Search Everything

Sunday, 15 April 2012

Isteri Tak Puas, Jangan Ambil Mudah

Posted by Shuk | 8:18 AM  | 
http://hubungan-intim.blogspot.com/

Bayangkan seseorang lelaki itu mempunyai nafsu kuat, tetapi setiap kali bersama isteri, dia gagal bertahan lama atau dengan perkataan lain, cepat klimaks . Perkara ini sepatut berlaku, kerana hubungan kelamin adalah anugerah Allah dan merupakan keperluan manusia.

Masalah isteri tidak puas bukan perkara yang kecil kerana ia akan memberi impak negatif kepada isteri dan seterusnya membahayakan rumahtangga. Sesetengah isteri akan mula merungut tetapi ada segolongan yang hanya mengambil sikap berdiam diri.

Sikap berdiam diri merupakan seperti api dalam sekam yang mungkin suatu hari akan terlihat juga. Ini jika tidak disedari dan tiada usaha bersungguh oleh suami mungkin akan menyebabkan masalah lain seperti isteri curang atau isteri menuntut cerai .

Terdapat online survey yang telah dijalankan berkenaan tahap kepuasan semasa hubungan kelamin dikalangan wanita. Hasilnya agak mengejutkan:
  • 70% tidak pernah mencapai puncak orgasme / klimaks semasa melakukan hubungan seksual dengan suami
  • 65% mengaku sering berpura-pura mencapai orgasme / klimaks semasa bersama suami
  • Hanya 15% mencapai lebih dari sekali orgasme dalam seminggu
Perkara ini perlu dijadikan iktibar oleh semua suami untuk memastikan ini tidak berlaku dalam rumahtangga mereka dan sebelum perkara tidak diingini berlaku.

Tips Seks Hebat

Posted by Shuk | 12:17 AM 
http://hubungan-intim.blogspot.com/

Dalam bahagian pertama ini dilampirkan 5 tips seks yang hebat semoga dapat membantu anda untuk melalui pengalaman yang lebih hebat. Jangan hanya baca, amalkan dan anda merasai kehebatan itu.

1. Jangan half way

Sekali bermula, jangan berhenti ditengah jalan. Jika tak mampu untuk meneruskan cuba perlahankan sedikit, yang penting tidak berhenti terus supaya momentum tidak hilang. Anda sepatutnya menyediakan diri anda dengan baik sebelum 'bermula'.

Ini kerana jika berhenti, terutamanya perempuan, ini akan membuatkan mereka kembali kepada keadaan di awal pelayaran. Seolah-olah anda telah menekan butang 'reset. Apa lagi, ini bermakna anda perlu untuk menghangatkannya kembali.

2. Kesempurnaan

Cuba untuk melakukan secara sempurna yang mungkin. Jangan ada insiden yang mungkin kelakar dan biasanya perempuan tidak suka unsur-unsur kelakar ketika melakukan aktiviti ini. Pakaian hendaklah ditanggalkan dengan sempurna, dan perlulah berhati-hati supaya tidaklah tersangkut dikepala atau dimana-mana.

Insiden seperti itu mungkin boleh mencacatkan suasana romantis. Pastikan semuanya ditanggalkan untuk memastikan 'misi penting' dapat dilakukan dengan sempurna.

3. Kuasa Urutan

Tips seks yang seterusnya ialah keperluan untuk melahirkan suasana yang tenang dan santai kepada pasangan. Tindakan yang rakus tidak akan membantu. Urutan lembut dengan menggunakan jari jemari adalah lebih elok.

Dan jangan pula sesekali menggunakan siku atau kaki, silap-silap berperanglah pulak. Tindakan perlu dilakukan dengan perlahan, untuk hasil yang optimum.

4. Terlalu keras

Perlulah diingat bahawa aktiviti ini bukan merupakan satu pertandingan. Sebaliknya lakukanlah akiviti ini dengan penuh rasa hormat serta sentiasa mencurahkan sepenuh kasih sayang terhadap pasangan anda…

5. Tidak Bercakap Banyak

Elakkan terlalu banyak semasa mengadakan aktiviti ini. Lebih baik menggunakan body language untuk berinteraksi dengan pasangan dan biasanya pasangan tentu mengerti apa yang dimaksudkan.

Oleh itu jangan sesekali menjadi seperti seorang jurulatih sebuah pasukan bola sepak yang menggunakan arahan-arahan yang keras. Sentiasalah berlembut dengan pasangan.

Itulah serba sedikit tips atau teknik seks yang boleh menjadi panduan dalam menjalani rumahtangga bahagia dan hebat. Amalkan selalu dan ia akan menjadi satu kebiasaan.

Membodek atas nama universiti

Amni jagat
12:14PM Apr 15, 2012
http://www.malaysiakini.com/letters/195054

Cakap tak serupa bikin. Begitulah boleh ditempelak pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Baru-baru ini berlaku kes membabitkan kredibiliti sebuah universiti dalam mengurus tadbir pelajarnya dengan sempurna.

Terbaru, tiga pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan didakwa oleh 'mahkamah universiti' berkenaan ekoran penyebaran video bantahan terhadap sebuah program yang dianjurkan oleh universiti.

Program tersebut bertujuan menjayakan hari belia sedunia berubah sifatnya dengan matlamat dan tujuan yang lain, yakni ‘doktrinisasi politik'.

Selalunya BN suka menempelak pihak lawan dengan menyatakan mahasiswa sentiasa diperalatkan oleh politik pembangkang.

Pada hakikatnya tindakan kerajaan terhadap mahasiswa di UTHM kali ini benar-benar menunjukkan siapakah yang sebenarnya memperalatkan mahasiswa dan universiti. Pelajar diminta hadir ke sebuah program yang dipanelkan oleh pemimpin Umno.

Kononnya ia bertujuan untuk membincangkan persoalan mengenai belia.

Tetapi apa yang berlaku berlainan pula. Selama berjam-jam program itu dijalankan, pelajar dihidangkan dengan taklimat atau ceramah berkenaan dengan parti Umno semata-mata.

Perkara itu bukan berlaku di luar universiti tetapi berlaku di dalam universiti.

Bukan itu sahaja, malah dikhabarkan oleh pelajar yang menghadiri program itu, gambar ketua pembangkang Dewan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim juga turut ditayangkan sambil memburuk-burukkan pemimpin tersebut.

Tindakan sedemikian memang tidak bertamadun. Sebuah universiti boleh menjalankan sebuah aktiviti yang tidak bertamadun? Apakah itu taraf universiti di Malaysia pada hari ini?

Doktrinisasi yang menjerat pelajar ini sama dengan tindakan diktator. Pelajar-pelajar yang dipaksa menghadiri program itu sebenarnya didesak dengan begitu teruk.

Dalam waktu yang sama semasa program itu diadakan, pelajar sebenarnya sedang menghadapi minggu ujian. Dan pastinya pelajar mahu menumpukan kepada pelajaran mereka.

Implikasi daripada minggu ujian itu, maka program yang dianjurkan pihak universiti tidak mendapat sambutan yang menggalakkan pada peringkat awalnya. Justeru berlakulah sebuah lagi tindakan yang paling tidak bertamadun.

Pihak universiti mematikan seluruh bekalan elektrik di kolej kediaman pelajar bertujuan untuk memastikan pelajar tidak dapat menyambung pelajaran di bilik mereka.

Maka dengan itu pelajar dipaksa dan dikerah ke tempat program kerana mereka tidak ada pilihan yang lain setelah bekalan elektrik terputus.

Bila sampai sahaja di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, pelajar dihidangkan dengan ceramah program bersajikan politik berpihak kepada Umno. Antara panelnya Datuk Ahmad Maslan, yang hadir sebagai ahli parlimen Pontian dan juga ketua penerangan Umno.

Tindakan universiti dengan memaksa pelajar itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelajarnya. Dari itu pelajar pun mengadakan satu rakaman video khas yang meluahkan segala isi hati mereka dan disebarkan ke khalayak umum.

Kesan dari tindakan itu, pihak universiti memanggil mereka yang terbabit untuk diberikan penjelasan terhadap sebaran video yang dilakukan.

Namun berlaku satu lagi perkara yang mengelirukan, di mana pelajar yang dipanggil bukanlah disuruh untuk menjelaskan mengenai sebaran video tersebut sebaliknya pelajar tersebut akan didakwa oleh pihak universiti atas kesalahan memalukan universiti.

Ternyata tindakan itu cukup memandulkan kredibiliti sebuah universiti. Kalau hendak melobi untuk menjadi calon pilihan raya umum ke-13 pun janganlah sampai terkinja-kinja umpama manusia yang tidak bertamadun.

Alasan yang diberikan oleh pihak universiti adalah berkenaan soal ‘malu'.

Sebenarnya pihak universiti harus mencermin diri sendiri dengan tindakan mereka memaksa pelajar hadir program berbentuk doktrinisasi politik kepartian Umno, yang lebih memalukan dan memandulkan.

Kalau nak membodek pun janganlah menggunakan nama universiti, gunakanlah nama individu sahaja. Ini soal sebuah tempat pengajian bukan rumah persendirian.

UTHM bukanlah milik naib canselornya secara persendirian. Ia melibatkan banyak pihak.

Jika naib canselor UTHM itu mempunyai maruah, ia sepatutnya memohon maaf.

Pelajar harus diberikan kebebasan untuk memilih yang mana baik dan yang mana buruk, bukan dipaksa seperti memaksa kambing meragut rumput.

Saturday, 14 April 2012

Tanggung yuran IPT tapi jangan mansuh PTPTN

Mohamad Iqbal Ab Wahab
1:52PM Apr 2, 2012
http://www.malaysiakini.com/letters/193840

Bagi memperkasakan sebuah masyarakat yang berdaya saing yang bersifat glokal, keutamaan pendidikan perlu diberikan kepada pembinaan modal insan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Isu pendidikan tinggi yang selalu dimainkan adalah berkenaan isu pendidikan percuma. Apakah pendidikan percuma itu merupakan satu kemestian di peringkat ini sebagaimana di peringkat sekolah rendah dan menengah?

Berbalik semula kepada dasar kerajaan, sekiranya kerajaan ingin melahirkan tenaga mahir yang bersifat kompetitif dan komprehensif, maka pendidikan percuma seharusnya menjadi kemestian.

Antara usaha yang boleh dilakukan adalah melalui pemansuhan yuran pengajian kepada pelajar sebagaimana yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Perkara ini akan membuka ruang kepada pelajar untuk turut serta dalam proses pengajian tanpa halangan dari sudut pembayaran yuran pengajian.

Pemansuhan yuran pengajian pula tidak bererti para pelajar tidak memerlukan wang untuk sara hidup, oleh itu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan satu saluran yang relevan untuk digunakan oleh para pelajar yang tidak mampu.

Objektif PTPN adalah untuk memastikan pembiayaan yang efisien disediakan kepada pelajar yang layak mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), selaras dengan hasrat kerajaan supaya tidak ada pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab kewangan.

