Search Everything

Tuesday, 27 March 2012

'Amal sikap suka membaca'

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0327&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm#.T3FZ_miPuXk.twitter

KUALA LUMPUR 26 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak masyarakat negara ini termasuk para pembaca blog beliau supaya sentiasa menggunakan masa terluang untuk melakukan aktiviti berfaedah seperti membaca buku.

Perdana Menteri berkata, melalui pembacaan, seseorang antaranya boleh mempelajari ketabahan ikon dunia dan seterusnya mampu menyemarakkan aspirasi pembaca dalam menghadapi masa depan yang lebih baik. 

"Bagi anda yang mempunyai masa terluang, saya harap anda akan terus membaca sekerap yang anda mampu. 

"Saya amat rindukan kepuasan membaca buku dari semasa ke semasa," katanya dalam entri terbaru di http://1malaysia.com.my bertajuk Kepuasan Membaca Sebuah Buku Yang Ditulis Dengan Baik hari ini.

Dalam entri tersebut, Najib turut berkongsi kepuasan yang dikecapi beliau setelah selesai membaca buku biografi mengenai pengasas syarikat Apple Inc. Steve Jobs. 


Monday, 26 March 2012

Kerajaan mampu tampung kenaikan gaji 1.4 juta penjawat awam

25/03/2012 1:47pm 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0325&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_15.htm

KOTA BHARU 25 Mac - Kerajaan mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menampung kenaikan gaji 1.4 juta penjawat awam berikutan penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) antara lain melibatkan pelarasan gaji sehingga 13 peratus.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, penambahbaikan SSM membuktikan keprihatinan kerajaan kepada penjawat awam yang merupakan kumpulan terpenting sebagai pelaksana dasar-dasar kerajaan.

"Ia melibatkan kos, implikasi kewangan yang tinggi, tetapi kita mampu menampung bukan sahaja kenaikan gaji, tetapi juga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kosnya kira-kira RM2.6 bilion, kerana hasil meningkat dan peningkatan hasil itu dipulangkan kepada rakyat," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pengurusan Kewangan Penjawat Awam dan Taklimat Penambahbaikan SSM anjuran Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Kelantan di Dewan Utama Kampus Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di sini. 
- UTUSAN

Sunday, 25 March 2012

Test Update

Test update using android.....


Published with Blogger-droid v2.0.4
Published with Blogger-droid v2.0.4

Minyak : Jimat Guna Ubat Gegat

Saturday, March 5

http://samposmen.blogspot.com/2011/03/minyak-jimat-guna-ubat-gegat.html

 Sebelum ini aku ada post pasal harga minyak naik. Yahoo! Kenaikan ini kebanyakkan menggembirakan rakyat. Rakyat Malaysia memang prihatin dan dapat menerima dengan hati senang gumbira dan berlapang dada. Perkara seperti inilah yang perlu kita banggakan.


Negara maju mestilah segalanya perlu mengikut keadaan semasa. Tidak perlu seperti gelombang sinusoidal yang hanya membuang masa. Kita seharusnya bergerak tangkas dan pantas secara linear.

Untuk mencapai target yang di tetapkan untuk 5 tahun akan datang semua barang perlu di naikkan barulah taraf hidup rakyat meningkat. Semua orang akan dapat mengecapinya.

Janganlah kita mengikut para Ilmuwan. Itu semua omongan kosong. Kita perlu bergerak maju ke depan seperti pemikiran Ahmad Albab. Barulah minda kita dapat berkembang.

Surat Berantai

Semenjak zaman sekolah lagi aku sering menerima surat berantai. Bila saja dapat aku akan happy seharian. Perasaan yang sukar di gambarkan dengan kata-kata. Speechless! Tergesa-gesa aku akan pergi ke kedai Pak Lan untuk membuat salinan. 'Sila buat 20 salinan dan edarkan kepada kenalan rapat...bla...bla...'  'Penjaga pintu Ka'abah telah bermimpi bertemu...bla...bla...jika mahu hidup kamu di berkati dan mendapat hidayah sila sebarkan kepada orang lain.' Selalunya aku akan buat salinan lebih dari jumlah yang di tuliskan. Terasa rugi kalau buat sikit-sikit dan melepaskan peluang keemasan ni. 

Semakin aku dewasa semakin kurang aku dapat surat berantai. Sedih rasanya. Keciwa pon ada. Akhirnya perasaan aku kembali ceria. Bila buka email penuh inbox surat yang aku nanti-nantikan selama ini. Bila buka facebook wall aku penuh dengan nota-nota yang di poskan. Tidak kurang ada yang tag gambar. Bila blogging banyak entri-entri menarik mengenai ini. Double-triple aku happy melonjak kegembiraan. Terasa bangga sangat. Apa barang buat hard copy, sekarang zaman elektronik kena la ikut perkembangan.

Buat apa menderma, buat amal kebajikan. Duit je yang banyak di keluarkan dan di habiskan. Ayuh! Baik duduk rumah sambil bersantai makan kuaci. Tekan butang sent semua orang dapat info. Kan senang. Hidup pon senang. Pahala pon banyak dapat. Tak perlu bersusah-susah. C'mon! Jangan paranoid. 

Tadi aku ada blogwalking. Pergi dekat dashboard pastu main klik-klik kat senarai bawah terjumpa satu blog ini. Info yang di tunggu oleh setiap orang. Hidup dah kaya raya mestilah kena kedekut. Baru dapat rahmat. Ilmu yang ada mesti di kongsikan. Jangan di biar berkarat dalam hard disk.

klik gambar untuk boost turbo



Meh sini nak terang bagi jelas. Ubat gegat merupakan sebatian kimia yang mengandungi unsur-unsur elektron-elektron negatif yang dapat mempertingkatkan pembakaran petrol di dalam engin. 

Jika kamu letak ubat gegat dalam tangki yang penuh dengan petrol perlulah di tutup cepat-cepat kerana ubat gegat merupakan suatu unsur yang sangat senstif dan aktif. Tenaga yang di hasilkan daripada tindakbalas kimia bersamaan dengan 1/237 tenaga daripada sumber nuklear. 

Oleh itu, kamu juga perlu bertindak aktif supaya tidak mendapat radiasi hasil pembebasan gas dari neutron proton yang terkandung dalam naftalena di dalam ubat gegat. Manusia bersifat lalai, so kalau kamu terlupa dan mengambil masa untuk menutup tangki minyak jangan risau jika terkena radiasi. 

Ini kerana kajian membuktikan ia dapat di elak jika kamu mengambil lipas-lipas atau serangga yang mampus hasil terhidu ubat gegat dengan cara di syorkan. Di mana tumbuk lumat-lumat (bukan di kisar) dan tapis jus yang di rembeskan, di minum sebelum kamu masuk tidur. 

Ini kerana apabila malam badan kurang aktiviti pergerakan dan ia akan menyebabkan jus yang di minum tadi bertukar menjadi antibiotik dengan menghasilkan sel darah putih untuk melawan radiasi. 

Selain dapat menambahkan jumlah kilometer perjalanan ia juga telah terbukti di gunakan dalam perlumbaan antarabangsa seperti Formula1 dan Rally Dakar. Cuma di Malaysia teknologi ini boleh di anggap baru.

Kesimpulannya, bukan saja eco-friendly tetapi ubat gegat dapat menjimatkan penggunaan minyak seharian kamu. Untuk makluman, syarikat-syarikat seperti Petronas, Shell dan Caltex kini semakin risau kerana ada pesaing baru dengan pengenalan teknologi baru ini. Dana dan R&D yang di keluarkan kini sudah menjadi sia-sia. 

Kita sebagai pengguna dan rakyat yang maju mesti berubah kepada ubat gegat dari beli minyak Ron97 yang murah dan sesuai untuk kegunaan membajak sawah. Banyak testimoni-testimoni memuji penggunaan ubat gegat yang efisien dan mantop! Selamat mencuba. Saya sudah, kamu bila lagi?

Ini amat penting. Sila forward kepada umat Islam yang lain untuk elakkan diri kita dari terus di aniaya. Sekian, semoga ada manfaatnya :) ek?

 

Jimat minyak guna ubat gegat

http://isuhangat.blogspot.com/2008/08/jimat-minyak-guna-ubat-gegat.html

Betuika ni???

JimatkanPetrol dengan Ubat Gegat ??

(Petua Jimat)

Memandangkan hari ini harga petrol yang tinggi disebabkan kenaikan harga minyak global dan faktor-faktor lain, maka bermacamlah cara dilakukan untuk penjimatan petrol yang optima. Antaranya menggunakan pil fuel saver. Nampaknya sekarang kereta pun ada pil tersendiri.. Kaedah ini memang terbukti berkesan tetapi harga pil itu juga mahal dan kalau dikira tolak campur.. pi mai pi mai tang tu jugak… still kena keluar duit bergelen-gelen.

Ok.. sebenarnya ada satu cara istimewa yang diadaptasi daripada penggunaan pil penjimat petrol fuel saver tersebut… Mengikut kajian dan eksperimen oleh sekumpulan engineer syarikat automotive dan benda ni telah pon dibuktikan oleh mereka.. Iaitu kita boleh mengunakan UBAT GEGAT sebagai alternatif kepada penggunaan pil fuel saver. Ubat gegat yang dimaksudkan ialah yang berbentuk pil sebesar ibu jari tangan… yang kebiasaannya kita letak dalam almari atau laci untuk elakkan daripada serangga seperti lipas dan semut. Ubat gegat ini boleh didapati secara mudah dan murah dimana-mana pasar raya dan kedai runcit..

Cara-cara penggunaannya begini yang mesti diikut untuk kesan penjimatan yang optima,

* Pergi mana-mana stesen minyak untuk mengisi petrol dan pastikan memilih jenis unleaded(tanpa plumbum) sahaja.

* Sila buat isian sepenuh mungkin tangki minyak kereta anda.. sebabnya kita tidak mahu ada ruang udara dalam tangki minyak… cubaminimumkan atau kalau boleh tidak ada langsung ruang udara..
* Bila tangki sudah penuh dengan petrol, anda terus memasukkan 2 biji ubat gegat yang berbentuk pil tadi kedalam tangki minyak dan tutup dengan ketat secepat mungkin… tujuannya nak kurangkan tidakbalas dengan gas dalam udara.
* Ok lepas itu anda boleh pandu macam biasa.. dan pastikan anda telah resetkan meter mileage anda kepada zero untuk anda melihat keajaiban hasilnya nanti.

Cara ini telah terbukti berkesan menjimatkan 25%-30% pengunaan petrol oleh kereta anda dan tidak ada kesan sampingan langsung, malahan fungsi ubat gegat tadi adalah 99% sama dengan pil fuel saver yang dijual dipasaran..bezanya cuma bentuk fuel saver yang lebih kecil. Selamat mencuba..

Hisham: Cabaran jenayah siber meningkat


 http://www.malaysiakini.com/news/193067
 
Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal berhadapan cabaran lebih hebat pada masa akan datang berikutan pelbagai taktik baru perlakuan jenayah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata jenayah siber kini semakin meningkat, manakala jenayah jalanan dan indeks perlu terus diberi perhatian, terutamanya dalam aspek pencegahan.

NONE"Kerajaan amat prihatin terhadap perlakuan jenayah dalam konteks negara kita dan antarabangsa," katanya pada majlis sempena Peringatan Hari Polis ke-205, di Dataran Merdeka, malam tadi.

Katanya pihak polis sedar bahawa rata-rata pengguna Internet adalah golongan remaja atau Generasi Y, iaitu terma yang merujuk kepada golongan itu.

Beliau berkata mereka merupakan golongan yang tampil membuat laporan polis mengenai penipuan dalam transaksi jualan secara dalam talian menggunakan Internet.

"Saya difahamkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil menerima banyak laporan mengenai kes sedemikian dan siasatan rapi dijalankan bagi mengenal pasti penjenayah berkenaan," katanya.

Katanya beliau turut mengakui bahawa kadangkala wujud insiden yang tidak menyenangkan rakyat terhadap sesuatu tindakan polis yang dilakukan dalam kapasiti profesional mereka.

Bagaimanapun, katanya kesilapan profesional tetap berlaku dalam mana-mana saja organisasi di dunia ini, cuma magnitud atau implikasinya sahaja yang berubah mengikut keadaan dan masa.

Katanya komunikasi interaktif melalui media sosial yang dilaksanakan PDRM membolehkan pasukan polis bertindak lebih pantas dalam semua hal yang diutarakan orang ramai secara maya.

"Facebook rasmi PDRM, umpamanya, menyalurkan maklumat yang diterima daripada orang ramai secara terus kepada kontinjen berkenaan untuk tindakan segera mereka dan perkhidmatan responsif itu telah mendatangkan manfaat kepada rakyat," katanya.

Hishammuddin berkata pelancaran maskot PDRM iaitu "Harimau Biru" pada tahun ini menjadi simbolik keberanian dan ketangkasan polis dalam menjaga kesejahteraan negara.

"Dengan adanya maskot itu, sudah tentu akan menonjolkan lagi identiti polis sebagai agensi penguatkuasaan dan keselamatan terulung di negara ini," katanya.

Beliau berkata polis berada pada tahapnya sendiri dengan segala kemajuan dan penambahbaikan peralatan dan kemudahan termasuk siapnya menara utama Bukit Aman yang akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 12 April ini.

- Bernama

Umno Cheras: Pandangan Kamalia positif

1:14PM Mac 23, 2012 - Malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/192932

Umno bahagian Cheras menyifatkkan kenyataan Naib Ketua wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang mendesak ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatannya, sebagai "ada juga positifnya".

NONEKetuanya Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshi (kanan) berpendapat pandangan Kamilia itu mewakili suara akar umbi dan Kamilia tidak mempunyai agenda tertentu.

"Saya percaya pandangan Kamalia adalah ikhlas dan beliau bercakap demi kebaikan parti," katanya yang disiarkan blognya semalam.

Sehubungan itu, Syed Ali menggesa semua ahli UMNO terutama pergerakan Wanita menghormati pandangan Kamalia yang membuat gesaan itu seperti yang dilaporkan dalam akhbar The Star semalam.

Akhbar berbahasa Inggeris itu melaporkan Kamilia menggesa Shahrizat supaya melepaskan jawatan ketua Wanita Umno demi menjaga kredibiliti parti, sayap, BN dan kerajaan.

Kamilia dilapor mendakwa Wanita akar umbi "susah nak kerja" berikutan isu Pusat Fidlot Nasional yang dikaitkan dengannya.

'Berlumba tunjuk kekuatan'
Kenyataan Kamilia bagaimanapun dikecam lima pemimpin pergerakan itu di peringkat negeri dengan menyifatkannya sebagai pandangan peribadi dan tidak pernah dibincang dalam kepimpinan Wanita.

Mengulas lanjut, Syed Ali kesal kerana mendakwa terdapat sesetengah Wanita Umno "mula berlumba-lumba untuk menunjukkan kekuatan tersendiri".

"Sepatutnya Wanita Umno harus tumpukan kepada kawasan masing-masing, tak payah nak berlawan antara satu sama lain," katanya.

Bagaimanapun, Syed Ali yakin Kamalia bersedia mendengar dan menerima apa sahaja yang bakal dilakukan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak.

Petang ini Najib akan bertemu dengan kepimpinan Wanita semua peringkat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara.

Cheras antara bahagian Umno paling lantang menuntut pengunduran Shahrizat selain bekas ketua Wanita Tan Sri Rafizah Aziz.

Wanita no 2 ikrar setia, enggan tarik gesaan awal

8:29PM Mac 23, 2012 - Malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/192991

Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim akhirnya berikrar untuk bekerjasama dengan ketuanya Datuk Seri Shahrizat Jalil tetapi enggan menarik balik gesaan berundur yang disuarakannya sebelum ini.

umno 2007 wanita 071107 kamilia ibrahimKatanya, tindakan itu bagi memastikan kepimpinan pergerakan itu sentiasa utuh di semua peringkat untuk memastikan kejayaan Umno dalam pilihan raya umum akan datang.

Sebagai pemimpin nombor dua dalam Wanita Umno, menjadi kewajipan baginya untuk memastikan kemenangan BN, kata Kamilia (kiri).

Akhbar The Star kelmarin melaporkan Kamilia sebagai menggesa Shahrizat supaya melepaskan jawatan ketua Wanita Umno demi menjaga kredibiliti parti, sayap, BN dan kerajaan.

Kamilia dilapor mendakwa Wanita akar umbi "susah nak kerja" berikutan isu National Feedlot Corporation (NFC) dikaitkan dengannya.

Najib yakin sokongan BN di S'gor memuncak

4:50PM Mac 25, 2012 - Malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/193093

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yakin sokongan rakyat di Selangor terhadap BN semakin memuncak ekoran kegagalan kerajaan negeri yang diterajui pakatan pembangkang melaksanakan janji-janjinya semasa pilihan raya umum 2008.

"Kita nak tanya pada pembangkang, janji pada pilihan raya umum (PRU) 2008 banyak mana sudah mereka tunaikan...?

"Cukai pintu turun 20 peratus dah tunai...? Cukai premis perniagaan turun 10 peratus dah tunai...? perkhidmatan kesihatan percuma warga emas Selangor dah tunai?...semua belum (ditunaikan) lagi.

"Sebab itu hari ini rakyat lebih yakin kepada BN, kita dah kena tipu sekali cukup, kita tak mahu ditipu sekali lagi," katanya dengan disambut tepukan gemuruh daripada lebih 5,000 orang pada majlis bantuan kepada mangsa banjir bagi kawasan Parlimen Hulu Langat dan Ampang di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua, di Hulu Langat, hari ini.

Najib yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Selangor berkata beliau sentiasa memberi keutamaan kepada rakyat di negeri ini.

"Saya sepatutnya berada di Sepang untuk mengikuti perlumbaan F1, tetapi Hamilton (pelumba F1 Lewis Hamilton) boleh tunggu, rakyat Hulu Langat lebih penting dan dapat keutamaan.

"Lagipun Hamilton tak boleh undi, tuan-tuan boleh undi," katanya.

Pada majlis itu, perdana menteri mengumumkan bantuan hampir RM6 juta kepada 3,578 mangsa banjir di Parlimen Hulu Langat dan Ampang.

Perdana Menteri berkata bantuan berkenaan termasuk wang tunai RM500 untuk setiap mangsa banjir di kawasan itu dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.7 juta daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Yayasan 1MDB turut menyumbang bantuan keseluruhan sebanyak RM2.5 juta termasuk wang tunai RM500 kepada setiap mangsa banjir selain sumbangan kos membaiki 100 buah rumah dan mengganti peralatan masjid serta surau yang terjejas akibat banjir yang berlaku 7 Mac lepas.

Najib juga menyampaikan bantuan sumbangan Kelab Putra 1Malaysia yang berupa dua tilam serta sebuah dapur gas kepada beberapa keluarga.

Katanya semua bantuan akan diagihkan kepada setiap keluarga terbabit dalam tempoh tiga hari.

- Bernama

'Janji mansuh PTPTN mesti masuk Buku Jingga'

3:23PM Mac 25, 2012 - Malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/193084

Pakatan Rakyat digesa memasukkan janji untuk memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam Buku Jingga dan manifesto pilihan raya.

