Puspawati Rosman
6:15PM Mac 15, 2012 - Ruangan Kolum Malaysiakini
6:15PM Mac 15, 2012 - Ruangan Kolum Malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/columns/192182
“Beri Bantuan Guaman dan Dapat Bayaran”. Pertama kali saya membaca poster itu, perasaan saya bercampur baur.
Pusat Bantuan Guaman (PBG) kelolaan Majlis Peguam dikhususkan untuk orang ramai yang tidak mampu melantik peguam terutamanya untuk yang berpendapatan bersih kurang RM600 sebulan.
Selama ini, para peguam sukarela PBG membantu tanpa memikirkan apa-apa balasan. Kos guaman, pengangkutan, makan minum ditanggung sendiri. Bagi yang mengambil fail dan membawa kes sehingga ke tahap pendengaran di Mahkamah, fi untuk khidmat guaman diberi secara percuma dan hanya kos perbelanjaan yang perlu dibayar oleh anak guam. Semuanya demi hak asasi manusia.
Sungguhpun demikian, pengorbanan yang dilakukan oleh para peguam sukarela ini masih tidak mencukupi. Tidak ramai yang sanggup melakukannya.
Sungguhpun demikian, pengorbanan yang dilakukan oleh para peguam sukarela ini masih tidak mencukupi. Tidak ramai yang sanggup melakukannya.
Daripada jumlah kira-kira 11-12 ribu orang peguam di Malaysia, hanya beberapa ratus sahaja yang aktif dan menawarkan diri untuk menyumbang kemahiran di PBG.
Kita perlu menerima hakikat dan fakta bahawa profesyen kepeguaman adalah sama saja dengan profesyen berkemahiran yang lain seperti arkitek, jurutera dan akauntan, iaitu tidak semua yang kaya dan ada yang makan gaji sahaja, terutamanya peguam muda.
Ramai yang sedar akan perlunya bantuan guaman percuma disalurkan kepada yang memerlukan, tetapi mereka sendiri tersekat dari segi kewangan.
Berbeza dengan Jabatan Bantuan Guaman (JBG) milik kerajaan yang diperuntukkan di bawah Akta Bantuan Guaman 1971 yang mana peguamnya digaji khusus untuk jabatan tersebut, para peguam sukarela PBG pula berkerja di firma-firma guaman swasta di seluruh negara dan mereka memberikan khidmat guaman luar daripada skop kerja dan gaji mereka.
Sejak beberapa tahun dahulu, Majlis Peguam cuba mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Selama ini, PBG digerakkan dengan wang sumbangan peguam-peguam di seluruh Malaysia.

Setiap tahun, peguam-peguam yang berdaftar dengan Majlis Peguam akan membayar fi bantuan guaman wajib sebanyak RM100 untuk disalurkan ke PBG.
Jadi setiap tahun Majlis Peguam akan mempunyai kira-kira RM1.1-1.2 juta yang akan diagih-agihkan ke PBG-PBG setiap negeri. Wang akan digunakan untuk membayar gaji pekerja, pentadbiran dan lain-lain. Ia memang tidak mencukupi untuk membayar khidmat guaman yang diberikan peguam sukarela.
Menurut satu kajian yang dilakukan, pada 2008, terdapat lebih 100,000 kes jenayah yang didengar di mahkamah-mahkamah seluruh negara. Daripada angka itu, lebih 80,000 tertuduh tidak diwakili.
Menurut satu kajian yang dilakukan, pada 2008, terdapat lebih 100,000 kes jenayah yang didengar di mahkamah-mahkamah seluruh negara. Daripada angka itu, lebih 80,000 tertuduh tidak diwakili.
Ada yang beralasan tidak punya wang untuk mengupah peguam. Tetapi, ramai juga yang tidak tahu kewujudan badan-badan seperti PBG yang memberikan khidmat bantuan guaman percuma kepada orang awam.
Kalaupun mereka sedar dan cuba untuk mendapatkan khidmat guaman percuma, ia tidak akan menyelesaikan masalah kerana kurangnya bilangan peguam sukarela. Akhirnya, kes akan tertunggak dan tertuduh terpaksa menunggu lama sebelum dibicarakan.
Berbanding dengan JBG, PBG lebih meluas skopnya terutamanya di dalam kes-kes jenayah. JBG hanya memberikan khidmat mitigasi untuk tertuduh yang sudah mengaku salah, manakala PBG memberikan khidmat seawal waktu tangkapan sehinggalah ke perbicaraan penuh.