Melalui pemansuhan yuran pengajian, PTPTN akan menjadi satu badan untuk menyediakan pinjaman kepada pelajar yang memerlukan wang untuk kos sara diri di IPT sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin.

Maka, penghapusan PTPTN secara total adalah suatu tindakan yang terlalu drastik yang hanya akan merugikan kebanyakan pihak.

Keterikatan PTPTN terhadap sumber kewangan yang disalurkan melalui KWSP memaksa badan tersebut mengenakan caj terhadap para peminjam.

Oleh itu, PTPTN harus berusaha untuk memastikan supaya peminjam hanya dikehendaki membayar berdasarkan jumlah sebenar pinjaman tanpa dikenakan caj perkhidmatan.

Untuk melaksanakan perkara ini, PTPTN harus mempelbagaikan sumber kewangannya daripada bergantung kepada sumber dana yang terhad dan berorientasikan keuntungan semata-mata.

Pemotongan terhadap jumlah pinjaman asal juga boleh dilaksanakan mengikut peratusan tertentu, berdasarkan keputusan yang diperolehi pelajar setelah tamat belajar.

Maka, perkara ini merupakan suatu perkara yang lebih realistik berbanding pemansuhan terus PTPTN.

Perkara yang harus difikirkan kini adalah kaedah untuk menghasilkan pelaburan yang bermanfaat kepada negara, memandangkan negara terbeban dengan hutang menjangkau RM400 bilion.

Oleh itu, selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP), pendidikan sebagai prospek pelaburan terbesar harus diberi perhatian dalam usaha untuk membentuk sebuah negara yang benar-benar memiliki keupayaan inovasi untuk melonjakkan satu harapan bagi membina sebuah negara maju.

Sebagai rumusan,kami ingin menyatakan pendirian mahasiswa Malaysia:

1. PTPTN tidak seharusnya mengenakan sebarang caj ke atas pembiayaan
pinjaman kerana ia akan membebankan mahasiswa kerana akan terus
berhadapan dengan bebanan hutang sejurus selepas graduasi

2. Berkenaan isu pendidikan percuma, kami berpandangan kerajaan
bertanggungjawab menyara hanya yuran pembelajaran di universiti. Namun begitu, kos sara hidup (makan,buku) mahasiswa harus menjadi tanggungjawab individu, bukan kerajaan. Kerajaan hanya perlu menambah subsidi yuran dari 75% kepada 100%

3. Mahasiswa cemerlang layak memohon biasiswa dan secara langsung seluruh kos sara hidup mereka akan dibiayai sepenuhnya. Ia akan menggalakkan persaingan secara sihat di kalangan mahasiswa.

4. Kerajaan tidak perlu membiayai yuran kepada pelajar di universiti
swasta (IPTS) kerana ia adalah pilihan individu dan mereka berhak
untuk memilih institusi pendidikan yang terbaik.

Mohamad Iqbal Ab Wahab merupakan presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UIAM

Umat kehilangan jenama

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
1:05PM Apr 13, 2012
http://www.malaysiakini.com/news/194912

ULASAN  Sering kali apabila bersolat di Masjidil Haram ataupun Masjid Nabi SAW, perasaan saya tersentuh, penuh rasa kagum kepada umat ini.

Apa tidak, ratusan ribu, bahkan jutaan manusia datang dari pelbagai negara dan bangsa, latar pendidikan dan budaya yang berbeza, tidak mengenali antara satu sama lain namun tetap mampu untuk membentuk saf-saf solat yang penuh teratur.

Tidak pernah sama sekali sebelum itu mereka melakukan apa-apa raptai membentuk saf untuk jumlah yang demikian besar, melainkan amalan solat berjemaah di negara masing-masing.

Namun, apabila sahaja iqamat dilaungkan, jutaan manusia pelbagai bangsa, pelbagai latar budaya, pelbagai gaya, pelbagai negara bangun berdiri mengambil tempat dalam saf-saf solat dengan penuh disiplin.

Tiada siapa berhak bertanya apakah awak layak berada di sebelah saya ataupun tidak? Tiada siapa berhak menghalau orang lain keluar dari safnya tanpa sebab yang diizinkan syarak.

Tiada saf khas untuk golongan bangsawan yang mengharamkan golongan bawahan berada sebaris dengan mereka. Betapa agama ini telah menghimpunkan dan mendisiplinkan manusia.

Demikianlah ibadah-ibadah lain dalam Islam ini. Haji, perlambangan kesetaraan manusia. Tiada hak sesiapa menghalang orang lain bertawaf kerana orang bangsawan ingin bertawaf. Tiada siapa yang berbeza dalam beribadah kepada Allah.

Tiada raja ataupun sultan yang boleh menyeru Allah dengan kesombongan diri atau bahasa yang berbeza kerana dia raja atau presiden ataupun sultan. Maha Suci Allah dari membezakan hamba-hamba-Nya disebabkan kedudukan dunia mereka.

Bahkan, Allah menerima mana-mana doa yang penuh kerendahan jiwa dan menolak doa yang dilafazkan dengan kesombongan diri.

Demikian puasa, zakat dan pelbagai ibadah lain dalam Islam jika dihayati banyak nilai-nilai mulia dalam kehidupan individu dan masyarakat Muslim dapat dibina.

ab taharah ataupun kebersihan dan penyucian diri, pakaian dan tempat ibadah mempunyai banyak nilai yang Islam didik penganutnya.

Manakah kesannya?

Namun, malang sekali negara-negara Muslim itu kebanyakannya kotor. Ambil sahaja Kaherah yang orang Islam bangga kerana adanya Universiti al-Azhar. Ia dianggap sebagai kota ilmu oleh sesetengah pihak.

Namun, Kaherah juga merupakan kota sampah-sarap. Kekotoran seakan menjadi budaya. Tiada disiplin dalam hidup bermasyarakat. Rasuah dan salah guna kedudukan bermula dari tukang sapu sampah sehingga ke presiden negara.
Jalan raya tiada peraturan. Bunyi hon kereta rukun wajib dalam memandu. Sehingga saya pernah bergurau:

"Orang Mesir boleh pandu kereta tanpa tayar tetap tidak boleh pandu kereta tanpa hon."

Asap dan bau busuk adalah aroma kehidupan mereka. Di manakah perginya golongan agama dan ilmuwan kota itu? Di mana perginya segala perbahasan ilmu yang laung-laungkan itu? Apakah pula disiplin dan nilai baik yang manusia dapat kutip dari mereka?

Dua minggu lepas saya berada di Irbid, Jordan. Bandar yang mengelilingi Universiti Yarmouk. Malang sekali, sampah sarap bagaikan bunga-bunga yang menghiasi bandar itu. Menyedihkan.

Saya bukan ingin memuji Oxford berlebihan kerana saya berada di sini sekarang. Namun ini suatu realiti. Bandar ilmu ini bersih. Sukar sama sekali mendengar hon kenderaan. Juga tiada pencemaran asap bas ataupun kenderaan biasa.

Orang tahu menggunakan tong sampah, bahkan tahu membezakan jenis sampah. Gereja memang banyak di bandar ini, namun ia tidak semakmur masjid-masjid di tempat kita.

Bahkan kebanyakan mereka tidak percayakan agama, sekalipun mereka percaya wujudnya Tuhan. Saya percaya nilai-nilai baik itu tiada kaitan dengan agama, tetapi kejayaan pendidikan yang mantap dan berkesan.

Sehingga nilai-nilai baik menjadi budaya. Sementara kita, golongan agama ramai yang sibuk dengan teori itu dan ini, ataupun sibuk mengisi dan menggemukkan poket masing-masing melebihi usaha mendidik dan membentuk umat yang berkualiti.

Sibuk menghukum orang lain sehingga terlupa mengemaskan diri, rumah dan negara sendiri.

Umat contoh
Kita membaca firman Allah (maksudnya):

"Demikian Kami jadikan kamu umat yang wasat supaya kamu menjadi saksi ke atas manusia dan al-Rasul itu menjadi saksi ke atas kamu." (Surah al-Baqarah: 143).

Perkataan ‘wasata' jika diterjemahkan ke dalam bahasa kita bermaksud pertengahan (moderation). Ayat ini dibahaskan oleh para mufasirin dengan pelbagai tafsiran yang kesemua memberi makna umat Islam ini dijadikan Allah sebagai umat yang adil, mulia dan contoh kepada umat lain.
Al-Syinqiti dalam Adwa al-Bayan mentafsirkan sebagai umat pilihan dan adil. Demikian juga Ibn ‘Ashur dalam al-Tahrir wa al-Tanwir memberikan tafsiran yang hampir sama.

Dalam edisi English Taisirur Rahman ditafsirkan: "Anation which profoundly great and most superior".

Persoalannya, di manakah ini semua pada hari ini. Ya, umat ini telah membuat sejarah pada masa lalu, tetapi apakah realiti hari ini?

Kita mengutuk ataupun mengkritik Barat tetapi kita jangan lupa bahawa banyak nilai yang baik Barat telah bina untuk kehidupan mereka. Di samping perkara-perkara yang kita tidak setuju tentang mereka, mereka mempunyai banyak perkara positif yang kita gagal dalam kehidupan kita.

Ambil sahaja soal hak rakyat dalam mempersoalkan sesiapa yang menyalahgunakan harta awam dan wang pembayar cukai, mereka miliki hak itu.

Surat khabar dan media mereka berhak mempertikaikan baju, cuti dan segala perbelanjaan yang digunakan oleh HM Queen dan istananya. Tiada sebarang hukuman kerana itu. Belanja Queen dan istana dibentangkan kepada rakyat jelata.

Mereka berhak mempersoalkannya. Jadilah mereka bangsa yang bermaruah dalam soal tersebut. Kita tahu pada tahun ini kerajaan British menolak untuk HM Queen Elizabeth membeli kapal persiaran.
Padahal Queen telah 60 tahun berkhidmat. Jurucakap PM David Cameron, Steve Field menyebut:

"I don't think anyone is suggesting public money should be used for this. There is a difficult economic situation, there are scarce public resources, therefore we don't think it would be an appropriate use of public money".
Inilah sikap rakyat yang merdeka dari menjadi hamba penguasa. Malang sekali di dunia Muslim; presiden, sultan dan raja boleh menggunakan harta awam tanpa dipersoalkan. Lebih buruk lagi, rakyat yang mempersoalkan itu pula yang dianggap bersalah dan derhaka, sedangkan si penguasa dan raja yang menggunakan harta negara dan awam disanjung mulia.

Harta dan belanja mereka tidak dibentangkan kepada awam. Istana, kereta, komisen projek itu dan ini didiamkan sahaja. Inilah dunia Muslim. Laung Allahu Akbar (Allah Maha Besar) hanya di corong pembesar suara, tapi dalam kehidupan rakyat, penguasa juga yang maha besar.

