Search Everything

Thursday, 25 April 2013

Husam, Agus, Kit Siang Dan Mat Taib

Ahmad Lutfi Othman, 25 Apr 2013 
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/editor-harakah/18641-husam-agus-kit-siang-dan-mat-taib

Dalam kolum Simpul Mati, akhbar INIKALILAH terbitan 24-30 April lalu, saya merakamkan pengalaman dan gelodak rasa pada hari penamaan calon PRU13, khususnya semasa mengikuti dari dekat calon PAS di Putrajaya, Husam Musa.

Personaliti Naib Presiden PAS ini ternyata menimbulkan kegusaran jentera kempen BN, termasuk calonnya Tengku Adnan Tengku Mansor. Secara logiknya, Husam hampir pasti kalah, tetapi penampilannya di pusat pentadbiran negara itu dilihat bakal membongkar banyak isu yang terpendam di sana, sama ada  masalah seharian warga Putrajaya atau lebih digeruni Umno ialah akses anak kebanggaan Kelantan ini kepada sumber maklumat.

(Saya difahamkan kemudiannya bahawa jentera kempen PAS berdepan  pelbagai bentuk sabotaj dan aksi ganas-samseng, termasuk kesukaran untuk memasang bendera dan poster. Umno sengaja mendedahkan kepada dunia; tindakan barbarik tidak bertamadun penggerak partinya bukan hanya di kawasan pendalaman seperti penempatan Felda atau kampung tradisi tetapi membarah di kota-kota besar).

Umum mengakui ragam politik pada pagi Sabtu itu begitu meriah, menarik (juga mengejutkan) dan mencatat rekod bukan saja dari segi pertambahan jumlah calon Bebas, tetapi turut menyaksikan  pertembungan dalaman kedua-dua gabungan parti, BN dan Pakatan Rakyat.

Kemelut dalaman Pakatan cepat diselesaikan. Walaupun reaksi akar umbi di kawasan tertentu tidak mudah dikendurkan dalam masa singkat, namun ia jauh berbeda dengan krisis dalaman Umno yang berpanjangan dan juga perselisihan di antara parti-parti komponen BN, yang dijangka membawa natijah lebih buruk kepada prestasi BN pada 5 Mei nanti.

Seperti orang lain juga, saya agak terkejut dengan barisan calon "boleh menang" yang diputuskan Najib Razak sendiri. Sehingga hari ini saya belum dapat memahami mengapa Zulkifli Nordin boleh dipilih BN di Shah Alam, pusat pentadbiran negeri termaju.

Semakin payah saya mencari alasan bagaimana calon BN di Pasir Mas, Che Johan Che Pa boleh  memberi laluan kepada Ibrahim Ali. Zulkifli dan Ibrahim merupakan dua pemimpin utama Perkasa. Kalau diikutkan pengaruh, apalah yang ada lagi pada Ibrahim, calon Bebas yang pernah hilang wang pertaruhan dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, 2005? Melainkan saya terpaksa merumuskan bahawa semua itu  membuktikan pengaruh Dr Mahathir Mohamad begitu mencengkam dalam Umno.

Lim Kit Siang pula berkata, pemilihan Zulkifli dan memberi laluan kepada Ibrahim, menunjukkan Dr Mahathir mempunyai "kuasa mutlak" dalam Umno, termasuk "satu hari nanti beliau akan meletakkan Ibrahim sebagai perdana menteri". "Perkasa sudah menjadi parti komponen ke-14 dalam BN," katanya.

Apa pun, sebagai pengamal media, saya lebih suka meneliti situasi kempen, terutama jika ia bercanggah dengan amalan demokrasi, mencabuli adab dan peraturan serta mengetepikan etika. Paling penting, mengapa selepas dilipatgandakan tuntutan Bersih, termasuk melalui siri himpuna raksasa, namun amalan rasuah dan "beli undi" terus berleluasa semasa kempen, manakala akses media untuk parti-parti bertanding selain BN, semakin disekat.

II.


Petang Isnin lalu, selepas beberapa kali temujanji dengan penganalisis politik, Dr Mohamad  Agus Yusof tertangguh, dalam curahan hujan lebat saya gagahi juga ke rumahnya, di Bandar Baru Bangi. Saya ditemani pengendali kolum sastera-budaya Harakah, Ali Bukhari Amir.

Tentulah topik utama tertumpu kepada perkembangan mutakhir kempen PRU13. Semasa seronok bersembang, Dr Agus menjawab  panggilan telefon. Dari nada dan butir percakapannya, pensyarah kanan sains politik UKM ini seperti berbicara dengan wartawan.

"Banyak pertanyaan saya terima mengenai ramainya calon Bebas kali ini," katanya mengesahkan andaian saya panggilan itu daripada wartawan yang memburu berita. "Bagi saya, ia biasa saja. Yang hendak saya tekankan, kali ini rakyat tidak mahu bazirkan undi mereka, terutama kepada calon-calon Bebas."

"Ya, saya suka istilah itu, tidak berlaku lagi pembaziran undi walaupun ramai juga nama-nama besar yang bertanding sebagai calon Bebas," pintas saya.

PRU13, kata Dr Agus, adalah peluang terbaik untuk rakyat melakukan perubahan, dan ia bukan lagi persoalan mengenai calon-calon. "Maknanya, kali ini pengundi lebih mementingkan parti berbanding personaliti calon?" tanya saya. "Ya."

"Pilihan raya kali ini di antara dua parti besar, kedua-duanya, BN dan Pakatan, mempunyai potensi dan sumber yang tidak jauh berbeda, dengan aras padang permainan hampir sama rata," tambah Dr Agus. "Dan saya dapat rasa wujud kesedaran besar yang agak menyeluruh bagi mengubah kerajaan di peringkat persekutuan."


Ditanya pandangan profesor politik tertentu yang meramalkan BN mampu menang besar, termasuk memperolehi majoriti dua pertiga di Parlimen, Dr Agus segera membidas: "Usah berselindung di sebalik kedudukan sebagai ahli akademik, isytihar saja sebagai jurucakap parti, 'kan senang."

Beliau menyifatkan ada di kalangan mereka seperti ayam daging yang sudah dibiasakan dengan dedak. "Ayam ini, jika terlepas dari kurungan, tidak akan melarikan diri kerana ia menunggu dedak seterusnya walaupun tahu akan disembelih akhirnya," ujarnya.


Saya sejak lama  menghormati pandangan Dr Agus dan seringkali merujuk kepadanya terutama sebagai panduan untuk menulis komentar politik. Ada kelainan dalam ulasannya, tentunya disebabkan setiap analisisnya tidak dibuat sembrono, malah lebih penting, boleh dipertanggungjawabkan.

Saya perhatikan, walaupun beliau menyedari Pakatan Rakyat juga mempunyai kelemahan -- termasuk dalam pemilihan calon di negeri tertentu -- tetapi peluang mesti diberikan agar kepemimpinan negara dapat "disegarkan" dengan idea-idea dan dasar-dasar baru, yang akhirnya membawa keuntungan dan manfaat buat rakyat.

Agak kerap Dr Agus menegur laporan pemberitaan Harakah. Selain mahu melihat Harakah lebih berwibawa dan dipercayai pembaca, beliau prihatin dengan kesilapan-kesilapan kecil seperti ejaan dan tanda baca.

"Saya mahu Harakah selami masalah dan penderitaan rakyat, dekati golongan terpinggir yang tertekan dengan kenaikan kos hidup. Kita mahu formula penyelesaian yang lebih menyeluruh terhadap begitu banyak problem besar negara, bukannya ditangani melalui bantuan one-off," katanya sambil merujuk bermacam-macam insentif yang dihamburkan Najib. "Risda pun nak bagi bantuan."


Sebelum saya pulang, saya tanyakan sekali lagi 'soalan cepumas': "Dr yakin Pakatan boleh menang dan menguasai Putrajaya kali ini?" Segera beliau menjawab: "Ya."

III.

Penyertaan bekas Menteri Selangor, Muhammad Muhd Taib diharap dapat melonjakkan pengaruh PAS, terutama di kalangan orang Melayu di negeri termaju itu. Saya lebih tertarik dengan kenyataan bekas Naib Presiden Umno ini yang kelihatan selesa menyandarkan hujahnya kepada tuntutan agama.

Muhammad ternyata bersikap terbuka, tenang dan mengambil pendekatan sederhana.  Beliau sengaja memilih masa selepas hari penamaan calon bagi mengelak tohmahan mengejar jawatan, atau lebih tepat menjadi calon PRU13.

Apabila desas-desus tersebar seorang bekas menteri besar Umno akan menyertai PAS, Dr Haron Din menghubungi saya mengesahkan tokoh itu ialah Muhammad. Mungkin hubungan rapatnya dengan  Dr Haron Din turut memudahkan beliau membuat keputusan bijak.

Meneliti responsnya terhadap soalan media, saya kira Muhammad tidak mahu sengaja mencipta pertembungan dengan Umno.

“Saya tidak boleh kata Umno tak ada jasa, tapi sampai masanya mereka sudah tidak boleh lagi dah buat kerja dan sudah hilang upaya,” kata Muhammad. “Mereka dah jadi kurang upaya."

Sebuah akhbar memetik kenyataannya: Saya tidak mahu serang Umno kerana saya lama dalam Umno. Itu tidak adil. Umno sudah buat baik. Saya fikir Pas perlu diberi peluang. Bagi dia peluang."

Ya, satu lagi kunci kata yang saya minat, "bagi PAS peluang."

IV.


Calon DAP di Gelang Patah, Lim Kit Siang menyelar kempen perkauman BN, termasuk melalui iklan politk dalam akhbar The Star, dengan menyebar fitnah mengenai bungan parti itu dengan PAS.

Saingannya Abdul Ghani Othman cuba menakutkan masyarakat Cina, dengan menekankan dalam ceramahnya: "Jika Kit Siang menang, Hadi mungkin jadi PM.”

Kit Siang menyanggah kemas: "Jadi saya ingin tanya kepada MCA dan Ghani, apa salahnya jika pengundi Cina undi PAS, pengundi Melayu undi DAP, semua pengundi India, Cina, Melayu, Kadazan, Iban mengundi PAS, KeADILan dan DAP? Apa salahnya jika kita rakyat Malaysia bersatu padu, bersatu hati dan saling faham-memahami."

Mengulas kempen MCA memburukkan DAP, Kit Siang berkata: "Saya kesal dengan tindakan MCA yang menggunakan akhbar The Star yang dikuasainya untuk menyiarkan iklan-iklan politik yang menghina orang Melayu dan mempermainkan agama Islam. MCA sengaja berbuat demikian untuk menunjukkan kepada kaum Cina bahawa ia tidak akan tunduk kepada orang Melayu dan Islam."

