http://www.malaysiakini.com/news/204426
Ahli
Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin hari ini mengadakan pertemuan
dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurut Harakahdaily, timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu mengunjungi pejabat menteri besar Kelantan itu pagi tadi.
Pertemuan di Kota Bharu itu menarik perhatian memandangkan Lajim telah meletak jawatan sebagai ketua cawangan Umno.

Lajim
pada Jun lalu meletak jawatan sebagai ketua Umno cawangan Kerambai
Kebatu selepas beliau menyatakan hasratnya untuk tidak lagi
mempertahankan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Beaufort.
Lidah
parti PAS itu melaporkan Lajim bersama 25 orang lagi anggota
rombongannya meluangkan masa kira-kira 40 minit untuk bertemu Nik Abdul
Aziz.
Lajim dalam pertemuan itu dilaporkan telah mengemukakan
cadangan untuk mengadakan kerjasama dengan kerajaan negeri dalam
pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sisa pepejal.
Laporan itu memetik Nik Abdul Aziz sebagai berkata, cadangan bagi kerjasama itu akan dibincangkan di peringkat kerajaan.“Saya
tidak boleh membuat keputusan sekarang walaupun pertemuan telah dibuat
dengan anggota exco kerajaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan,” katanya
seperti dipetik laman tersebut
No comments:
Post a Comment