Search Everything

Wednesday, 9 November 2011

'Bajet Wang Luar Jangka RM1.4 bilion tak lesap'

Hazlan Zakaria 1:34PM Nov 9, 2011 - Malaysiakini

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin hari ini menafikan dakwaan pembangkang bahawa RM1.4 bilion wang Perbendaharaan Negara bagi dana Bajet Wang Luar Jangka telah lesap.

Sebaliknya, kata beliau jumlah sebenar bagi tahun 2010 telah pun diisi semula melalui Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan 2011.

"Sama ada mereka terlupa, tidak faham atau percubaan untuk memutar-belitkan fakta-fakta dan mengelirukan rakyat," kata Awang Adek kepada pemberita pada sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau mengulas dakwaan pembangkang  semalam, bahawa dana Bajet Wang Luar Jangka RM1.4 bilion telah lesap daripada RM1.5 bilion yang diperuntukkan.

Isu berkenaan dibangkitkan oleh Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) di Dewan Rakyat dan kemudiannya dilanjutkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sidang akhbarnya.

No comments:

Post a Comment