Dalam The Star baru-baru ini, iklan bertajuk “Why is DAP silent?” (Mengapa DAP berdiam diri?) mengutuk kerajaan negeri PAS-Pakatan Rakyat Kedah yang didakwa merobohkan tempat menyembelih haiwan, mengharamkan panggung wayang, mengharamkan persembahan seni oleh wanita dan mengharamkan sambutan Hari Valentine. Iklan akhbar MCA itu juga mendakwa kononnya PAS mahu menutup Bursa Saham dan Genting serta fatwa PAS dikatakan menjejaskan orang bukan Islam.

"Umno pula berdiam diri dan tidak berani mempertahankan Islam dan Melayu kerana mahu membiarkan MCA memperolehi undi kaum Cina melalui cara yang kotor dan keji ini," tegas Kit Siang.

Menyentuh momokan MCA terhadap pemerintahan PAS di Kelantan, Kit Siang mempunyai jawapan mantap: "MCA dan BN lupa bahawa rakyat Kelantan sejak 1990 sentiasa memilih PAS adalah kerana kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat adalah bersih, bebas rasuah dan adil kepada semua kaum.

"Kebebasan beragama di Kelantan adalah lebih baik daripada beberapa negeri yang diperintah oleh Umno-BN. Rakyat Kelantan sudah lama sedar bahawa pimpinan PAS-Pakatan Rakyat tegas menolak rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan."

Lega saya. Titik.

Wednesday, 24 April 2013

Gelang Perkauman Patah di Gelang Patah

  • Rahmat Haron
  • 12:56PM Apr 18 2013
  • http://www.malaysiakini.com/columns/227183
  

Laporan maharaja lawak ‘April Fool' yang lalu memberitakan khabar mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyeru rakyat Johor menjadikan pertandingan PRU13 kerusi Parlimen Gelang Patah sebagai kubur kerjaya politik tokoh veteran DAP Lim Kit Siang.

Malah ke tahap melampau, Dr Mahathir membakar api perkauman dengan menyatakan kemenangan Lim Kit Siang akan mengakibatkan perseteruan antara kaum.

Menteri besar kerajaan sementara Johor Abdul Ghani Othman pula menambah rencah menjadi wira Melayu kununnya dengan berkata kemenangan Lim Kit Siang bakal menggugah keharmonian kaum di Johor.

Gelang Patah menjadi ‘kubur' Lim Kit Siang merupakan suatu saranan yang teramat munasabah untuk politik tahun 1983. Di zaman kebenaran paling muktamad hanya didapatkan daripada tiga saluran tivi warna, dengan imej wajah 'dewanya' tidak lain dan tidak bukan ialah Dr Mahathir Mohamad.

Tetapi pada tahun 2013 ini, di zaman pencerahan Internet, ia menampakkan sikap yang menggelabah. Kerana maklumat dan pengetahuan telah pun mematahkan gari ideologi, gelang perkauman yang merantai kita selama ini. Orang sudah tahu.

Cukup bedebah sekalian kita, manusia Melayu terutamanya, kerana puncanya telah pun tertulis pada tembok grafiti dalam babak filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani, terbit tahun 1986. Contengan di dinding kota bertulis, "Ke mana lesapnya RM 2.5 bilion duit Bank Bumiputera?"

Kita juga telah mendengar lagu dendangan penyanyi Ito, di tahun 1998 dengan judul Raggae Jalil Ibrahim, tentang "kezaliman di bumi tersayang, haruskah berdiam, kita biarkan."

Kita perlu memahami bagaimana politik-ekonomi Mahathirisme bekerja. Di sini, Mahathirisme bukanlah semata-mata seorang manusia tetapi idea dan fahaman seorang manusia yang telah menjadi sistem dalam jaringan kerja dan struktur organisasi kuasa serta budaya yang rumit.
Malah kini, struktur dan sistem organisasi kuasa itu sedang menemui jalan buntu dengan perebutan yang bertambah sengit, malah di kalangan sesama mereka sendiri.

Politik-ekonomi Mahathirisme bekerja dengan perkakas-perkakas institusi awam yang tidak demokratik, mengamalkan ekonomi kapitalisme semu - kroni monopoli, penuh rasuah dan pecah amanah, menipu pilihan raya, dengan rekod demokrasi dan pelanggaran hak asasi manusia yang buruk.

'The Banker Who Knew Too Much'
Kerana jika kita memahami Mahathirisme kita akan faham bahawa segala cakap-cakap tentang semangat Melayu/ Islam, hak istimewa orang Melayu/ Islam, kepentingan Melayu/ Islam, bumiputera, dasar ekonomi baru dan sebagainya itu hanyalah belit, ‘gormal', penipuan, gebang kosong yang hanya berjaya dilakukan pada era penguasaan media tivi.

April tahun lalu, saluran tivi AETN - Crime & Investigation, Asia menayangkan sebuah dokumentari berjudul "The Banker Who Knew Too Much."

Penerbitan dokumentari ini akan membawa kita memahami kepura-puraan Dr Mahathir dan mereka yang berpegang pada ideologi perkauman sempit yang kununnya berteraskan kebudayaan dan tata negara Melayu itu. Kununnya, didongengkan kekayaan negara perlu dimiliki hanya oleh orang-orang Melayu.

Filem dokumentari itu merungkai kes pembunuhan misteri akauntan muda, juruaudit Bank Bumiputera pada tahun 1983.

Jalil sebenarnya ditugaskan untuk mengaudit akaun anak syarikat Bank Bumiputera di Hong Kong, iaitu Bank Bumiputera Finance (BMF). Sewaktu di Hong Kong, Almarhum Jalil mendapati banyak keraguan terhadap cara BMF memberi pinjaman.

Beliau mendapati hampir kesemua pinjaman BMF disalurkan kepada syarikat-syarikat milik Carrian Group. Carrian Group pula dimiliki oleh George Tan, ahli perniagaan Hong Kong, etnik Cina, warga negara Singapura, kelahiran Malaysia.

Dalam dokumentari The Banker Who Knew Too Much itu kita didedahkan bahawa Carrian Group sebenarnya hanyalah rumah untuk merompak duit Bank Bumiputera. Kerana tanpa pinjaman Bank Bumiputera tidak mungkin ada Carrian Group dan George Tan.

(Untuk butiran lanjut kejadian kes pembunuhan itu, silakan menonton sendiri di YouTube)

Bank Bumiputera ditubuhkan pada tahun 1966 bermatlamatkan kununnya membantu orang-orang Melayu dan Bumiputera Malaysia.

Tetapi akhirnya Bank Bumiputera dibankrapkan kerana memberi pinjaman terhadap George Tan, dan nyawa seorang tokoh Melayu muda, Almarhum Jalil Ibrahim telah pun diragut oleh seorang ahli perniagaan Klang - yang tiada kaitan dengan Bank Bumiputera dan BMF - bernama Mark Foon Tan.

Bukan gila, tapi terkutuk
Malah seperti kes pembunuhan mendiang Altantuya, pembunuh yang disabitkan kesalahan juga tiada motif.

Lihatlah asas perkauman Mahathirisme. Ia hanya pada lidah menghasut dan lidah itu semakin kelu kerana perbuatan, perlakuan dan rekod sejarah menunjukkan sebaliknya.

Kerana hari ini, orang akan bertanya, jika benar Melayunya kenapa Almarhum Jalil, seorang Melayu dibunuh, kenapa diberi pinjaman yang banyak kepada syarikat Carrian Group, milik George Tan, seorang etnik Cina sehingga membankrapkan Bank Bumiputera, kunun milik Melayu itu?

Kebankrapan syarikat Carrian Group merupakan rekod bankrap paling besar, di Hong Kong sehingga ke hari ini, di Timur dan di Dunia pada waktu itu. Ia melibatkan kerugian bernilai lebih AS$1 bilion pada 1983.
Ya, pada waktu itu tahun 1983, tahun sebahagian besar umat Melayu masih percaya pada penipuan propaganda tivi dan menerimanya sebagai kebenaran. Sehinggakan imej propaganda terhadap Lim Kit Siang pada waktu itu jatuh ke tahap sentimen kebencian kaum.

Dimainkan momokan Cina kafir, pengikut komunis Chin Peng, si pemakan babi bermata sepet yang niatnya mahu merampas hak-hak orang Melayu dan akhirnya memerintah Malaysia menjadi negara komunis sama seperti di China.

Kini, di tahun 2013, apakah kita masih lagi percaya, bahawa golongan perompak Bank Bumiputera itulah yang akan menyelamatkan umat Melayu Malaysia, setelah terang jelas juga rekod-rekod pengkhianatan dan kemusnahan yang disebabkan golongan ini?

Sehingga saat ini, kerajaan Malaysia masih belum memulakan apa-apa siasatan dan pendakwaan terhadap pembunuhan Almarhum Jalil dan skandal BMF ini, setelah 30 tahun kes berlalu.

Umat Melayu, bertanyalah diri dengan jujur, adakah kita tetap akan berkata, Lim Kit Siang itu rasis perkauman walau beliau pernah memperjuangkan isu skandal kebangkrapan BMFdan pembunuhan Almarhum Jalil Ibrahim di Parlimen Malaysia?

Jika jawapannya masih lagi ya, makna kata kita bukan sahaja gila, malah terkutuk!

RAHMAT HARON seorang seniman ‘outsider'. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi rasmi Malaysiakini.

Nadwah Ulama Rumus Sebab Tolak BN Pada PRU13

Harakahdaily, 24 Apr 2013

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18609-nadwah-ulama-rumus-sebab-tolak-bn-pada-pru13

KUALA LUMPUR: Nadwah Ulama dan Kepimpinan NGO Islam yang terdiri dari tuan-tuan guru, ulama dan pemimpin NGO Islam dari seluruh negara bermuafakat bahawa perubahan pemerintahan di peringkat Pusat dan negeri dalam PRU13 adalah suatu tuntutan kepada umat Islam khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Dengan isu-isu yang berbangkit sepanjang 1999 hingga 2013, Nadwah yang dihadiri lebih 400 alim ulama dan 16 NGO Islam seluruh negara berlangsung di Alor Setar, semalam.

Turut hadir adalah Tuan Guru Haji Saleh Bin Musa selaku Mursyid Nadwah (gambar), Syeikh Mohd. Zainol Asri Romli, Tuan Guru Haji Abdul Majid Abu Bakar An Nadwi, Tuan Guru Haji Abdul Wahab Hassan, Tuan Guru Haji Abdullah Lebai Samah Bukit Lada, Tuan Guru Haji Mohd Rejab Md. Akhir, Syeikh Mohd. Rodi Abdul Rahman Al Hafiz, Tuan Guru Khairul Anuar Shafii, Tuan Guru Haji Mohd. Nasir, Mohd Azmi Abdul Hamid, Ustaz Abdul Ghani Samsudin, Tuan Guru Haji Ahmad Abdullah, Tuan Guru Haji Yusuf Husin Pondok Penyarum dan Dr. Muhammad Fauzi Zakaria.
Para ulama, tuan guru dan pemimpin NGO Islam bersepakat bahawa kuasa pemerintah perlu berubah tangan pada PRU13 ini demi menyelamatkan negara dari terus menuju kepada kepincangan dan penyelewengan dalam urustadbir negara.

