- Bernama
- 7:43AM Feb 21 2013
- http://www.malaysiakini.com/news/221910
Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan harapan agar rakyat Malaysia
memberi peluang kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) meneruskan agenda
pembaharuan dengan satu sistem pilihan raya yang lebih kukuh daripada
sebelum ini dengan komitmen Anggota-Anggota Parlimen itu sendiri.
Perdana Menteri berkata calon-calon daripada BN dan parti-parti komponennya telah melalui proses tapisan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan mereka mematuhi standard integriti yang diharap-harapkan rakyat Malaysia.
"Tanggungjawab
bagi memenuhi ikrar ini terletak kepada mereka yang menandatanganinya
dan ia merupakan tanggungjawab yang perlu diberi perhatian oleh saya dan
rakan-rakan dalam BN. Tapi ia juga meletakkan satu tanggungjawab kepada
semua rakyat Malaysia untuk memastikan ahli politik mereka
bertanggungjawab," katanya dalam entri terbaru dalam laman blognya
1Malaysia.com.my.
Perdana Menteri semalam menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International, membuat perisytiharan terbuka untuk mendukung integriti dan memperteguh komitmen beliau terhadap agenda negara dalam memerangi rasuah terutamanya dalam pilihan raya umum ke-13.
Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International merupakan kontrak sosial secara sukarela, dengan calon yang akan bertanding dalam pilihan raya umum, berikrar untuk menggalakkan integriti, tadbir urus baik, ketelusan dan akauntabiliti dalam kerajaan dan mendukung kedaulatan undang-undang.
Calon-calon
yang menandatangani ikrar itu bersetuju mematuhi Akta
Kesalahan-kesalahan Pilihan Raya 1954 dan peraturannya; dan memastikan
tindakan mereka adalah untuk faedah orang ramai dan bukan untuk
kepentingan sendiri.
Najib berkata kerajaan tidak berbelah bahagi dalam komitmennya bagi satu pilihan raya yang adil dan bebas dan pembaharuan yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya baru-baru ini seperti memperkenal penggunaan dakwat kekal dan undi pos, menggariskan kepercayaannya dalam prinsip-prinsip demokrasi.
"Hari ini kita membuat komitmen selanjutnya untuk meletakkan prinsip-prinsip itu sebagai amalan dengan menyetujui standard-standard ketelusan dan keadilan yang diiktiraf antarabangsa.
"Saya bangga kerana menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International – dan sebaik calon-calon pilihan raya umum diumumkan, saya akan pastikan semua calon menghormati perjanjian ini juga," katanya.
- Bernama
Perdana Menteri berkata calon-calon daripada BN dan parti-parti komponennya telah melalui proses tapisan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan mereka mematuhi standard integriti yang diharap-harapkan rakyat Malaysia.
Perdana Menteri semalam menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International, membuat perisytiharan terbuka untuk mendukung integriti dan memperteguh komitmen beliau terhadap agenda negara dalam memerangi rasuah terutamanya dalam pilihan raya umum ke-13.
Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International merupakan kontrak sosial secara sukarela, dengan calon yang akan bertanding dalam pilihan raya umum, berikrar untuk menggalakkan integriti, tadbir urus baik, ketelusan dan akauntabiliti dalam kerajaan dan mendukung kedaulatan undang-undang.
Najib berkata kerajaan tidak berbelah bahagi dalam komitmennya bagi satu pilihan raya yang adil dan bebas dan pembaharuan yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya baru-baru ini seperti memperkenal penggunaan dakwat kekal dan undi pos, menggariskan kepercayaannya dalam prinsip-prinsip demokrasi.
"Hari ini kita membuat komitmen selanjutnya untuk meletakkan prinsip-prinsip itu sebagai amalan dengan menyetujui standard-standard ketelusan dan keadilan yang diiktiraf antarabangsa.
"Saya bangga kerana menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International – dan sebaik calon-calon pilihan raya umum diumumkan, saya akan pastikan semua calon menghormati perjanjian ini juga," katanya.
- Bernama
No comments:
Post a Comment