Search Everything

Thursday, 25 August 2011

Mahathir Tidak Peduli Kepada Kita

Assalamualaikum,

Salam buat sahabat pembaca sekelian,

Mendengar tajuk cerita diatas mungkin sahabat menyangka aku dah berubah hala.

Ohh tidak…. Na u zubillah min zaliq… jauhi dari segala kekerohan hati.
Tetapi apa yang nak aku sampaikan hari ini adalah bila mana seorang sahabat telah mengirmkan maklumat satu berita pendek yang memberi kan tajuk nya saperti diatas tadi tu.

Ianya adalah petikan artikel pendek dari sebuah blog portal yang cuba mengheret Ayahanda Tun Dr Mahathir kepada perkara yang boleh membawa perpecahan yang kini semakin kukuh didalam UMNO diantara Presidennya Dato Seri Najib dan Tim.Presiden Tan Sri Muhyudin Yasin.

“Mengapa dia perlu peduli ? Bukan ker kita mainan dia semasa dia memerintah supaya dapat menjadikan yang miskin kaya raya. Lihat sahaja seluruh keluarga Tun Mahathir dan bezakan pada hari Tun Dr Ismail meninggal dan sekarang”.

Satu perbandingan yang paling bodoh apabila menyamakan Tun Mahathir dengan Tun Dr Ismail ( Bekas Tim.Perdana Menteri dibawah pentadbiran Tungku Abd Rahman).

Seorang ‘Office Boy’ kemungkinan akan dinaikkan pangkat kepada Kerani jika perkhidmatannya baik apa tah lagi jika telag berkhidmat selama 22 tahun. Apa tah lagi jika kerani mungkin akan dinaikkan kepada pegawai rendah..dan seterusnya jika perkhidmatan mereka mempunyai record cemerlang, terbilang dan kurang temberang..insyaAllah akan naik pangkat.

Berapa lama pekhidmatan Tun Mahathir? berapa lama perkhidmatan Tun Dr Ismail? dari sini nampak bodoh sahaja penulis di blog tersebut.Sia sia sahaja penaja mereka, yang kononnya nak bantu UMNO dan memberi sedikit kelebihan politik kepada penaja mereka, akan berahir dengan mereka sendiri akan di ketepikan termasuklah penaja mereka yang bercita cita besar, mengunakan pengaruh besar didalam mengrahkan GLC untuk tunduk pada permintaan mereka.

Mereka juga menuduh bahawa Tun Dr Mahathir telah menaja penubuhan “Blogger House” bagi merangcang dan mejalankan aktiviti aktiviti untuk menjatuhkan Pentadbiran Dato Seri Najib Tun Razak. Satu tuduhan gila, walaupun aku pasti mereka dari blog tersebut turut hadir pada majlis pelancaran ‘Blogger House” yang di rasmikan oleh DS Najib sendiri dan Tun Mahathir diberi penghormatan pemberi ucaptama kerana beliau juga seorang bloger kini.

Mereka yang saya maksudkan adalah dari kumpulan penulis di blog Kritis Online, mereka juga menulis bahawa Tun Mahathir telah merosakkan UMNO selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia ( 1981 – 2003) dan menuduh Tun hanya mengumpul kekayaan hanya untuk dirinya sahaja dan bkan untuk rakyat.

Aku rasa kenyataan ini hanya datang dari puak pembangkang sahaja tak di sangka rupanya ada lagi puak yang mengaku kononnya menyokong UMNO dan Kerajaan ( kerana aku di fahamkan blog ini di taja oleh orang berjawatan 
didalam kerajaan juga) menjadi api didalam sekam. Cerita ini sama saperti jalannya cerita “Musang Berjangut” yang pernah aku tulis tidak lama dahulu.

Baik sahabat pembaca sekelian,

Penulis upahan yang dibayar tugas mereka untuk membantu UMNO kononnya telah menemplak Tun Dr mahathir lagi dengan mengatakan bahawa Tun telah memaksa akar umbi ( UMNO) untuk berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara mengunakan gaji sendiri dan membiarkan anak bini mereka makan rumput di belakang rumah, mana kala semua anak anak “ketua” atau Pemimpin Bloghouse ini makan atas pinggan emas dan tidak merasakan keseksaan dan kemiskinan akar umbi.

Nampak sangat mereka ini tamak didalam perjuangan sahingga semua rakan rakan di dalam bloghouse di fitnahnya, macam lah mereka di Kritis Online tidak dibayar dan membuat kerja free. Ini lah jika terlalu memerhati poket orang, harta orang, bini orang semua kalau boleh dia nak rembat sekali.
Jika dahulu Anwar Ibrahim lah tempat mengadu dumba, tetapi selepas sudah tiada laluan ‘masyuk’ maka beralih kepada pro Kerajaan/UMNO konon dah insaf, rupanya ada udang sebalik mee.