Mereka yang telah memegang kuasa telah mengkhianati mandat rakyat dengan pelbagai penyalahgunaan kuasa dan pembolotan kekayaan negara di kalangan pemimpin elit negara.

Isu berikut adalah alasan kenapa rakyat perlu menolak BN dan memberi mandat kepada gabungan parti alternatif dari Pakatan Rakyat untuk menerajui pemerintahan Pusat dan negeri dalam PRU13:

1. BN mempertajamkan sentimen agama dengan membiar pihak tertentu untuk menimbulkan konflik,

2. Sentimen perkauman sempit  semakin diapi-apikan oleh BN yang akan menghancurkan negara.

4. Status agama Islam tidak bertambahbaik malah semakin terjejas akibat dasar nasionalisme sempit dan faham sekular yang diamalkan oleh pemerintah.

5. Campur tangan dalam institusi awam oleh parti politik yang keterlaluan.

6. Perbelanjaan kewangan negara yang tidak telus,

7. Membenarkan politik lucah, politik wang dan politik mengaibkan yang semakin mengotorkan demokrasi,

8. Membenarkan penghakisan budaya hidup dan kelunturan aqidah umat Islam dan kerosakan moral masyarakat yang semakin parah,

9. Menyalahurus ekonomi negara sehingga menyebabkan kos hidup rakyat meningkat, beban hutang negara meningkat kepada lebih RM500 bilion

10. Penswastaan keperluan hidup asasi rakyat sehingga merumitkan kehidupan golongan berpendapatan rendah,
11. Amalan rasuah, kronisme dan nepotisme yang semakin parah,

12. Kos hidup yang melibatkan makanan asas, khidmat kesihatan, khidmat pengangkutan, kos pendidikan, perumahan yang semakin meningkat,

13. Keselamatan sosial yang semakin tidak terjamin,

14. Gejala keruntuhan akhlaq generasi muda yang semakin serius,

15. Perbelanjaan kerajaan yang mencatat salahurus agensi kerajaan seperti yang dilaporkan oleh Audit Negara berulang setiap tahun,

16. Keyakinan rakyat kepada agensi awam yang semakin luntur,

17. Politik kotor, politik wang, politik samseng dan politik lucah menjadi-jadi,

18. Kebocoran wang haram yang berjumlah berbilion ringgit keluar negara yang merugikan pendapatan negara dari segi cukai,

19. Salahurus penggunaan tabungan awam seperti KWSP, Tabung Haji, Tabung Tentera,

20. Korporat penting negara seperti TNB, Petronas , Telekom, MAS, PNB yang disalahurus kerana campurtangan politik  yang menyebabkan ada yang rugi dan ada yang disalahguna,

21. Pelbagai agensi awam diujudkan tetapi telah membebankan perbelanjaan negara tanpa memberi pulangan yang kepada rakyat seperti yang sepatutnya

22. Kedaulatan negara terjejas akibat kelemahan pertahanan negara yang menyebabkan banyak khazanah negara dicerobohi dan kuasa besar seperti Amerika Syarikat terus mengguna kesempatan untuk menguasai ekonomi danolitik negara

23.Sektor media awam disalahguna sehingga kredbiliti agensi media awam terjejas teruk akibat campurtangan parti politik pemerintah yang melampau.

Pendukung deklarasi ulama.

NGO-NGO

1. Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura)
2. Majlis Perundingan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim)
3. Persatuan Ulama Kedah (Puk)
4. Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)
5. Teras Pengupayaan Melayu (Teras)
6. Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram)
7. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah)
8. Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (Hesa)
9. Pertubuhan Darul Mustafa Negeri Kedah (Darul Mustafa)
10. Women’s Initiative For Research, Development & Advancement (Wirda)
11. Persatuan Kebajikan & Pendidikan Pelajar Islam Kedah (Persida)
12. Yayasan Paksi
13. Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah)
14. Gerakan Sokong Syariah (Gesa)
15. Institut Pengembelingan Komuniti (Impak)
16. Institut Penyelidikan Syariah Malaysia (Isra)

Pondok dan sekolah agama
  1. Madrasah Al Rahmaniah Sik
  2. Maahad Darul Muhajirin Gajah Teriak
  3. Madrasah Darul Muhtadin Jeniang
  4. Madrasah Manabi’ Al-Ulum Al-Diniah Telaga Batu Jitra
  5. Madrasah Ahmadiah Addiniah Al Islamiah Pondok Ahmad Nahu
  6. Madrasah Al-Zuhudiah Parit Panjang
  7. Madrasah Ahmadiah Bukit Pinang
  8. Madrasah Islahiah Pondok Ustaz Adnan
  9. Madrasah Nurul Islam Charok Tok Uban Sik
  10. Ribat Nasrul Muhajirin Kg.Permatang Kaka
  11. Al Madrasah Al Imaniah Ad Dalawiyah Kg. Padang Buluh Nipis
  12. Madrasah Addiniah Al-Mardiyah Pondok Sg.Kob
  13. Maahad As-Syatirie Kg Sg. Dedap Yan
  14. Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah Al-Wataniah Kg Begia, Sik
  15. Madrasah Darul Ulum Al Barakah Kg Batu Besar Sik
  16. Kompleks Pendidikan Islam Darul Hidayah Kg. Sungai Mati Lepai
  17. Madrasah Takwiyatul Islamiah Pondok Bukit Lada
  18. Pondok Tn.Guru Hj.Hussin Dol Guar Chempedak
  19. Madrasah Tahzib An Nufus Pondok Ust.Awang Lanai
  20. Madrasah Al-Hidayah Al-Hukmiah Pondok Permatang Nibong
  21. Madrasah Munawwarah Parit Panjang, Baling
  22. Madrasah Al-Falah Al-Samaniah Ad-Diniah Pondok Alor Janggus
  23. Madrasah At-Tarbiah Pondok Kg. Landai
  24. Pondok Darul Saadah Sg Limau Baling
  25. Pondok Semeling
  26. Pondok Hj Wan Soleh Jitra
  27. Pondok Penyarum Baru Tobiar, Pendang
  28. Madrasah Jaafarul Hasanah Lepai
  29. Pusat Pengajian Tarbiyatul Auladiyah Kilim Langkawi
  30. Sek Men Islam Darul Ulum (Smidu) Pokok Sena
  31. Madrasah At Taklimiah Al Khairiah Tok Keling,
  32. Sek Men Agama Al Baqiyatussolihat Langkawi,
  33. Madrasah An Nur Al Islamiah Gajah Mati Pendang
  34. Akademi Islam Haji Abdullah Suboh Kota Kuala Muda,
  35. Sekolah Menengah Agama Ihsaniah Belantik Sik,
  36. Sek Men Agama Makarimul Akhlak Langgar
  37. Maahad Tarbiah Islamiah Derang
  38. Madrasah Zubaidiyah Merbok
  39. Pusat Pendidikan  Al-Islah Pinang Tunggal
  40. Madrasah Nurul Hidayah Kg.Tembak K.Ketil
  41. Markaz At Ta'lim Wat Tarbiah Pondok Bandar Hilir
  42. Madrasah Saadatul Wathoniah Kg. Tembak K.Ketil
  43. Madrasah Misbahul Falah Parit Panjang
  44. Madrasah Nurul Islah Parit Panjang
  45. Maahad Tahfiz Al-Fityan Yan
  46. Maahad Tahfiz Al Quran Yayasan Al Huffaz Parit Panjang
  47. Institut Pendidikan Islam & Tahfiz Al-Quran Abada Parit Panjang
  48. Pusat Tahfiz Al Amin Lunas
  49. Pusat Pengajian Islam Maahad Raudatul Ulum Serdang,Kedah
  50. Maahad Tahfiz Mutmainnah Sungai Petani
  51. Ma'ahad Al-Imam Al-Syafie Pendang
  52. Maahad Tahfiz Al-Barakah Tikam Batu,Sg Petani
  53. Maahad Qiraat Amal Aimy Dzalifah
  54. Sekolah Tahfiz Sains An-Najihin Kulim, Kedah
  55. Maahad Tahfiz Saidina Abu Bakar Kuala Nerang, Kedah
  56. Maahad As Solehah Kuala Kangkong Alor Setar
  57. Sek. Agama At-Toyyibah Changlun
  58. Madrasah Islahiah Diniah Memali Baling
  59. Sek. Ren. Islam Darul Ulum (Sridu) Tandop Alor Setar
  60. Sek. Integrasi Faizin (Saif) Guar Chempedak
  61. Sek. Ren Islam Darul Ulum (Sridu) Langkawi
  62. Sek. Ren Islam Burhanuddin Al-Helmi Alor Star
  63. Sek. Rendah Islam An-Nur Gajah Mati Pendang,
  64. Sek. Ren Islam Darul Ulum (Sridu) Kupang, Baling
  65. Sek. Rendah Islam Raudhatul Muslimin Sg. Kembal Kuala Ketil
  66. Sekolah Rendah An-Naim Kuala Ketil
  67. Sek. Rendah Darul Hijrah Mukim Siong Baling

Monday, 22 April 2013

20 tahun dulu saya doakan dia masuk PAS - TG Haron Din

Salmiyah Harun, 22 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Doa Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din sejak 20 tahun yang lalu agar bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib untuk menyertai PAS akhirnya dimakbulkan.

Haron Din pernah mengenali Muhammad berpuluh tahun lalu ketika beliau berkhidmat di Tabung Haji sebagai pegawai yang mengendalikan kursus haji.

(Ustaz Haron Din dan Muhamad Mohd Taib dalam sidang media hari ini)

"Waktu itu saya mengadakan kursus haji yang kebetulan waktu itu beliau (Muhamad) turut serta dalam kursus itu," katanya.

Dalam sidang media penyerahan borang keahlian PAS Muhammad, Haron Din menceritakan bagaimana beliau mula-mula mengenali Ajk Tertinggi Umno itu.

"Kita buat umrah sama-sama, dapat bas biasa. Bas itu mati di tengah-tengah terowong, tidak ada pilihan terpaksalah tolak bas itu. Orang pertama yang turun tolak Muhamad Taib ketika itu dia MB Selangor.

"Pulang ke Malaysia selepas itu, saya dijemput bagi ceramah bulanan di rumah MB. Tan Sri minat pada ceramah agama sampai sanggup buat ceramah di rumahnya," katanya.

Ekoran itu, Haron Din sentiasa mendoakan pasti suatu hari nanti Muhamad akan menyertai PAS.

"Saya pernah mendoakan supaya Allah bukakan hati dan hidayahnya untuk agama yang suci ini, saya mengalu-alukan beliau pada pagi ini," kata Haron Din.

