http://www.sinarharian.com.my/politik/najib-umno-tetap-pertahan-akidah-islam-1.120460
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa pihak media
memainkan peranan sebagai perantara yang menyampaikan cetusan hati dan
aspirasi rakyat kepada kerajaan.
aspirasi rakyat kepada kerajaan.
Perdana Menteri berkata, pihak media juga perlu mengemukakan teguran
dan kritikan yang diluahkan rakyat supaya kerajaan dapat melakukan
penambahbaikan yang dikehendaki rakyat.
"Kita tidak menolak pihak yang mengkritik kita asalkan kritikan dan
teguran itu adalah bertujuan untuk mencari kebaikan dan berdasarkan
kepada fakta yang sebenarnya.
"Berita yang kita tidak mahu dan kita mesti tolak ialah berita-berita
kepalsuan, fitnah, sengaja diadakan, terutama sekali menjurus kepada
Pilihan
Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat," katanya ketika berucap pada majlis Malam Penghargaan Media Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini, malam tadi.
Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat," katanya ketika berucap pada majlis Malam Penghargaan Media Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini, malam tadi.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemimpin tertinggi Umno serta
kira-kira-kira 1,500 warga media.
kira-kira-kira 1,500 warga media.
Sambil mengharapkan hubungan Umno dan media yang erat dan mesra selama
ini akan kekal berpanjangan, Najib berkata media juga berperanan penting
dalam menyampaikan dan melaporkan berita yang tepat dan betul mengenai
kerajaan.
"Saya selalu sebut bahawa tempoh bila dekat-dekat PRU-13 ini sebagai
'the silly season' yakni dalam musim ini, banyak cerita karut-marut yang
sengaja dibangkitkan dengan tujuan untuk merosakkan imej dan pandangan
rakyat terhadap kerajaan," katanya.
Beliau berkata kejayaan sesebuah parti politik dalam memimpin negara
serta melaksanakan dasar-dasar untuk kepentingan rakyat banyak
bergantung kepada penerimaan dan kepercayaan rakyat terhadapnya.
"Sebab itulah peranan media kepada Umno adalah sesuatu yang kita
sentiasa memberi perhatian yang berat kerana kalau kita tidak
berkomunikasi dengan baik dan berkesan, maka apa saja yang kita lakukan
meskipun baik, meskipun bertujuan untuk mencapai sesuatu objektif yang
murni, boleh ditafsirkan secara negatif atau pun kurang diterima secara
positif oleh rakyat.
"Di sinilah letaknya peranan para media untuk melaporkan berita-berita
mengenai Umno, mengenai kerajaan, malah mengenai semua kejadian dalam
negara kita secara tepat, betul dan untuk memberi penilaian yang
objektif kepada perkara-perkara yang sudah dilakukan oleh parti-parti
politik seperti Umno," katanya.
Najib turut menyifatkan kemudahan bagi liputan media pada Perhimpunan
Agung Umno 2012 yang berlangsung baru-baru ini sebagai yang terbaik
pernah disediakan, dengan penyertaan kira-kira 1,600 wartawan dari dalam
dan luar negara.
"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak media yang
telah sama-sama memaparkan apa sebenarnya perjuangan Umno untuk dinilai
oleh rakyat," katanya.
Beliau berkata, seramai 3.2 juta ahli Umno pada hari ini bersedia untuk
meneruskan perjuangan dan kelangsungan Umno sebagai sebuah parti
pemerintah.
"Tapi kita sedar bahawa kejayaan masa lampau bukanlah sesuatu yang
memberi kita kekebalan untuk masa depan (kerana) ada parti yang senasib
atau sekedudukan tapi hari ini sudah kehilangan kuasa.
"Sebab itulah saya selalu menyarankan kita mesti melakukan perubahan
dalaman dan inilah yang sedang kita lakukan supaya Umno dilihat sebagai
parti yang sentiasa dinamik dan relevan sepanjang zaman.
"Kita tetap akan mempertahankan kesucian agama Islam dan akidah Islam,
kita akan terus memajukan ekonomi negara kita, kita akan memperkukuhkan
parti, perpaduan nasional antara kaum berdasarkan kepada gagasan
1Malaysia dan kita sebagai sebuah parti akan terus membela rakyat,"
katanya. - Bernama
www.sinarharian.com.my
tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang
diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi
pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian
kami.
No comments:
Post a Comment