Inilah rakyat yang diperhambakan dan tidak merdeka. Bagaimana mungkin rakyat yang seperti ini menjadi umat contoh kepada agama lain? Ini bukanlah ciri wasatiah yang dimaksudkan oleh al-Quran. Sama sekali tidak!

Sebab itu, walaupun ‘Arab Spring' mempunyai kesan negatifnya, tetapi positifnya lebih banyak. Sekurang-kurang umat Islam tidak dilihat menjadi hamba golongan rejim dan pemerintah yang zalim lagi korupsi, yang memeras harta dan darah, sedangkan umat ini berdiam saja.

Ini mesti dihentikan! Sekurang-kurang dibuktikan pada dunia, umat ini masih hidup!

Saya teringat kisah Khalifah Umar bin al-Khattab yang disebut oleh Ibn Qayyim (meninggal 751H) dalam I'lam al-Muwaqi'in bagaimana satu hari beliau bangun berucap di hadapan rakyatnya sambil berkata:

"Hendaklah kamu dengar dan taat!"

Tiba-tiba sahabat Nabi SAW yang lain, iaitu Salman al-Farisi bangun dan berkata: "Kami tidak mahu dengar".

Umar pun bertanya: "Mengapa wahai Salman?"
Jawab Salman: "Engkau membahagikan kepada rakyat pakaian seorang sehelai, sedangkan engkau mengambil sebanyak dua helai."

Jawab Umar: "Sabar wahai Salman!

Lalu Umar berkata kepada anaknya: "Wahai Abdullah (bin ‘Umar), beritahulah dia bahawa pakaian yang aku pakai ini adalah bahagian engkau yang engkau berikan kepadaku."

Jawab Abdullah bin ‘Umar: "Ya, demi Allah".

Jawab Salman: "Kalau begitu, silakan, kami mendengar (taat)".
Kita perlu mengembalikan jenama kita yang tinggi nilai di mata manusia. Kita umat yang 'berjenama' pada suatu masa dahulu. Tiada siapa yang wajar membiarkan kemunduran ini.

Hanya golongan pengampu ataupun literalis sahaja yang cuba menjustifikasikan kemunduran kita yang gagal menjadi umat contoh. Islam terhijab dalam banyak keadaan disebabkan realiti yang kita alami ini.

Kita mesti berubah. Rakyat dan pemerintah mesti bergerak ke arah perubahan. Kembalikan jenama kita. Kita umat yang branded. Kita umatan wasatan.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin merupakan bekas mufti Perlis. Beliau kini bertugas sebagai zamil di Universiti Oxford, United Kingdom. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmiMalaysiakini.

PSIKOLOGI: Peluk isteri 10 saat, panjang umur lima tahun

Isnin, 25 Julai 2011

http://bernama548.blogspot.com/2011/07/psikologi-peluk-isteri-10-saat-panjang.html

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.


``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.


``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk `Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam

anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.


Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.


Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.


``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan memeluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.


Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.


``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah

Friday, 13 April 2012

Masalah Kesihatan Seksual Lelaki

Monday, March 19th, 2012
http://www.kuatbatin.com/article/masalah-kesihatan-seksual-lelaki/

Kesukaran seksual hampir tidak dapat dinafikan, setiap dan semua lelaki menghadapi beberapa jenis masalah seksual pada masa tertentu dalam hidupnya, ia mungkin menjadi isu sementara atau gangguan kekal. Menjadi bijak untuk menangani gangguan kecil itu, jangan biarkan ia menghalang perkahwinan anda atau kehidupan cinta.

Kesukaran seksual biasa lelaki ada juga yang melibatkan masalah untuk mencapai atau mengekalkan ereksi, memancut terlalu cepat, atau sukar mencapai orgasme. Apa yang cukup keras, cukup pantas, dan masa yang mengcukupi diputuskan oleh orang-orang yang terlibat, bukannya oleh jam atau beberapa standard yang sewenang-wenangnya. Jadi, mempertimbangkan dulu perkara-perkara di bawah sangat penting sebelum mengambil apa-apa keputusan.
  • Masalah dalam mencapai atau mengekalkan ereksi, juga disebut sebagai Mati Pucuk atau Disfungsi ereksi, ejakulasi berulang, atau ejakulasi yang lambat adalah beberapa gangguan biasa bagi masalah kesihatan seksual lelaki. Masalah seperti itu bukan luar biasa; jangan menjadikan ia sesuatu isu seksual yang besar.
  • keinginan seksual yang tidak seimbang dan keutamaan tidak sama dengan gaya seks adalah normal dan tidak dapat dielakkan dalam hubungan jangka panjang. Ia adalah bagaimana anda mengendalikannya yang membuatkan ia berbeza.
  • Usaha seks atau keinginan untuk membuat hubungan seks berbeza pada lelaki. Seperti wanita, ramai lelaki tahu bagaimana rasanya menjadi tertekan oleh selera seksual pasangan mereka yang lebih besar. Oleh itu, jangan mengharap sesuatu yang lebih daripada lelaki atau pasangan anda.
  • Jangan biarkan kesukaran seksual adalah lebih penting daripada hubungan anda, ia adalah biasa bahawa gangguan fungsi seksual lelaki mewujudkan perselisihan di antara keintiman anda. Apabila rakan kongsi sama ada mempunyai disfungsi kerap atau keinginan yang rendah, kedua-dua pasangan akhirnya berundur ketika melakukan hubungan seks ke dalam dunia mental yang berasingan dengan kebimbangan dan kekecewaan. Cuba selesaikan isu ini dengan perbincangan bersama, penyelarasan dan bantuan.

Disfungsi seksual adalah satu fenomena biasa, kebosanan Seksual, kekurangan keintiman, keinginan yang rendah, dan seks tanpa nafsu adalah biasa dan tidak dapat dielakkan pada peringkat pertengahan dalam evolusi hubungan anda. Dibawah kesukaran biasa seksual, adalah proses semulajadi dalam perkembangan diri yang sering dipermainkan. Seks yang tidak memuaskan tidak menunjukkan bahawa sesuatu yang sedang berlaku, atau telah hilang adalah salah.

Apa yang lebih penting masalah seksual lelaki lebih mudah untuk dirawat melalui ubat-ubatan. Mengapa perlu teragak-agak apabila anda sudah mempunyai pilihan untuk diri sendiri. Pil oral seperti Viagra, Cialis dan Levitra begitu mudah boleh mengatasi masalah mati pucuk dan membantu anda mendapatkan semula kehidupan seksual anda.

Jangan menyalahkan segalanya pada ketidakserasian seksual, atau tanda-tanda penuaan atau penyakit. Dan tidak mengurangkan masalah seksual semasa kepada perkara-perkara dari masa yang lampau, ia mungkin proses pertumbuhan semulajadi dalam hubungan anda di tempat kerja pada masa ini. Untuk mendapatkan hubungan seksual, keintiman, nafsu, dan keghairahan ramai dari kita mahukan. Jadi, banyak perkara yang perlu dilakukan ke arah itu.

Tuesday, 3 April 2012

Kembara ke Jordan: Kenangan dan kasih sayang

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
8:46AM Mac 30, 2012
http://www.malaysiakini.com/columns/193591

ULASAN Saya baru sahaja pulang ke UK setelah seminggu di Jordan. BumiJordan meninggalkan petanda besar dalam kehidupan saya. Apa tidaknya, di situlah saya mempelajari Bahasa Arab dan Syariah.

Walaupun dahulu ada pihak yang hasad cuba menafikan bahawa saya memiliki pengajian far’i Syariah dari Universiti Jordan, namun dunia dokumen menafikan segala. Kadang-kala hasad dengki menjadikan kita kebingungan apakah yang dikehendaki oleh empunya penyakit itu.

Setelah 15 tahun meninggalkan Universiti Jordan, saya kembali melawat semula. Perasaan saya terbang bersama keindahan lampau. Namun, tempat kenangan tidak dapat mengembalikan keindahan, jika watak-watak kenangan sudah tiada lagi.

NONEBahkan, berada di tempat kenangan mungkin hanya membangkitkan kesedihan apabila memikirkan kenangan yang tidak akan menjelma semula.

Saya melawat kuliah utama saya, Kuliah al-Adab dan juga kuliah far’i saya kuliah Syariah. Alhamdulillah, semasa di kuliah Syariah saya ditakdirkan bertemu dengan sahabat lama saya Rayyan yang hari ini sudah bergelar Dr Rayyan dan menjadi pensyarah di situ.

Dia menjemput saya makan tengah hari bersama tetapi saya tidak sempat. Demikian masa itu menukar manusia, dari seorang pelajar kepada seorang pensyarah.

Hari-hari semalam setiap kita tinggalkan bersama pengetahuan dan pengalaman yang dikutip. Nilainya merujuk kepada bekalan yang berjaya dikumpulkan. Itu kekuatan dalam membentuk insan menghadapi realiti yang baru.

Guru-guruku


Insan yang paling saya ingin temui ialah guru saya Dr Salah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi. Dia seorang ilmuwan dalam tafsir dan lain-lain.

Banyak karyanya dalam dunia ilmu.

Dahulu dia imam di Masjid ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf, Sweileh, Amman. Masjid tersebut memang bersejarah. Dr Abdullah ‘Azzam pejuang Afghanistan yang syahid juga dari masjid itu. Dulu, kami para pelajar yang dahagakan ilmu menghadiri kelas pengajian Dr Salah al-Khalidi di
masjid.

NONEDia ada kuliah tafsir tetap setiap pagi selepas solat fajar. Kami menikmati semangat perjuangannya yang tinggi. Khutbah-khutbahnyamembakar semangat. Pernah polis mengepungnya untuk diambil tindakan.

Di masjid itu juga, kami mempelajari ilmu dari guru-guru lain yang handal-handal yang berjiwa pejuang terutama dua ahli Parlimen Jordan ketika itu Dr Hammam Sa’id dan Dr Abd al-Qadir Abu Faris.

Dr Hammam mengajar hadis dan Dr Abu Faris dalam politik. Masjid itu sering panas dengan isu-isu semasa. Saya agak rapat dengan Dr Salah al-Khalidi. Saya sering ke rumahya, bahkan sebelum pulang dia memberikan bukunya Qabasat Tarikhiyyah yang belum dicetak dan masih tulisannya kepada saya. Saya masih simpan naskah asal itu sehingga hari ini.

Saya menemui Dr Salah al-Khalidi, dia sudah bertongkat. Dia dibuang dari Masjid Abd al-Rahman ‘Auf. Dia juga tidak dibenarkan meneruskan kuliahnya. Kini dia hanya boleh memberikan kuliah subuh tafsir ringkas di masjid lain di kawasan Sweileh itu iaitu Masjid Farid Khalil, sebuah masjid baru.

Namun, dia bukan lagi imam dan khatib seperti dulu. Mungkin istilah tanpa tauliah tidak digunakan, namun dia tetap dihalang. Dia hanya boleh mengajar kuliah singkat subuh dan di universitinya sahaja. Dia seperti semalam. Semangatnya tidak pudar.

