- Zulaikha Zulkifli
- 4:49PM Apr 4 2013
- http://www.malaysiakini.com/news/225816
Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata, keputusan Datuk Seri
Anwar Ibrahim bertanding di Perak berpunca daripada rasa "tidak
selamat" Ketua Pembangkang itu di Parlimen Permatang Pauh.
"Dia (Anwar) rasa tidak selamat di Permatang Pauh dan juga dia telah meninggalkan rakyat yang telah menyokong selama dia terlibat di dalam politik.
"Saya tak pernah terfikir untuk meninggalkan (Parlimen) Pekan. Saya akan hidup dan mati di Pekan, secara politiknya," katanya ketika menjawab soalan pemberita dalam sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan tertinggi Umno dan BN di PWTC hari ini.
Selain itu, Najib berkata, masyarakat juga perlu sedar bahawa sekiranya Anwar boleh meninggalkan Permatang Pauh, beliau juga mampu meninggalkan sesiapa sahaja pada masa akan datang.
Katanya, adalah adalah penting dalam politik untuk mempunyai sokongan dan bukan hanya demi mementingkan kemenangan.
"Sebab itu, masyarakat perlu sedar sekiranya dia boleh meninggalkan Permatang Pauh dia juga boleh meninggalkan mereka pada masa hadapan.
"Penting untuk mempunyai orang-orang yang bersama anda di dalam politik. Ini adalah perkara utama dan bukan hanya mengenai kemenangan semata-mata," katanya lagi

No comments:
Post a Comment