Jelas Haron Din, Muhammad pernah datang ke rumahnya sebelum ini sebagai seorang teman lama dan tidak lebih dari untuk bersembang.

Bagaimanapun Haron Din terkejut apabila kehadiran Muhammad untuk menyatakan kesediaannya menyertai PAS.

"Ketika itu, saya terus menyediakan borang keahlian PAS, maka disinilah bermulanya dan akhirnya beliau masuk PAS," ujarnya.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, pengisytiharan Muhammad dilakukan selepas penamaan calon bagi melahirkan keikhlasan bahawa mereka yang menyertai PAS bukan untuk menjadi calon.

"Muhammad sudah bersama kami setahun yang lalu, dan sengaja (isytihar masuk PAS) dibuat selepas penamaan calon. Kerana kita tidak dapat menguasai media dengan sepenuhnya.

"PAS mengalu-alukan penyertaan Tan Sri. Ini adalah sokongan dan dokongan yang sangat kuat yang pernah memimpin Umno di peringkat pusat dan kerajaan negeri," katanya.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini secara rasminya menyertai Pas apabila beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu pejabat parti itu.

Turut hadir dalam sidang media itu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan dua Naib Presiden PAS iaitu Datuk Mhafuz Omar dan Salahuddin Ayub.
 
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18543-20-tahun-dulu-saya-doakan-dia-masuk-pas-tg-haron-din

Saya Masuk Bukan Untuk Calon Atau Jawatan - Muhamad Taib

Harakahdaily, 22 Apr 2013  

(Tan Sri Mohamad menyerahkan borang permohonan menyertai PAS kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang)

KUALA LUMPUR: "Saya masuk PAS bukan hendak jadi calon atau merebut jawatan dalam PAS," kata Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib ketika mengumumkan penyertaannya kepada PAS hari ini.

Atas dasar itulah, katanya, majlis penyerahan borang memohon menjadi ahli PAS hari ini dibuat selepas penamaan calon PRU 13.

Muhamad hari ini menyerahkan permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan diperhatikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu dan naib-naib Presiden PAS.

Pagi ini juga Muhamad menghantar surat kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor bagi memaklumkan dia telah meninggalkan Umno mulai dari tarikh surat ini iaitu 22 April 2013.

Salinan surat itu dihantar kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Bagi Mohamad Taib, pengalaman dalam Umno mengajar dia untuk berbuat perkara lebih baik untuk negara.

"Memang benar kita berjaya membentuk negara maju. Negeri Selangorpun kita berjaya membentuk menjadi negeri maju.

"Tetapi bagi saya perubahan perlu dibuat, supaya pembangunan kita ada roh," kata Muhamad ketika berucap di majlis hari ini.

Atas dasar itulah, katanya, beliau memilih untuk menhyertai PAS.

"Mana parti yang boleh mengisi roh ini selain dari pasti yang memperjuangkan Islam," katanya.

Menurut Muhamad, selepas beliau tidak mempunyai kerja, beliau banyak menghabiskan masanya untuk pergi ke surau dan masjid.

"Saya pergi ke surau, belajar agama, belajar al Quran. Saya perhatikan, hanya PAS boleh membawa pengaruh untuk membetulkan keadaan ini," tegas Mohamad.

Sebelum itu, Ustaz Hadi dalam ucapannya berkata, beliau bertemu dengan Muhamad lebih setahun yang lalu.

Namun, kita hanya membuat majlis penyerahan hari ini untuk mengelak persepsi kata Muhamad hendak menjadi calon atau jawatan dalam PAS.

Ustaz Haron Din pula berkata, beliau bertemu pertama kali dengan Muhamad semasa menunaikan umrah bersama di Mekah.

"Ketika itu bas kami rosak...dan dia sebagai menteri besar ketika itu yang pertama turun untuk menolak bas itu.

"Sejak hari itu kami rapat dan saya memberikan kuliah mingguan di rumah MB Selangor," kata Ustaz Haron.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/18536-saya-masuk-bukan-untuk-calon-atau-jawatan-muhamad-taib

Kenapa Anda Perlu Kekalkan Pemerintah Sekarang?

Ahmad Baei Jaafar, 22 Apr 2013
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18542-kenapa-anda-perlu-kekalkan-pemerintah-sekarang

“Kecil jangan dibesarkan, yang besar jangan dikecilkan” demikian kenyataan yang disuarakan seorang pemimpin parti politik. Amat positif pandangan itu tetapi suara itu akhirnya bagaikan tidak bermakna lagi apabila dalam ucapannya terselit nada mengungkit sumbangan kerajaan kepada rakyat.

“Ingatlah dahulu kita susah sebagai setinggan, berebut untuk mendapat air pada setiap pagi. Kerajaan telah menempatkan kita semua ke sini dengan harga yang terendah,” kata pemimpin tersebut.

Pada rakyat, itu bukan sumbangan tetapi tanggungjawab kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat. Sememangnya rakyat berhak duduk dengan aman di dalam negara. Rakyat seharusnya bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana demikian itu adalah sebahagian daripada Islam.

Cuma persoalannya, tidakkah mengungkit hal ini termasuk dalam membesarkan perkara yang kecil. Yalah soal penempatan kalaupun kerajaan tidak bantu, rakyat boleh usaha sendiri. Maka hal ini bukan besar kerana nilaian besar itu adalah sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh rakyat walaupun dia seorang kaya iaitu keamanan dan keselamatan.

Demikian suasana politik Malaysia pada hari ini, pemimpin sedia turun padang untuk menjelaskan kepada rakyat hasil pemerintahannya selama ini. Mereka menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar seluruh kepimpinan BN turun padang bertemu rakyat bagi menjelaskan kenapa mereka perlu diberi peluang memerintah negara ini sekali lagi.

Najib dalam seruan itu berharap BN diberi kemenangan dengan majoriti kukuh kerana banyak lagi perancangan untuk membangunkan negara belum selesai. Dengan mandat baru itu nanti banyak lagi projek dapat dilaksanakan.

Saya percaya pengakuan Perdana Menteri di atas adalah ikhlas daripada hatinya. Malah kesungguhan pemimpin BN hendak turun padang dilihat mereka serius dalam usaha menyelesaikan projek yang masih belum terlaksana. Cuma dalam hal ini, tidak dinafikan ada kemungkinan rakyat akan menilainya secara terbalik iaitu; pengakuan bahawa banyak lagi perancangan yang belum dibuat, memberi erti bahawa banyak lagi janji kerajaan yang tidak ditepati. Sekali gus menggambarkan kegagalan kerajaan dalam merealisasikan slogan kerajaan “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”

Di sini saya teringat pada satu kisah yang dipaparkan dalam al-Quran di mana penghuni neraka yang menyedari bahawa neraka itu benar-benar wujud lalu segera membuat rayuan kepada Allah minta dikeluarkan semula ke dunia untuk seketika. Hal ini supaya membolehkan mereka membuat kebajikan sebanyak-banyaknya.

Bayangkan setelah tempoh yang panjang diberikan kepada mereka di dunia tetapi peluang itu diabaikan, lalu setelah dimatikan dan sampai masa untuk diadili, masih bolehkah Allah mahu memberinya peluang kali kedua?

Kalau begitu sikap Allah, bagaimana dengan rakyat terhadap pemerintah negara ini? Tepuk dada tanya iman. Maka terpulanglah kepada rakyat untuk menentukan sama ada hendak diberi kuasa semula atau diberikan kepada pihak yang lain dalam pilihan raya akan datang.

Pilih Pemimpin

Sememangnya sebagai rakyat biasa, kita sukar untuk memilih pemimpin atau wakil rakyat untuk mentadbir negara. Hal ini kerana kebanyakan calon dalam piliharan tidak dikenali secara benar. Kita hanya mampu melihat wajahnya pada poster, tetapi kemampuannya dalam mentadbir belum dikenal pasti. Lainlah kalau kita berpeluang melihat dan mendengar ucapannya dalam sesi kempen, itupun kita hanya sekadar mendengar janji mereka namun belum tahu kemampuan sebenarnya.

Mungkin pemimpin yang sedia ada sudah dikenali kerana selalu kita dengar dan menonton tv. Dengan mengenali mereka tentu kita dapat menilai mereka sama ada mereka boleh terus memimpin atau tidak. Namun tidak dinafikan sesetengah mereka membuatkan kita tidak suka kepada mereka. Mungkin tindakan sesetengah mereka yang membuatkan rakyat menyampah kepada politik negara.
Walau bagaimanapun dalam PRU13 yang akan berlangsung pada 5 Mei 2013 nanti, saya berharap semua rakyat Malaysia keluar untuk mengundi dan memilih pemimpin yang berkualiti dan berwibawa. Pemimpin yang sedemikianlah yang boleh mengurus negara ini dengan sempurna. Ingatlah mengundi dalam konteks ini adalah wajib aradhi.

Sebenarnya dalam pilihan raya rakyat dikehendaki mengundi dua calon untuk dua kategori; Parlimen dan DUN. Kerusi Parlimen untuk membolehkan mereka membentuk kerajaan pesekutuan. Manakala DUN untuk membolehkan mereka membentuk kerajaan negeri. Untuk kedua-dua kategori itu parti yang bertanding perlu mendapat sekurang-kurangnya lebih satu kerusi daripada separuh kerusi Parlimen dan DUN.  Tetapi untuk kedudukan kerajaan yang selesa, parti tersebut perlu menguasai 2/3 daripada keseluruhan kerusi yang dipertandingkan.

Berdasarkan itu rakyat bertanggungjawab membentuk kerajaan Malaysia yang selesa agar kedudukannya sukar dicabar oleh pembangkang. Jadi, rakyat perlu mengundi calon yang mewakili parti yang mempunyai wawasan yang jelas iaitu untuk menyelamatkan negara daripada muflis, menyelamatkan negara daripada dicerobohi musuh, mampu membangunkan negara selaras dengan kehendak Islam dan mampu meletakkan Islam di puncak keagungan.

Begitu juga dalam membentuk kerajaan negeri, rakyat perlu memilih calon yang mewakili parti yang mampu menyelamatkan negeri daripada hutang, menyelamatkan negeri daripada miskin, dapat membawa negeri maju dan meyakinkan pelabur. Dan yang paling penting kemajuan kerajaan itu boleh memberi keselesaan kepada rakyat yang berteduh di bawahnya.

Untuk mencapai apa yang dijelaskan di atas rakyat Malaysia mahupun rakyat negeri-negeri dalam Malaysia boleh menentukan siapa dan parti apa yang boleh memerintah Malaysia dan negeri-negeri seluruh Malaysia. Kuasanya pada tangan rakyat iaitu memangkah pada kertas undi. Ingatlah, mengundi dengan niat untuk memilih pemimpin yang baik untuk negara dinilai sebagai ibadah.