Kritis Onine cuba melaga lagakan pemimpinan tertinggi dengan Tun Dr Mahathir, dengan mendawa Tun cuba menjatuhkan Najib untuk meletakkan Tan Sri Muhyudin sebagai Perdana Menteri.Kononnya disekeliling Tun di penuhi oleh mereka yang tidak pernah syukur dengan apa yang mereka sudah ada.

Kritis Online juga menyebut jika berlaku Pilihan raya ke 13, ia bukan lah pasal Pakatan vs BN, ia adalah antara Mahathir vs Najib. Satu tuduhan gila yang, Tun Mahathir bukan lah orang berperanan sekarang ini Belaiu hanya seorang Persara yang kini di jemput untuk menyampaikan ceramah dan berkongsi pengalaman beliau selama 22 tahun sebagai PM dan hampir 29 tahun berada didalam kerajaan.

Tidak perlulah mencari idea murahan untuk popular, sebab bukan ramai pun yang membaca di kritis online tu. Berhentilah bermain kayu tiga, biasanya tak selamat. Ikut pesan orang tua, nak berjuang perlu iklas, rezeki biar Allah tentukan.

Orait, sampai disini dahulu, jumpa lagi insyaAllah.. Selamat menjalani ibadah puasa di minggu minggu akhir ini.

Ps/– Tulisan asal untuk ob21.net



3 Balasan untuk “Mahathir Tidak Peduli Kepada Kita”

  1. azroy56 says:
    saya sokong Tun Mahathir dan kerananya malaysia bertambah maju walaupun belum jadi negara maju sepenuhnya. Johor dahulu dan sekarang ada perbezaan dan banyak lagi bandar-bandar daerah yg kian maju
  2. Nobody says:
    Namanya sahaja sudah Kritis Online. Sekali baca seolah-oleh Kristian Online. Dalam imej nama yang seolah-olah berlatar-belakangkan Kristian maka hasil penulisannya juga seolah-olah berbaur dakyah Kristian dan anti Melayu. Kita perlu berhati-hati atas segala muslihat dan tipu daya musuh-musuh Islam pada setiap masa. Apa pun yang diperkatakan harus diteliti agar agen-agen Yahudi dan Nasrani tidak dengan mudahnya memasuki pemikiran bangsa Melayu/Islam dan menambah pecah dan belah bangsa Melayu/Islam kerana itu memang perjuangan agama mereka sepertimana kita mempertahankan agama Islam. Segala dosa manusia serahkan kepada Allah SWT. Yang amat mustahak sekali jangan sekali-kali kita berdosa atau menderhaka kepada Allah SWT kerana tiada siapa lagi yang boleh mengampunkan kita selain Dia lalu dosa-dosa tersebut akan kekal besama kita tanpa pengampunan.
  3. jawa kelante says:
    Bulan ramadhan ini kita banyakanlah berkata kata yang baik-baik bukan saja beri manafaat tetapi juga mandapat pahala. Pendapat saya kita maafkan lah Mahathir tentang banyak kesilapan yang dilakukan selama 22 tahun dia menjadi PM. Dah jadi adatlah lebih panjang umur kita lagi banyak silap yang kita lakukan dan diPadang Masyar esok lagi lama akan disoal. Semua kita manusia buat salah tak terkecuali Mahathir. Diharap Mahathir bukan sahaja patut bertaubat kapada tuhan SWT tetapi minta maaf kapada sesiapa yang dia terbuat salah dan terbuat inaya disebab keputusan nya kerana dosa kapada manusia tidak cukup bertaubat saja.
    Kita bukan nabi yang maksum , maafkan saja dia kerana dia pun dah tua kalau cakapnya yang boleh dipakai kita pakai , kalau yang tak boleh pakai kita tinggalkan.

Wednesday, 24 August 2011

Pakatan alukan 'kesedaran lambat' BN


Ogos 23, 11 3:44pm - Malaysiakini

Pakatan Rakyat mengalu-alukan tindakan kerajaan mengarahkan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) agar mengkaji langkah membantu golongan berpendapatan bawah RM3,000 bagi berdepan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Bagaimanapun, pengakuan bahawa golongan itu memerlukan bantuan didakwa menunjukkan "kegagalan BN" mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi, sekali gus tidak mengendahkan nasib 60 peratus rakyat dalam merangka polisi ekonomi.

"Jawatankuasa bajet alternatif Pakatan mengalu-alukan kesedaran terlewat oleh BN mengenai betapa peri pentingnya membantu golongan yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan," kata tiga anggota utama jawatankuasa itu.

Kelmarin, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dilaporkan berkata, PEMANDU diarahkan membuat kajian itu kerana kabinet berpendapat satu mekanisme perlu bagi membantu golongan itu.

Dalam kenyataan balasnya, tiga anggota parlimen yang menggerakkan jawatankuasa itu - Dr Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor), Liew Chin Tong (Bukit Bendera) dan Tian Chua (Batu) - berkata rangka kerja baru diperlukan.

