ARKIB : 25/10/2009 - Utusan Malaysia
Isu status Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali sama ada akan menyertai semula UMNO atau terus kekal di luar parti itu menarik perhatian. Desas-desus mengenainya sudah lama kedengaran tetapi menjadi makin kencang kebelakangan ini. Bagaimanapun Setiausaha Pemuda UMNO Kelantan, Bazlan Baharuddin meminta Majlis Tertinggi (MT) membuat penilaian terperinci sebelum menerima semula Ibrahim bagi mengelak ‘pisang berbuah dua kali’.
Kenyataan tersebut mengundang reaksi balas Ibrahim yang menyatakan beliau sendiri perlu memikirkan sedalam-dalamnya kerana tidak mahu situasi ‘pisang berbuah dua kali’ turut menimpa dirinya. Ibrahim digugurkan daripada jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas pada November 2003 dan kemudian digantung seumur hidup keahliannya dalam UMNO kerana bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Pasir Mas pada Pilihan raya umum 2004. Beliau tewas ketika itu dan tewas lagi pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir pada 2005. Percubaan Ibrahim bagi kali ketiga membuahkan hasil apabila beliau menang atas tiket Pas di Parlimen Pasir Mas pada Pilihan raya umum 2008. Statusnya sehingga kini adalah Ahli Parlimen bebas tanpa terikat dengan mana-mana pergerakan politik.
No comments:
Post a Comment