Dia berkata kepada saya: “Kerajaan yang zalim menghalang kelas-kelas ilmunya”.

Saya berjumpa beliau di masjid baru itu selepas solat fajar. Sedih juga melihat keadaannya. Malang sekali, saya terlupa membawa sesuatu untuknya sebagai kenangan dari saya. Itu kesilapan besar.

Saya sayangkan beliau. Banyak yang saya pelajari dari beliau. Demikian dalam hayat kita, ramai guru yang berjasa menyumbang ilmu dan pembentukan fikiran kita. Seseorang guru kita sayangi, walaupun tidak semestinya kita bersetuju dengan setiap bilah perkataannya.

Guru yang jujur memberikan kesan yang dalam kepada jiwa kita. Jika ada yang kita tidak bersetuju dengan tindakan atau pendapatnya pun,tidaklah bererti kita melupai jasanya. Sayang dan cinta, mempunyai ruang yang berbeza dari ‘ikut semua yang guru kata’.

Tidak bersetuju, bukan bererti tidak sayang. Bersetuju pula, tidak bererti sayang. Namun, mengasihi guru adalah faktor yang amat penting dalam pembentukan ilmu. Setiap orang akan sedar, ilmu yang paling mudah dipelajari, ialah apabila murid menyayangi gurunya.

Justeru itu, guru yang disayangi sering membawa pelajar cemerlang. Mudah masuk, mudah faham. Melihat wajah pun sudah menggembirakan perasaan. Kehadirannya dinanti, maka ilmunya mudah dinikmati. Jika guru dibenci, segala ilmunya menjadi pahit.

Maka, murid hanya menunggu masa berhenti untuk guru meninggalkan ucapannya. Ilmu juga sukar dapat, tidak berkat. Sebab itu, Islam menyuruh kita menyayangi guru yang paling agung, Rasulullah SAW.

Cinta Rasul adalah asas agama ini. Ini kerana baginda sumber ilmu dan kebenaran. Ilmu dan kebenaran itu diambil dari baginda dengan penuh rasa cinta.

Sesiapa yang membenci atau tidak menyayangi Rasulullah SAW maka segala ambilan ilmunya tidak bermakna dan berfungsi secara sepatutnya.

Saya adalah insan yang amat kerdil untuk menceritakan tentang diri sendiri yang penuh dengan segala kelemahan. Namun, saya rasa saya sayangkan insan-insan yang berjasa membentuk ilmu dan fikiran saya.

Saya masih terasa betapa nikmat semasa saya mencium dahi al-Syeikh Muhammad Salih ibn Uthaimin RH. Beliau seorang yang amat soleh dan alim. Ratusan ribu muridnya. Ribuan manusia sering mengelilinginya.

NONESaya sayangkannya, walaupun beliau tidak kenal saya. Saya berdoa kepada Allah tentangnya. Banyak kali Allah rezekikan saya mencium dahinya. Pada tahun 2000, Allah rezekikan saya menjadi penterjemah semasa beliau berceramah kepada tetamu-tetamu haji yang tidak tahu bahasa Arab.

Saya sempat berada di sisinya ketika itu, walaupun sebelum itu sering juga. Namun semasa tersebut, ruang lebih selesa dan lama. Saya juga masih ingat ketika saya meminta guru sanad saya Maulana Zain al-‘Abidin al-‘Azami di Saharanfur India mendoakan saya.

Saya rasa sayang kepadanya atas ilmunya. Semasa di berada dalam masjid, saya solat di sampingnya dan meminta beliau berdoa kepada saya. Beliau berdoa kepada saya dalam bahasa Urdu, saya tidak faham, tapi saya yakin beliau doakan kebaikan saya.

“Amin,” kata saya.

Saya mencium beliau. Dia soleh dan alim. Pada tubuhnya yang uzur, terlihat tanda ikhlas seorang guru. Saya bukan orang soleh, tapi saya sayang orang soleh. Mudah-mudahan Allah ampunkan saya, dan dapat saya memperoleh syafaat mereka.

Apabila kita mencintai guru, kita mencintai ilmu. Apabila kita mencintai ilmu, kita wajar mencintai guru. Keikhlasan guru dilihat pada jihad ilmunya. Memang, keikhlasan itu dalam pengetahuan Allah, namun sering tandanya hadir dalam kehidupan insan.

Ilmu bukan semata untuk wang. Ilmu yang dicurah kerana wang semata akan lesu rohnya. Inilah yang sering berlaku kepada sebahagian guru-guru di universiti dan sekolah pada hari ini. Tidak dinafi, ramai juga yang ikhlas.

Di Jordan, saya tidak lupa Dr Mu’iz Hariri, Dr Amin Qudah, Dr Sharaf Qudah, Dr Umar Ashqar dan lain-lain. Saya sayangkan mereka semua.Tentu saja saya amat sayangkan sahabat dan guru PhD saya Prof Dr Muhammad Abul Laits al-Khair Abdi.

Kedai kitab


Saya pergi melawat beberapa kedai buku di Amman. Semasa pelajar, kedai kitab merupakan antara menu utama hidup. Saya pergi ke kedai buku Dandis, Amman. Sebelum sampai saya berfikir apakah Muhammad Dandis masih ingat saya dan nama saya.

Masya-Allah, apabila sampai beliau masih ingat saya yang telah 15 tahun tidak datang ke kedainya. Bahkan apabila ada orang berada tentang kitab tulisan saya Sabab Wurud al-Hadith, dawabit wa ma’ayir.

Beliau menunjukkan ke arah saya: “Itu penulisnya”.

Beliau memberitahu saya bahawa ada empat orang pengunjung setia kedainya yang beliau tidak lupa; Prof Zulkifli Yusuf (UM) yang dulu belajar di Jordan, saya, seorang pelajar Bosnia dan seorang pelajar Korea.

NONEBau kedai kitab menggamit kenangan masa belajar. Banyak kitab baru yang muncul. Kitab bagaikan bukit yang tersusun. Bandar Amman itu sendiri ada pelbagai kedai kitab. Namun saya juga tertanya, Bandar Amman itu kelihatan kotor dan tidak tersusun.

Manusianya susah dan serabut wajah mereka. Apakah peranan timbunan kitab-kitab jika gagal untuk mengubah kehidupan manusia? Apakah buku sekadar penghias bahasa orang ilmuwan, ataupun hiasan dinding rumah dan perpustakaan namun berfungsi mengubah pemikiran dan kehidupan?

Segala falsafah dan hiruk-piruk perbahasan agama, ke mana akan pergi akhirnya? Penyedap bicara, menghabis wang manusia membayar harga kutub khanah? Sedang khazanah ilmu itu gagal mengubah segala derita dan kemunduran umat.

Jika penulisan di Barat banyak yang berjaya membentuk polisi politik dan kehidupan yang mereka impikan, sejauh manakah pula impak tulisan agama dalam masyarakat Arab? Nyata bahawa ‘Arab Spring’ itu satu keperluan untuk umat Arab.

Peranan mahasiswa

Akhirnya, saya berterima kasih kepada pihak kedutaan yang menyambut kedatangan saya dengan mesra. Para pelajar di Irbid yang memeriahkan ceramah-ceramah saya dengan kehadiran mereka.

Sambutan kepada saya yang mesra dan memberangsangkan amat dihargai. Hari ini saya rasa fikiran pelajar di Jordan sudah banyak yang merdeka.

Merdeka dari kongkongan kerajaan dan pembangkang. Bebas menentukan pendirian. Berani bersuara Itulah harapan kepada generasi baru jika kita ingin melihat mahasiswa berfungsi.

Seorang ahli politik yang ada kaitan dengan agama datang melawat pelajar Jordan sebelum itu dan menyatakan betapa pelajar terhutang budi kepada kerajaan dan mesti menyokong dasar-dasar kerajaan.

Lalu diungkit jasa seakan “wang yang diberi terbit dari poket menteri”.

Bahasa yang seperti itu menunjukkan betapa pengucapnya membodohkan pendengar. Betapa rendahnya nilai mahasiswa pada matanya.

Saya ‘menghasut’ pelajar untuk membebaskan diri dari fanatik kumpulan politik atau selainnya, sebaliknya menentukan pendirian sendiri setelah membaca, mengkaji dan berfikir. Itulah asas kehidupan ahli ilmuan selaras dengan firman Allah: (maksudnya):

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta akal, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya”.(Surah al-Isra ayat 36).


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin merupakan bekas mufti Perlis. Beliau kini bertugas sebagai zamil di Universiti Oxford, United Kingdom. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

'Orang reformasi tak boleh tipu rakyat'

Amin Iskandar
11:03AM Mac 27, 2012
http://www.malaysiakini.com/columns/193242

ULASAN Semenjak Merdeka, Selangor sentiasa berada di bawah kekuasaan BN atau dahulu dikenali sebagai PERIKATAN.

Pilihan raya umum ke-12 merubah sejarah politik negara. Buat pertama kalinya Selangor tumbang ke tangan pembangkang.

Anak jati Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengangkat sumpah sebagai menteri besar yang ke-14.

Selain daripada mempunyai hasil dan kekayaan yang terbesar, negeri ini juga adalah tempat letaknya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya.

Dan jangan lupa, Kuala Lumpur itu juga pada satu ketika dahulu adalah sebahagian daripada negeri Selangor.

Dalam sejarah, rekod paling lama memegang jawatan menteri besar Selangor adalah Datuk Harun Idris iaitu dari tahun 1964 - 1976. Itu pun berakhir dengan tragis apabila beliau dijatuhkan dengan dakwaan skandal rasuah.

Selepas Datuk Harun, beberapa mantan menteri besar Selangor seperti Tan Sri Muhammad Taib, Datuk Seri Abu Hassan Omar dan Dr Khir Toyo turut menamatkan karier dengan skandal.

Khir Toyo lebih malang lagi oleh kerana beliau adalah menteri besar Selangor dari BN yang pertama menyebabkan negeri jatuh ke tangan pembangkang. Akhir tahun lalu, beliau dijatuhkan hukuman bersalah di atas pertuduhan rasuah.

Dengan itu, beliau tidak lagi memakai gelaran "Datuk Seri" yang diberikan oleh Istana Selangor.

Selangor di bawah Pakatan

Khalid Ibrahim bukanlah satu nama yang begitu popular dalam politik Malaysia pada ketika beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor.

Beliau lebih dikenali dalam dunia korporat. Jawatan terakhir dalam dunia korporat adalah sebagai ketua pegawai eksekutif kepada Kumpulan Guthrie Berhad.

Semenjak menjadi menteri besar sehinggalah hari ini, serangan bertali arus terpaksa dihadapi oleh Khalid. Lebih ngeri lagi, serangan datang dari luar dan dalam Pakatan Rakyat.