"Adalah dijangkakan modifikasi tempelan oleh PEMANDU itu tidak akan mengakibatkan banyak perubahan kerana PEMANDU hanya mempunyai jangkamasa 2 minggu sahaja untuk mengeluarkan rangkakerja polisi yang baru tersebut ," kata mereka.

Sehubungan itu, rangka kerja bajet Pakatan bertemakan "Kesejahteraan untuk Semua" bagi hendaklah menjurus untuk menguruskan cabaran-cabaran berikut:

1. Meningkatkan pendapatan dan produktiviti, antaranya dengan membantu pekerja meningkatkan keterampilan, kemahiran dan memperkenalkan gaji minimum untuk memecahkan "lingkaran ganas" produktiviti, gaji dan kemahiran rendah.

2. Meningkatkan pendapatan boleh guna dengan mengkaji perbelanjaan besar untuk keluarga yang bergelut dengan peningkatan kos sara hidup, serta mengkaji peranan kerajaan meningkatkan pendapatan ini.

3. Mengehadkan monopoli, oligopoli dan kartel dengan mewujudkan keadaan "air pasang" dengan menggalakkan persaingan di sektor yang kini dikuasai berlaku monopoli, oligopoli dan kartel.

Mengapa hujah SPR ada kepincangan


John R Malott Ogos 24, 11 11:57am - Malaysiakini

ULASAN Terdapat banyak perbincangan di Malaysia sejak dua bulan lalu mengenai reformasi pilihan raya, dengan cadangan yang bernas daripada pelbagai pihak dan juga kenyataan balas oleh kerajaan.

Dalam artikel ini, yang pertama daripada dua, saya melihat beberapa cadangan yang dikemukakan dan membandingkan situasi Malaysia dengan negara-negara lain.

Mengurangkan had umur mengundi

Dari perspektif antarabangsa, had umur 21 tahun di Malaysia jauh ketinggalan.

Wikipedia menyenaraikan umur mengundi di hampir 240 negara di seluruh dunia, dan kebanyakan negara purata umur mengundi adalah 18 tahun. Malaysia adalah antara 12 negara di mana seorang pengundi mesti berusia 21 tahun.

Mari kita lihat di negara jiran Malaysia di Asia. Anda perlu hanya berusia 18 untuk mengundi di Australia, Bangladesh, Brunei, Burma, Kemboja, China, Hong Kong, India, Laos, Maldives, Mongolia, Nepal, New Zealand, Pakistan, Papua New Guinea, Filipina, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam.
 
Di Indonesia dan Timor Timur, 17; di Korea Selatan, 19; dan di Jepun dan Taiwan, 20. Bersama-sama dengan Singapura, Malaysia adalah antara satu-satu negara di Asia yang menetapkan had umur mengundi pada 21 tahun.

Kita lihat juga di negara-negara lain dalam Komanwel, di mana struktur dan perlembagaan negara ini digubal serta dipengaruhi luas oleh oleh British.

Had umur mengundi adalah 18 tahun di Australia, Bahamas, Bangladesh, Bermuda, Kanada, Ghana, India, Jamaica, New Zealand, Pakistan, Sri Lanka, Tanzania, Uganda, United Kingdom dan Zimbabwe. Sekali lagi, Malaysia tidak berada dalam senarai itu.
Melanjutkan tempoh berkempen

BERSIH 2.0 mencadangkan tempoh kempen dilanjutkan kepada 21 hari, tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menentangnya.
 
Menurut timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar, masa yang lebih singkat adalah memadai bagi sebuah negara yang saiz seperti Malaysia dan memiliki kecanggihan teknologi.

Walau bagaimanapun, beberapa penyokong reformasi pilihan raya Malaysia berkata pada masa lalu tahun, kempen pilihan raya di Malaysia pernah dilanjutkan menjangkaui 21 hari.

Mari kita lihat pada justifikasi Wan Ahmad untuk kempen yang singkat dan membangingkannya dengan tempoh kempen di negara-negara Komanwel yang berkongsi warisan politik dengan Malaysia.

Pilihan raya 2010 Australia telah diumumkan pada 17 Julai, dan pengundian dijalankan lima minggu kemudian, iaitu pada 21 Ogos.

Menggunakan logik Wan Ahmad, Australia memerlukan tempoh kempen yang lebih panjang kerana ia adalah sebuah negara yang besar. Oleh itu, mari kita bandingkan pula di beberapa negara yang bersaiz kecil dan juga mempunyai teknologi canggih.

Pilihan raya 2010 di United Kingdom telah diumumkan pada 12 April dan diadakan pada 6 Mei. Ini adalah tempoh berkempen selama 24 hari.
Pilihan raya di New Zealand tahun ini telah diumumkan pada 2 Feb, tetapi pengundian tidak dijalankan sehingga 26 Nov, iaitu hampir 10 bulan kemudian!

