4:50PM Jun 2 2012
http://www.malaysiakini.com/letters/199755
Sekitar bandar dan kampung di negeri Selangor memperlihatkan kempen dan
ceramah Umno/BN kerap diadakan. Di samping itu, beratus bendera BN di
pasang sekitarnya.
Kita dapat lihat apabila media alternatif menghebahkan isu Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang memberikan kebenaran dan laluan kepada Umno/BN bagi memasang benderanya di setiap stesen beberapa bulan yang lepas.
Bendera BN kini berkibar di setiap pelosok di negeri Selangor termasuk kubu kuat Pakatan Rakyat.
Ceramah juga makin kerap diadakan terutama di kawasan bandar.
Saya pernah menghadiri ceramah yang diadakan di beberapa kawasan. Malangnya, seperti biasa Umno/BN akan membangkitkan isu yang menjadi tradisi mereka seperti kemerdekaan, Umno buat jalan, sekolah dan kemudahan, Umno bagi duit untuk anak belajar, Umno pelihara hak dan Ketuanan Melayu dan seumpamanya.
Hal ini memperlihatkan bahawa Umno/BN masih berada di takuk lama dan tidak pernah mahu berubah. Dari dulu lagi mereka sememangnya gemar dan tidak akan berhenti bermain dengan sentimen dan isu yang sudah lapuk serta tidak relevan.
Umno/BN tidak memperjuangkan dasar seperti mana yang mereka canangkan dalam misi ‘tawan Selangor.' Tetapi, mereka asyik dengan isu lapuk yang hanya memberikan gambaran dan perspektif buruk kepada Umno/BN.
Kelompok masyarakat yang hadir pula kebanyakannya daripada golongan pengundi saluran satu dan anak muda yang kurang ‘kepeduliannya' dalam isu negara (hanya tengok media arus perdana).
Hakikatnya, segala tindakan yang disebut memperlihatkan bahawa Umno/BN sedang menggunakan kaedah psikologi kepada rakyat Selangor bagi memberi tekanan supaya memangkah BN lantas menjayakan kempen dan propaganda ‘sayangi Selangor yakini BN' yang mempunyai misi yang jelas iaitu menawan semula negeri Selangor yang merupakan lubuk ekonomi di Malaysia.
Harus diingat bahawa faktor kemenangan Pakatan Rakyat di negeri Selangor pada PRU yang lepas kerana kepedulian masyarakat Melayu bandar yang semakin tinggi di samping penolakan masyarakat Cina kepada Umno/BN pada tahap yang paling tinggi.
Selain itu, beberapa isu termasuk isu kuil yang menjadi kontroversi ketika pemerintahan kerajaan negeri sebelumnya di bawah Mohd Khir Toyo menjadi faktor masyarakat India beralih arah.
Kini, kita masih menunggu apa yang bakal terjadi kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri pernah mengumumkan bahawa Umno/BN harus menggunakan segala senjata dan apa jua cara untuk mendapatkan Selangor.
Hal ini mungkin dapat menjelaskan sebab Najib menjadi pengerusi perhubungan Umno di Selangor bagi merampas negeri lubuk emas ini seperti yang berlaku di Perak.
Justeru, kita akan terus tonton dan nilai segala tindak-tanduk Umno/BN yang seolah-olah tidak sedar mereka sebenarnya hanya mewakili barisan pembangkang di Negeri Selangor tetapi mengaku menjadi kerajaan lantas melabel bahawa pembangkang itu memerintah di negeri Selangor.
Hal ini menimbulkan kekeliruan kepada orang Melayu yang cepat percaya kepada cerita Umno/BN.
Ayuh, sama-sama lihat dan menilai semula adakah layak pembangkang Selangor ini memerintah semula?

No comments:
Post a Comment