Search Everything

Saturday, 8 October 2011

TPM: Nak kata bajet p'raya, terserah

8:17PM Okt 7 - Malaysiakini

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, terserah kepada mana-mana pihak untuk melabelkan belanjawan yang diumum hari ini sebagai "belanjawan pilihan raya".

Katanya, kerajaan sebaliknya memberikan pelbagai kemudahan dan tawaran kerana prihatin dengan keperluan rakyat pada masa ini.

"Tapi kalau ada pihak yang mengatakan ini election budget, itu terserah kpd mereka... Bila election nak diadakan? Bila?" soalnya.
Sejak awal lagi, banyak pihak menjangkakan belanjawan kali ini - di ambang pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi - bertujuan memenangi hati pengundi.

Malah, bagi Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, banyak pemberian yang diberikan masih hanya kerana hampir pilihan raya umum, tidak seperti negeri Pakatan yang memberikannya setiap tahun secara tetap.

Bercakap kepada pemberita di lobi parlimen selepas pembentangan menteri kewangan, Muhyiddin berkata, jika dibandingkan dengan belanjawan alternatif Pakatan Rakyat, belanjawan hari ini bersifat people centric.

"Selepas 54 tahun mereka baru sebut negara kebajikan, nak buat dasar kebajikan, kita dah laksanakan dulu, jadi kita sudah lebih 54 tahun dasar-dasar tentang apa yang kita harus buat.

"Pembangkang sekarang baru sedar. Baru inilah sekarang kata nak buat dalam parlimen... Buku Jingga untuk menarik minat rakyat. Tapi rakyat sudah tahulah," katanya.

Defisit berterusan 15 tahun
Sementara itu, ditanya tentang pencapaian defisit selamsa 15 tahun berterusan, Muhyiddin berkata pertumbuhan ekononomi masih boleh dikekalkan.

Katanya, walaupun sampai tahap di mana rating Malaysia di peringkat antarabangsa menurun, tetapi dengan kebijaksanaan menguruskan dana negara, pelaburan masih masuk dan pertumbuhan tetap ada.
"Jadi defisit walaupun kita anggap penting, tapi yang penting ialah menguruskan defisit. Yang ini kita telah pun laksanakan," katanya lagi.

Sementara itu, ditanya tentang belanja pembangunan sebanyak RM51 bilion yang tidak seimbang dengan belanja operasi sebanyak RM181 bilion, Muyhyiddin berkata, perkara sebegitu boleh dilihat dalam belanjawan di banyak negara lain.

Katanya, kebiasaannya kos operasi untuk mentadbir negara memang lebih tinggi daripada kos pembangunannya.

"Tapi apa pun ia dilaksanakan secara berkhemah, dan tidak menyebabkan defisit yang agak melampau sehingga kita tak boleh uruskan. Ini tak berlaku di Malaysia," kata timbalan perdana menteri.

"Defisit kita boleh uruskan dan kita telah tunjukkan kita telah dapat kurangkan. Bermakna itu tidak harus jadi satu perkara yang membimbangkan. Tapi ada langkah dibuat untuk mengurangkan (defisit), umpamanya penambahan jawatan baru dibekukan."

No comments:

Post a Comment