Namun ini tidak menghalang ADUN Ijok itu untuk mentadbir negeri Selangor dengan baik. Kedudukan kewangan negeri berada pada tahap yang membanggakan.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan pada Oktober 2011 berpuas hati dengan kedudukan kewangan negeri Selangor, di antaranya:

  • Kerajaan negeri berjaya mengurangkan tunggakan hasil berjumlah RM99.87 juta kepada RM502.05 juta berbanding tahun sebelumnya.

  • Baki hutang kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan menurun sejumlah RM58.91 juta (5.5 peratus) menjadi RM1,004.64 juta berbanding RM1,063.55 juta pada tahun 2009.

  • Penurunan ini disebabkan kerajaan negeri telah membayar balik hutang sejumlah RM58.91 juta bagi menjelaskan pinjaman bagi rumah awam kos rendah dan projek ladang hutan masing-masing sejumlah RM52.42 juta dan RM6.49 juta.

Reformasi di Selangor


"Orang-orang reformasi tidak boleh menipu rakyat," kata Khalid Ibrahim dalam ucapannya di sebuah majlis di Shah Alam.

Sebaik sahaja mengambil alih Selangor, Khalid berusaha untuk memenuhi janji-janji pilihan raya dalam manifesto bersama PKR, DAP dan PAS - pilihan raya umum ke-12 lalu.

Di zaman pentadbiran Khalid, exco kerajaan negeri dan ADUN tidak boleh berbuat sesuka hati sepertimana dalam pentadbiran lalu. Exco dan ADUN perlu sentiasa bersih dan dilihat bersih sepanjang pentadbiran.

Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) akan menyiasat segala perbelanjaan exco dan ADUN bagi memastikan ketelusan dan integriti dipertahankan.

Anugerah tertinggi negeri tidak disalahgunakan. Sewaktu pentadbiran terdahulu, anugerah "Datuk" diberikan kepada pemimpin BN dan sekutu rapatnya.

Di zaman Khalid, pimpinan tertinggi seperti exco kerajaan negeri tidak diberikan anugerah Datuk. Mungkin Khalid mahu memelihara keunggulan anugerah tertinggi negeri Selangor.

Rakyat dapat melihat perubahan dan reformasi di negeri Selangor. Walaupun tidak sempurna, Selangor hari ini amat berbeza dengan yang terdahulu. Hasil dan kekayaan negeri bertambah.

Nikmat dapat dirasai oleh golongan rakyat terbanyak dalam program merakyatkan ekonomi Selangor.

Mampukah Selangor terus dipimpin oleh Khalid Ibrahim dan Pakatan selepas pilihan raya umum ke 13?

Apakah halangan-halangan yang boleh menyebabkan negeri terkaya di Asia Tenggara ini dirampas semula oleh BN?

Amin Iskandar menerima anugerah zamalah Intelektual Awam Asia (API) 2009-10 untuk menjalankan kajian sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia. Beliau Memblog di http://www.aminiskandar.blogspot.com/ dan berkicau di http://www.twitter.com/aminiskandar.

'Tumpu pribumi, bukan pengundi Cina'

Aidila Razak & Salhan K Ahmad
12:54PM Apr 3, 2012
http://www.malaysiakini.com/news/193941

Bekas timbalan menteri Tan Sri Abdullah Ahmad berkata perdana menteri perlu menumpukan usaha untuk meraih sokongan pengundi pribumi memandangkan undi golongan Cina sukar untuk dikembalikan.

Sekiranya tidak, kata bekas penasihat Tun Razak Hussein itu, Najib juga mungkin akan kehilangan undi daripada golongan pribumi.

Beliau juga menasihati perdana menteri supaya menjaga pengundi pribumi sekiranya Najib ingin menang besar dalam pilihan raya umum akan datang kerana golongan itulah yang akan menentukan kemenangan.

Memetik satu peribahasa, orang lama Umno itu bimbang sekiranya “apa yang dikejar tak dapat, dikendong tercicir.”

Abdullah juga menjangka DAP akan memenangi sebahagian besar kerusi majoriti Cina, manakala BN dan Pakatan Rakyat akan mendapat bahagian di kerusi campuran.

Pihak yang mendapat lebih sokongan di kerusi majoriti Melayu selebihnya itulah yang akan membentuk kerajaan, katanya lagi.

PM: Jangan tukar 'pemandu di tengah-tengah jalan'

9:25PM Apr 2, 2012
http://www.malaysiakini.com/news/193900

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagi memastikan Malaysia dapat mencapai status negara maju dalam tempoh lapan tahun akan datang, negara memerlukan "pemandu yang cekap supaya dapat menggabung jalinkan segala faktor yang ada bagi memastikan kenderaan tiba ke destinasinya pada masa yang ditentukan dengan selamat."

"Oleh itu, janganlah kita bereksperimen untuk menukar pemandu yang telah terbukti kebolehannya, di tengah-tengah jalan, untuk digantikan dengan pemandu yang diragui dan berbahaya," katanya.

Perdana menteri mengingat demikian semasa membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) & Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2011 di Angkasapuri malam ini. Ia turut disiarkan secara langsung di saluran RTM1.

Beliau turut mengingatkan rakyat agar "jangan sesekali salah membuat pilihan dan berhati-hati dengan tukang karut yang melipur lara."
  
"Mereka ini hanya pandai berjanji tapi tidak pernah mengotainya. Mereka tidak pernah konsisten antara amalan dan retorik yang dilaungkan.
  
"Makanya, berwaspadalah dengan alunan muzik oleh peniup seruling yang tampak indah tapi penuh dengan persona dan perdaya," katanya.

Sehubungan itu, Najib berkata, kerajaan BN hari ini bukan "kerajaan populis semberono yang tidak bertanggungjawab".

Malah, tegas beliau, ia  merupakan sebuah kerajaan yang sentiasa berhemah dalam membuat dasar dan membelanjakan wang negara.
  
Perdana menteri berkata dalam membuat dasar dan berbelanja, kerajaan tidak sesekali berniat untuk meranap mahupun membankrapkan negara.
  
"Kita telah dan akan sentiasa berterus terang dengan rakyat tentang apa yang kita mampu dan apa yang kita tidak mampu lakukan.

"Sebaliknya amat mudah bagi sesetengah pihak untuk menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala tanpa memikirkan kesannya," katanya.
  
Najib berkata kerajaan BN juga tidak gentar untuk bersaing dalam pasaran idea yang bebas dan kompetitif kerana dipilih secara demokratik di dalam pilihan raya umum yang bebas dan adil. 

"Kita mempunyai penuh keyakinan terhadap kebijaksanaan rakyat Malaysia memilih dan meneraca.
  
"Mereka tahu menilai yang mana intan yang mana kaca. Kita percaya rakyat akan memilih kerajaan yang mempunyai “track record” yang meletakkan kepentingan rakyat di atas segala-galanya," katanya.

Malah, katanya kerajaan juga telah mengambil pelbagai langkah untuk menjadikan negara lebih demokratik termasuk dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri, selain membatalkan tiga perisytiharan darurat.
  
Selain itu, menggubal Akta Perhimpunan Aman bagi melindungi hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, serta meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti bagi mengiktiraf hak perlembagaan pelajar untuk menganggotai parti politik, dan meminda Akta Pelesenan dan Mesin Cetak bagi menghapuskan keperluan pembaharuan lesen tahunan penerbitan.

- Bernama

Najib: Semua NKEA melepasi atau penuhi sasaran 2011

10:01PM Apr 2, 2012
http://www.malaysiakini.com/news/193902

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kesemua 12 Bidang Ekonomi Utama Negara atau NKEA telah melepasi atau memenuhi sasaran 2011 masing-masing.
  
Katanya sememangnya menjadi kebiasaan bahawa sesetengah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) akan mengatasi yang lain berikutan ekonomi yang dinamik.
  
"Kita akan mengambil langkah bagi mengatasi isu-isu berkenaan bagi memastikan kita mencapai sasaran yang ditetapkan," katanya dalam "Nota Dari Perdana Menteri" di dalam Laporan Tahunan 2011 Program Transformasi Ekonomi (ETP).
  
Laporan itu diedarkan hari ini oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang bertanggungjawab melaksanakan, menilai kemajuan, memudahkan serta menyokong pelaksanaan dan memacu kemajuan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan ETP.
  
Najib berkata kesemua menteri dan kementerian juga ditetapkan mencapai sasaran dan mengikut masa tertentu pada awal 2011 sebagai bukti komitmen kerajaan.
  
Sebagai sebuah negara, Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata Malaysia akan memberi fokus kepada 12 NKEA, iaitu sektor di mana Malaysia boleh bersaing pada peringkat dunia.

Sehingga ini, katanya 131 projek permulaan (EPP) telah dikenal pasti untuk memulakan pertumbuhan serta menjadi pemangkin pelaburan dan penyertaan dari sektor swasta.
  
Perdana Menteri berkata beliau juga telah menghoskan lapan Kemas Kini Kemajuan ETP pada 2011.
  
Kira-kira 110 projek telah dilancarkan, 55 peratus daripada EPP telah dimulakan dan pelaburan lebih RM179.2 bilion sudah dikeluarkan, iaitu satu jumlah yang tidak pernah dilakukan bagi tempoh 12 bulan, katanya.

Kesemua projek itu diunjurkan menyumbang kira-kira RM129.5 bilion bagi Pendapatan Negara Kasar pada 2020 dan mewujudkan 313,741 pekerjaan baharu menjelang 2020.
  
Mengenai Inisiatif Pemulihan Strategik yang dilancarkan pada Julai, Najib berkata beliau berkeyakinan bahawa kerajaan dengan kerjasama sektor swasta "boleh dan akan melaksanakan sepenuhnya, terutama di dalam pelaksanaan pemulihan struktur bagi membolehkan kita mencapai sasaran pelaburan."
  
Menjelang akhir tahun ini, Najib juga menyatakan bahawa 17 lagi subsektor perkhidmatan akan diliberalisasikan, bagi membolehkan penyertaan asing sehingga 100 peratus.
  
Sebelum itu, Malaysia telah membuka 24 subsektor, katanya.
  
Najib mengulangi bahawa kerajaan terus komited mengurangkan peranannya di dalam perniagaan bagi membolehkan sektor swasta menjadi penerajunya, dengan memudahkan dan mengurangkan kos melakukan perniagaan serta membangunkan bilangan besar pekerja berkelayakan dan mahir.
  
Menuju ke hadapan, Najib berkata : "Di hadapan terdapat cabaran dan ganjaran."
  
"Marilah kita pastikan semuanya berjalan lancar kerana kita perlu bekerja keras bagi tempoh sembilan tahun lagi," kata Najib sambil meningatkan bahawa negara perlu berada di atas landasannya kerana ia akan menerima kesan ketidaktentuan ekonomi global sedia ada dan peningkatan produktiviti penting bagi mencapai kejayaan masa depan negara ini.
  
Malaysia sedang mengalami proses transformasi besar-besaran dengan matlamat akhir untuk menjadi destinasi pelaburan berdaya saing di seluruh dunia dan menjadi negara maju berpendapatan tinggi sepenuhnya menjelang 2020.
  
