http://www.mazeermohamad.com/2013/01/rahsia-israel-yang-disembunyikan-dari.html
32 Rahsia Israel Yang Tak Pernah Kita Tahu | Walaupun kebanyakkan kita
kenal dan biasa dengar tentang penubuhan negara haram Israel ni, tapi
masih ada lagi fakta-fakta lain yang kita tak pernah dengar pasal negara
haram ni..
Cuma satu fakta ja yang kita tahu selama ni, iaitu negara haram Israel
ditubuhkan dengan pertumpahan darah saudara se-Islam kita disana, iaitu
rakyat Palestin..Kalau korang nak tahu apa lagi fakta-fakta pasal Israel
ni, meh baca kat bawah ni..
1. Tahukah anda bahawa selain daripada orang Yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?
2. Tahukah anda bahwa setiap warga Yahudi yang ada di seluruh negara di
seluruh dunia menjadi warganegara Israel secara automatik? Sementara
warga Palestin yang lahir di tanah negaranya sendiri sejak puluhan abad
yang lalu terus diusir ke luar Palestin?
3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel
harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan
mereka antara warga Yahudi dan bukan Yahudi?
4. Tahukah anda bahwa Jurusalem bahagian timur, Tepi Barat, Gaza dan
dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya
Barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan
merupakan bahagian dari Israel?
5. Tahukah anda bahawa Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk
warga Yahudi dan memberikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin
yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel menyalurkan 85%
air bersih hanya untuk 400 penduduk Yahudi di Hebron, sementara 15%
sisanya disalurkan kepada 120 ribu penduduk Palestina di daerah itu?
6. Tahukah anda bahawa Amerika menyumbangkan US$5 Billion dari cukai pajaknya setiap tahun kepada Israel?
7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan
kepada Israel sebesar US$1.8 Billion setiap tahunnya? Dan tahukah anda
bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh
negara di benua Afrika?
8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan
sebesar US$4 Billion dari Amerika yang terdiri dari pesawat tempur F 16,
Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan negara penyokong
utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua fasiliti yang diminta
Israel untuk menjamin kewujudannya.
9. Tahukah anda bahawa pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang
pelanggaran peraturan oleh Israel dalam penggunaan senjata yang mereka
sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang
di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.
10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya negara di Timur
Tengah yang menolak menandatangani larangan penyediaan senjata nuklear?
Dan menolak pasukan penyiasat PBB untuk memeriksa tempat persembunyian
nuklearnya?
11. Tahukah anda bahawa sebelum tertubuhnya negara Israel pada tahun 1948, sudah memiliki kemudahan membuat senjata nuklear?
12. Tahukah anda bahawa Pemerintah Tinggi Israel di Jabatan Perang
mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua
tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?
13. Tahukah anda bahawa Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat
Amerika dan menyerang kapal perang Amerika, Liberty di perairan
antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentera
Amerika dan mencederakan 177 yang lain, tetapi Amerika sama sekali tidak
melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa
tentera Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan
oleh negara Islam?
14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan negara yang paling banyak
mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel
mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu negara Islam mengabaikan 1
resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?
15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan sistem politik
konservatif terhadap identiti warga Yahudi agar kekal menjadi
warganegara itu?
16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana
Menteri, Ariel Sharon sebagai ‘tidak bersalah’ dalam kes pembunuhan
Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang membunuh
lebih dari 1000 orang Palestin yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita
dan orang tua?
17. Tahukah anda bahawa pada tanggal 20 Mei 1990, seorang tentera Israel
menyuruh para buruh Palestin yang sedang menunggu buas di sebuah
perhentian bas untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia
menembak mereka dari jarah setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa
pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan
mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?
18. Tahukah anda bahawa sampai tahun 1988, semua bangunan dan pejabat di
Israel hanya boleh menempelkan keterangan mencari kerja dengan
perkataan: “kerja kosong hanya untuk warga Yahudi”, “Seorang karyawan
dicari, dengan syarat perlu warga Yahudi”?
19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 perusahaan
media Amerika untuk menonjolkan imej positif Israel kepada masyarakat
Amerika dan Eropah?
20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak parti radikal Molodeit untuk
menjadi pesaing utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu berideologi
radikal dengan persepsi utama untuk membersihkan Israel dari warga bukan
Yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?
21. Tahukah anda bahwa Perdana Menteri Israel pertama, David ben Gorion
sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh warga Arab dari
Israel?
22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel, Ofadya Yosef yang juga
pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi
tentera Israel untuk membunuh warga Palestin? Bahkan dia mengeluarkan
fatwa radikal pada hari raya Paskah yang lalu dalam wawancaranya di
sebuah jaringan radio terbesar di Israel: “Tuhan akan membalas semua
kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya,
menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas
mereka dengan siksaan yang pedih. Kerananya dilarang semua warga Yahudi
untuk memberikan rasa kasih saying kepada warga Arab, dan wajib bagi
setiap Yahudi untuk menembak senjatanya ke arah dada dan kepala setiap
warga Arab untuk membunuhnya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan
terkutuk”……
23. Tahukah anda bahawa Palestin merupakan penjara terbesar di dunia?
24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi?
25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan
keputusan melarang penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet
(Badan Perisikan Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin
dalam proses pemeriksaannya?
26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses
pembelajaran dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk
Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di
dunia yang penduduknya bergelar doktor?
27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang
dijamin oleh undang-undang antarabangsa yang diterbitkan pada tanggal 10
Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali
tidak berlaku bagi penduduk Palestin kerana terhalang dengan perjanjian
yang ditandatangani pakatan OSLO?
28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan
negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang
tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang negara-negara arab
terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tepi Barat.
Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk
menjaga keamanan dan keselamatan diri?
29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai negara penjajah sama sekali tidak
terikat dengan konvensyen Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan
warga awam Palestin?
30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon
sudah tidak diendahkan lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya
adalah ketika ia melarang askar Israel untuk melakukan genjatan senjata
dan dilarang menembak, tetapi askar Israel terus menyerang, menembak
orang awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka.
31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan berbagai usaha untuk
menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu
dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan
sendirinya?
32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela
mengatakan bahawa Israel adalah negara rasisme dan apartheid sama
seperti keadaan Afrika Selatan?
Macam mana? Banyak kan ketidakadilan dan kekejaman yang terpaksa dihadapi oleh penduduk Palestin kat sana?
P/s : Ambil fakta-fakta pasal Israel agar kita tahu betapa teruknya dan dendamnya mereka dengan orang Islam...
No comments:
Post a Comment