"Kami berharap pemimpin Pakatan akan menunaikan janji yang dibuat oleh ketua pembangkang," demikian pendirian Pemuda Parti Sosialis (PSM) Malaysia, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden dan dua lagi kumpulan anti-PTPTN.

Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berdialog dengan mahasiswa di Kuala Lumpur pada 10 Mac lalu berjanji akan memastikan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti, sekali gus memansuhkan keperluan untuk PTPTN.

Pemuda PSM kumpulan itu juga berkata, sebagai pihak yang mendokong agenda pendidikan percuma, mereka sedia bekerjasama dengan Pakatan bagi tujuan itu.

Kumpulan itu juga menegaskan, pendidikan merupakan hak asasi manusia dan ia mesti bebas daripada bebanan dan diberikan secara percuma.

"Kami berpendirian bahawa sistem sekarang dalam bentuk pinjaman PTPTN yang ditawarkan membebankan mahasiswa.

"Ia menyebabkan mereka berhutang memberi kesan serius kepada kehidupan mereka selepas tamat universiti," kata kenyataan itu lagi.

Anwar ulangi mansuh serta merta
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Anwar pada 23 Mac sekali lagi mengulangi janji itu dalam ceramah di Port Dickson.

Malah, katanya, tindakan itu akan dilaksanakan serta merta selepas menawan Putrajaya.

"Semasa saya menjadi timbalan perdana menteri, keuntungan Petronas RM30 bilion tapi ada biasiswa dan dermasiswa.

"Sekarang, untung Petronas, lebih RM90 bilion, tapi pelajar kita, baru masuk belajar, sudah berhutang. Belum kerja dah berhutang.

"Kalau kita diberi mandat memerintah Malaysia, saya beri jaminan, PTPTN akan kita batalkan," beliau dipetik sebagai berkata dalam ceramah di Lukut, Negeri Sembilan pada 22 Mac.

Sultan jadi bayangan Allah?

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
8:55AM Feb 24, 2012 - Ruangan Kolum Malaysiakini

Minggu ini saya kembali ke Oxford, United Kingdom setelah beberapa minggu berada di Malaysia. Di samping menyambut kedatangan ‘puteri baru’, banyak juga aktiviti yang sempat saya sertai.

Bahang pilihan raya semakin kuat sehingga segala perkara berbau politik. Semasa seminar Islam dan Eropah di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), baru-baru ini, pengarahnya Dr Farhan Nizami bersembang dengan kami. Beliau memberi pandangannya tentang Malaysia.

Katanya, betapa beliau tidak menyangka bahawa bangsa Melayu yang kelihatan sopan santun itu apabila tiba kepada bab politik, mereka berpolitik habis-habisan. Saya senyum sahaja mendengar ulasannya.

Berkaitan fenomena pilihan raya juga, beberapa hari lalu saya menerima begitu banyak soalan berhubung dengan kenyataan “Raja adalah bayangan Allah di bumi”.

Hadis ini katanya telah diwar-warkan oleh pihak tertentu dalam menjustifikasikan perjuangan tertentu.

Saya dengar ada yang lebih lantang lagi dengan menyebut lafaz asal hadis itu – “al-Sultan adalah bayangan Allah di bumi – bagi merujuk sultan pilihannya. Ada pula yang seakan ingin menyuburkan feudalisme Melayu dengan hadis tersebut.

Saya bergurau dengan sesetengah pihak yang berminat menggunakan hadis itu dengan berkata: “Raja yang menjadi bayangan Allah itu Raja Jordan ke, atau Raja Saudi? Atau Raja Moroko? Oleh kerana terlalu umum, apakah boleh juga digunakan oleh Raja Siam?

Sebenarnya, perkataan yang digunakan dalam hadis ‘al-Sultan, bukan al-Malik (Raja). Jika ia difaham secara bahasa Melayu, mungkin para sultan seperti Sultan Qabos di Oman atau Sultan Brunei tergambar semasa membaca hadis ini.
‘Negara Pasir Berdengung’

Sudah pasti bukan Sultan Damsyik Jani dari ‘Negara Pasir Berdengung’ dalam filem Do Re Mi arahan allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Sebenarnya hadis tersebut mempunyai banyak riwayat. Ada yang palsu, ada yang sangat daif (daif jiddan), ada yang daif dan ada yang hasan, ataupun mungkin boleh mendekati sahih.

Antara lafaz yang palsu atau sekurang-kurang teramat daif (bermaksud):

“Al-Sultan  bayangan Allah di bumi. Jika mereka berbuat baik bagi mereka pahala dan wajib ke atas kamu syukur. Jika mereka jahat, mereka mendapat dosa, wajib ke atas kamu sabar. Janganlah kejahatannya itu menyebabkan kamu keluar dari ketaatan. Ini kerana, sesungguhnya kehinaan dalam mentaati Allah (dengan mentaati sultan yang jahat) lebih baik dari kekal dalam neraka (kerana menentang sultan). Jika tidak kerana mereka, manusia tidak akan aman”. (Hadis ini dihukum oleh al-Albani sebagai ‘terlalu daif’ dalam Silsilah al-Daifah/ no 1664.)

Namun secara kesimpulan penilaian hadis, setakat lafaz “al-Sultan bayangan Allah di bumi” adalah sahih disebabkan pelbagai riwayat.

Adapun tambahan selepas lafaz tersebut ada yang hasan, daif, sangat daif dan palsu.

Ada juga riwayat dalam al-Jami’ al-Saghir oleh al-Sayuti (meninggal 911H) yang menyebut (bermaksud):

“Al-Sultan bayangan Allah di bumi. Jika seseorang kamu memasuki sesuatu negeri yang tiada sultan padanya, janganlah dia tinggal dalamnya.”

Saya bimbang menjelang musim berkempen ini akan ada yang menggunakan riwayat yang daif ini untuk melarang orang tinggal di negeri-negeri yang tiada sultan seperti Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Kemudian, di negara Arab, hanyalah negara Oman yang boleh tinggal dalamnya sebab masih ada Sultan Qabos. Selainnya sudah tiada sultan. Indonesia pun tidak boleh tinggal dalamnya kerana sudah tiada sultan.

Hanya Brunei yang sesuai. Jangan sampai begitu pula tafsiran kita.

Apakah maksud al-Sultan?

Perkataan al-Sultan bukanlah bermaksud pemerintah yang memakai gelaran ‘sultan’. Jika tidak sudah pasti al-Khulafa al-Rasyidin menggunakan gelaran sultan. Sultan bermaksud pihak yang berkuasa.

Ertinya ia merangkumi semua mereka yang mempunyai kuasa pemerintahan tanpa mengira apa pun gelarannya. Abu Bakr al-Siddiq naik memerintah selepas Rasulullah memakai gelaran ‘Khalifah Rasulillah’.

Kemudian pada zaman ‘Umar mula diperkenalkan gelaran ‘Amir al-Mukminin. Selepas itu beberapa dinasti seperti Ayyubiah, Mamalik dan ‘Uthamaniyyah memakai gelaran sultan. Mereka itu kebanyakannya bukan arab. Ada juga yang memakai al-Malik iaitu ‘raja’ dan sebagainya.

Maka hendaklah jelas, perkataan sultan dalam hadis merujuk kepada ulul amri iaitu mereka yang berkuasa memerintah. Jangan putarkan hadis untuk pemainan politik.

Ertinya, secara literal dalam konteks Malaysia, perdana menteri juga zhillu Allah ataupun bayangan Allah di bumi. Demikian Presiden Mesir, Libya dan sebagainya.

Kini kita wajar bertanya apakah maksud bayangan Allah? Apakah kita memahami seperti golongan literalis yang akan melihat sultan atau raja atau penguasa atau presiden sebagai benar-benar bayangan Allah yang kemudian mungkin dijustifikasikan segala tindakannya.

Jika mereka itu berjudi di London ini sehingga tergadai balak dan minyak di negara mereka, apakah itu bayangan Allah? Jika mereka kejam seperti Assad di Syria, atau mereka rasuah dan bermewahan dengan harta rakyat jelata, apakah mereka tetap dimuliakan sebab mereka bayangan Allah?

Bayangan Allah

Jika kita faham makna khalifah, ia bermaksud pengganti ataupun wakil. Apabila kita menyebut manusia khalifah Allah bermaksud manusia mengganti Allah di bumi.

Ketika mentafsirkan Surah al-Baqarah ayat 30 berhubung manusia sebagai khalifah Allah di bumi, al-Imam al-Baidawi berkata:

“Khalifah itu dari bermaksud (segi bahasa) sesiapa yang menggantikan tempat pihak yang lain atau menjadi penggantinya. Yang dimaksudkan dengan khalifah dalam ayat ini adalah Adam AS kerana beliau merupakan khalifah Allah di bumiNya.

“Demikian sekelian nabi yang Allah utuskan mereka sebagai pengganti (khalifah) bagi memakmurkan bumi, menguruskan manusia, menyempurnakan keperluan mereka dan melaksanakan perintah Allah ke atas mereka.” (Al-Baidawi, Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Takwil, 1/64).

Makna yang sama merujuk kepada sultan ataupun penguasa itu bayangan Allah di bumi. Bukan bermaksud kesucian penguasa sehingga tidak boleh dibahas dan dipertikaikan. Sama sekali tidak!

Sebab betapa ramai manusia ini yang Allah tabalkan menjadi khalifah telah melakukan kerja yang sebaliknya. Apakah kita tetap mempertahankannya atas nama khalifah Allah?

Justeru al-Imam al-Munawi dalam Faidh al-Qadir ketika menafsir maksud: “al-Sultan bayangan Allah di bumi”, beliau berkata:

“Kerana dia memelihara manusia dari keburukan seperti bayang memelihara dari panas matahari”.