Bagaimana pula dengan Singapura, sebuah negara yang mempunyai keluasan hanya 582 km persegi atau hanya 0.2 peratus daripada saiz Malaysia? Parlimennya telah dibubarkan pada 19 April tahun ini, dan pilihan raya diadakan pada 7 Mei, iaitu 20 hari kemudian.

Hujah Wan Ahmad bahawa tempoh kempen bergantung kepada saiz dan kecanggihan sesebuah negara, tetapi sebagai bukti di UK, New Zealand, dan Singapura, menunjukkan sebaliknya.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.
 
JOHN R MALOTT adalah Duta amerika Syarikat ke Malaysia daripada 1995-1998, dan beliau terus memantau perkembangan negara ini.
 

Kenapa UMNO Memusuhi PERKASA?

Saya ingin memberikan respon kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Aida Mazura Mohd Noor dalam Geng2 PERKASA seM’sia (Facebook) yang berbunyi :
“Masih menjadi tanda tanya, kenapa UMNO tidak boleh terima PERKASA?”

Persoalan yang diutarakan oleh Aida Mazura ini sebenarnya seringkali dibangkitkan oleh ahli-ahli PERKASA dalam forum-forum perbincangan PERKASA. Selaku pimpinan PERKASA Negeri Johor, saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan pandangan saya terhadap perkara ini. 

Jawapan awal saya terhadap persoalan ini adalah; Bagaimana mungkin UMNO boleh ‘mesra’ dengan PERKASA jika PERKASA terus menerus menghentam UMNO, mencerca, mengaibkan dan menghina pemimpin-pemimpin UMNO. Walaupun kebanyakan ahli PERKASA adalah juga ahli UMNO, mereka ini menghentam UMNO sama seperti mereka memerangi musuh-musuh Melayu sedangkan UMNO adalah parti politik Melayu yang terbesar yang merupakan teras kepada Pemerintah.

Malahan terdapat sesetengah ahli dan pemimpin PERKASA menjadikan PERKASA sebagai alat untuk melaksanakan tujuan dan cita-cita politik peribadi. PERKASA seolah-olah ditubuhkan untuk menghimpunkan mereka yang kecewa dalam UMNO termasuk yang telah kalah dalam pertandingan merebut jawatan-jawatan tertentu dalam UMNO. Berdasarkan fakta ini, Maka sudah tentulah kecurigaan UMNO dan para pemimpinnya terhadap PERKASA mempunyai asasnya yang tersendiri.

Bagi saya, PERKASA adalah wadah dan peluang terakhir untuk menyatukan perjuangan orang-orang Melayu yang telah terpisah-pisah kerana fahaman politik yang berbeza-beza sejak akhir-akhir ini.

PERKASA tidak harus menjadi ‘alat’ kepada sesiapa mahupun mana-mana parti politik Melayu samada UMNO mahupun PAS. PERKASA harus menjadi PERKASA dengan perjuangan yang berlandaskan 6 matlamat utamanya.

Sebaliknya, memandangkan PERKASA hanyalah NGO yang lebih berperanan sebagai kumpulan pendesak, dan bukan merupakan sebuah parti politik, maka untuk mencapai tujuan dan matlamat PERKASA, PERKASA pula yang seharusnya menjadikan parti-parti Melayu sebagai ‘alat’ untuk mencapai 6 matlamat perjuangan PERKASA. 

Justeru, sebenarnya tidak timbul isu UMNO memperalatkan PERKASA @ PERKASA adalah NGO ciptaan UMNO. Memang benar PERKASA lebih mesra kepada UMNO. Ini adalah disebabkan pendirian PERKASA yang mengambil sikap berbaik-baik dengan pihak Pemerintah.
Dan pendekatan yang diambil oleh kepimpinan PERKASA ini sesungguhnya adalah amat bertepatan dan selari pula dengan tuntutan ajaran agama Islam yang diperjuangkan oleh PERKASA. Namun pendekatan ini tidak pula popular di kalangan sebahagian ahli-ahli PERKASA yang menjadikan kad ahli PERKASA sebagai ‘lesen’ untuk menghentam, memaki hamun, mencerca, menghina, memperlekeh, mengaibkan malah mengugut & mengecam pemimpin-pemimpin Melayu khususnya pemimpin-pemimpin Melayu dari kalangan parti pemerintah.

Saya bersetuju dengan pendapat bahawa bersikap keras dan menentang golongan pemerintah secara berdepan dan terbuka boleh dimasukkan ke dalam kategori khuruj (keluar menentang pemerintah) yang mana ianya dilarang oleh Rasulullah s.a.w. dalam banyak hadith-hadith shahih.