Pilih Kerajaan
Rakyat berhak memilih semula parti yang memerintah di peringkat pusat kini jika mereka berpuashati dengan gaya dan cara mereka mentadbir politik negara. Sebaliknya mereka juga boleh memilih untuk mengubah atau menukar parti yang memerintah sekarang kepada parti baru jika selama ini didapati gaya dan cara mengurusnya kurang memerangsangkan atau tadbir urus yang kurang berkualti.

Dalam hal ini rakyat perlu diberi kebebasan mutlak dalam menentukan parti yang akan memerintah Malaysia. Oleh sebab itu, rakyat tidak boleh dimomokkan dengan cerita karut marut semata-mata untuk menakutkan rakyat. Hal ini kerana rakyat kini sudah cerdik dan bijak dalam menilai pencapaian kerajaan yang ada.

Mungkin pencapaian kerajaan pusat sehingga kini tidak boleh dibandingan dengan mana-mana kerajaan kerana kerajaan pusat  sekarang belum pernah tercabar. Tetapi bagi rakyat kerajaan Selangor tentu mereka boleh membandingkan dengan kejayaan kerajaan dahulu. Boleh juga membandingkan dengan kejayaan kerajaan Perak atau Pahang yang diperintah oleh parti yang berlainan pada hari ini.

Manakala rakyat negeri Pulau Pinang, mereka boleh membuat pilihan bijak dengan mengembalikan pemerintahan kepada parti yang memerintah sekarang  jika mereka mendapati kerajaan ini lebih baik daripada kerajaan sebelumnya. Sebenarnya kerajaan Pulau Pinang telah diperintah oleh tiga ketua menteri yang berbeza perwatakannya iaitu yang mewakili MCA, Parti Gerakan dan DAP. Saya percaya rakyat Pulau Pinang dapat menilai mana yang lebih baik dalam pengurusan kewangan dan lain-lain.

Cuma pada saya, kalau rakyat Pulau Pinang selesa dengan keadaan pemerintah sekarang, sebaiknya semua orang Melayu harus bersatu hati dan tangan dalam memberi undi kepada calon dalam kalangan orang Melayu sama ada daripada PAS dan Parti Keadilan Rakyat. Hal ini kerana dengan meramaikan wakil rakyat orang Islam dalam kerajaan PR boleh mengimbangkan kepimpinan dan pembangunan di negeri tersebut. Dengan cara ini orang Melayu dan Islam akan terbela dengan adil.
Walau bagaimanapun tidaklah salah kalau orang Melayu memberi sokongan kepada wakil daripada UMNO asalkan mereka juga boleh menjadi pembangkang yang berkesan, boleh memberi idea yang baik kepada kerajaan demi menyelamatkan orang Melayu dan Islam. Maknanya mereka akan menyokong keputusan kerajaan dalam usaha membangunkan orang melayu tetapi kalau terdapat yang tidak kena dalam pemerintahan perlu dibetulkan segera, malah jika perancangan itu boleh merugikan orang Melayu perlulah dibantah segera.

Begitu juga dengan negeri Kelantan, kalau rakyat Kelantan masih rasa selesa dengan pembangunan sekarang, eloklah kekalkan pemerintah sebelum ini. Rakyat Kelantan sudah pernah rasai pemerintah lain beberapa tahun dahulu. Tentu mereka dapat menilai kemampuan pemerintah tersebut. Rakyat Kelantan banyak bertebaran di seluruh negara, tentu mereka nampak kebaikan atau keburukan kerajaan Kelantan waktu ini. Tegasnya mereka lebih arif dalam hal ini.

Cuma dalam ruang singkat ini ingin saya ingatkan rakyat Malaysia terutama Kelantan bahawa mereka perlu tahu dan sedar bahawa dalam sesebuah negeri ada hak dan tanggungjawab kerajaan pusat selain kerajaan negeri. Sebenarnya semua jalan raya persekutuan dan Lebuh raya adalah tanggungjawab kerajaan  pusat untuk membinanya. Makanya, walaupun kerajaan negeri berlainan parti, Kerajaan pusat mesti buat jalan tersebut apatah lagi setelah kerajaan negeri meminta atau mereka sendiri yang berjanji untuk itu.

Adapun jalan kampung dan dalam Bandar berada di bawah tanggungjawab kerajaan negeri. Namun projek membuat jalan ini mesti dilaksanakan oleh kerajaan negeri bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan. Perlu diingat wang tersebut datangnya daripada peruntukan kerajaan pusat. Jadi, jika peruntukan itu disekat, maka pembangunan kerajaan negeri akan tersekat juga.

Sebenarnya di sudut undang-undang peruntukan kerajaan pusat kepada negeri tidak boleh disekat selagi kerajaan itu masih di dalam Malaysia. Jadi, parti lain yang memerintah bukanlah menjadi sebab wang itu tersekat.

Selain itu semua sekolah kebangsaan termasuk sekolah jenis kebangsaan berada di bawah kuasa kerajaan pusat. Kerajaan negeri tidak dibenarkan masuk campur dalam sekolah tersebut. Manakala sekolah agama diletakkan di bawah tanggungjawab kerajaan negeri. Begitu juga dengan urusan tanah dan air akan diurus tadbir oleh kerajaan negeri.

Bagi rakyat negeri Kedah pula, mereka juga berhadapan dengan dua pilihan yang penting. Rakyat Kedah tentu ada pengalaman diperintah oleh kerajaan pusat, maka mereka kini tahu kemajuan yang telah mereka kecapi. Mereka juga tahu apa yang menguntungkan mereka dan apa pula yang merugikan mereka. Pada masa yang sama, rakyat boleh menilai kerajaan baru yang memerintah selama lima tahun, apakah lebih baik atau bagaimana. Yang penting, apakah kerajaan negeri itu banyak buat hutang atau tolong membayar hutang lapuk.

Bagi rakyat negeri Selangor tentu mereka lebih arif tentang siapa yang layak menguasai negeri mereka. Hal ini kerana rakyat Selangor lebih ramai yang intelek, ramai yang berpendidikan. Mereka tahu membezakan kemajuan kerajaan sekarang dengan kerajaan sebelumnya. Rakyat tentu tahu isu yang dimainkan pada hari ini apakah realiti atau sekadar mainan politik untuk pilihan raya.

Sebenarnya sebagai rakyat kita perlukan sebuah negara atau negeri yang aman dan selamat, maju dan damai, membangun dan ceria. Semua itu hanya boleh diperoleh melalui penghayatan Islam baik dalam pemerintahan mahupun rakyat jelata.

Bagi negeri-negeri lain, rakyat negeri tersebut bolehlah membuat sedikit kajian tentang parti yang memerintah apakah mereka telah membuat kejayaan seperti yang saya sebut di atas. Kalau mereka melakukan sesuatu yang memuaskan hati kita, berilah kepercayaan kepada mereka lagi. Tetapi kalau terdapat kekurangan yang perlu dibaikpulih, buatlah sesuatu untuk kebaikan bersama.

Cuma dalam mencari jawapan, bolehlah kita secara profesional menghadiri penjelasan daripada parti dan calon yang bertanding. Penjelasan dan keterangan mereka penting untuk dinilai. Ketika itu kita boleh menilai sama ada mereka ikhlas atau tidak. Kita boleh menilai sama ada mereka mampu atau tidak.

Beberapa panduan untuk tindakan pengundi:
1. Waktu pilihan raya rakyat boleh memilih dan mengundi pemimpin yang berkelayakan. Kita pada waktu itu bukan lagi menentang pemerintah kerana kerajaan sudah dibubar. Memang dalam Islam menentang sesebuah kerajaan yang sedang memerintah adalah haram.
2. Pemimpin yang berkelayakan ada empat sifat; berkemampuan (qawi) dan berintegriti (amin), amanah menjaga harta (hafiz) dan berpengetahuan (alim).
3. Untuk mengundi kita bukan saja perlu lihat berasaskan orang dan sifatnya tetapi juga melihat parti dan pakatan yang telah dipersetujui sebagai dasar.
4. Apabila negara tidak aman, berlaku kecurian dan seumpamanya, itulah tanda kepimpinan terdapat masalah yang perlu dirawat.
5. Politik sebahagian daripada Islam dan termasuk dalam persoalan muamalat. Berpolitik dalam sesebuah negara adalah untuk maslahah umum.
6. Politik yang diperjuangkan itu mestilah tidak bertentangan dengan nas al-Quran dan hadis.
7. Politik yang dibawa adalah idealism untuk kebaikan dan keamanan negara bukan perkauman yang mengenepikan suatu kaum. Jadi, mengundi adalah untuk menolak kemungkaran.
8. Apabila kita berhadapan dengan parti bukan Islam kita perlu lihat kepada mana yang kurang mudarat, maka kita boleh menyokong parti tersebut.

Kita tidak boleh memilih pemimpin atau wakil rakyat yang bermasalah iaitu:
1. Minta dikenangkan jasa mereka kerana yang demikian menunjukkan mereka tidak ikhlas.
2. Pemimpin yang gagal menjalankan tugas semasa diberikan amanah.
3. Suka membuat andaian salah terhadap lawannya.

“Mempolitikkan Islam berbeza dengan mengislamkan politik. Orang yang bercakap tentang Islam tetapi realitinya tidak begitu sebaliknya pada masa yang sama melakukan yang bercanggah dengan Islam. Berbeza dengan mengIslamkan politik, perjuangan politiknya berlandaskan Islam dan ingin meletakkan Islam di atas segala-galanya.”


http://baei.blogspot.com/

Rokok Elektronik - Selamat Atau Tidak?

Posted by Al-Azrul Zakuan Monday, 31 December 2012
http://www.fuh.my/2012/12/rokok-elektronik-selamat-atau-tidak.html#.UXTyOtd5My0

Dunia memang semakin canggih. Apa taknya sampai rokok pun dah jadi elektronik. Jadi apa itu rokok elektronik atau e-ciggaret ni? Yang pasti rokok elektronik adalah satu percubaan untuk mewujudkan sejenis rokok yang dikatakan mampu mengurangkan penggunaan rokok asal yang berasaskan tembakau yang pasti diketahui umum sebagai penyumbang kepada masalah berkaitan dengan kanser jantung.


Dilabelkan sebagai rokok yang selamat diguna, rokok elektronik ini dikatakan mempunyai nilai rasa yang sama seperti anda merokok rokok asli kecuali ianya tidak berasap, tidak menghasilkan karbon monoksida dan juga tidak meninggalkan abu.

Penularan rokok elektronik ini sudah bermula di Malaysia seawal tahun 2009 dan sehingga tahun 2010, sudah ramai yang telah mula menjual rokok ini terutama melalui internet.

Contoh rokok elektronik yang dicipta di China

Bagaimana Rokok Elektronik Berfungsi

Rokok elektronik terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan katrij nikotin. Apabila pengguna menyedut rokok elektronik, cip elektronik akan mengesan pengaliran udara di dalamnya. Kemudian microprocessor akan menghidupkan atomizer yang akan mencampurkan nikotin cair dan udara. Hasilnya, penghisap rokok elektronik akan mendapat dos nikotin yang diperlukan.

