ini.
Empat kerusi tersebut di mana Umno menewaskan PKR dengan majoriti kecil pada 2008 ialah Sungai Acheh (majoriti 250 undi), Pulau Betong (294), Teluk Bahang (465) dan Seberang Jaya (533).
Dan kesemua kerusi tersebut terletak kawasan yang dimenangi
pemimpin PKR - Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Yusmadi Yusof
(Balik Pulau) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal), yang kemudiannya menjadi
wakil rakyat bebas.Kecuali Batu Uban yang yang dimenanginya dari Gerakan dengan majoriti tipis 611 undi - PKR menang selesa dengan majoriti lebih 1,000 undi di sebelas kerusi lain.
Pakatan merampas Pulau Pinang pada 2008 dengan DAP memenangi 19 kerusi, PKR 11 dan PAS satu, manakala Umno menang 11 kerusi, dan sekutu-sekutunya - Gerakan, MCA dan MIC - gagal memenangi sebarang kerusi.
Walaupun
Umno dilihat menguasai kawasan majoriti Melayu di Pulau Pinang, tetapi
spekulasi bertiup kencang bahawa kerusi marginal tersebut juga mungkin
tidak selamat akibat persaingan dalaman dan sabotaj dalam parti.Pemimpin Umno, termasuk Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah berulangkali mengingatkan ahli-ahli supaya bersatu untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang yang dijangka diadakan dalam beberapa minggu lagi.
"Jika kita laporkan tentang konflik dalaman mereka seperti yang kita lakukan dengan Pakatan Rakyat, maka ia akan mengisi semua halaman akhbar kita - dari depan hingga ke belakang," kata seorang pemerhati politik yang rapat dengan kem Umno.
M
alah, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd
Hashim (kanan) - dahulunya daripada PKR dan baru-baru ini menyertai
Umno yang menurutnya "satu-satunya parti yang mengambil berat tentang
orang Melayu", telah menulis di facebook mengenai harapannya untuk
melihat BN mengotai janjinya untuk meletakkan 'calon mampu menang' dan
bukan hanya kroni pemimpin BN tertentu yang nenumpang populariti Najib.Bagaimanapun, lain pula pandangan ADUN Seberang Jaya, Datuk Arif Mohd Shah, yang mewakili salah satu daripada kerusi marginal tersebut.
Mohd Arif berkata, pihaknya menjangkakan untuk memenangi lebih banyak kerusi kali ini kerana wujudnya "perpaduan" di setiap peringkat dalam BN Pulau Pinang di bawah kepimpinan pengerusinya yang baru, Teng Chang Yeow dari Gerakan.
Seperti pemimpin BN yang lain, Mohd Arif meletak harapan yang
tinggi terhadap pelan transformasi Najib dan 'Janji Ditepati' untuk
membantu merampas Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.Ditanya mengenai kedudukannya yang menewaskan lawannya Ramli Bulat dari PKR pada 2008 dengan majoriti 533 undi sahaja, Mohd Arif percaya Umno akan mencapai keputusan yang lebih baik kali ini.
Ia bagi mengelak sebarang kemungkinan konflik dalam gabungan tersebut, sebagaimana yang berlaku dalam Pakatan di Johor baru-baru ini di mana pemimpin DAP dan PKR bertelagah secara terbuka kerana berebut kerusi yang bertindih.
Difahamkan,
kajiselidik dalaman Pakatan juga menunjukkan bahawa ia mungkin mampu
meraih hanya 25-30 peratus undi Melayu yang diharapkannya, meletakkan ia
pada risiko kehilangan kerusi majoriti Melayu dan kerusi pengundi
bercampur, yang kebanyakannya dipegang oleh PKR dan PAS.
Law mungkin dipindahkan ke Bukit Tengah untuk menangani "cabaran
terbesar" dari BN, yang dilaporkan merancang untuk membariskan
pengerusinya, Teng Chang Yeow (kiri) di situ, manakala ia Sim, seperti
yang pernah diperkatakan sebelum ini, akan bertadning kerusi Parlimen Bayan Baru.
"Tanggungjawab
bagi memenuhi ikrar ini terletak kepada mereka yang menandatanganinya
dan ia merupakan tanggungjawab yang perlu diberi perhatian oleh saya dan
rakan-rakan dalam BN. Tapi ia juga meletakkan satu tanggungjawab kepada
semua rakyat Malaysia untuk memastikan ahli politik mereka
bertanggungjawab," katanya dalam entri terbaru dalam laman blognya
1Malaysia.com.my.
Calon-calon
yang menandatangani ikrar itu bersetuju mematuhi Akta
Kesalahan-kesalahan Pilihan Raya 1954 dan peraturannya; dan memastikan
tindakan mereka adalah untuk faedah orang ramai dan bukan untuk
kepentingan sendiri.
Ikrar Intergriti Pilihan Raya Transparency International adalah sosial kontrak
Najib
kemudiannya menyerahkan ikrar tersebut kepada Low yang disaksikan oleh
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Umno
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan pemimpin parti kompenan BN.
"Nikmat
itu bukan sahaja dapat tambah pendapatan secara berterusan tetapi juga
dapat klinik untuk perubatan dan anak-anak mereka dapat bersekolah,"
katanya.
Wacana
pada malam ini yang bertajuk, “Kosmopolitanisme Melayu dalam karya P
Ramlee: Melihat dimensi identiti Melayu yang lain” merupakan acara
pertama dalam Festival P Ramlee anjuran Penang Institute yang akan
berlangsung selama sebulan. Pelbagai lagi aktiviti akan diadakan,
termasuk forum yang lain, pertandingan esei, tahlil peringatan, pameran
khas, pesta rakyat, pertandingan nyanyian, permain tradisional dan
lain-lain lagi. Festival P Ramlee ini merupakan suatu usaha yang
bertujuan bukan sahaja untuk meraikan tetapi juga untuk mencetuskan
ilham baru mengenai hasil karya tokoh seniman yang disanjungi ramai.
Masa depan adalah milik mereka yang telah mempersiapkan diri untuknya dari saat ini - peribahasa Afrika
Beliau
memperolehi ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah
dan menyambung pelajaran di peringkat Sarjana dalam Sains Politik Islam
di Universiti Al-Azhar, Mesir.
Pencapaian
beliau semasa berkhidmat sebagai Menteri Besar Terengganu juga
memberangsangkan. Walaupun dinafikan royalti petroleum seperti yang
diperuntukkan di bawah Akta Pembangunan Petroleum Tahun 1974, ia
bukanlah alasan untuk beliau mengabaikan kesejahteraan negeri.
Di
sebalik semua pencapaian ini, beliaa adalah seorang nelayan secara
semula jadi. Beliau suka memancing, meneroka laut ketika cuaca tidak
menentu dan air pasang, menemui horizon baru dalam landskap yang
sentiasa berubah, dan penuh yakin dengan penyerahan mutlak kepada Yang
Maha Berkuasa. Dia tidak banyak berbeza ketika beliau di daratan.