Salah satunya sepertimana disebut didalam riwayat bahawa Said bin Jahman r.a. berkata:
“Aku datang kepada Abdullah bin Abu Aufa, matanya buta, aku mengucapkan salam.” Beliau bertanya kepadaku: “Siapa engkau?” “Said bin Jahman, jawabku.” Beliau bertanya: “Kenapa dengan ayahmu?” Aku katakan: “Al-Azariqah telah membunuhnya.” Beliau berkata: “Semoga Allah melaknat Al-Azriqah, semoga Allah melaknat Al-Azriqah. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam mengatakan bahawa mereka anjing-anjing neraka.”
Aku bertanya: “(Yang dilaknat sebagai anjing-anjing neraka) Al-Azriqah sahaja atau Khawarij semuanya?” “Beliau menjawab: Ya! Khawarij semuanya.” Aku katakan: “Tetapi sesungguhnya pemerintah telah berbuat kezaliman kepada rakyatnya?”
Maka beliau mengambil tanganku dan memegang dengan sangat kuat, kemudian berkata: “Celaka engkau wahai Ibnu Jahman! Wajib atasmu berpegang dengan sawadul a’zham, wajib atasmu untuk berpegang dengan sawadul a’zham.
“Jika kau ingin pemerintah mahu mendengar nasihatmu, maka datangilah dan khabarkan apa yang engkau ketahui. Itu kalau dia menerima, kalau tidak, tinggalkan! Sesungguhnya engkau tidak lebih tahu darinya.” [Hadith Riwayat Ahmad, shahih]
Bersikap keras dan penentangan secara terbuka terhadap Pemerintah juga tidak akan mendapat sebarang pahala kebaikan sepertimana yang telah dinyatakan Abu Ishaq al-Sabi’i r.h. daripada pembesar ulama Tabiin berkata:
“Tidak ada suatu kaum yang mencerca pemimpin mereka melainkan (mereka) akan terhalang daripada mendapat kebaikannya”. [al-Tamhid, Ibn Abdil Barr, al-Fitan, Abu Amru al-Dani]
Walaupun Islam memang mewajibkan rakyat menegur pemerintah yang zalim walaupun kepada firaun sekalipun, nasihat kepada pemerintah itu hendaklah dilakukan dengan bahasa yang paling baik dan paling lunak serta dalam keadaan yang terhormat serta haram mencela dan mengaibkan pemimpin di hadapan khalayak ramai berdasarkan firman Allah s.w.t: Surah Taha: 43-44:
“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. “Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut”.

Bukan sahaja bersikap keras dan menentang pemerintah itu bertentangan dengan firman ALLAH, tetapi ia juga menentang apa yang telah diseru oleh Nabi kita Muhammad s.a.w.
Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang hendak menasihati pemimpin akan sesuatu urusan maka janganlah dia melakukannya terang-terangan tetapi peganglah tangannya dan bersendirianlah dengannya (lalu nasihatlah), jika dia (pemimpin) menerimanya maka demikianlah yang dikehendaki, jika tidak maka dia telah melaksanakan tanggungjawabnya”. [Hadith Riwayat Ahmad, shahih]
Berbalik kepada persoalan kenapa UMNO bersikap dingin dan seperti memusuhi PERKASA, maka kita sebagai ahli dan pemimpin PERKASA haruslah bermuhasabah diri kita sendiri; adakah selama ini pendekatan perjuangan kita itu selari dengan firman Allah SWT dan seruan Rasulullah SAW seperti yg dikemukakan seperti di atas ?

UMNO adalah teras kepada Kerajaan atau pun Pemerintah yang perlu kita dekati secara lemah-lembut dan berhemah sepertimana firman Allah SWT dan seruan Rasulullah SAW. Maka, jika kita sendiri mahupun PERKASA sendiri, yang mendakwa berjuang untuk memperkasakan Islam, tetapi terus menggunakan pendekatan perjuangan yang sesungguhnya tidak Islamik; menghentam, membentak, mencerca, menghina, mengaib dan memperlekehkan UMNO dan para pemimpinnya iaitu Parti Pemerintah yang juga sama bangsa dan agama dengan kita, maka jangan disalahkan pula UMNO sekiranya UMNO mengambil sikap dingin malah memusuhi pertubuhan kita PERKASA.

Sebagai salah seorang pemimpin PERKASA di peringkat Negeri dan Daerah, saya ingin menyeru kepada semua ahli dan kepimpinan PERKASA di semua peringkat agar bermuhasabah diri, memperbetulkan semula niat, keikhlasan dan pendekatan perjuangan kita melalui pertubuhan PERKASA.

PERKASA bukan ditubuhkan untuk memusuhi sesiapa mahupun mana-mana NGO dan parti politik. PERKASA juga bukan ditubuhkan untuk menjadi alat untuk mempopularkan mana-mana individu mahu pun mana-mana pemimpin. 

Sebaliknya, PERKASA ditubuhkan adalah atas kesedaran untuk menyatukan perjuangan seluruh ummat Melayu bagi menjaga dan mempertahankan kepentingan orang Melayu seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perjuangan PERKASA ini tidak akan berjaya sekiranya PERKASA mengambil pendekatan bermusuh dengan mana-mana individu, pertubuhan mahupun parti politik yang sama-sama memperjuangkan kepentingan orang Melayu.