Ya! Demikianlah tugasan penguasa!
Kepentingan politik

Dalam masa yang sama kita hendaklah sedar, bahawa berlebihan dalam menggunakan agama untuk kepentingan politik telah mengorbankan agama itu sendiri. Inilah yang berlaku di Barat yang diistilahkan sebagai secularism ataupun lebih mudah difahami sebagai a movement towards the separation of religion and government.

Walaupun secularism itu mempunyai akar yang lama sejak zaman Greek dan Roman tetapi di Eropah ia subur dan diperjuangkan pada era Enlightenment akibat dari kesedaran rakyat tentang betapa buruk peranan agama dalam politik. Saya akan bahaskan nanti.

Islam memandu politik supaya harmoni dan kudus. Islam bukan alat politik tetapi cahaya yang menerangi jalan politik yang dibina atas maslahah rakyat.

Sultan ataupun penguasa bayangan Tuhan boleh disalahtafsirkan seperti yang berlaku dalam sejarah politik pelbagai bangsa. Akibatnya, kerakusan penguasa mencengkam rakyat dan dihalalkan atas nama Tuhan.

Jika hendak memahami maksud penguasa bayangan Tuhan dalam Islam, fahamilah ucapan Abu Bakr al-Siddiq apabila menjadi khalifah:

"Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat.

“Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat dalam kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya),  insya-Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan.

“Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan Rasul-Nya. Jika aku derhakakan Allah dan Rasul-Nya, maka tiada ketaatan untukku." (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).

Inilah insan yang paling faham maksud sultan itu bayangan Allah di bumi. Jangan kita gadaikan Islam untuk suatu pentafsiran nas yang akhirnya akan menimbulkan syak manusia terhadap Allah dan Rasul-Nya.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin merupakan bekas mufti Perlis. Beliau kini bertugas sebagai zamil di Universiti Oxford.

Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Agama, bangsa dan negara

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
9:37AM Mac 9, 2012 - Ruangan Kolum Malaysiakini

ULASAN dinafikan di sudut demokrasi dan kebebasan bersuara, rakyat di Barat ini lebih menikmatinya dibandingkan sebahagian besar manusia lain di atas bumi ini, termasuk yang berada di kebanyakan negara Muslim.

Di sudut ketelusan pengurusan harta rakyat, Barat juga kelihatan mendahului dunia lain. Demikian juga di sudut pembangunan teknologi dan kemudahan yang lain. Hakikatnya bukan sedikit budaya dan nilai tamadun yang positif ada di Barat.

Namun, mengandaikan Barat itu sempurna di sudut kebebasan dan tiada unsur penindasan agama dan kaum adalah tidak benar sama sekali. Malangnya, anggapan yang seperti itu wujud dalam pemikiran segelintir rakyat dunia lain termasuk negara kita, dengan menganggap Barat adalah kiblat bagi keadilan sejagat.

Sehingga apa sahaja nilai keadilan, mereka akan merujuk kepada amalan di Barat. Seakan Barat itu begitu sempurna dalam soal tersebut. Hal ini perlu diperbetulkan.

Perkauman

Sesiapa yang membaca tulisan Hanif Kureishi The World and The Bomb akan dapat memahami betapa rasisme ataupun perkauman begitu kuat di Barat sejak era 60-an lagi. Bahkan sebelum itu pun.

Hal ini sudah lama, bukan bermula dari 11 September sahaja. Hanif Kureishi dilahirkan di London oleh ibu yang berketurunan Inggeris dan bapa yang berketurunan Pakistan. Bapanya datang ke UK pada tahun 1947.

Dia menceritakan betapa tertekan dirinya dan mereka yang sepertinya sejak kecil disebabkan keturunan mereka. Penghinaan, ejekan dan diskriminasi di serata tempat. Media termasuk BBC masa itu memainkan peranan meniupkan semangat perkauman.

Mereka yang dianggap pendatang kadang-kadang diburu dan dipukul di jalanan hanya kerana warna kulit. Kes yang seperti ini masih lagi wujud sehingga ke hari ini walaupun sudah berkurangan.

Kureishi menceritakan bahawa sehingga pada zaman kanak-kanak dan remaja, ada kalangan mereka rasa begitu menyesal dilahirkan sebagai keturunan ‘tidak berkulit putih’. Mereka benci kepada diri mereka sendiri, kemudian membenci persekitaran mereka yang tidak adil dan tidak meraikan kehadiran mereka dalam masyarakat Barat.

Sekalipun mereka dilahirkan di Barat, mereka tetap dianggap pendatang asing kerana ibu bapa mereka pendatang. Sedangkan jika kita renung, antara punca India dan Pakistan ke UK adalah disebabkan British yang telah menjajah negara mereka dan akhirnya mereka mencari kehidupan di tanah British.

Sehingga ke hari ini isu diskriminasi kaum dan agama belum selesai di Barat. Muslim sering merasa tertekan dengan identiti mereka sebagai Muslim. Momokan media telah memberikan gambaran yang buruk terhadap muslim di Barat.

Sebahagian bancian menunjukkan 75 peratus orang Barat mempunyai gambaran buruk terhadap Islam. Lantas, Muslim selalu menjadi suspek dalam pelbagai perkara buruk. Di samping tidak dinafikan wujudnya faktor kelemahan dalaman masyarakat Muslim itu sendiri, namun diskriminasi memainkan peranan besar dalam meminggirkan mereka.

Persoalan identiti

Persoalan tentang identiti mereka sering dibangkitkan. Apakah mereka itu  ‘European’ atau ‘American’ ataupun mereka Muslim. Seakan dua identiti yang tidak dapat disatukan sama sekali. Ataupun mereka mesti menjawab persoalan: “European (or American) first or a Muslim first?”. Ini menghampiri soalan yang sama yang dibangkit dalam politik kita “Melayu dulu, ataupun Malaysia dulu”. Ataupun, “Malaysia dulu, ataupun Islam dulu”.

Namun, bagi Muslim ataupun Melayu di Malaysia persoalan itu hadir dalam konteks yang berbeza. Persoalan berkenaan di Malaysia bagi menonjolkan siapakah lebih kukuh keislamannya, ataupun membuktikan siapakah yang lebih teguh kemelayuannya dalam meraih undi masyarakat melayu yang menjadi majority rakyat.

Adapun di Barat persoalan tersebut dibangkit kerana Muslim di sini sering dicurigai kesetiaannya kepada negara. Mereka dituduh tidak setia kepada negara disebabkan kesetiaan mereka kepada Islam. Dalam erti kata lain, masyarakat Barat sering melihat identiti Barat dan Islam tidak dapat disatukan.

Maksudnya, jika awak menjadi Muslim awak tidak mungkin menjadi orang Eropah dan orang Amerika yang sebenar. Ataupun vice-versa jika awak menjadi orang Eropah dan orang Amerika, awak tidak mungkin menjadi Muslim yang sejati.

Prof Tariq Ramadan dalam bukunya What I Believe membahas dan cuba menjawab persoalan ini. Beliau melihat dua identiti itu sebenarnya tidak bertentangan jika merujuk dalam konteks atau lingkungan apa ia diperkatakan. Di sudut agama seseorang itu berpegang kepada identiti agamanya. Sementara di sudut politik, dia berpegang kepada identiti negara.

Tidak semestinya bertentangan. Kata beliau: “In the realm of religion and philosophy, that imparts meaning to life, a human being is first and foremost an atheist, a Buddhist, a Jew, a Christian, or a Muslim: her or his passport or nationality cannot answer the existential question. When an individual must vote for a candidate at an election, she or he is first an American, Italian, French or British citizen involved in national affairs. Depending on the realm or the field of activity, the individual therefore puts forward one identity or another, and that is not contradictory.” (Oxford University Press (2010), ms 36-37).

Hal yang sama boleh dicontohkan dalam identiti seseorang sebagai bapa dan dalam masa yang sama dia seorang anak. Ataupun, dia seorang guru dan dalam masa yang sama seorang pemain bola. Cumanya, persoalan timbul apabila dua identiti itu benar-benar bertentangan. Kehendak negara yang bercanggah dengan agama dan kehendak agama yang bercanggah dengan negara.

Dalam kes yang seperti itu seseorang hendaklah merujuk kepada nilai dan prinsip keadilan dan kebaikan sejagat yang dipertahankan oleh semua pihak, termasuk Islam. Jika pemimpin zalim, ataupun rasuah ataupun salahguna kuasa dan selain; semua itu ditentang oleh Islam dan kemanusiaan yang waras.

Jika nilai-nilai insani sejagat itu dihayati tiada suatu pun bertentangan dengan Islam yang hakiki. Cumanya yang kelihatan bertentangan jika kezaliman seperti memusnah negara lain ataupun rakyat sendiri yang dilakukan oleh Hitler, Bush, Blair, Gaddafi, Khamenei, Asad dan regim-regim yang lain itu dijadikan identiti negara.

Setiap rakyat dipaksa pula memakai identiti itu. Maka pertentangan identiti akan berlaku. Demikian jika agama disalahtafsirkan sehingga terrorisme, rasisme, kebencian, permusuhan tanpa sebab yang sah dan seumpamanya dijadikan identiti agama, maka pertentangan juga akan berlaku.

Islam yang sebenar bersifat sejagat. Ia selaras dengan nilai-nilai kemanusiaan segajat. Ini kerana ia diturunkan oleh Tuhan sekalian makhluk. Asas syariat Islam adalah untuk kemaslahatan insan. Ia bersifat anjal dalam pendekatan atau cara bagi disesuaikan dengan setiap budaya setempat dan persekitaran manusia.

Mustahil Islam membawa satu nilai yang memusnahkan kehidupan manusiawi yang baik. Demikian, kenegaraan yang sebenar akan memelihara nilai-nilai keadilan sejagat dan kemaslahatan rakyat. Jika kedua identiti itu difahami dari sudut yang betul, pasti tiada sebarang pertentangan.