Najib akan mengemas kini kemajuan dan cabaran ETP dan GTP lewat hari ini.

- Bernama

'Siapa akan cabar Najib? Bukan Muhyiddin'

Aidila Razak & Salhan K Ahmad
12:27PM Apr 2, 2012
http://www.malaysiakini.com/news/193825

Bekas timbalan menteri, Tan Sri Abdullah Ahmad berkata kegagalan Datuk Seri Najib Razak meraih keputusan lebih baik berbanding 2008 dalam pada pilihan raya umum akan datang akan menyebabkannya presiden Umno itu dicabar dalam pemilihan parti selepas ini.

Bercakap dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, wartawan veteran itu berkata, Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun tidak akan dicabar oleh timbalan presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

NONE"Siapa akan cabar Najib? Bukan Muhyiddin. Pencabarnya akan datang daripada lapisan seperti (Ketua Pemuda Umno) Khairy Jamaluddin dan (MP Jerlun) Datuk Mukhriz Mahathir, tapi tak semestinya mereka," katanya.

Tambahnya, Mukhriz bagaimanapun perlu menjadi menteri penuh terlebih dahulu sebelum memulakan cabaran, manakala Khairy pula kini nampaknya sudah "hilang ghairah."

“Dia bukan lagi seorang yang berpengaruh seperti sebelumnya. Sementara itu, jawatan pengerusi PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Berhad) akan buatkan dia sibuk," katanya.

Abdullah (foto), yang merupakan penasihat kepada bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein berkata, cabaran itu juga tidak mungkin digerakkan oleh pemimpin tertinggi seperti sepupu Najib sendiri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“(Hishammuddin) juga perlu disalahkan jika BN menang dengan majoriti kecil. Presiden, timbalan dan naib presiden akan dipertanggungjawabkan.

Bekas anggota majlis tertinggi Umno itu menjangkakan bahawa BN akan menang dengan majoriti antara 20 hingga 40 kerusi parlimen dalam pilihan raya ke-12.

Abdullah, yang juga merupakan bekas ketua pengarang akhbar The New Straits Times, turut memberikan beberapa petua kepada Najib untuk menghadapi pilihan raya itu.

Kesan pelaksanaan GTP terhadap kehidupan rakyat

10:26PM Apr 2, 2012
http://www.malaysiakini.com/news/193909

Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilaksanakan sepenuhnya tahun lepas, menunjukkan kesan menyeluruh dan komprehensif dengan pelbagai inisiatif dilakukan di seluruh negara.
  
Menurut Laporan Tahunan GTP 2011 oleh Jabatan Perdana Menteri, program itu membawa kesan lebih baik terhadap kehidupan jutaan rakyat Malaysia dan penambahbaikan yang dilaksanakan adalah teguh, bertahan lama dan benar-benar memperkayakan.
  
GTP telah dilaksanakan di seluruh negara meliputi bahagian paling pedalaman di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak selain landskap bandar di Semenanjung Malaysia.
  
"Peningkatan taraf kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah (LIH) dalam inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) memberi kesan kepada 63,147 isi rumah miskin yang diberi peluang menyertai program 1AZAM pada tahun lepas sahaja.
  
"Diwujudkan untuk menyediakan peluang ekonomi yang mampu meningkatkan keupayaan produktiviti isi rumah berpendapatan rendah, program 1AZAM membantu mengeluarkan sebilangan besar golongan ini daripada kepompong kemiskinan selain menjadikan mereka mampan diri," katanya.
  
Di bawah NKRA Infrastruktur Asas Luar Bandar (RBI), kehidupan sejumlah 998,357 rakyat berubah menjadi lebih baik pada 2011 di kawasan luar bandar di Malaysia Timur dan Semenanjung apabila mereka mendapat akses kepada jalan raya dan rumah, selain bekalan air bersih serta elektrik.
  
"Secara kumulatif, NKRA RBI membantu meningkatkan taraf hidup kira-kira 3.2 juta penduduk di kawasan luar bandar dalam tempoh dua tahun," kata laporan itu.
  
Laporan itu juga menyebut keyakinan terhadap kejayaan GTP turut dirasai oleh orang ramai.
  
"Sepanjang tahun ini, yang menyaksikan lebih ramai menerima kesan positif GTP, rakyat menyuarakan sokongan mereka dan ini terbukti melalui maklum balas positif yang diterima.
  
"Inisiatif ini telah diterima untuk tujuan sebenar ia diwujudkan, iaitu satu usaha ikhlas dan komited untuk memperbaiki kehidupan semua rakyat Malaysia," katanya.
  
Oleh itu, kerajaan akan terus memastikan ia kekal telus dan bertanggungjawab dengan mengemukakan data GTP yang betul kepada pihak berkepentingan dalam program ini, iaitu rakyat Malaysia.
  
Laporan itu juga menyebut tahun ini adalah tahun terakhir Horizon 1 (2010-2012) GTP dan masih banyak kerja yang perlu dilakukan serta
dipertingkatkan di bawah Horizon 2 (2012-2015) GTP, dan perubahan dalam kerajaan dijangka akan lebih meluas.
  
Selain itu, aspek penting dalam kehidupan seharian (didefinisikan sebagai NKRA dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian atau MKRA) perlu diperbaiki dan struktur ekonomi juga sepatutnya berkembang sejajar Model Ekonomi Baru ke sektor lebih tinggi nilai tambah, selain produktiviti kerajaan dipertingkatkan.
  
Di bawah Horizon 3 (2015-2020) GTP, perubahan asas dalam masyarakat Malaysia seperti yang dibayangkan oleh Wawasan 2020 perlu berlaku di mana rakyat harus mengalami suatu perasaan baharu menjadi rakyat Malaysia, dan menikmati satu tahap kemakmuran lebih tinggi selain perkhidmatan awam lebih baik.
  
"GTP diwujudkan berdasarkan kebimbangan rakyat, keyakinan dan sokongan mereka terhadap pencapaian setakat ini serta usaha GTP secara keseluruhan.
  
"Melangkah ke hadapan, kerajaan terus komited untuk bekerja seiring dengan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau status sosial bagi mempercepatkan transformasi Malaysia ke arah sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi," katanya.

- Bernama

Ucapan penuh PM bentang GTP dan ETP

9:36PM Apr 2, 2012
http://www.malaysiakini.com/news/193901

Berikut adalah ucapan penuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) & Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2011.

Rakyat Malaysia sekalian,

1.           Ceritera kejayaan Malaysia merupakan ceritera yang telah di tinta emas. Ia telah dilakar oleh sumbangan semua rakyat Malaysia dari Negeri Perlis hinggalah ke Sabah. Hakikatnya, ia hasil sumbangan warga tiga belas buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan yang walaupun dipisahkan secara fizikalnya oleh Laut Cina Selatan, namun disatukan roh dan semangatnya oleh kehendak untuk hari ini yang lebih baik daripada hari semalam dan hari esok yang penuh dengan harapan di bawah lembayung kibaran jalur gemilang.

2.           Kejayaan ini hasil sumbangan usahawan kecil, sederhana dan besar yang berani mengambil risiko, ia hasil sumbangan petani, pesawah, pekebun, peladang, penternak dan nelayan yang gigih menggunakan kudrat, ia hasil sumbangan para guru, pensyarah, wartawan, karyawan dan cendekiawan yang mendidik serta memberi kesedaran, ia hasil pengorbanan anggota tentera dan polis yang setia mempertaruhkan jiwa dan raga demi keselamatan negara tercinta, ia hasil sumbangan penjawat awam, pekerja swasta, pekerja kolar putih, biru dan buruh yang merupakan roda yang menggerakkan pembangunan negara, pendek kata kejayaan nasional adalah kejayaan yang dibina semua warga Malaysia.

3.           Tugas kita hari ini sebagai generasi baru Malaysia yang mewarisi watan daripada generasi terdahulu teramat berat, kita dipanggil semboyan pertiwi bagi meneruskan tugas mulia membina negara bangsa Malaysia. Kita berdiri di atas bahu para patriot negara, bahu-bahu gergasi para bapa pengasas Malaysia. Kita berhadapan dengan amanah dan cabaran bagaimana membina di atas kejayaan sedia ada di samping meneruskan proses perubahan dan pembaharuan nasional.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

4.           Tiga tahun lalu, saya berdiri di hadapan tuan-tuan, puan-puan, saudara dan saudari bagi menyampaikan ucapan sulung saya selaku Perdana Menteri Malaysia ke-6.

5.           Di dalam ucapan sulung tersebut, saya telah menggariskan prinsip yang akan memandu hala tuju kerajaan pimpinan saya dalam bergerak ke hadapan, prinsip yang dimaksudkan ialah 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

6.           Falsafah asas yang telah saya dan rakan-rakan pilih menjadi teras kerajaan ini, ialah falsafah yang merai dan menuil kemajmukan Masyarakat Malaysia yang sedia ada. Ia menjunjung harapan mereka untuk membentuk masa hadapan yang lebih baik. Falsafah ini terbentuk hasil daripada proses merasai denyut nadi rakyat, menggarap aspirasi serta mendengar keluh kesah mereka.

7.           Ia dibentuk bagi menangani tiga cabaran utama era globalisasi dan era dunia tanpa sempadan, iaitu pertama, dalam mengukuhkan perpaduan masyarakat majmuk Malaysia. Kedua, bagi membentuk sistem penyampaian kerajaan yang lebih mendakap aspirasi rakyat dan ketiga, mengeluarkan Malaysia dari perangkap gejala negara berpendapatan sederhana yang telah melanda banyak negara-negara lain di dunia, di mana kadar pertumbuhan semakin perlahan dan pembangunan menjadi statik malahan dalam kes yang ekstrem ia mula menjadi regresif.
Rakyat Malaysia yang dihormati

8.           Sebarang perubahan dan pembaharuan yang ingin kita bawa, wajib berasaskan premis bahawa sebagai negara yang majmuk survival kita bergantung kepada keberterusan keutuhan perpaduan nasional yang didasarkan kepada keyakinan bahawa kepelbagaian yang kita miliki merupakan sumber kekuatan bukannya kelemahan.

9.           Kita perlu memanfaatkan bakat yang terbaik dari kolam bakat kebangsaan bagi membangunkan negara serta menambah kekayaan nasional tanpa mengira ras dan kepercayaan penyumbang tersebut. Perkiraan pertama dan terakhir seharusnya adakah mereka warganegara yang mampu menyumbang. Sepanjang lipatan sejarah pembangunan negara Malaysia, dari sebuah negara pertanian berpendapatan rendah kepada negara perindustrian berpendapatan sederhana tinggi, ia telah menyaksikan sumbangan mereka yang datang dari semua kaum dan semua kepercayaan.