Ahli dan kepimpinan PERKASA harus jelas dan faham akan siapa musuh sebenar kepada orang Melayu. Musuh orang Melayu adalah juga musuh PERKASA. Kepada musuh sebenar inilah seharusnya PERKASA bertegas dan berkeras dalam menegakkan perjuangannya.

Perjuangan PERKASA hanya akan berjaya apabila mendapat sokongan dari semua pihak. Sokongan dari semua pihak akan hanya diperolehi sekiranya PERKASA mengambil pendekatan berbaik-baik terutamanya dengan golongan Pemerintah iaitu UMNO. Umpama aur dengan tebing, PERKASA mahu tidak mahu harus berganding bahu dengan semua NGO Melayu Islam dalam menjayakan 6 matlamat penubuhannya. Jika sikap menyalahkan pihak lain terus menjadi amalan PERKASA, maka PERKASA tidak ubah sama seperti pertubuhan-pertubuhan yang pernah wujud dalam sejarah perjuangan bangsa Melayu.

Sikap berbaik-baik bukan bermakna PERKASA perlu tunduk kepada kehendak-kehendak yang bertentangan dengan kepentingan ummat Melayu. Sikap berbaik-baik bererti PERKASA menggunakan kaedah yang berlemah-lembut, santun dan berhemah dalam menyatakan pendiriannya samada menyokong atau menolak akan sesuatu tindakan dan dasar-dasar yang diambil oleh Pemerintah yang menyentuh kepentingan ummat Melayu.

Jika pendekatan yang berhemah ini berjaya kita budayakan disemua peringkat dalam pertubuhan kita, insyaAllah, tiada lagi sebab kenapa UMNO perlu bersikap dingin apalagi memusuhi PERKASA.

Hj Shukri Bin Hj Suratman
Naib Yang Dipertua 2,
Pertubuhan Pribumi Perkasa
Negeri Johor.

Pakej Buka Puasa Ipoh

http://shahinaz.blogspot.com/2011/08/ipoh-buffet-price-list.html

Thursday, 18 August 2011

Kebebasan beragama & sekatan perlembagaan

Musa Awang Ogos 18, 11 6:59pm - Ruangan Surat Malaysiakini

Suatu penjelasan perlu dibuat berulang kali, bahawa Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam adalah agama persekutuan, bukan agama rasmi seperti yang biasa dihujahkan oleh pihak-pihak yang tidak memahami konteks perundangan.

Mendefiniskan Islam sebagai “agama rasmi” negara adalah tidak tepat kerana perkataan “rasmi” itu tidak pernah disebut dalam Perkara 3. Frasa “agama rasmi” juga akan menyempitkan tafsiran tersebut dan akan menjadikan agama Islam terhad kepada amalan ritual serta upacara rasmi dan keagamaan semata-mata.

Perkara 3 (1) Perlembagaan memperuntukkan bahawa : “Islam ialah agama bagi Persekutuan ; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.”

Islam diiktiraf oleh Perlembagaan sebagai agama tertinggi Negara bukan sahaja berfaktor dari fakta sejarah, yang mana Islam menjadi agama yang dominan di Semenanjung Tanah Melayu sejak kurun ke 12 lagi, tetapi juga sebagai mengiktiraf tonggak dan kekuasaan Raja-Raja yang semuanya adalah beragama Islam sewaktu Negara ini dibentuk.

Kedudukan Perkara 3 ini sudah pun diperjelaskan melalui penghakiman-penghakiman yang diputuskan oleh mahkamah, namun ada pihak yang masih mempertikaikannya. Dalam kes Azalina Jailani (Lina Joy) lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & 2 Yang Lain [2007] 3 AMR 693, Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz memberi makna Islam sebagai “bukan sahaja suatu himpunan dogma-dogma dan ritual-ritual tetapi ianya juga suatu cara hidup yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti manusia, persendirian dan awam, perundangan, politik, ekonomi, sosial, budaya, moral atau kehakiman”.

Peruntukan Perkara 3 ini amat bersangkut paut dengan kelangsungan kuasa Raja-raja Melayu, sebagai ketua agama Islam di persekutuan dan di negeri-negeri. Peruntukan ini tidak mudah untuk dipinda, kerana ia perlu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja, walaupun setelah mendapat sokongan dua pertiga ahli parlimen.

Walaupun Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan, tetapi secara harmoninya, penganut-penganut agama lain masih bebas untuk menganut dan mengamalkan agama mereka. Ini bukan sahaja diperuntukkan dalam Perkara 3 (1) di atas, malah ditekankan lagi dalam Perkara 11 (1) Perlembagaan yang memperuntukkan bahawa : “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya.”