Hal yang sama boleh digunakan dalam menjawab persoalan “Muslim dahulu, Melayu dahulu, Cina dahulu, India dahulu ataupun Malaysia dahulu?”.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin merupakan bekas mufti Perlis. Beliau kini bertugas sebagai zamil di Universiti Oxford, United Kingdom. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Untung tanpa majoriti 2/3

Amin Iskandar
3:28PM Mac 16, 2012 - Ruangan Kolum Malaysiakini

Malaysia berada di persimpangan. Di sebelah kanan, sebuah pemerintahan semenjak negara merdeka, di sebelah kiri pula sebuah harapan baru yang mungkin memberi sinar dan kehidupan yang lebih baik.

Tidak lama lagi, pilihan raya umum (PRU) akan berlangsung. Telahan yang paling popular adalah PRU13 akan diadakan pada bulan Jun 2012. Diberitakan, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak tidak mahu pilihan raya berjalan secara berasingan.

Kerajaan Selangor pimpinan Abdul Khalid Ibrahim berkeras hanya akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya selepas Jun 2012.

Najib bimbang jika PRU diadakan tanpa negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) seperti Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah, pertempuran akan berlaku berkali-kali.

Ertinya, selepas PRU, Barisan Nasional (BN) terpaksa berhadapan dengan pilihan raya negeri pula. Ini adalah mimpi ngeri yang Najib mahu elak. Pengalaman berlawan dalam pilihan raya kecil (PRK) selepas Mac 2008, PR bukanlah lawan yang mudah ditewaskan.

Dahulu senarionya lain. BN mudah menang dalam PRK kerana seluruh jentera kerajaan dapat bertumpu di sesebuah kawasan.

PRK selepas Mac 2008 seperti di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti dan beberapa kawasan lagi membuktikan bahawa BN kini mempunyai pesaing yang mungkin mampu mengalahkan mereka dalam PRU.

Anwar atau Najib?

PRU13 nanti, rakyat Malaysia hanya mempunyai dua pilihan. Sama ada mahukan Malaysia dipimpin oleh BN dan Najib sebagai perdana menteri atau Malaysia baru di bawah Pakatan dan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Jika BN menang dalam PRU13 akan datang, rakyat sudah boleh agak bagaimana keadaannya. Seperti hari ini, rakyat akan terus-menerus menanggung beban kehidupan yang mahal dengan pendapatan yang rendah.

Harga bahan bakar seperti petrol dan diesel akan terus naik dan pelbagai subsidi terhadap barang keperluan asas akan ditarik balik. Sedangkan, pendapatan majoriti rakyat Malaysia masih berada di tampuk lama.

Dasar yang sedia ada akan menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa membeli kenderaan seperti kereta kerana sistem pengangkutan awam yang teruk dan tidak efisyen.

Kesesakan jalan raya sangat kritikal dan jalan penyelesaian yang di tawarkan oleh kerajaan BN adalah dengan membina lebih banyak lebuh raya. Apabila banyak lebuh raya maka bertambahlah tol. Kuala Lumpur boleh dikatakan sebagai sebuah bandaraya yang paling banyak tol di Asia Tenggara.

Banyaknya lebuh raya dan kutipan tol yang tinggi tetap tidak menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas yang parah di ibukota negara ini. Pengguna membayar tol untuk lebuh raya dan tetap berhadapan dengan kesesakan.

Kalau tidak percaya dengan pernyataan saya di atas, cubalah lalui lebuh raya seperti New Pantai Expressway (NPE) di waktu pagi!
Pilihan ditangan rakyat

Seharusnya, sesebuah kerajaan itu memikirkan dasar yang menguntungkan rakyat terbanyak. Sistem LRT yang sedia ada sudah cukup baik akan tetapi ianya harus diperkasakan dan melalui ke kawasan rakyat bawahan yang memerlukannya.

Apa guna membina MRT di kawasan seperti Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di mana majoriti rakyat di kawasan tersebut tidak memerlukannya?

Cadangan untuk membina MRT melalui kawasan TTDI mendapat tentangan penduduk setempat kerana kawasan laluannya tidak sesuai dan menggangu mereka.

Sedangkan lebih baik LRT sedia ada dipanjangkan sehingga melalui kawasan seperti Shah Alam dan Klang - mempunyai majoriti rakyat kelas pekerja yang memerlukan sistem pengangkutan awam yang lebih baik.

Bukankah lebih baik peruntukan yang banyak dibelanjakan untuk kepentingan majoriti rakyat yang memerlukan sistem pengangkutan awam yang lebih baik berbanding dengan membina lebih banyak lebuh raya?

Penulis pernah tinggal di kawasan pedalaman di Korea Selatan yang mempunyai sistem pengangkutan awam yang jauh lebih baik dari sesetengah kawasan di Kuala Lumpur. Walaupun tidak mempunyai “subway” yang panjang, pekan tersebut menawarkan sistem bas yang efisyen.

Harga kenderaan yang mahal

Rakyat juga akan terpaksa berhadapan dengan harga kenderaan yang begitu mahal. Rakyat Malaysia sebenarnya terbeban dengan harga kenderaan yang begitu mahal berbanding dengan kualitinya. Kenderaan tempatan menawarkan harga yang begitu mahal kepada rakyat Malaysia sedangkan ianya boleh dijual dengan murah di Indonesia dan Filipina.

Rakyat Malaysia terpaksa berhutang selama sembilan tahun untuk memiliki kereta tersebut. Sebaik sahaja selesai melangsaikan hutang pada tahun kesembilan, kereta tersebut pun musnah.

Sedangkan di negara seperti Singapura (dahulu sebahagian daripada Malaysia), rakyat sudah hidup di tahap seperti rakyat negara Jepun dimana kenderaan hanya digunakan selama lima tahun dan kerajaan akan memberi subsidi kepada rakyat untuk menukar kenderaan.

Sesebuah kereta itu, akan mula perlu ditukar alat gantinya selepas usia lima tahun. Sebab itu kita dapat melihat kenderaan import “recond car” membanjiri Malaysia. Kenderaan recond adalah kenderaan yang telah digunakan di negara maju seperti Jepun dan United Kingdom yang dipakejkan semula sebelum dihantar ke Malaysia.

Sebenarnya, kenderaan recond ini adalah kenderaan terpakai. Akan tetapi apabila sampai ke Malaysia, ianya perlu didaftarkan sebagai kenderaan baru dan pemiliknya akan mempunyai perasaan memiliki kenderaan baru.

Dalam bahasa mudahnya, untuk merasa “mewah”, rakyat Malaysia sebenarnya menggunakan “bekas-bekas” dari Jepun dan United Kingdom.

Berani utuk berubah

Untuk berubah, yang hanya diperlukan oleh rakyat adalah keberanian. Memang benar, untuk mendapatkan keberanian tersebut bukanlah satu perkara mudah.

Rakyat di negara jiran kita seperti Indonesia, Thailand dan Filipina telah membuktikan bahawa keberanian mereka untuk menukar parti yang memerintah itu berbaloi.

Hari ini, parti-parti politik atau individu politik di Indonesia, Thailand dan Filipina perlu bekerja keras untuk memastikan mereka terpilih untuk memimpin.

Ini memberikan rakyat satu kekuatan di mana ahli dan parti politik terpaksa bekerja keras untuk menyakinkan rakyat untuk memperolehi undi mereka. Malahan di negara maju seperti United Kingdom lebih sukar lagi.

Seseorang pemimpin itu tidak hanya boleh beretorik semata-mata akan tetapi perlulah bekerja keras untuk membuktikan dia mampu melakukannya. Jika tidak, sudah pasti akan ditolak melalui kertas undi.

Sudah sampai masanya bagi rakyat memikirkan sama ada ingin mempunyai kehidupan yang lebih baik atau tidak. Lihatlah keuntungan yang diperolehi oleh rakyat apabila kerajaan tidak menguasai majoriti dua pertiga di parlimen.

Keuntungan yang lebih besar jika rakyat mempunyai keberanian yang lebih tinggi untuk berubah. Dengan syarat kekuasaan yang mutlak tidak diberikan kepada mana-mana parti, baik BN mahupun PR.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.Amin Iskandar menerima anugerah zamalah Intelektual Awam Asia (API) 2009-10 untuk menjalankan kajian tentang sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia.Memblog di http://www.aminiskandar.blogspot.com/ dan berkicau di http://www.twitter.com/aminiskandar.

Wujudkan kesepakatan dalam tentukan tarikh PRU

Eikhwan Ali
10:57AM Mac 20, 2012 - Malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/letters/192570

Pilihanraya Umum 13 (PRU 13) merupakan medan pertempuran yang paling sengit dan menurut kajian ia merupakan kemuncak bagi perjuangan menuntut demokrasi.

Barisan Nasional cukup risau sekiranya mereka disingkirkan, mereka tiada upaya untuk bersatu kembali. Dalam masa yang sama,  Pakatan Rakyat amat optimis untuk mengambil alih pemerintahan Malaysia.

Kita tinggal sekejap soal kemenangan, kita suburkan keharmonian politik dengan kesepakatan bersama dalam beberapa perkara. Ruang perbincangan dan penentuan sesuatu keputusan perlu digarap bagi melancarkan agenda keharmonian politik.

Salah satu ruang yang ada ialah kesepakatan penentuan tarikh pembubaran parlimen oleh BN dan Pakatan. Seperti yang diamalkan di United Kingdom antara parti Konservatif dan parti Liberal Demokrat.

Dengan adanya kesepakatan ini, dapat mengurangkan ketegangan antara parti politik, dalam masa yang sama dapat memenuhi tuntutan sesebuah parti politik.