Hal ini menimbulkan persoalan di kalangan peguam sendiri, kerana di negara-negara besar yang lain, tanggungjawab tersebut sememangnya dipikul dan didana oleh kerajaan dan bukannya persatuan bukan kerajaan seperti Majlis Peguam!
Maka selepas beberapa perbincangan dan perjumpaan, Majlis Peguam akhirnya mengambil keputusan untuk melobi kerajaan supaya mengambil alih kalaupun tak semua, tetapi sebahagian daripada tanggungjawab sosial dan hak asasi yang selama ini dipikul oleh Majlis Peguam di dalam kes-kes jenayah.
Akhirnya pada 25 Februari 2011, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) telah dilancarkan. YBGK khusus untuk kes-kes jenayah tetapi tidak termasuk warga asing, kes yang melibatkan hukuman mati, kes tahanan tanpa bicara dan kesalahan trafik.

YBGK mendapat geran RM5 juta daripada kerajaan, tetapi dana-dana seterusnya akan diperolehi daripada badan-badan korporat dan kerajaan. Baru-baru ini khabarnya kerajaan telah mengumumkan pertambahan RM10 juta lagi.
Melalui YBGK, peguam yang memberikan khidmat akan diberikan sedikit bayaran untuk perbelanjaan yang boleh membantu menampung kos pengangkutan dan persediaan lain. Ia tidak banyak dan bukan fi guaman, tetapi sekurang-kurangnya dapat menampung kos yang dikeluarkan.
YBGK mengharapkan dengan bayaran yang diberikan, makin ramai peguam yang tampil memberikan bantuan dan mendaftar di bawah yayasan tersebut.
Pelancaran YBGK ini mungkin akan memberikan sedikit kelegaan kepada Majlis Peguam bukan sahaja dari segi isu kewangan, tetapi juga daripada sudut hak asasi. Lebih ramai peguam tampil memberikan khidmat guaman percuma.

Melalui YBGK juga, terdapat beberapa garis panduan yang perlu dituruti oleh pegawai penguatkuasa berkaitan dengan tangkapan dan reman. Antaranya ialah pihak berkuasa hendaklah memaklumkan kepada orang yang ditangkap alasan tangkapan serta haknya untuk mendapatkan peguam.
Jika orang yang ditangkap tidak mempunyai peguam dan layak mendapatkan bantuan, pihak berkuasa hendaklah menghubungi YBGK dengan seberapa segera butir-butir tangkapan dan YBGK akan segera menghantar peguam sukarela ke balai polis. Ini akan memastikan orang yang ditangkap memperoleh akses kepada peguam.
Tidak lama lagi, YBGK akan dilaksanakan. Terus terang saya katakan, saya masih belum seratus peratus yakin dengan yayasan ini. Pengalaman ditangkap ketika sedang melaksanakan tugas sebagai seorang peguam sukarela kira-kira 3 tahun lalu masih segar di dalam ingatan saya.

Pada waktu itu, saya dan rakan-rakan peguam yang lain dinafikan hak untuk berjumpa anak guam walaupun hak kami dan anak guam kami dilindungi Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Acara Jenayah. Inikan pula YBGK.
Tambahan pula, YBGK terlalu bergantung kepada maklumat yang bakal diberikan oleh pihak berkuasa. Bagaimana jika mereka ‘terlupa’ untuk memaklumkan? Satu lagi, para peguam yang mendaftar di bawah YBGK akan diberikan ‘kad nama’ yang khas.
Bagaimana dengan peguam-peguam yang tidak mendaftar di bawah YBGK, tetapi masih mahu menyumbang khidmat di dalam kes-kes tertentu tanpa apa-apa bayaran? Adakah mereka akan dihalang daripada berjumpa anak guam?
Apapun, saya mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat kerana kesungguhan mereka di dalam perkara ini. Majlis Peguam sememangnya konsisten dengan prinsip ‘bantuan guaman ialah hak asasi manusia’.

Mereka sedang mencuba pelbagai cara bagi memastikan semua orang mendapat akses kepada keadilan. Lagipun, tidak guna mengkritik tanpa mencuba.
Bengkel-bengkel latihan untuk peguam telah dijalankan di seluruh negara. Pihak-pihak berkuasa juga khabarkan telah diberi taklimat oleh pihak atasan berkenaan dengan yayasan ini. Sekarang ini hanya menunggu tempoh perlaksanaannya sahaja.
Diharapkan semua pihak yang terlibat, terutamanya pihak berkuasa memastikan YBGK ini berjaya demi keadilan dan hak asasi.
Puspawati Rosman merupakan aktivis Lawyers for Liberty - sebuah perkumpulan peguam muda bagi mempromosikan hak asasi dan reformasi undang-undang.
Ulasan ini adalah pandang peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment