Search Everything

Monday, 27 June 2011

Nirvana - Smell Like Teen Spirit

Tahukah Anda?

1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi.Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
 

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
 

3. Tahukah Anda perkataan May Day yang diulang sebut ketika berlaku kecemasan, baik di laut atau udara berasal daripada bahasa Perancis M'aidez yang bermaksud ''tolong saya''. Perkataan Mydin yang tertera pada Pasaraya Mydin pula bukan bermaksud ia dimiliki oleh pelawak terkenal Maideen.
 

4. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.
 

5. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

6. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.


7. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

8. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
 

9. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
 

10. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.


11. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, akhlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.
 

12. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.


13. Tahukah Anda walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tiada gunanya.....

Metallica - Enter SandMan

Monday, 20 June 2011

Nissan MPV - Grand Livina

Di sini aku nak kongsikan serba sedkiti tentang sebuah MPV keluaran Nissan iaitu Grand Livina. Aku telah menggunakan kenderaan ini sejak setahun yang lepas. Banyak kelebihan yang aku dapati pada MPV ini , jadi aku nak kongsikan petikan artikel yang aku baca dari KOSMO (2008) untuk pengetahuan kita bersama.
"Diletakkan sebaris dengan MPV bersaiz sederhana dengan tujuh tempat duduk (Midi/Mini MPV) seperti Toyota Avanza, Naza Citra dan Honda Stream, MPV selepas model Serena ini nyata memiliki banyak kelebihan. 

Apa yang membuatkan Grand Livina begitu menyerlah berbanding pesaingnya? Aspek luaran model ini nampak lebih moden dan elegan menerusi reka bentuk hadapan agak tajam, ditambah dengan penggunaan gril radiator dan lampu utama yang lebar.
Menawarkan kualiti pemanduan seperti sebuah sedan, posisi stereng dan tempat duduk pemandunya cukup ergonomik. Ruang kabin Grand Livina nampak kemas dengan papan pemuka berwarna hitam yang ringkas. Menempatkan sistem audio dan suis pendingin hawa, ia berada dalam jangkauan dan mudah dikendalikan.
Sebahagian besar ruang kokpit (tempat duduk dan panel pintu) dibalut dengan material berwarna beige yang secara peribadinya kurang penulis gemari. Memang nampak cantik, tetapi selama mana ia boleh bertahan kalau anak anda suka makan di dalam kenderaan? 

Ruang tempat duduk baris ketiga boleh dikatakan agak selesa untuk diduduki oleh orang dewasa bersaiz sederhana. Untuk mengelakkan mereka daripada kepanasan, konsol corong udara dipasang di antara tempat duduk hadapan, ia cukup kuat untuk menghantar udara sejuk hingga ke bahagian belakang.
Untuk kargo lebih luas, tempat duduk baris kedua dan ketiga juga boleh dilipat dengan mudah, bergantung kepada keperluan. 

Berbanding MPV lain yang biasanya dibina menggunakan platform berasaskan model trak, Grand Livina dibangunkan di atas struktur kerangka monocoque yang memberikannya kestabilan. Malah, kerangka ini juga lebih ringan, memiliki titik graviti rendah dan memudahkan akses kepada setiap penumpangnya. 

Mahu memberikan kualiti pemanduan terbaik, Grand Livina menggunakan teknologi sistem suspensi dengan ciri kawalan desiran yang berfungsi mengurangkan getaran dan olengan. Ini sekaligus menjamin kestabilan dan keselesaan walaupun berada di atas kondisi jalan raya yang teruk. 

Terdapat tiga varian enjin pada Grand Livina yang boleh anda pilih. Sama ada bersesaran 1.6 dengan kod enjin HR16DE bertransmisi manual dan automatik atau 1.8 liter (MR18DE), transmisi automatik sahaja. 

Enjin generasi baru yang diperbuat daripada aluminium ini ringan dan mampu menjana kuasa dengan lebih efisien. Jika enjin 1.6 liter hanya disertakan dengan teknologi drive by wire, enjin 1.8 liter pula dilengkapi dengan teknologi CVTC (Continuously Variable -valve TimingControl).

Penggunaan bahan apinya juga menjimatkan. Nissan mendakwa Grand Livina 1.8 liter hanya menggunakan 6.5 liter petrol bagi setiap 100 kilometer (pada kelajuan 90 kilometer sejam). 

Tidak perlu meragui kualiti yang ada pada Grand Livina. Didatangkan dalam bentuk CKD menerusi proses pemasangan di kilang ETCM di Serendah, model ini mengaplikasikan Kaedah Pengeluaran Nissan (NPW). NPW merupakan piawaian antarabangsa bagi kualiti pengilangan dan pemasangan kenderaan keluarannya."

Kredit Untuk AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN dari KOSMOS kerana artikel yang berguna ini.

Sunday, 19 June 2011

Salam Pengenalan

Salam to all bloggers out there....laman blog ini aku wujud untuk menyokong kegiatan blogger seluruh dunia di mana aku akan membincangkan apa saja isu-isu semasa baik politik, agama, sukan, hiburan, teknologi maklumat dan apa saja yang boleh di kongsikan bersama. Oleh yang demikian segala pandangan dan makluman balas anda semua amat di alu-alukan  untuk tujuan penambahbaikan laman blog ini untuk kebaikan kita bersama.

Ok....chow...adios.... 
support Ubuntu Linux