Search Everything

Saturday, 1 October 2011

KENYATAAN MEDIA NAIB PRESIDEN

KENYATAAN MEDIA NAIB PRESIDEN
DR. ZUBIR HARUN MENGENAI CADANGAN PENGHAPUSAN QUOTA 30% BUMIPUTERA 


PERKASA ingin merujuk kepada kenyataan YAB Dato Sri Najib didalam malaysian Insider bertarikh 27.9.2011 berhubung dengan cadangan untuk menghapuskan kouta 30 % .

Sehubungan dengan itu, PERKASA mengambil pendirian menentang sebarang usaha untuk menghapuskan kouta 30% untuk bumiputera kerana pada masa ini tidak wujud ‘padang permainan yang rata’ untuk membolehkan Bumiputera bersaing secara adil,

Hakikatnya, hampir 60% daripada 67% kaum Bumiputera rakyat jati Malaysia itu mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM 1,500 sebulan (berada di paras miskin). 

PERKASA berpendapat sebelum cadangan untuk menghapuskan kouta 30 % Bumiputrea kerajaan harus secara agresif mengambil tindakan seperti berikut;

1. Kerajaan membetulkan market imperfection and market distortion. Ini perlu dilakukan bagi memastikan bumiputera tidak menjadi mangsa pasaran yang tsk sempurna.

2. Kerajaan memecah / merobohkan monopoli dan kartel kaum bukan bumiputera yang kini jelas menguasai semua sektor ekonomi dinegara ini.

3. Kerajaan mendapatkan aku janji dari pihak swasta untuk:
a). Menghapuskan diskriminasi terhadap Bumiputera.
b). Menyusun semula gunatenaga dan kekayaan.
c). Mewujudkan ‘padang permainan yang rata’.

4. Kerajaan khusus MTAB dan TERAJU perlu terus melaksanakan dasar intervensi yang strategik untuk membantu Bumiputera menyertai aktiviti ekonomi negara dengan lebih berkesan lagi.

PERKASA juga berpendapat jika kerajaan bercadang untuk menghapuskan 30 kuota untuk bumiputera maka kerajaan mesti memastikan keadilan sosial dan ekonomi di negara ini terlaksana dengan mengagihkan kekayaan negara mengikut komposisi penduduk berdasarkan kaum di negara ini iaitu 67% daripada kekayaan negara WAJIB diagihkan kepada Bumiputera manakala baki 33% kepada bukan Bumiputera. Ini bermakna kouta 30 % perlu digantikan dengan meningkat kouta untuk bumiputera kepada 67% dan bukannya dihapuskan.

2 Balasan untuk “KENYATAAN MEDIA NAIB PRESIDEN”

maae says:

Perkara ini mesti jelas dan di jelaskan sejelas-jelas nya oleh pihak pencadang.Buat seminar atau bentuk apa saja untuk mendapat perincian lebih jelas dari semua peringkat. juga keperluan kepada pengumpulan data kaji selidik.

Untuk menghapuskan kuota,perkara berikut mesti di ambil kira :-

1. Bahawa maklum balas dari majoriti melayu/bumiputera sudah bersedia dan yakin. Dulu meniarap,merangkak dan kini baru hendak berdiri dan berjalan tateh.Masakan terus di suruh berkejar dan berlari !

2.Sudah stabil atau belum dalam semua bidang yang di teroka? Bidang pengeluaran,pembuatan,teknologi(semua peringkat) masih belum menyerlah.Apa lagi dalam bidang pertanian,laut dalam secara skala besar.

3.Atas kapasiti 100% syarikat milik penuh,usahasama dan penggabungan dan sebagai nya yang semesti nya tersenarai dalam pasaran modal. Kerajaan ada mengumumkan lebih 1000 syarikat berpotensi. Syarikat jenis apa dan jenis limpahan ekonomi yang bagaimana di perolehi mengisi ruang bawahan.

4.Sudah kah setiap negeri mencapai sasaran? Ambil contoh penguasaan penjualan runcit, pengeluar makanan asas, rantaian bekalan bahan-bahan mentah dan barangan siap dan sebagai nya.Adakah kondusif pasaran untuk berkitar 10 tahun akan datang?

5.Persekitaran dan prasarana perniagaan mampu bayar,mampu sewa atau sekurang-kurang nya menjadi hak milik bernilai tinggi. Penglibatan koperasi,baitulmal dan apa jua bentuk gabungan perniagaan yang boleh merancakkan suasana tanpa ketirisan. (PKNS bakal menjadi asing kepada melayu kerana kejutan yang di lakukan. Sepatut nya kewujudan nya menjadi wadah kepada gabungan peniaga-peniaga baru silih berganti selepas peniaga-peniaga lama yang sudah stabil dan mampu bersaing di pasaran luar seperti di kompleks komersial yang lebih besar)

6.Pewujudan pasaran baru yang berbeza di dalam dan luar negara.
Maka dalam seminar, perkara-perkara berbangkit, perkara baru akan lebih jelas kepastian nya.

 Kris Pahlawan says:

Assalamualaikum,

Saya cadangkan bersabarlah dulu. Dasar yang kekal kini tak berubah sebenarnya iaitu kuota 30%. Dan tunggulah pembentangan belanjawan nanti. Saya rasa ada rancangan dan insentif untuk Bumiputera. Dan ada sektor lain yg juga dah nampak impak yang baik. Kalau melayu dapat lebih dari 30%, maka amat bangga kita. Lagi baik 50% tetapi kita mesti berusaha, berpeluh dan mengerah kudrat untuk dapatkan pembahagian ekonomi yang lebih besar. Budaya berdagang dan berniaga betul dengan ” corporate governance ” yang tinggi mesti ada. Kita mesti praktikal, dan sentiasa berpijak di bumi yang nyata. Itu jugak satu kekuatan. Hentikan retorik. Kekuatan bangsa mesti berpaksikan tauhid pada Yang Maha Esa dan berani gagal sebelum mengecap kejayaan. Tumpu ke perniagaan luar negara, orang melayu dulu peniaga yang hebat di Melaka, mereka mengurus pelabuhan yang maju, dan berdagang sesama sendiri di alam Kepulauan Melayu dan berdagang dengan orang india dan Arab.

Tak baik kita nak terlampau mengecam kerajaan tanpa melihat kekuatan hujjah dan sebab sebab kerajaan perlu agak liberal. Pemansuhan MED bukan untuk membunuh penyertaan Bumiputera dalam ekonomi. Jangan cepat sangat nak serang kerajaan yang orang Melayu jugak. Air yang dicincang tak akan putus. Fahami lah situasi politik sekarang, kukuhkan kesatuan dan luruskan saf perjuangan. Jika kerajaan terlalu memanjakan orang melayu, maka kemanjaan itu tidak baik untuk masa depan. Sama jugak membesarkan anak. Anak yang terlalu manja mungkin tidak bersedia untuk berjuang di dunia masa depan. Dia tidak mungkin dapat membina kekuatan sifat jati diri, yakin dan membina sahsiah yang terpuji. Biarlah anak itu dibina dan disemai kekuatannya sekarang. Yakinlah kerajaan tahu denyut nadi orang Melayu.

Wassalam


No comments:

Post a Comment