10.        Menjadi keyakinan yang telah saya nyatakan secara terbuka bahawa era kerajaan mengetahui segala-galanya, era kerajaan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan sudah berakhir. Menginsafi hakikat ini, dalam menggubal komponen pertama Dasar Transformasi Nasional, iaitu Program Transformasi Kerajaan atau GTP, kita telah mewujudkan makmal-makmal khusus bagi mendapat maklum balas daripada rakyat, tentang apakah yang sebenarnya menjadi urutan keutamaan mereka.

11.        Hasil daripada merundingi rakyat, sebanyak 7 bidang keberhasilan utama atau NKRA telah dikenal pasti untuk dilaksanakan. Bagi memastikan pencapaian KPI di bawah NKRA ini akan mampu dicapai mengikut jadual atau lebih pantas, maka kerajaan telah mengambil keputusan untuk menggunakan strategi lautan biru kebangsaan atau “national blue ocean strategy” di dalam beberapa NKRA.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

12.        Pada malam ini, genaplah 3 tahun pentadbiran saya. Saya berdiri pada malam ini bagi melaporkan pada tuan-tuan dan puan-puan apa yang telah kita capai setelah perencanaan yang rapi dan pelaksanaan yang berstrategi.

13.        NKRA yang diberi keutamaan, adalah untuk menangani kos sara hidup. Kerajaan prihatin bahawa rakyat terhimpit akibat tekanan kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat. Ia melanda bukan sahaja penduduk bandar, tetapi juga penduduk luar bandar. Hakikatnya, semua segmen warganegara terkesan olehnya. Bagi meringankan bebanan ini, kerajaan telah merangka pelan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi menanganinya.

14.        Antara langkah jangka pendek bersifat “one off” yang telah dilaksanakan bagi tahun 2012 ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M, sebanyak RM 500 yang memanfaatkan hampir 4 juta isi rumah negara yang berpendapatan di bawah RM3 000.

15.        Tidak cukup dengan bantuan BR1M, kerajaan juga memberikan bantuan persekolahan RM 100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah. Bantuan ini telah memanfaatkan 5.3 juta orang pelajar sekolah seluruh negara. Bagi pelajar Institut Pengajian Tinggi dan Tingkatan 6 pula, mereka tidak dilupakan. Baucar buku bernilai RM200 telah disediakan yang telah memanfaatkan 1.3 juta orang pelajar. Semua bantuan ini melibatkan peruntukan hampir RM 3 bilion.

16.        Kerajaan juga baru-baru ini telah mengumumkan kenaikan gaji 7 hingga 13 peratus bagi 1.4 juta orang kakitangan sektor awam yang telah memanfaatkan hampir 4 juta orang rakyat Malaysia. Manakala bagi sektor swasta, saya akan mengumumkan pelaksanaan gaji minimum pada akhir bulan ini.

17.        Untuk langkah jangka sederhana, kerajaan telah memperkenalkan beberapa prakarsa bagi mengurangkan tekanan kos hidup antaranya Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia serta pembekuan kenaikan untuk tempoh 5 tahun harga tol di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur serta penghapusan tol di beberapa laluan seperti di Lebuh Raya Cheras- Kajang dan Lebuh Raya Connaught.

18.        Untuk tempoh jangka panjang, menyedari bahawa perumahan merupakan komponen terbesar kos sara hidup, maka kerajaan telah memperkenalkan Skim Perumahan 1Malaysia atau PR1MA untuk membina perumahan mampu milik di kawasan Bandar bagi golongan pertengahan, manakala untuk golongan berpendapatan rendah skim seperti Projek Perumahan Rakyat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan di tingkat giatkan lagi. Bagi perumahan kawasan luar bandar, pembinaan rumah yang mencukupi akan diterajui oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Kerajaan juga tidak melupakan perumahan bagi golongan nelayan. Bagi tahun 2012 sebanyak RM300 juta telah diperuntukkan di bawah Tabung Khas Perumahan Nelayan untuk membina dan membaik pulih rumah.

19.        Selain daripada semua inisiatif di atas, Kerajaan juga komited untuk meneruskan dasar subsidi yang terpilih melibatkan makanan seperti beras, gula, minyak masak dan tepung gandum, hasil petroleum termasuk minyak kereta, diesel dan gas memasak. Kerajaan juga memberikan subsidi bil elektrik bagi 1 juta isi rumah yang melibatkan bil bernilai RM20 ke bawah. Segala subsidi ini membabitkan peruntukkan sebanyak lebih RM30 bilion setahun.

20.        Kerajaan yang sedia ada ialah kerajaan yang berkebajikan dan bertanggungjawab. Pengurusan ekonomi serta hasil secara berhemah telah memungkinkan lebih RM 30 bilion diperuntukkan setiap tahun untuk subsidi secara langsung bagi mengurangkan bebanan hidup rakyat serta hampir RM 3 bilion untuk berian terus bagi tahun 2012.

Rakyat Malaysia sekalian,

Keduanya, NKRA yang bermatlamat mengurangkan kadar jenayah.

21.        Kerajaan telah mengambil langkah inovatif dan kreatif melalui strategi lautan biru (national blue ocean strategy) untuk meningkatkan jumlah anggota polis terutamanya di kawasan-kawasan panas. Strategi ini nyata berkesan di mana kadar jenayah jalanan telah berjaya dikurangkan sebanyak 39%, manakala jenayah keseluruhan telah berkurang sebanyak 11% semenjak tahun 2009.

22.        Usaha mengurangkan kadar jenayah jalanan telah menyaksikan era baru kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia, di mana pusat-pusat latihan tentera sedia ada telah dimanfaatkan untuk melatih juga anggota-anggota polis. Kesannya, dengan kos yang minimum lebih banyak anggota polis boleh dilatih dengan kadar lebih pantas, seterusnya diatur gerak ke kawasan-kawasan yang memerlukannya. Di bawah strategi lautan biru ini juga rondaan bersama anggota polis dan tentera serta anggota RELA dan Jabatan Pertahanan Awam yang dilatih khusus serta dikawal selia oleh pihak PDRM di laksanakan bagi tujuan pencegahan jenayah. Sebagai sebahagian daripada langkah mengurangkan kadar jenayah ini juga, teknologi inovatif dan moden seperti pemasangan CCTV akan di tingkat luaskan.

Ketiga, NKRA yang bermatlamat meningkatkan pencapaian pelajar.

23.        Buat pertama kalinya dalam sejarah Negara, pendidikan peringkat rendah dan menengah adalah percuma. Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan yang besar setiap tahun untuk bidang pendidikan. Hasilnya, 77% daripada anak-anak kita telah mendapat peluang mengikuti pembelajaran peringkat pra-sekolah berbanding 67%, 2 tahun yang lalu. Kerajaan menyedari anak-anak ialah permata Negara. Pendidikan seawal mungkin akan menjamin mereka mendapat kelebihan persaingan dalam kehidupan masa depan.

24.        Kerajaan juga menyedari peri pentingnya peranan guru dalam memastikan sistem pendidikan yang berkualiti. Menyedari hakikat itu, saya telah pun mengumumkan laluan karier perguruan yang lebih baik berasaskan sistem kenaikan pangkat “time based” dalam Bajet 2012 dan mengumumkan jaminan penerusan komitmen tersebut dalam ucapan saya kepada anggota perkhidmatan awam baru-baru ini.

Keempat, NKRA yang bermatlamat mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar.

25.        Kerajaan tidak pernah melupakan penduduk luar Bandar. Keprihatinan kerajaan ini terbukti apabila pada Tahun 1959 Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar telah ditubuhkan. Semenjak 3 tahun yang lalu, usaha untuk mempertingkatkan kemudahan asas luar bandar telah diberikan nafas baru dengan penekanan ke Negeri Sabah dan Sarawak.

26.        Setakat ini, hampir 1000 kilometer jalan luar Bandar telah dibina. Dalam sejarah negara, ini merupakan jumlah kilometer jalan terpanjang yang pernah dibina dalam tempoh 2 tahun. Sebagai perbandingan, panjangnya melebihi Lebuh Raya Utara-Selatan sedia ada. Menggunakan strategi lautan biru, Angkatan Tentera Malaysia melalui Projek Jiwa Murni telah membantu dalam pembinaan jalan-jalan luar Bandar ini. Contohnya, Long Lopeng ke Ba’kelalan, Kuala Medalam ke Medamit, Limbang dan Kampung Saeh, Bekenu, Miri.

27.        Semenjak pelaksanaan NKRA ini tiga tahun yang lalu, sebanyak 27 ribu lagi isi rumah luar bandar mendapat nikmat bekalan elektrik dan lebih 70 ribu lagi isi rumah pula mendapat bekalan air yang bersih. Hasil langkah-langkah ini telah meningkatkan akses rakyat Malaysia kepada air bersih. Bagi negeri Sabah peningkatan melibatkan 8% membabitkan lebih 150 ribu penduduk. Bagi negeri Sarawak, peningkatan ialah sebanyak 5.3% yang membabitkan lebih 100 ribu penduduk. Manakala bagi negeri-negeri di Semenanjung, peningkatan ialah sebanyak 3.6% yang membabitkan lebih 250 ribu penduduk. Bagi bekalan elektrik pula, negeri Sabah dan Sarawak menunjukkan peningkatan sebanyak 6.8% dan 6.2%,  yang memanfaatkan lebih daripada 230 ribu penduduk.

28.        Bagi merancakkan lagi pembangunan luar Bandar, Kerajaan telah melancarkan Program Transformasi Luar Bandar sebagai sebahagian daripada Dasar Transformasi Nasional. Di bawah program ini, Pusat- Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) telah dan bakal didirikan. Pusat RTC pertama telah dilancarkan di Gopeng, Perak. Manakala RTC yang berikutnya akan dilancarkan di Kota Bharu dan beberapa buah lokasi yang telah dikenal pasti.

Rakyat Malaysia yang dihormati,

Kelima, NKRA yang bermatlamat mempertingkatkan pengangkutan awam bandar.

29.        Bagi meningkat kualiti kehidupan rakyat terutama di kawasan bandar, kerajaan akan melaksanakan beberapa projek besar pengangkutan awam. Projek paling utama ialah projek MRT yang merupakan projek pengangkutan awam bandar jangka panjang yang paling komprehensif dalam sejarah pengangkutan awam negara. Fasa pertama projek ini dijangka siap dalam tempoh 5 tahun akan datang.

30.        Sementara itu, kerajaan telah pun mengambil tindakan untuk meningkatkan sistem pengangkutan LRT dengan penambahan dari gerabak 2 koc kepada gerabak 4 koc, dan pemanjangan kedua-dua laluan Kelana Jaya dan Ampang Jaya. Pemanjangan kedua-dua laluan ini dijangka akan memanfaatkan lebih 500 ribu pengguna sehari semasa waktu puncak.

31.        Bagi perkhidmatan komuter KTM pula, koc-koc baru telah pun dibeli dan akan diperoleh secara berperingkat. Ini akan meningkatkan mutu dan keselesaan perkhidmatan komuter. Langkah-langkah ini dijangka akan meningkatkan keselesaan kepada hampir 100 ribu pengguna harian. KTM juga kini dalam proses mempersiapkan laluan berkembar dan proses elektrifikasi laluan Ipoh-Padang Besar.