Proses ini mengeluarkan wap yang seakan-akan sama dengan asap rokok biasa. Oleh kerana ia adalah wap dan bukannya asap, maka ia tidak mengandungi Karbon Monoksida, tidak berbau dan secara langsung, tidak merbahaya. Microprocessor juga akan menyalakan LED yg berwarna oren supaya menampakkan seperti rokok yang terbakar ketika dihisap.

Bahaya Rokok Elektronik

Di sebalik kecanggihan rokok elektronik ini, ada yang mendakwa bahawa rokok elektronik ini sebenarnya lebih bahaya daripada rokok asli. Ini berdasarkan kepada bahan-bahan yang membentuk proses pengewapan.

“Tidak ada negara yang setuju penggunaan rokok elektronik. China sebagai penemu awal rokok ini, iaitu tahun 2003, selanjutnya justru melarang kewujudan rokok ini sendiri kerana dianggap membahayakan kesihatan.”

Secara terperincinya, dikatakan bahawa dalam rokok elektronik terkandung jenis nikotin yang bervariasi, iaitu nikotin pelarut, propilen glikol, dietilen glikol, dan gliseren yang apabila dipanaskan akan menghasilkan nitrosamine. Dan larutan nitrosamine ini nantinya kan menjadi penyebab terjadinya kanser. Sehingga sekarang isu samada rokok elektronik berbahaya atau tidak kepada kesihatan masih lagi dibahaskan. Ada yang mendakwa berjaya berhenti merokok apabila menggunakan rokok eletronik ini, dan tidak kurang juga yang membuat dakwaan bahawa rokok elektronik ini adalah lebih bahaya daripada rokok asli.

Yang pasti, rokok elektronik ini tidak mengeluarkan 4000 jenis bahan beracun yang terkandung dalam rokok asli yang sudah pasti tidak menyebabkan orang lain yang berada di sekeliling perokok elektronik menerima kesan buruk yang sama.

Kesan Dan Perbandingan Rokok Elektronik Dengan Rokok Tembakau

Posted by Al-Azrul Zakuan Wednesday, 27 March 2013
http://www.fuh.my/2013/03/kesan-dan-perbandingan-rokok-elektronik.html  
 
 
kesan, perbandingan dan hbahaya rokok elektronik
Kesan Dan Perbandingan Rokok Elektronik Dengan Rokok Tembakau | Baru-baru ini kita digembar-gemburkan dengan berita yang mengatakan rokok elektronik lebih berbahaya daripada rokok tembakau. Rokok elektronik mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit kronik. Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai. 
Namun adakah perkara ini benar? Mari kita lihat beberapa kenyataan dari pakar kesihatan seluruh dunia..
1) Dr Zakaria Abdullah, pakar herba dan kesihatan tempatan, menyatakan glycol (PG) dan glycerin (VG) (yang terkandung dalam e-liquid) tiada rekod yang menunjukkan mereka bahaya.
2) Dr Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung dan Paru – paru PPUKM, menyatakan rokok tembakau mempunyai pelbagai – bagai toksik manakala rokok elektronik hanya mengguna pelarut, nikotin serta perisa. Beliau menasihati supaya nikotin tidak digunakan secara berlebihan (zero nikotin terus lagi bagus).
3) Boston University School of Public Health membuat kesimpulan bahawa rokok elektronik adalah lebih selamat daripada rokok sebenar dan mungkin membantu perokok berhenti merokok, mereka menyatakan “tahap bahan kimia yang dikesan dalam rokok elektronik tidak menimbulkan kebimbangan kesihatan yang serius”. “Rokok elektronik juga didapati serupa dengan pengganti nikotin {seperti NiQuitin) yang sedia ada”.
4) Dr Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center membentangkan “Rokok elektronik adalah alternatif yang lebih selamat kepada rokok tembakau…. Memandangkan bahaya melampau yang dikaitkan dengan merokok, data sedia ada menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah jauh kurang berbahaya dan menggantikan tembakau dengan rokok elektronik mungkin bermanfaat untuk kesihatan.”
5) American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong penjualan rokok elektronik kepada orang dewasa “kerana ia berkemungkinan menyelamakan 4 daripada 8 juta perokok di Amerika yang sebaliknya akan mati disebabkan penyakit berkaitan dengan tembakau dalam masa 20 tahun.”
 

Tuesday, 16 April 2013

Bermula Hari Ini, Umno Akan Berpecah

  BN telah mengumumkan yang 49 peratus dari calon-calon Dewan Undangan Negeri adalah muka baru dan 30 peratus dari calon Parlimen merupakan calon-calon gantian untuk memantapkan prestasi parti itu dalam PRU yang akan datang. Beberapa Menteri Kabinet BN juga telah digugurkan, di antaranya ialah Rais Yatim dan Nor Mohammed Yakcop. Mohamad Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi akan bertanding di kawasan Dun di Johor untuk menjadi Menteri Besar jika BN memenangi pilihanraya kali ini.
Tidak payah kita sebut siapa yang digugurkan dan siapa yang beralih kawasan dari Dewan Undangan Negeri atau Parlimen yang diumumkan oleh Pengerusi BN semalam. Isu yang saya hendak komen hari ini ialah tentang kebanggaan Najib menurunkan calon-calon yang berkelayakan akademik yang tinggi serta berpelajaran. Najib telah menurunkan calon-calon yang berpelajaran tinggi, setidak-tidaknya pemegang Diploma dan ke atas.

Pemilihan calon yang berpelajaran tinggi itu adalah wajar kerana tindakan itu sejajar dengan keadaan semasa dalam mana rata-rata rakyat telah berpelajaran. Tetapi yang dihadapi oleh UMNO sekarang ini bukannya masalah taraf akademik calon-calonnya. Dari dahulu sememangnya calon-calon dalam UMNO itu adalah dikalangan orang yang pandai-pandai belaka. Ada yang berpendidikan sehingga Doktor Falsafah, ada yang Doktor perubatan, ada akauntan dan berbagai-bagai lagi dari bidang professional dan separa professional yang hebat-hebat diletakkan sebagai calon.

Tetapi apabila mereka yang pandai-pandai ini menyertai UMNO, mereka dipengaruhi oleh budaya yang songsang dan buruk seperti rasuah dan berbagai-bagai lagi kesalahan undang-undang dan moral yang dilakukan oleh pimpinan BN. Keadaan itu bertambah meruncing dari masa ke semasa dan sekarang budaya buruk itu sudah tidak terkawal lagi. Pendeknya berpelajaran tinggi itu tidak dapat memperbaiki akhlak kepimpinan mereka setelah menyertai UMNO walau setinggi mana sekali pun taraf pelajaran mereka.

Mereka itu mungkin berpelajaran, tetapi kurang pendidikan. Seseorang yang berpelajaran tidak semestinya seorang yang berpendidikan. Seseorang yang berpendidikan baik itu akan mencakupi nilai moral yang selari dengan pelajarannya yang tinggi itu. Saya selalu berkata sebaik mana pun seseorang itu, apabila menyertai UMNO dan mendapat kedudukan, mereka akan lupa yang diri mereka telah belajar di menara gading tetapi sikap mereka seolah-olah seperti orang yang tidak pernah melalui pendidikan yang betul.

Apabila menyertai UMNO mereka akan menganggap yang buruk itu sebagai baik dan baik itu sebagai buruk, seolah-olah mereka ini adalah pembawa dalil hari hendak kiamat. Pendeknya mereka yang berpelajaran tinggi tidak mampu untuk menjadi seorang pemimpin yang terdidik.

UMNO sentiasa gagal untuk mengenengahkan mereka yang terdidik sejak tiga dekad yang lalu. Dalam UMNO ada yang berkelulusan bidang kejuruteraan sehingga PhD tetapi kita nampak dengan jelas kelulusan tinggi itu tidak mampu untuk menjadi orang yang mampu berfikir. Mendapatkan sarjana muda, atau sarjana serta doktor falsafah itu hanyalah untuk mengesahkan mereka telah lulus mata pelajaran dan modul yang mereka pilih di menara gading itu. Tetapi matlamat sebenar kita masuk universiti itu ialah untuk belajar dan mendidik kita untuk berfikir dengan baik dan tahu membezakan yang mana satu yang bermoral dan yang sebaliknya.

Tetapi apabila bergiat dalam UMNO kemampuan mereka untuk berfikir semakin tumpul kerana budaya yang tidak membolehkan sesiapa bersuara dan memberikan pandangan yang bernas. Maka jadilah mereka perasuah dan penyalahguna kuasa yang besar apabila mendapat kuasa mandat rakyat itu untuk bersama membina budaya membina kepentingan dan kekayaan peribadi dan keluarga mereka. Sepatutnya jika seseorang itu telah berjaya untuk berfikir mereka tidak akan tergamak melakukan rasuah dan kerja-kerja hina yang lain itu.

Maksudnya jika kita berjaya untuk berfikir, maka gejala buruk akan terhindar dari diri mereka. Pemimpin yang benar-benar terdidik tidak akan sanggup melakukan rasuah kerana mereka akan merasakan malu yang amat sangat hasil dari didikan dan berfikir secara orang yang berpendidikan tinggi.

Saya ingin mengulangi yang berpelajaran itu tidak semestinya yang terdidik. Jika kita hanya berpelajaran belum tentu kita akan melakukan kerja yang baik-baik. Hanya yang terdidik sahaja yang boleh diberikan keyakinan, bukan kepada yang hanya berpelajaran. Senarai calon-calon yang dikatakan sebagai barisan yang berpelajaran itu tidak akan membawa apa-apa perubahan selagi budaya rasuah dan mementingkan keuntungan peribadi itu tidak dihapuskan dalam UMNO.  Keadaan dalam UMNO itu akan tetap sama. Jika UMNO masih diberikan mandat ia tetap seperti biasa yang kita alami sekarang ini. Salah laku itu akan tetap berlaku, hanya yang menjadi pelakunya itu orang yang berlainan sahaja.

Selalunya yang terdidik itu akan mempunyai nilai etika, bermoral tinggi dan lebih lagi ada agamanya dan meng’addin’kan agamanya dalam pentadbiran dan politik mereka. Yang terdidik itu selalunya akan melakukan segala-galanya dengan beriktikad untuk melakukan fardhu kifayahnya sekali kerana dengan fardhu kifayah itulah yang akan membuka jalan ke arah keredhaan Tuhan dalam semua tindak-tanduk kita.

Pemimpin yang terdidik dengan didikan yang benar, mereka akan ada sifat malunya untuk melakukan kerja rasuah dan sebagainya. Merasa malu pada diri sendiri itulah yang mampu membendung kita dari melakukan kerja terkutuk seperti rasuah, membunuh serta dosa dan noda yang lain.

Walau apa pun, UMNO akan berpecah dan kita akan saksikan bersama-sama semua yang akan berlaku dalam UMNO itu. Tamat sahaja pengumuman calon nanti, kita akan lihat perpecahan itu berlaku dengan cepat dan deras di mana-mana.

Malahan ia telah pun berlaku di beberapa tempat di Selangor dan di Perak di mana ahli-ahli UMNO telah berkumpul dan berarak menentang calon yang ditonjolkan oleh pucuk pimpinan parti.

Benar, bermula hari ini UMNO akan berpecah. Dr Mahathir bolehlah saksikan apa yang beliau telah wariskan kepada pimpinan-pimpnan selepas beliau. Segala-galanya bermula dari kerja beliau memecah dan memerintah rakyat semasa mentadbir negara dahulu.

Sekarang beliau boleh saksikan puas-puas. Kehendaknya telah tercapai sepenuhnya. Dr Mahathir boleh tidur lena sekarang. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Aspan Alias, 16 Apr 2013  
Sumber :
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18332-bermula-hari-ini-umno-akan-berpecah



Saturday, 13 April 2013

Bersetuju ‘Makanan Minda’ Sebagai Pendekatan Pengundi

Analisis Prof. Dr. Jayum Jawan (Sinar Harian 20 Mac 2013) mengenai kemugkinan Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa bertanding di Putrajaya amat wajar diberi perhatian oleh semua pihak. Terutama kenyataannya mengenai ‘kemungkinan Husam mempunyai peluang untuk menang berdasarkan populasi Putrajaya sebagai Bandar Melayu.
Paling menarik, Dr. Jayum melihat mungkin masyarakat Melayu di Putrajaya perlukan perubahan dan pembaharuan. Lalu beliau mencadangkan agar pengundi Melayu bandar perlu dihidangkan ‘makanan minda’ bukannnya keperluan seperti di luar bandar.

Atas cadangan itu, saya bersetuju hakikatnya pengundi bandar tidak wajar dibawa minda mereka dengan politik luar bandar. Pengundi bandar tidak memerlukan umpan projek ala kampung seperti janji zink, jalan tar dan sebagainya.

Justeru cadangan itu agak selari dengan teguran saya sebelum ini terhadap cara pemimpin Barisan Nasional melayan rakyat seperti haiwan dalam pemberian BR1M.

Kini sampai masanya (dalam PRU13) hak dan maruah rakyat harus dihormati. Minda pengundi bandar harus dilayan secara ilmu (diberi makanan minda), bukan disogok dengan nilai-nilai politik kampung. Malah minda pengundi bandar hendaklah diperlebarkan kepada pengundi luar bandar demi mengajak majoriti rakyat berfikiran matang dalam berpolitik.
Amat tepat apa yang disarankan Dr. Jayum agar memberi perhatian kepada isu-isu berkaitan ketelusan dan integriti. Bagi saya, isu-isu ini adalah teras yang selari dengan prinsip Islam yang sentiasa memerangi rasuah dan penyalahgunaan hak serta ketidakadilan. Wajar sekali ia dijadikan bual-bicara umum dalam memartabatkan maruah pengundi demi memacu perubahan ke arah yang lebih baik. Hal inilah juga dituntut oleh Islam dalam urustadbir kerajaan mahupun hal ehwal rakyat.

Firman Allah: Maksudnya: “Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”. (Surah At-Taubah 9:105)

Oleh itu, amalan politik kita hendaklah berpaksikan keyakinan hakikatnya apa yang kita buat (dalam semua urusan hidup termasuk hal ehwal politik dan pilihan raya) adalah sentiasa di dalam pemerhatian Allah SWT. Atas prinsip ini, ketelusan dan integriti hendaklah menjadi keutamaan kalangan pemimpin politik demi mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Sesungguhnya PAS bertanggungjawab menyebar luaskan prinsip politik sebegini ke segenap lapisan masyarakat, di bandar mahupun luar bandar.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Kota Bharu.
9 JamadiAwal 1434 bersamaan 21 Mac 2013

Sumber
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/mursyidul-am/17584-bersetuju-makanan-minda-sebagai-pendekatan-pengundi
 


Pakatan Rakyat (PR) 2013

Manifesto Pakatan Rakyat (PR) bagi Pilihan Raya Umum ke-13 yang berslogan ‘Pakatan Harapan Rakyat’ berusaha ke arah peningkatan taraf hidup rakyat Malaysia dengan meningkatkan kualiti pendidikan, memastikan negara kita berkebajikan, memberi peluang saksama kepada rakyat Malaysia dan mentadbir negara secara amanah. Muat turun manifesto lengkap Pakatan Rakyat

Barisan Nasional (BN) 2013

Manifesto BN yang membawa slogan ‘Menepati Janji, Membawa Harapan’ terutamanya bertujuan mengurangkan kos sara hidup rakyat, menaik taraf kesejahteraan hidup di bandar, dan menyediakan perumahan yang selamat dan mampan untuk rakyat Malaysia dalam tempoh lima tahun yang akan datang. Muat turun manifesto lengkap PRU-13 Barisan Nasional.

Mahu pilih siapa - Najib, Anwar atau Hadi?

  • Fathi Aris Omar
  • 11:02AM Apr 8 2013
  • http://www.malaysiakini.com/columns/226094

Perdana menteri melontarkan tiga nama, termasuk beliau sendiri, untuk dipilih oleh pengundi dalam pilihan raya umum nanti.

Tiga nama ini sebetulnya subteks jujur sebagai perlambangan tiga tokoh parti Melayu (walau PKR lebih pelbagai kaum) yang berupaya merebut Putrajaya.

NONELim Kit Siang, Karpal Singh atau Lim Guan Eng tidak tersenarai kerana dalam paradigma politik negara ini, khususnya dari kaca mata Umno, pemimpin bukan Melayu tidak layak dipilih menerajui Malaysia.

Najib Abdul Razak melontarkan tiga nama ini sewaktu berceramah ketika melancarkan manifesto BN hujung minggu lalu.

Selain bimbang asakan Pakatan Rakyat, beliau juga kelihatannya risau tahap sokongan dari dalam parti BN sendiri.

NONEMaka rayuannya itu turut meraih simpati terhadapnya (baca: calon boleh menang pilihannya) daripada penyokong BN sendiri -- membayangkan rasa tergugat dengan strategi terbarunya itu, "winnable candidates".

Pilihan senarai calon BN, seperti juga Pakatan, akan menentukan tahap sokongan dan sabotaj.

BN awal-awal lagi cuba mendisiplinkan "warlords" di peringkat bahagian dengan mengugut mereka agar mematuhi pucuk pimpinan.

Isu disiplin sentiasa menjadi agenda majlis tertinggi Umno dan media arus perdana sejak Najib memperkenalkan konsep "winnable candidates".

Pintar, tapi bukan begitu popular

Difahamkan, sejak dua tahun lalu, presiden Umno terpaksa menggunakan saluran maklum balas akar umbi yang berharga puluhan juta ringgit dan jenteranya sendiri untuk memastikan konsep ini dapat dijayakan.

Melaluinya, sekali gus akan membelakangkan saluran Umno bahagian bersama "warlords" masing-masing, wang pelincir jentera tersebut akan disalurkan terus kepada "calon-calon boleh menang" pilihan Najib.

machap election monitoring 080407 jasa officePresiden Umno, dengan sistem pangkalan data ini, mencipta saluran maklum balas baru selain bahagian-bahagian dan jentera kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) atau Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Langkah Najib ini bolehlah dikira pintar tetapi beliau bukanlah terlalu popular sehingga jentera tradisi bahagian-bahagian Umno boleh menerimanya sebegitu sahaja.

Umno bahagian -- seperti juga parti-parti Pakatan -- ada waktu-waktunya boleh melancarkan "serangan balas" melalui pelbagai taktik sabotaj -- sama ada membiarkan calon sendirian, menyokong calon lawan, merosakkan jentera kempen atau tidak keluar mengundi.

Philip Nassimi, MD of Jacob & Co rosmah ring 2Apatah lagi Najib dan keluarganya digayuti pelbagai kontroversi yang merimaskan Umno akar umbi.

Selain bermacam-macam kontroversi Najib, isterinya Rosmah Mansor dikatakan satu daripada beberapa punca akar umbi parti itu sulit untuk mempertahankan Umno daripada asakan pembangkang.

Penjelasan Jacob & Co, tauke barang kemas tersohor dunia, Sabtu lalu dalam hal cincin RM24 juta menunjukkan betapa seriusnya palitan kontroversi itu terhadap keluarga Najib dan risiko isu ini pada pilihan raya umum.

Gara-gara cincin "puaka" ini, Rosmah sebelumnya terpaksa bersumpah dalam satu majlis makan malam di Kementerian Pertahanan dan juga mengulangkan penafiannya dalam buku autobiografinya yang terbit baru-baru ini.

Layanan istimewa pada isteri PM

Tidak hairanlah, kononnya, satu kajian di sebuah universiti menunjukkan tanggapan terhadap Rosmah jauh lebih buruk di kalangan ahli Umno berbanding orang ramai yang sedia negatif sikapnya.

Namun, mungkin keluarga Najib tidak menyedari betapa ganjil imej isterinya di mata umum.

NONELihat sahaja pelancaran buku autobiografinya -- pelancaran awal dibuat oleh sultan Pahang dan pelancaran sebenarnya oleh mantan perdana menteri yang paling berkuasa Dr Mahathir Mohamad!

Apakah pernah ada sebuah buku isteri seorang perdana menteri yang baru memerintah selama empat tahun mendapat layanan seistimewa ini?

Namun, bukan hanya Najib bergelut dengan kontroversi. Calon perdana menteri Anwar Ibrahim juga tidak pernah kering daripada kontroversi.

Selain kes mahkamah sejak 1998 dan gosip-gosip seksual terkini, Anwar juga berdepan krisis kepercayaan di kalangan pemimpin-pemimpin kanan Pakatan sendiri, khususnya PAS.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang kelihatan tidak bercita-cita memimpin negara juga tidak selesa dengan Anwar.

tengku razaleigh hamzah in galasBukan sekarang, malah sejak projek 16 September 2008 lagi, Abdul Hadi bersama barisan penasihat kanannya meragui Anwar sehingga projek itu gagal dilaksanakan oleh mantan timbalan perdana menteri itu.

Bagi PAS, lebih baik Tengku Razaleigh Hamzah -- rakan kongsi lama dalam projek Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada 1990 -- dipilih menerajui negara daripada Anwar.

Ahli parlimen Gua Musang akan berpindah kiblat politik sekiranya PAS mengundangnya berbuat demikian. Sejauh mana tokoh Umno Kelantan itu bersetuju dengan 'grand design' tersebut tidaklah dapat dipastikan.