Malah, Perkara 11 (3) Perlembagaan memberikan hak kepada penganut agama-agama ini termasuk agama Islam untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri, menubuh dan menyelenggara yayasan untuk tujuan agama masing-masing dan khairat, memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

Sungguhpun begitu, kebebasan yang diberikan tersebut tidaklah bermaksud agama-agama bukan Islam boleh menyebarkan agama mereka kepada penganut agama Islam. Ini adalah sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama tertinggi dalam Negara.

Maka, Perkara 11 (4) memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau kerajaaan persekutuan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau kepercayaan mereka kepada orang-orang Islam.

Perkara 11 (4) Perlembagaan memperuntukkan “Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.”

Kebebasan yang diberikan untuk mengamalkan agama masing-masing ini juga tidaklah sehingga membenarkan apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang, mendatangkan masalah kepada kesihatan awam dan akhlak individu yang lain. Perkara ini diperuntukkan dalam Perkara 11 (5) Perlembagaan.

Berdasarkan kuasa yang diberikan di bawah perkara 11 (4) Perlembagaan tersebut, maka kerajaan-kerajaan negeri sejak 30 tahun yang lalu telah meluluskan undang-undang untuk mengawal pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam, sebagaimana berikut :-

1. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Terengganu, 1980 (Enakmen No. 1/1980)

2. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Kelantan, 1981 (Enakmen No. 11/1981)

3. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Kedah, 1988

4. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Melaka, 1988 (Enakmen No. 1/1988)

5. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Perak, 1988 (Enakmen No. 10/1988)

6. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor, 1988 (Enakmen No. 1/1988)

7. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Pahang, 1989 (Enakmen No. 5/1989)

8. Negeri Sembilan: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Negeri Sembilan, 1991

9. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Johor, 1991 (Enakmen No. 12/1991)

Hanya Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Perlis yang belum menggubal undang-undang sedemikian, walaupun kuasa telah diberikan oleh Perlembagaan.

Tafsiran "agama bukan Islam" yang disebut dalam enakmen ini adalah luas meliputi agama-agama arus utama seperti Kristian, Hindu, Budha, Sikh, Yahudi atau mana-mana cabang atau serpihan dari agama-agama tersebut. Termasuklah juga amalan menyembah roh datuk nenek, animisme, dan lain-lain yang tidak diakui oleh agama Islam sebagai berunsur Islam.

Kesalahan-kesalahan yang termaktub dalam enakmen itu ialah :-

• Seseorang yang menyuruh, menyebabkan, memujuk, mempengaruhi, menghasut, menggalakkan atau membiarkan seseorang beragama Islam di bawah umur 18 tahun supaya menerima ajaran agama bukan Islam, atau supaya dia menyertai apa-apa istiadat, perbuatan menyembah, atau aktiviti keagamaan agama bukan Islam atau aktiviti yang dianjurkan untuk faedah suatu agama bukan Islam, maka ia adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 atau penjara selama tempoh satu tahun atau kedua-duanya (Seksyen 5).

• Seseorang yang mendekati orang Islam bertujuan mendedahkannya kepada apa-apa ucapan, pertunjukan, mengunjungi, mengatur, berusaha mengadakan suatu perjumpaan dengannya, atau menghubungi dengan telefon, bagi maksud mendedahkan orang itu kepada apa-apa ucapan atau pertunjukan mengenai agama bukan Islam, juga adalah kesalahan yang boleh dikenakan denda sebanyak RM5,000 atau penjara selama tempoh enam bulan atau kedua-duanya (Seksyen 6).

• Seseorang yang menghantar, menyerahkan, menyebabkan dihantar, diserahkan kepada seorang lain yang beragama Islam di dalam atau di luar negeri, atau dari luar negeri, menghantar atau menyerahkan kepada seorang yang beragama Islam di dalam negeri, apa-apa terbitan mengenai agama bukan Islam, atau bahan iklan bagi terbitan itu, yang mana tidak diminta oleh orang itu, juga adalah melakukan kesalahan yang boleh dikenakan denda RM3,000 atau penjara selama tempoh tiga bulan atau kedua-duanya (Seksyen 7).

• Seseorang yang membahagi-bahagikan di suatu tempat awam, apa-apa terbitan mengenai agama bukan Islam, menyerahkan salinan terbitan itu kepada seorang Islam, juga adalah melakukan kesalahan yang boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 (Seksyen 8).

• Seseorang yang membuat apa-apa tulisan yang diterbitkan dalam apa-apa ucapan atau pernyataan terbuka, atau dalam suatu perhimpunan yang dirancang, atau dalam pernyataan yang diterbit atau disiarkan, menggunakan mana-mana perkataan yang khusus untuk umat Islam sebagaimana disenaraikan dalam Bahagian I (Jadual) Enakmen itu, atau terbitan atau virasinya, menyatakan atau memperihalkan sesuatu fakta, kepercayaan, idea, konsep, perbuatan, aktiviti, perkara, atau hal mengenai atau berkaitan dengan sesuatu agama bukan Islam adalah suatu kesalahan yang boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 (Seksyen 9).