Sikap Datuk Seri Najib Razak terus berahsia mengenai tarikh PRU13 akan diadakan, menimbulkan sangsi oleh semua pihak. Ini jelas terbukti, ketika melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di Kuala Lumpur, apabila beliau meminta semua pihak memahami kenapa beliau terpaksa merahsiakan tarikh PRU13.

Pihak Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) risau sekiranya tarikh pilihanraya dimanipulasi bagi memenangkan sesebuah parti politik. Suasana ini juga berlaku kepada pilihanraya kampus (PRK) di sesetengah kampus yang sehingga pada hari ini, masih berteka-teki dengan tarikh PRK.

Pihak Gamis mendesak supaya parti-parti lain diberi ruang dalam menentukan tarikh pembubaran parlimen bagi menjamin keharmonian politik dan juga mengelakkan sebarang bentuk manipulasi .

Penulis adalah Naib Presiden 1, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis)

PM: Rakyat mesti beza antara fakta dan auta

4:34PM Mac 24, 2012 - Malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/193040

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tatkala musim pilihan raya semakin dekat, parti pembangkang akan mencari segala isu tanpa mengira isu itu mempunyai fakta yang betul ataupun tidak semata-mata untuk mengurangkan keyakinan atau kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

Oleh yang demikian, Perdana Menteri berkata rakyat mesti tahu membezakan antara fakta dan auta.

"Saya lihat banyak yang diutarakan oleh pembangkang ini bukan fakta tapi auta...tidak boleh pakai," katanya semasa berucap pada majlis makan tengah hari yang dihadiri lebih 30,000 orang di Dataran Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Najib berkata pembangkang tuduh bantuan yang diberikan kerajaan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai duit haram, pinjam Bank Dunia (IMF) dan rasuah politik tetapi apabila kerajaan buka daftar untuk BR1M, pembangkang turut mendapatkan bantuan itu, kadang-kandang lebih awal daripada penyokong BN.

"Tapi kalau tuduh duit haram dan sebagainya, janganlah terima daripada kerajaan....muka tebal...ini yang saya katakan auta. Kerajaan beri (BR1M) atas fakta iaitu kerajaan kita telah mengurus tabdir negara kita dengan baik dan kita pulangkan hasil kepada rakyat.

"Sebagai sebuah kerajaan, kita mestilah melakukan yang terbaik untuk kepentingan rakyat. Salah satu daripada ukuran atau pun penentuan yang penting dalam sistem demokrasi berparlimen dan terbuka seperti yang diamalkan oleh negara kita ialah kita mesti membina kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan," katanya.

Katanya dalam tempoh tiga tahun ini rakyat dapat melihat satu demi satu pembaharuan diperkenalkan oleh kerajaan seperti Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Politik dan Program Transformasi Luar Bandar.

Najib berkata melalui pelbagai bantuan, program, dasar dan projek yang dilaksanakan kerajaan itu yang boleh mengubah landskap keadaan setempat dan negara pada keseluruhannya, beliau dapat merasakan bahawa keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan BN telah bertambah.

Pada majlis itu, perdana menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk pembinaan kolam renang kem tentera darat di Port Dickson.

- Bernama

Saturday, 24 March 2012

Nama-nama Syaitan

http://norainisamad.multiply.com/journal/item/43/Nama-nama_Syaitan?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem

Peringatan untuk kita setiap hari dimana syaitan2 ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar! hasutan mereka.

Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insya'Allah.
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan


1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
Menggoda supaya manusia berbelanja lebih! dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kpd orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm  & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.


***************************************************************


Dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk!

10. Isetan.
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah Klang, Singapore, Beijing &.....

Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.

Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.

Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak. Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.


11. Hindusetan
Nie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu sembahyang,maseh menyonggol depan tv.....kapala keluar tanduk, tak sedar....... jadi lah hindusetan !!!


12. Santan
Yang ini aje nampaknya... . berguna sedikit untuk masak  kari dan masak lemak...HEHEHE

Sep 12, '08 4:58 AM
para Todos

HUKUM HUDUD

Mar14 2012  Written by chedet

http://chedet.cc/blog/?p=718

1. Saya ucap berbanyak terima kasih kepada adik Hilal Asyraf (mungkin cucu lebih tepat kerana saya sudah mencecah 87 tahun Masehi – iaitu 90 tahun mengikut Hijrah) kerana membuat teguran terhadap ucapan saya di UNIMAS baru-baru ini.

2. Sebelum saya menjelaskan maksud saya di dalam ucapan itu, saya harap adik Asyraf dapat menjawab secara ringkas (Ya atau Tidak) beberapa soalan yang ingin saya tanya kepada adik.

3. Soalan :
i) Punca ajaran agama Islam ialah Al-Quran, Hadith, fatwa, ajaran ulama’-ulama’ dan guru-guru agama. Diantara punca-punca ini yang mana satukah yang diutamakan?

ii) Sekiranya terdapat perlanggaran atau percanggahan antara hadith, fatwa, pendapat ulama’ dan guru-guru agama dengan apa yang terdapat dalam Al-Quran, apakah kita harus tolak Al-Quran (terutama ayat-ayat yang jelas) dan terima hadith, fatwa dan lain-lain?

iii) Ada pihak yang mendakwa bahawa Al-Bukhari telah mengkaji sebanyak 600,000 hadith tetapi menerima hanya 7000 sebagai sahih.

iv) Apakah kesahihan hadith-hadith ini semuanya sama dengan sahih pengkaji hadith lain termasuk Muslim, Tarmizi dan lain-lain. Apakah kita harus tolak kajian-kajian lain dari Bukhari?

v) Apakah ingatan manusia lebih tepat dan kekal dari catitan, seperti wahyu dari Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. dicatit, kemudian dibukukan sebagai Al-Quran.

vi) Bukhari membuat kajian hadithnya 200 tahun selepas wafat Nabi. Apakah orang pertama yang melihat atau mendengar Nabi bersabda mencatat apa yang dilihat dan didengar dan catitan ini disimpan sehingga Bukhari mengkajinya? Atau apakah Bukhari bergantung kepada riwayat yang diperturunkan melalui beberapa generasi sehingga sampai kepada Al-Bukhari?

(Di sini jangan mula cap saya sebagai anti-hadith. Saya pegang kuat kepada hadith asalkan ia tidak berbeza, bercanggah dan menafi ayat-ayat Al-Quran. Saya sedar saya tak mungkin tahu bagaimana sembahyang jika saya pegang semata-mata kepada ayat-ayat dalam Al-Quran. Menuduh seseorang itu anti-hadith seperti menuduh seseorang itu kafir adalah cara mereka yang tidak dapat pertahan kefahaman dan pendapat mereka).

vii) Tuhan menjadikan manusia berbeza dengan haiwan kerana manusia diberi akal fikiran. Apakah agama Islam melarang manusia dari mengguna akal dan berfikir?

Saya menunggu jawapan daripada adik Hilal Asyraf supaya dapat saya betulkan diri saya.


Balasan Komen :


sudin March 24, 2012 at 12:09 pm | Permalink

Salam Tun.

Hukum hudud hanya merupakan <0.001% dari perundangan Islam. Kenapa tok guru(?) PAS tu tak pedulikan perkara2 lain dalam perundangan Islam yang jauh lebih penting dan lebih memudaratkan ummah?

Mungkin tok guru(?) terlalu asyik bersandiwara dan sentiasa memikirkan hal2 yang hanya boleh menghasilkan kepentingan politik diri sendiri.

Ingat2lah sikit tok guru(?), pengikut taksub dah banyak berkurangan dan terus berkurang!!

Sedar2lah tok guru(?), umur dah terlalu lanjut, kubur dah lama kata mari & rumah dah lama kata pergi!

Cuba-cubalah tok guru(?) dan pengikut taksub yang masih ada renung2 dan fikirkan perkara2 berikut:

1. Kalau anak sipeliwat tegar tu yang sama2 bangsat saperti juga ibunya presiden PKR (memang dasar keluarga bangsat) dengan sewenang2nya merelakan kafir laknat dari DAP/PKR memasuki surau kg Kerinci untuk menjamu selera dengan hanya MEMAKAI SKIRT DAN DUDUK DIATAS TIKAR SEMBAHYANG DENGAN SENGAJA MENAMPILKAN ‘LURAH GAUNG’ DAN TANPA MEMBUKA KASUT, DIDALAM DEWAN SEMBAHYANG!!!

2. Kalau MB Khalid gagap tidak sanggup bertanggungjawab langsung & membiarkan/mahukan isu murtad diselesaikan sendiri oleh ahli keluarga mangsa!!

3. Kalau N.ajis amat seronok berpelukan dengan Kit Siang (penyebab utama peristiwa mei 13) dan ikan yu (the man reknown as anti-Islam and annihilated Malay voice/power in Singapura) disamping tak henti2 melaungkang kafir/munafik kepada orang2 Islam yang tak menyokongnya!!!

4. Kalau abdulazizomar(aao) atau lebih molek dipanggil ‘that anonymous infidel/kafir(taik)’ tak reti & tak henti2 melakukan dakwah sesat diblog Tun (tetapi TAK BERANI bila diajak bersemuka!) dan asyik berangan2 nak memecahbelahkan Islam!

5. Kalau mereka2 yang berperangai ‘seks maniak’ yang terang2an melakukan zina, khalwat, liwat (saperti Mat Sabu, Badrul Amin, ANWAR) dengan bermatian2an inginkan dinobat sebagai pemimpin Islam, dan DIBERI SOKONGAN PADU oleh bangsat2 dari PKR/PAS yang sebenarnya adalah talibarut utama yang akan memusnahkan agama, bangsa dan negara!!

6. Kalau, kalau, kalau……yang belum ada kesudahan.


prof_ridcully March 24, 2012 at 5:43 am | Permalink

Salam Tun,

Mohon izin untuk memberi sedikit komen tentang komen-komen yang telah diberi oleh abdulazizomar

abdulazizomar

Saya hanyalah seorang awam dari segi ilmu Islam. Saya kira saya ini orang biasa, ada sedikit pendidikan dan berminat untuk menambah pengetahuan saya tentang Islam.

Saya amat bersetuju yang kita harus mengkaji dan memahami kitab suci al-Quran serta mematuhi perintah supaya menggunakan fikiran dan akal. Bukan itu saja, kita wajib mematuhi segala perintah dan meninggalkan segala larangan yang terkandung di dalam al-Quran. Dan kalau boleh kita harus menguasai bahasa Arab kerana saya percaya [kesan sampingan pendidikan saya] kita dapat hasil terbaik kajian apabila kita mendapatkan data primer atau membaca sumber punca sesuatu topik.

Rasulullah (saw) telah ditugaskan dengan menyampaikan al-Quran dan mengajarnya selama 23 tahun. Seperti saudara sedia maklum, dengan keadaan masyarakat Jahiliah pada masa itu, ajaran yang dibawa Rasulullah (saw) merupakan sesuatu yang revolusioner, yang luar biasa.Cuba bayangkan keadaan orang musyrik, yang mempunyai banyak tuhan, yang mempunyai kod kehidupan yang berlainan, yang suka menilik nasib, dan sebagainya, hendak menjadi seorang Islam dengan sistem kepercayaan dan cara hidup yang bertentangan dengan cara Jahiliah yang menjadi kebiasaan mereka. 

Dalam keadaan sedemikian, saya kira adalah munasabah jika orang Islam terawal, yakni para Sahabah (rhum) yang terawal di Makkah, mengikut tunjuk ajar Rasulullah (saw) dengan mendengar kata-kata Rasulullah (saw) dengan teliti, meniru tindakan baginda dan memeriksa dengan baginda sama ada apa jua tindakan mereka dibenarkan atau tidak oleh ugama yang dibawa Rasulullah (saw). Mereka mematuhi al-Quran yang turun sedikit demi sedikit sambil mengikuti teladan Rasulullah (saw) dari Makkah sampailah berhijrah ke Madinah. Di Madinah kelompok orang Islam yang membesar ini melakukan perkara yang sama. Dengan erti kata lain, adalah munasabah untuk beranggapan bahawa sedang mereka menerima ayat-ayat al-Quran yang baru diwahyukan, mereka mematuhi Sunnah [dan Hadith] Rasulullah (saw).

Inilah kegiatan orang Islam dari awal lagi dan kegiatan ini diulangi dari generasi ke generasi, turun temurun. Sekarang sekiranya saya hendak dikira sebagai orang Islam adakah perlu saya mempercayai al-Quran serta mengikut Sunnah Rasulullah (saw) — kegiatan yang dilakukan orang Islam sejak zaman awal Islam lagi? Akal memberitahu saya bahawa jawapannya ialah Ya.

Kassim Ahmad, yang suratnya yang berbahasa Inggeris saudara paparkan, tidak berpuas hati kerana orang menggelarnya ‘anti-Hadith.’ Mungkin ada sebab ini berlaku. Mungkinkah sebabnya beliau menyatakan bahawa taraf kitab-kitab Hadith adalah sama seperti buku-buku sejarah, falsafah, buku-buku fahaman Marxist atau Liberal — untuk dibaca, dan jika ada yang elok, kita ambil; jika tidak elok, kita buang? Dalam penulisannya yang saya baca Kassim Ahmad ada mengatakan yang solat itu telah diajar oleh Allah swt kepada Nabi Ibrahim (as) dan tidak perlu diajar lagi kepada umat Nabi Muhammad (saw). 

Dan cendekiawan agong ini (mengikut pensyarah USM) masih bertanya mengapa orang memanggilnya seorang anti-Hadis?

wajaperak March 23, 2012 at 9:00 pm | Permalink

Assallammualaikumwarahmatullahiwabarokatuh..
 
Semoga Tun sudi mengizinkan ruangan..

Saudara fbm..
saya kecewa dengan anda…
“Dah lama dah..”

Bukankah anda orangnya orang yang menulis panjang berjela-jela tentang “melayu”…?

Bukankah anda orangnya yang menyedari hakikat bahawa seseorang ilmuan seperti diri anda sendiri adalah jauh perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada masyarakat Islam berbanding orang-orang awam?

Contohnya anda mesti membelasah orang-orang kafir yang menyamar sebagai orang-orang Islam yang menafikan hadith dengan hujah yang berjela-jela..

Tapi apa yang berlaku?
Anda menuduh saudara saya hilal sebagai “hypochondriac”..
fbm..
Apa yang berlaku sekarang adalah akibat malang umat Islam yang tidak cukup ilmu dan kemahiran…

Macam sayalah..
Tidak cukup ilmu dan kemahiran untuk mengamalkan ajaran Islam..Tetapi..
Awaltuddin makrifatullah itu memang mencukupi..

Ilmu di dalam Islam bukan setakat belajar sahaja tetapi apa yang diizinkan oleh Allah untuk mencapainya..Saya berikan satu contoh..

Telah banyak tahun saya pasti hafalan saya di dalam satu ayat Surah Al Kahfi itu benar..Dengan izin Allah di tunjukkan bahawa bacaan saya itu salah.Ini bermakna telah bertahun saya tidak semak bacaan saya tetapi berpuas hati dengan hafalan itu dan Allah tidak sudi untuk membetulkannya hinggalah terbuka pintu RahmatNya untuk tidak lagi membenarkan saya di dalam kekhilafan…

fbm..
Kesemua perkara ini ada di sebutkan di dalam Al Quran.
Kita lihat orang-orang yang malu menggunakan nama-nama gelaran yang baik seperti Bapa Kucing dan sebagainya..tetapi tidak segan-segan pula menggunakan nama-nama kafir seperti nama orang-orang hindu…

Islam melarang perkara sebegini kerana masalah kesufian..
Jiwa agama itu kesufian..

Pernah seorang sahabat menegur Rasullullah s.a.w tentang memeluk,mencium dan mendukung anak..

“Aku tidak melakukannya wahai Rasullullah s.a.w terhadap anak-anakku”..Perhatikan jawapan Rasullulah s.a.w

“Jika Allah tidak memberi..bagaimana aku dapat memberi”?
fbm..

Ramai umat Islam terlupa bahawa sifat utama Allah di dalam Asmaul Husna itu adalah sifat Rahman dan Rahim..

Makhluk apakah yang contohnya mengakui sifat-sifat Rahman dan Rahim itu pada diri manusia?..Buatlah satu ujikaji..

Panggillah burung yang berterbangan di udara untuk singgah di tapak tangan kita..

“Wahai burung-burung yang berterbangan..turunlah kesini dengan nama Allah..Aku menyeru dengan nama Allah”..

Bila anda gagal sepertimana saya yang gagal..Kita patut malu kepada Allah kerana mereka-mereka yang patuh kepada Allah akan di patuhi makhluk pula..
Sistem metrik mengukur berat,tinggi jarak dan sebagainya..

BAGAIMANA MENGUKUR PENCAPAIAN IMAN ORANG YANG BERAMAL??

Orang-orang yang menghina Imam-Imam utama dan muktabar hanyalah mereka-mereka itu menghina diri mereka sendiri..
Terima kasih Tun..


Berkebajikan Dalam Perjuangan

Perutusan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah

Posted in Speeches on Date February 4th, 2012 
http://1malaysia.com.my/speeches/perutusan-y-a-b-perdana-menteri-malaysia-sempena-sambutan-maulidur-rasul-1433-hijrah/

Assalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, 1Ummah; Saudara dan saudari sekalian,
  1. Setinggi kesyukuran penuh kepujian kepada Allah SWT, dengan nikmat dan izin-Nya jua, dapat kita meraikan sambutan Maulidur Rasul pada tanggal 12 Rabiulawal 1433 Hijrah ini bersamaan 5 Februari 2012 Masehi. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW jua ke atas keluarga dan para sahabat Baginda, seterusnya ke atas sekalian Tabiin dan ulama sepanjang zaman.
  2. Sesungguhnya, baginda Rasulullah SAW telah berjaya membawa transformasi murni kepada umat sejagat. Terbukti apabila kegelapan jahiliah telah sirna bila berhadapan dengan sinar risalah nubuwah. Transformasi insani ini lahir daripada kasih sayang dan keperihatinan baginda terhadap kesejahteraan umat sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Quran, surah at-Taubah ayat ke-128 yang bermaksud:
  3. “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.”
  4. Menjejaki sirah gemilang ini, kita dapat menyaksikan bagaimana melalui dakwah imaniah yang dibawa, akhirnya memunculkan satu tamadun yang sangat hebat kepada ummah. Maka bertepatan sekali dengan tema “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” yang dipilih untuk tahun ini dalam usaha kita menjayakan agenda transformasi negara.
  5. Persefahaman inilah yang saya utarakan melalui Pergerakan Kesederhanaan   Global (GMM) ke seluruh dunia dengan seruan bagi memupuk sifat kesederhanaan dan keseimbangan dalam semua aspek kehidupan manusiawi. Sememangnya, keharmonian dan perpaduan rakyat pelbagai kaum yang kita kecapi pada hari ini, menjadi teladan kepada bangsa-bangsa lain di dunia.
  6. Justeru, di dalam mendahulukan perpaduan, kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat. Melalui program Inisiatif Kerajaan, kita telah mewujudkan beberapa produk di bawah jenama 1Malaysia seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Menu Rakyat 1Malaysia, Amanah Saham 1Malaysia, Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan terbaru Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia). Semua inisiatif ini jelas bertepatan dengan konsep negara Madinah yang telah diasaskan oleh Rasulullah SAW dalam menjaga kebajikan rakyat.
  7. Sempena Maulidur Rasul kali ini, saya dan keluarga berdoa agar Allah SWT memberikan kepada kita semua limpahan taufik dan hidayah-Nya untuk kita memperteguhkan tekad dalam melaksanakan pembangunan negara. Ya Allah, abadilah rahmat dan nikmatMu di bumi bertuah ini; serta sempurnakanlah iltizam kami bagi memperjuangkan agenda ummah dengan segala kesyumulannya serta penuh hikmah. Kepada Mu-lah jua kami memohon kekuatan dan inayah. Amin.
Sekian. Wabillahit Taufik wal Hidayah. Wassalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Dokumentasi ....

Mulai hari ini saya akan secuba upaya mendokumentasikan berbagai artikel bagi politik, hiburan, agama , sains dan teknologi serta sukan untuk tatapan dan warisan zaman akan datang......

Friday, 23 March 2012

Bantuan guaman & peranan k'jaan

Puspawati Rosman
6:15PM Mac 15, 2012 - Ruangan Kolum Malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/columns/192182

“Beri Bantuan Guaman dan Dapat Bayaran”. Pertama kali saya membaca poster itu, perasaan saya bercampur baur.

Pusat Bantuan Guaman (PBG) kelolaan Majlis Peguam dikhususkan untuk orang ramai yang tidak mampu melantik peguam terutamanya untuk yang berpendapatan bersih kurang RM600 sebulan.

Selama ini, para peguam sukarela PBG membantu tanpa memikirkan apa-apa balasan. Kos guaman, pengangkutan, makan minum ditanggung sendiri. Bagi yang mengambil fail dan membawa kes sehingga ke tahap pendengaran di Mahkamah, fi untuk khidmat guaman diberi secara percuma dan hanya kos perbelanjaan yang perlu dibayar oleh anak guam.  Semuanya demi hak asasi manusia.

Sungguhpun demikian, pengorbanan yang dilakukan oleh para peguam sukarela ini masih tidak mencukupi. Tidak ramai yang sanggup melakukannya.

Daripada jumlah kira-kira 11-12 ribu orang peguam di Malaysia, hanya beberapa ratus sahaja yang aktif dan menawarkan diri untuk menyumbang kemahiran di PBG.

Kita perlu menerima hakikat dan fakta bahawa profesyen kepeguaman adalah sama saja dengan profesyen berkemahiran yang lain seperti arkitek, jurutera dan akauntan, iaitu tidak semua yang kaya dan ada yang makan gaji sahaja, terutamanya peguam muda.
Ramai yang sedar akan perlunya bantuan guaman percuma disalurkan kepada yang memerlukan, tetapi mereka sendiri tersekat dari segi kewangan.

Berbeza dengan Jabatan Bantuan Guaman (JBG) milik kerajaan yang diperuntukkan di bawah Akta Bantuan Guaman 1971 yang mana peguamnya digaji khusus untuk jabatan tersebut, para peguam sukarela PBG pula berkerja di firma-firma guaman swasta di seluruh negara dan mereka memberikan khidmat guaman luar daripada skop kerja dan gaji mereka.

Sejak beberapa tahun dahulu, Majlis Peguam cuba mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Selama ini, PBG digerakkan dengan wang sumbangan peguam-peguam di seluruh Malaysia.

Setiap tahun, peguam-peguam yang berdaftar dengan Majlis Peguam akan membayar fi bantuan guaman wajib sebanyak RM100 untuk disalurkan ke PBG.

Jadi setiap tahun Majlis Peguam akan mempunyai kira-kira RM1.1-1.2 juta yang akan diagih-agihkan ke PBG-PBG setiap negeri. Wang akan digunakan untuk membayar gaji pekerja, pentadbiran dan lain-lain. Ia memang tidak mencukupi untuk membayar khidmat guaman yang diberikan peguam sukarela.

Menurut satu kajian yang dilakukan, pada 2008, terdapat lebih 100,000 kes jenayah yang didengar di mahkamah-mahkamah seluruh negara. Daripada angka itu, lebih 80,000 tertuduh tidak diwakili.
Ada yang beralasan tidak punya wang untuk mengupah peguam. Tetapi, ramai juga yang tidak tahu kewujudan badan-badan seperti PBG yang memberikan khidmat bantuan guaman  percuma kepada orang awam.

Kalaupun mereka sedar dan cuba untuk mendapatkan khidmat guaman percuma, ia tidak akan menyelesaikan masalah kerana kurangnya bilangan peguam sukarela. Akhirnya, kes akan tertunggak dan tertuduh terpaksa menunggu lama sebelum dibicarakan.

Berbanding dengan JBG, PBG  lebih meluas skopnya terutamanya di dalam kes-kes jenayah. JBG hanya memberikan khidmat mitigasi untuk tertuduh yang sudah mengaku salah, manakala PBG memberikan khidmat seawal waktu tangkapan sehinggalah ke perbicaraan penuh.

Hal ini menimbulkan persoalan di kalangan peguam sendiri, kerana di negara-negara besar yang lain, tanggungjawab tersebut sememangnya dipikul dan didana oleh kerajaan dan bukannya persatuan bukan kerajaan seperti Majlis Peguam!

Maka selepas beberapa perbincangan dan perjumpaan, Majlis Peguam akhirnya mengambil keputusan untuk melobi kerajaan supaya mengambil alih kalaupun tak semua, tetapi sebahagian daripada tanggungjawab sosial dan hak asasi yang selama ini dipikul oleh Majlis Peguam di dalam kes-kes jenayah.

Akhirnya pada 25 Februari 2011, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) telah dilancarkan. YBGK khusus untuk kes-kes jenayah tetapi tidak termasuk warga asing, kes yang melibatkan hukuman mati, kes tahanan tanpa bicara dan kesalahan trafik.
YBGK mendapat geran RM5 juta daripada kerajaan, tetapi dana-dana seterusnya akan diperolehi daripada badan-badan korporat dan kerajaan. Baru-baru ini khabarnya kerajaan telah mengumumkan pertambahan RM10 juta lagi.

Melalui YBGK, peguam yang memberikan khidmat akan diberikan sedikit bayaran untuk perbelanjaan yang boleh membantu menampung kos pengangkutan dan persediaan lain. Ia tidak banyak dan bukan fi guaman, tetapi sekurang-kurangnya dapat menampung kos yang dikeluarkan.

YBGK mengharapkan dengan bayaran yang diberikan, makin ramai peguam yang tampil memberikan bantuan dan mendaftar di bawah yayasan tersebut.

Pelancaran YBGK ini mungkin akan memberikan sedikit kelegaan kepada Majlis Peguam bukan sahaja dari segi isu kewangan, tetapi juga daripada  sudut hak asasi. Lebih ramai peguam tampil memberikan khidmat guaman percuma.

Melalui YBGK juga, terdapat beberapa garis panduan yang perlu dituruti oleh pegawai penguatkuasa berkaitan dengan tangkapan dan reman. Antaranya ialah pihak berkuasa hendaklah memaklumkan kepada orang yang ditangkap alasan tangkapan serta haknya untuk mendapatkan peguam.

Jika orang yang ditangkap tidak mempunyai peguam dan layak mendapatkan bantuan, pihak berkuasa hendaklah menghubungi YBGK dengan seberapa segera butir-butir tangkapan dan YBGK akan segera menghantar peguam sukarela ke balai polis. Ini akan memastikan orang yang ditangkap memperoleh akses kepada peguam.

Tidak lama lagi, YBGK akan dilaksanakan. Terus terang saya katakan, saya masih belum seratus peratus yakin dengan yayasan ini. Pengalaman ditangkap ketika sedang melaksanakan tugas sebagai seorang peguam sukarela kira-kira 3 tahun lalu masih segar di dalam ingatan saya.

Pada waktu itu, saya dan rakan-rakan peguam yang lain dinafikan hak untuk berjumpa anak guam walaupun hak kami dan anak guam kami dilindungi Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Acara Jenayah. Inikan pula YBGK.

Tambahan pula, YBGK terlalu bergantung kepada maklumat yang bakal diberikan oleh pihak berkuasa. Bagaimana jika mereka ‘terlupa’ untuk memaklumkan? Satu lagi, para peguam yang mendaftar di bawah YBGK akan diberikan ‘kad nama’ yang khas.

Bagaimana dengan peguam-peguam yang tidak mendaftar di bawah YBGK, tetapi masih mahu menyumbang khidmat di dalam kes-kes tertentu tanpa apa-apa bayaran? Adakah mereka akan dihalang daripada berjumpa anak guam?

Apapun, saya mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat kerana kesungguhan mereka di dalam perkara ini. Majlis Peguam sememangnya konsisten dengan  prinsip ‘bantuan guaman ialah hak asasi manusia’.

Mereka sedang mencuba pelbagai cara bagi memastikan semua orang mendapat akses kepada keadilan.  Lagipun, tidak guna mengkritik tanpa mencuba.

Bengkel-bengkel latihan untuk peguam telah dijalankan di seluruh negara. Pihak-pihak berkuasa juga khabarkan telah diberi taklimat oleh pihak atasan berkenaan dengan yayasan ini. Sekarang ini hanya menunggu tempoh perlaksanaannya sahaja.

Diharapkan semua pihak yang terlibat, terutamanya pihak berkuasa memastikan YBGK ini berjaya demi keadilan dan hak asasi.  

Puspawati Rosman merupakan aktivis Lawyers for Liberty - sebuah perkumpulan peguam muda bagi mempromosikan hak asasi dan reformasi undang-undang.
Ulasan ini adalah pandang peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.