Kontroversi reformasi vs kontroversi transformasi

Begitulah, khabarnya, keraguan kumpulan pemimpin atasan PAS terhadap Anwar.

Bagaimanapun selepas beberapa siri rundingan antara PAS dengan PKR yang menawarkan Ku Li dan siri rundingan balas yang dibuat PKR terhadap PAS, isu tersebut yang bermula sekitar Februari kini sudah reda.

Satu-satunya calon perdana menteri Pakatan, setakat hari ini (hari lain mungkin berubah lagi), hanyalah Anwar.

Jadi, apabila nama Hadi disebut oleh Najib, beliau sendiri tahu bahawa tokoh utama PAS itu bukanlah pencabar dekatnya.

pas and mafrel meeting 031207 hadi awang and mustafa aliLagipun, menurut sumber dalaman PAS, Hadi masih dibelenggu rasa tidak yakin diri atau "inferiority complex" untuk menerajui PAS berdepan isu-isu kompleks negara.

Bukan sahaja Hadi kekok berdepan dengan Umno, malah berdepan dengan PKR atau DAP. Hadi hanyalah seorang tuan guru yang selesa dengan kehebatannya itu.

Malah disebut-sebut juga ada presiden "de facto" dalam PAS yang menggerakkan Hadi; tidak ubah menteri besar "de facto" semasa parti itu menguasai Terengganu.

Maka, perdana menteri tidak menjadikan Hadi sebagai sasaran serangannya di Bukit Jalil. Sebaliknya Anwar diburuk-burukkan oleh Najib.

Tetapi rakyat tentunya sedar -- sama ada perdana menteri atau calon perdana menteri -- kedua-duanya bergelumang dengan kontroversi yang besar dan kedua-duanya juga berdepan dengan sabotaj dalaman yang boleh merosakkan peluang masing-masing.

Di hari mengundi nanti, kita layak memberikan kata dua kepada Najib dan Anwar.

Dan sekali gus terpaksa menjawab persoalan ini: Kontroversi siapakah yang mahu kita sokong -- kontroversi reformasi atau kontroversi transformasi?



FATHI ARIS OMAR seorang editor kanan di Malaysiakini

Di balik pujian melangit Daim Zainuddin

Tun Daim Zainuddin adalah antara segelintir pemimpin veteran Umno yang masih menyakini kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri. Pujian beliau melangit tinggi dengan mendakwa perdana menteri (PM) telah melaksanakan tugasnya dengan begitu baik dan patut diberikan mandat untuk menerajui negara dan meneruskan dasar-dasar transformasi beliau.

Menjadi lumrah pemimpin Umno-BN, mengangkat pemimpin sendiri dengan menghentam pemimpin Pakatan Rakyat. Jika sebaliknya beliau memuji Datuk Seri Anwar dan Pakatan dengan menghentam Najib, maka ia berita menggemparkan yang tidak akan dimuatkan dalam ruangan media utama negara.

Sebenarnya rakyat sudah cukup matang, bijak dan tahu siapakah pemimpin yang layak diberikan mandat atau ditolak dalam PRU ke-13. PM sudah diberi tempoh empat tahun untuk melaksanakan segala janji dan pembaharuan. Tempoh empat tahun sejak 2009 sehingga 2013 sudah cukup untuk melihat segala hasil tangan beliau. Hendak uji apa lagi?

Di sebalik kejayaan yang diangkat melangit Daim terhadap kepimpinan PM, sebenarnya terserlah lagi kegagalan beliau. Dan antara kegagalan beliau yang paling ketara adalah memerangi rasuah, khususnya terhadap pemimpin-pemimpin negara serta skandal-skandal lain yang memalukan negara.

Belum pernah terjadi seorang perdana menteri dikaitkan dengan skandal besar seperti skandal komisen kapal selam Scorpene bernilai RM500 juta yang sedang dibicarakan di mahkamah Perancis. Belum pernah juga terjadi para pembantu dan pengawal peribadi PM disabitkan dengan hukuman bunuh warganegara Mongolia, Altantuya Shaaribu sehingga dihukum mati. Salah seorang pegawai khas beliau pula disebut sebagai antara pemain watak utama kes Liwat 2 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Azlan Mohd Lazim, bapa Saiful Bukhari sendiri.

Di era Najib juga skandal rasuah Pusat Fidlot Nasional (NFC) bernilai RM250 juta berbangkit. Datuk Seri Dr Khir Toyo didapati bersalah kerana rasuah beberapa tahun yang lepas, manakala dakwaan rasuah sebanyak RM 40 juta Umno Sabah melibatkan ketua menterinya Datuk Seri Musa Aman dan taikun balak, Michael Chia, juga berlaku di era Najib. Skandal paling besar yang sedang meletup melibatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud mengenai penglibatan keluarga beliau dalam aktiviti penyelewengan mereka tersebar luas ketika ini.

Kesemua ini menjadi bukti betapa PM gagal mentransformasikan kerajaan menjadi kerajaan yang bersih, amanah dan adil. Ketika rakyat dibuaikan dengan pelbagai inisiatif dan insentif, rakyat pula tidak lupa bagaimana lemahnya PM memerangi rasuah dan penyelewengan di zamannya. Negara menjadi hampir lingkup oleh sikap ketamakan segelintir pemimpin negara membolot harta negara. Cukuplah mandat yang sebegini lama untuk Najib, menandakan berakhirnya era BN memerintah negara ini.



NONEAHMAD ZAMRI ASA'AD KHUZAIMI timbalan pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Thursday, 4 April 2013

Hamidah Teruk Di 'grill' Oleh Peguam

SHAH ALAM: Perbicaraan kes Khalid Samad menyaman Datuk Hamidah Othman, Adun Umno dan Exco Kerajaan Perak di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam menyaksikan Hamidah teruk di 'bakar' (grill) oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin apabila beliau disoal balas hampir 2 jam.

Hamidah disaman oleh Khalid Samad berhubung satu artikel yang diterbitkan di dalam blog beliau pada awal bulan Januari 2010 bertajuk " Umat Islam Perlu Bersatu".

Antara lain artikel tersebut mengandungi gambar ubahsuai (super imposed) Khalid Samad berpakaian seperti seorang paderi dan juga kata-kata yang menunjukkan Khalid Samad adalah termasuk dalam golongan Islam liberal, melacur agama dan menaikkan semangat pihak kafir untuk menjahanamkan iman umat Islam.

Dalam perbicaraan yang berlangsung selama 3 hari berturut bermula dari 1 April hingga 3 April di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hashim bin Hamzah, Khalid Samad memberikan keterangan beliau dan Hamidah juga memberikan keterangan.

Hamidah dilihat cuba menafikan kononnya artikel di blog beliau itu mempunyai gambar super imposed Khalid Samad.
Alasan beliau Khalid Samad telah gagal menunjukkan posting asal artikel yang diterbit pada 2 haribulan Januari 2010 jam 12.09 pm tersebut.

Namun Khalid Samad telah memanggil saksi yang juga pakar IT yang menunjukkan meskipun posting asal di dalam blog Hamidah telah dipadam namun ia masih boleh diakses melalui www.archieve.org.com. yang menunjukkan posting asal artikel tersebut masih wujud dan  jelas mempunyai gambar Khalid berpakaian seperti seorang paderi.

Di dalam soal balas hampir 2 jam oleh Hanipa, Hamidah disoal bertalu- talu sehingga Khalid Samad keluar beberapa kali kerana berasa kesihan melihat Hamidah di'grill' oleh Hanipa.

Antara lain Hanipa menyoal balas Hamidah seperti berikut : -

S : Datuk, anda menafikan di dalam keterangan anda bahawa artikel di dalam blog anda mengandungi gambar Khalid Samad berpakaian paderi?
J : Ya.

S : Kalau benar dakwaan datuk, mengapakah di dalam pernyataan pembelaan datuk, datuk sendiri mengakui kewujudan gambar di dalam artikel tersebut? Kalau gambar tidak wujud mengapa datuk tidak nafikan di dalam pembelaan datuk? Mengapa datuk tidak batalkan saman Khalid?

J : Saya menafikan gambar itu di super imposed oleh saya.

S : Tapi datuk ...Khalid Samad tidak katakan dalam saman beliau bahawa datuk telah super imposed gambar tersebut, apa yang dia kata di dalam blog datuk wujud gambar super imposed itu bersama-sama artikel itu, jadi mengapa datuk nak nafikan apa yang Khalid tidak kata dalam samannya? Ertinya mengapa datuk perlu nafikan gambar itu disuper imposed oleh datuk apabila Khalid sendiri tidak tuduh benda itu? Apa yang dituduh datuk tak nafi, apa yang tidak dituduh datuk nafi pula, boleh jelaskan?

A : errr...

S : Datuk, adakah datuk sedar dalam pembelaan datuk,  datuk bergantung kepada pembelaan justifikasi. Tahukah datuk kesan kepada pembelaan ini?

J : Itu saya serah pada peguam saya.

S : Datuk saya katakan bahawa apabila anda bergantung kepada pembelaan justifikasi, hakikatnya datuk menyatakan apa yang datuk terbitkan di dalam blog datuk adalah benar.. iaitu jika datuk terbitkan Khalid berpakaian paderi maknanya datuk boleh buktikan memang benar beliau berpakaian paderi, begitu juga jika datuk kata Khalid melacur agama datuk boleh buktikan memang benar dia melacur agama, soalan saya adakah datuk mempunyai bukti-bukti tersebut?

J : Tiada.

J : Dengan bergantung kepada pembelaan justifikasi, saya katakan datuk tidak boleh kata datuk tidak terbitkan artikel dalam blog datuk itu.. kerana adalah pelik dari satu segi datuk kata datuk tidak terbit artikel itu, tapi dari segi yang lain pula datuk kata apa yang datuk terbitkan itu adalah benar..mana satu ni datuk?

J : Yang Arif, saya tidak boleh jawab kerana saya tidak lihat artikel asal saya.

Hanipa juga di dalam soal balas beliau merujuk kepada apa yang ditulis di dalam blog Hamidah bahawa beliau mengingatkan para pembaca yang ingin membuat komen di blog beliau perlu berhemah, mempamerkan akhlak dan tidak menggunakan guna bahasa yang kasar.  Hanipa bertanya

S : Sebenarnya peringatan datuk ini kena pada dato sendiri kerana hakikatnya datuk yang guna kata-kata tidak berhemah apabila datuk guna kata-kata seperti Plaintif melacur agama dan menolong menaikkan semangat pihak kafir menjahanamkan iman umat Islam...betul tak datuk?

J : Saya hanya ingatkan pembaca supaya beri komen yang berhemah..

Perbicaraan akan disambung semula pada 12 April ini.

Khalid Samad diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Mohd Khairudin manakala Datuk Hamidah diwakili oleh Datuk Hafarizam Harun.


Sumber :
Harakahdaily, 04 Apr 2013
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/17925-hamidah-teruk-digrill-oleh-peguam