- Lee Long Hui
- 11:49AM Jan 23 2013
- http://www.malaysiakini.com/news/219706
Kakitangan fakulti di universiti tempatan didakwa 'terlalu takut
untuk memperjuangkan kebebasan akademik kerana ia boleh menjejaskan
peluang mereka untuk naik pangkat atau menerima anugerah seperti datuk'.
Dakwaan tersebut dibuat di forum mengenai 'Kebebasan
Akademik dan Hak' malam tadi oleh bekas profesor undang-undang Abdul Aziz Bari dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Maszlee Malik.
"Mereka pergi ke Amsterdam atau Geneva untuk dianugerahkan pingat emas, menginap di hotel lima bintang ... selepas itu, mereka pergi ke Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan lanjutan (kontrak mereka) untuk menjadi naib canselor atau timbalan naib canselor. Ini yang berlaku sekarang," dakwa Abdul Aziz.

Pakar
undang-undang perlembagaan itu berkata tidak ada gunanya menyalahkan
kerajaan atau Umno bagi keadaan tersebut kerana ahli akademik sendiri
yang didakwanya malas.
Katanya, mereka tidak mempunyai idea baru, tidak menjalankan penyelidikan, tidak mengarang apa-apa - semua kerana takut.
Beliau mendakwa mereka masuk ke universiti (atau menjadi
profesor, timbalan dekan, dekan, naib canselor atau rektor) dengan 'menarik kabel' - dan menjadi takut.
"... mereka tidak menggalakkan kebebasan akademik, tugas mereka adalah untuk memastikan universiti dikekalkan sebagai sebahagian daripada birokrasi kerajaan," tambahnya.
Pada masa yang sama, dakwanya, ahli akademik yang bercakap untuk masyarakat luar kampus dianggap sebagai orang yang tidak diingini di universiti, sepertimana yang berlaku pada dirinya.
"Kami tidak mendapat geran penyelidikan, kami tidak mempunyai ruang untuk bercakap, kami dianggap sebagai subversif, dan akhirnya ditekan untuk meninggalkan universiti," tambahnya.,
Aziz Bari berhenti daripada UIAM pada akhir tahun 2011 selepas membuat kritikan secara terbuka terhadap Sultan Selangor.
Menyuarakan pandangan yang sama, Maszlee (kanan) berkata
budaya naungan dan takut di universiti sekarang, begitu menjejaskan ahli akademik dan pelajar.
Beliau mendakwa, ahli akademik bergantung kepada tuan politik mereka untuk dicalonkan bagi anugerah 'Datuk' atau 'Datuk Seri', atau kenaikan pangkat, dan mereka takut menerima surat amaran.
"Mereka telah hilang keberanian mereka, identiti dan keupayaan untuk berfikir. Mengapa? (Ini kerana) hati mereka diselubungi ketakutan.
"(Pelajar) takut (Pinjaman Pengajian Tinggi Nasioanal) akan ditarik balik. Mereka takut dapat markah rendah, takut dibuang universiti, takut segala-galanya," tambahnya.

No comments:
Post a Comment