Search Everything

Thursday, 28 February 2013

Saingan Di DUN Melayu, Campuran - 4 Kerusi Rebutan

  • Susan Loone
  • 10:48AM Feb 28 2013
  • http://www.malaysiakini.com/news/222531

PRU13 Umno Pulau Pinang mensasarkan untuk memenangi 14 daripada 15 kerusi yang ditandinginya dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi pada masa yang sama, ia juga berdepan tugas berat untuk mempertahankan kemenangan tipisnya di empat kerusi di negeri itu.

Empat kerusi tersebut di mana Umno menewaskan PKR dengan majoriti kecil pada 2008 ialah Sungai Acheh (majoriti 250 undi), Pulau Betong (294), Teluk Bahang (465) dan Seberang Jaya (533).

anwar permatang pauh polling day 260808 09Dan kesemua kerusi tersebut terletak kawasan yang dimenangi pemimpin PKR - Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Yusmadi Yusof (Balik Pulau) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal), yang kemudiannya menjadi wakil rakyat bebas.

Kecuali Batu Uban yang yang dimenanginya dari Gerakan dengan majoriti tipis 611 undi -  PKR menang selesa dengan majoriti lebih 1,000 undi di sebelas kerusi lain.

Pakatan merampas Pulau Pinang pada 2008 dengan DAP memenangi 19 kerusi, PKR 11 dan PAS satu, manakala Umno menang 11 kerusi, dan sekutu-sekutunya - Gerakan, MCA dan MIC - gagal memenangi sebarang kerusi.

dap penang mega rally 060308 crowd1Walaupun Umno dilihat menguasai kawasan majoriti Melayu di Pulau Pinang, tetapi spekulasi bertiup kencang bahawa kerusi marginal tersebut juga mungkin tidak selamat akibat persaingan dalaman dan sabotaj dalam parti.

Pemimpin Umno, termasuk Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah berulangkali mengingatkan ahli-ahli supaya bersatu untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang yang dijangka diadakan dalam beberapa minggu lagi.

"Jika kita laporkan tentang konflik dalaman mereka seperti yang kita lakukan dengan Pakatan Rakyat, maka ia akan mengisi semua halaman akhbar kita - dari depan hingga ke belakang," kata seorang pemerhati politik yang rapat dengan kem Umno.

MNONEalah, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim (kanan) - dahulunya daripada PKR dan baru-baru ini menyertai Umno yang menurutnya "satu-satunya parti yang mengambil berat tentang orang Melayu", telah menulis di facebook mengenai harapannya untuk melihat BN mengotai janjinya untuk meletakkan 'calon mampu menang' dan bukan hanya kroni pemimpin BN tertentu yang nenumpang populariti Najib.

Bagaimanapun, lain pula pandangan ADUN Seberang Jaya, Datuk Arif Mohd Shah, yang mewakili salah satu daripada kerusi marginal tersebut.

Mohd Arif berkata, pihaknya menjangkakan untuk memenangi lebih banyak kerusi kali ini kerana wujudnya  "perpaduan" di setiap peringkat dalam BN Pulau Pinang di bawah kepimpinan pengerusinya yang baru, Teng Chang Yeow dari Gerakan.

arif shahSeperti pemimpin BN yang lain, Mohd Arif meletak harapan yang tinggi terhadap pelan transformasi Najib dan 'Janji Ditepati' untuk membantu merampas Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

Ditanya mengenai kedudukannya yang  menewaskan lawannya Ramli Bulat dari PKR pada 2008 dengan majoriti 533 undi sahaja, Mohd Arif percaya Umno akan mencapai keputusan yang lebih baik kali ini.

No comments:

Post a Comment