32.        Di bawah NKRA ini juga, Kerajaan telah memperkenalkan Bas Ekspresway Transit (BET) yang telah memanfaatkan 370 ribu orang pengguna setiap hari.

Keenam, NKRA yang bermatlamat mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah.

33.        Perang terhadap kemiskinan telah dilancarkan secara sistematik dan berterusan semenjak kemerdekaan lagi. Ia dilaksanakan secara lebih saintifik bermula dengan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990). Matlamat kedua DEB adalah untuk mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan. Alhamdulillah, kita telah berjaya membasmi kemiskinan tegar apabila kita telah mengeluarkan lebih 44 ribu isi rumah daripada kategori tersebut. Namun, kita tetap waspada terhadap kes-kes baru yang mungkin berlaku.

34.        Kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif, seumpama akhiri zaman miskin atau 1AZAM yang telah memberi nikmat kepada lebih 47 ribu isi rumah yang melibatkan perbelanjaan lebih RM 500 juta. Manakala di bawah program Kebajikan Rakyat 1 Malaysia atau KAR1SMA pula sebanyak RM 1.4 Bilion diperuntukkan setiap tahun kepada 500 ribu penerima bantuan kebajikan masyarakat seluruh negara.

Ketujuh, NKRA yang bermatlamat membanteras rasuah.

35.        Kerajaan komited bagi membanteras gejala rasuah. Jenayah rasuah adalah ibarat barah kepada kelangsungan dan pembangunan negara. Ia mampu memusnahkan keharmonian rakyat. Kerajaan tidak pernah pilih kasih dalam usaha memerangi rasuah. Tidak timbul soal bahawa tindakan hanya akan diambil terhadap “ikan bilis” manakala “ikan jerung” akan dibiarkan terlepas bebas. Sehingga akhir 2011, sebanyak 900 pesalah rasuah telah disabitkan kesalahan. Kerajaan telah pun menubuhkan mahkamah khas bagi mempercepatkan perbicaraan kes-kes rasuah. Manakala badan penguatkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah ditingkat upaya dengan secukupnya.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

36.        Selain GTP yang telah diperkenalkan pada Tahun 2009, kerajaan juga pada Tahun 2010 telah memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bersama-sama 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) serta 131 Projek Permulaan Ekonomi (EPP). Melengkapinya ialah Model Baru Ekonomi (NEM) serta 6 Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI).

37.        Matlamat utama ETP dan NEM adalah untuk mengeluarkan Malaysia dari perangkap negara berpendapatan sederhana dan meletakkan negara di landasan yang betul, bagi mencapai Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

38.        Untuk analogi, NEM dan SRI bolehlah diibaratkan sebagai lebuhraya. Manakala ETP merupakan kenderaan yang akan menggunakan lebuhraya membawa kita ke destinasi akhir, iaitu sebuah negara maju berpendapatan tinggi. 12 NKEA di bawah ETP ialah bahagian-bahagian enjin kepada kenderaan tersebut. Manakala EPP ialah bahan api atau “fuel” yang akan menggerakkan kenderaan ini. Untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju, kesemua komponen termasuk kenderaan, enjin, bahan api dan lebuhraya hendaklah berada dalam keadaan yang terbaik.

39.        Perubahan dan pembaharuan yang kita lakukan melalui inisiatif ETP dan NEM sepanjang 2 tahun yang lalu telah menunjukkan hasil yang amat memberangsangkan. Contohnya, laporan World Economic Forum bagi Tahun 2012 telah menyaksikan Malaysia naik 5 anak tangga dalam senarai daya saing ekonomi dunia berbanding tahun sebelumnya. Malaysia hari ini adalah antara 21 buah negara paling kompetitif ekonominya di dunia. Manakala, Bank Dunia di dalam laporannya “Doing Business 2012” pula telah mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang ke-18 paling mudah memulakan atau menjalankan urus niaga. Kita telah memintas negara-negara yang maju seperti Jerman, Jepun, Taiwan dan Perancis. Syarikat perunding A.T Kearney juga telah mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang 10 teratas dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing bagi Tahun 2012.

40.        Semasa ETP dilancarkan 2 tahun lalu, pendapatan perkapita negara adalah USD 6 700. Hari ini, ia telah meningkat kepada USD 9 700. Manakala data 2011 menunjukkan pencapaian tertinggi KDNK atau GDP serta PNK atau GNI negara semenjak merdeka. Angka KDNK telah mencecah RM 852. 7 bilion manakala PNK pula RM830.7 bilion. Pencapaian ini telah membolehkan kerajaan mengutip jumlah hasil tertinggi dalam sejarah pasca merdeka iaitu RM 185.54 bilion membolehkan pelbagai inisiatif dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat di samping langkah-langkah di ambil bagi membaiki kedudukan fiskal kerajaan. Terbukti apa yang telah dicapai dalam kerangka waktu ini, menunjukkan kita berada di trajektori yang betul untuk mencapai pendapatan perkapita USD 15 000 pada tahun 2020.

41.        Sejak pelancaran ETP pada 2010, sehingga akhir 2011, pelaburan langsung asing telah meningkat sebanyak 12.3% kepada RM33 bilion. Manakala pelaburan swasta pula telah menunjukkan peningkatan sebanyak 19% kepada RM94 bilion. Sebanyak 313 ribu peluang pekerjaan baru dijangka dapat dicipta daripada keseluruhan RM179 bilion nilai pelaburan yang telah diumumkan di bawah ETP. Sebanyak RM129 bilion pendapatan negara kasar pula dijangka dapat dijana menjelang Tahun 2020.

42.        Bagi menambah kukuh kewibawaan dan keutuhan perancangan hasil pelaksanaan program-program transformasi kerajaan khususnya GTP dan ETP, satu prosedur dijalankan oleh firma antarabangsa Price Waterhouse Coopers, dengan disemak oleh sebuah Panel Antarabangsa yang dianggotai oleh pakar-pakar berwibawa antaranya dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, serta Korea Selatan.

Rakyat Malaysia Sekalian,

43.        Segala yang saya telah bentangkan sebentar tadi adalah bukti jelas sikap keterbukaan, ketelusan dan akauntabiliti kerajaan yang ada. Kerajaan ini telah berterus terang dengan rakyat Malaysia tentang apakah masalah dan cabaran yang sedang di hadapi negara, dan kita telah merangka pelan menyeluruh bagi menangani segala cabaran yang dikenalpasti.

44.        Segala prakarsa di bawah payung Dasar Transformasi Nasional telah dirangka dengan bersebab dan bermatlamat. Pucuk pangkalnya, Kerajaan hari ini jelas tentang ke arah mana hala tuju yang ingin di bawa negara, iaitu menuju sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

45.        Kita dambakan sebuah negara yang memiliki prasarana asas yang moden yang dapat dinikmati semua warga Malaysia sama ada di pedalaman, luar bandar, pinggir bandar mahupun di bandar. Kita impikan sebuah negara di mana persekitarannya sejahtera dari jenayah, alam sekitarnya bersih dan sistem pengangkutan awamnya cekap. Kita menginginkan sebuah negara di mana jalan rayanya selamat, bekalan airnya bersih, bekalan elektrik, akses kepada internet jalur lebar, perkhidmatan kesihatan dan pendidikannya adalah yang terbaik. Kita mahukan sebuah negara di mana pekerjanya terutamanya generasi muda mendapat peluang pekerjaan yang upahnya setimpal, di mana gaji minimum akan berada di atas paras kemiskinan, serta semakin tinggi kemahiran yang dimiliki maka semakin tinggi pula ganjarannya.

46.        Kerajaan hari ini tidak takut untuk bersaing dalam gelanggang yang demokratik. Bukankah kerajaan ini yang memansuhkan I.S.A., Akta Kediaman Terhad, Akta Buang Negeri, membatalkan 3 perisytiharan darurat, menggubal Akta Perhimpunan Aman bagi melindungi hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. Selanjutnya meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti bagi mengiktiraf hak perlembagaan pelajar untuk menganggotai parti politik, serta meminda Akta Pelesenan dan Mesin Cetak bagi menghapuskan keperluan pembaharuan lesen tahunan penerbitan.

47.        Hakikatnya, kerajaan hari ini dipilih secara demokratik di dalam pilihanraya umum yang bebas dan adil. Oleh itu, kita tidak sekali-kali takut mahupun gentar bersaing dalam pasaran idea yang bebas dan kompetitif. Kita mempunyai penuh keyakinan terhadap kebijaksanaan rakyat Malaysia memilih dan meneraca. Mereka tahu menilai yang mana intan yang mana kaca. Kita percaya rakyat akan memilih kerajaan yang mempunyai “track record” yang meletakkan kepentingan rakyat di atas segala-galanya.

48.        Kerajaan yang saya pimpin bukan kerajaan populis semberono yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan ini di dalam merangka sebarang dasar, di dalam membelanjakan wang negara tidak akan sekali-kali meranap mahu membangkrapkan negara. Kita telah dan akan sentiasa berterus terang dengan rakyat tentang apa yang kita mampu dan apa yang kita tidak mampu lakukan, sebaliknya amat mudah bagi sesetengah pihak untuk menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala tanpa memikirkan kesannya.

49.        Perjalanan nasional ke arah cita-cita kebangsaan sebuah negara maju hanya tinggal 8 tahun lagi untuk dicapai. Seperti yang saya analogikan sebentar tadi, untuk menuju matlamat nasional kita memerlukan kenderaan yang berprestasi tinggi, komponen enjin yang berkualiti, bahan api mencukupi, destinasi yang jelas dan lebuh raya terbaik. Namun, saya ingin mengingatkan, kita juga memerlukan kepada pemandu yang cekap supaya dapat menggabung jalinkan segala faktor yang ada bagi memastikan kenderaan tiba ke destinasinya pada masa yang ditentukan dengan selamat. Oleh itu, janganlah kita bereksperimen untuk menukar pemandu yang telah terbukti kebolehannya, di tengah-tengah jalan, untuk digantikan dengan pemandu yang diragui dan berbahaya.

50.        Oleh yang demikian, jangan sesekali kita salah membuat pilihan. Berhati-hatilah dengan tukang karut yang melipur lara. Mereka ini hanya pandai berjanji tapi tidak pernah mengotainya. Mereka tidak pernah konsisten antara amalan dan retorik yang dilaungkan. Makanya, berwaspadalah dengan alunan muzik oleh peniup seruling yang tampak indah tapi penuh dengan persona dan perdaya.

Rakyat yang dikasihi

51.        Sesungguhnya, masa depan kita dan anak-anak kita bergantung kepada keputusan hari ini. Kesimpulannya, kerajaan hari ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan yang beramanah dan paling penting kerajaan ini sentiasa menepati janji.