Antara perkataan-perkataan yang dilarang digunakan bagi maksud seksyen 9 tersebut ialah - Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Walillahilham, Allahu Akbar, Insyallah, Astaghfirullahal Azim, Tabaraka Allah, Masyaallah, Lahaula Walaquata Illabillahilaliyil Azim.

Semua kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini hendaklah disifatkan sebagai kesalahan-kesalahan boleh tangkap (seizable offence) bagi maksud Kanun Prosedur Jenayah, yakni pegawai yang diberi kuasa boleh menyiasat kesalahan di bawah undang-undang ini dan boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang disyaki telah melakukan mana-mana kesalahan itu. Kes-kes berkenaan akan dibicarakan oleh seorang Majistret.

Undang-undang kawalan pengembangan agama bukan Islam tersebut bukan sahaja boleh dikenakan terhadap bukan Islam, tetapi juga boleh dikenakan ke atas orang Islam yang bersekongkol dengan bukan Islam menyebarkan dakyah agama mereka. Orang Islam juga boleh didakwa menurut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah negeri, iaitu kesalahan menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina, yang jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pada tahun 2002, di Negeri Pahang, dalam kes Pendakwaraya v Krishnan a/l Muthu, tertuduh seorang bukan Islam telah didakwa kerana melakukan kesalahan menyalahi Seksyen 4 (2) (i) Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Ugama Bukan Islam) Pahang 1989. Tertuduh telah disabitkan bersalah dan dihukum dipenjara selama 20 hari dan didenda RM1,500.00.

Mungkin ada penjelasan yang munasabah mengapa undang-undang kawalan agama bukan Islam di kalangan orang Islam masih tidak digubal oleh Parlimen untuk Wilayah-Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) , Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, yang mana ketua agama bagi keempat-empat negeri ini adalah Yang DiPertuan Agong.

Dalam kes Azalina Jailani (Lina Joy) lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & 2 Yang Lain [2007] 3 AMR 693, seorang wanita Melayu telah dibaptiskan di sebuah gereja di Kuala Lumpur. Akan tetapi, tindakan tidak boleh diambil terhadap beliau dan mereka yang terlibat kerana di Wilayah Persekutuan belum wujud Akta Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam).

Timbulnya isu siasatan JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos 2011 lalu adalah suatu hikmah dan rahmat di bulan Ramadhan yang mulia ini, di mana insiden adalah kali kedua (sebelum ini kes penggunaan kalimah Allah oleh gereja), yang sepatutnya membuka mata pihak-pihak berkenaan, agar segera mencari jalan supaya undang-undang tersebut digubal dan dikuatkuasakan secepat mungkin di Wilayah Persekutuan. Begitu juga dengan pihak berkuasa negeri Perlis. Wallahu'alam.

Penulis ialah Timbalan Presiden , Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Bonus untuk penjawat awam: Bonus Pilihanraya?


Abwayman Ogos 10, 11 4:08pm - Ruangan Surat Malaysiakini

Kerajaan akhirnya bersetuju meng'hadiah'kan bonus kepada 1.27 juta kakitangan awam yang bakal menikmati bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, manakala setiap pesara kerajaan pula mendapat RM500 yang akan dibayar pertengahan bulan ini.
Jumlah pembayaran bonus tahun dianggarkan sebanyak RM2 billion.

Maka kerajaan pun dilihat begitu prihatin dengan beban ditanggung rakyat akibat kenaikan harga barangan, lantaran Perdana Menteri sendiri menyebut pemberian bonus ini tidak lain adalah untuk meringankan beban perbelanjaan rakyat di musim perayaan ini.

Namun, dalam jangka pendek di mana kadar produktiviti pengeluaran adalah malar, maka kesan langsung dari lebihan wang dalam kitaran ekonomi ialah kenaikan harga barang yang berkali ganda mengikut hukum MV=PT dari teori Irving Fisher.

Apatah lagi kes ketidakcukupan barang-barang keperluan untuk sambutan perayaan seringkali kita dengar yang sudah pasti mengakibatkan tingkat harga semakin melambung.

Jadi pemberian bonus yang diharap dapat mengurangkan beban perbelanjaan kakitangan awam itu sebenarnya tidak memberikan sebarang manfaat jika harga barang melambung tinggi dari kadar biasa.

Logiknya, peningkatan nominal pendapatan kakitangan awam sebanyak 50 peratus pada bulan ini tidak bermakna apa-apa apabila harga barang naik mendadak lebih dari kadar berkenaan hasil dari penguncupan kuasa beli mereka.

Kita juga ingin tahu dari sumber manakah kerajaan memperolehi dana berjumlah RM2 billion untuk pembayaran bonus berkenaan? Saya tidak fikir kerajaan sanggup mencetak wang semata-mata untuk tujuan ini.

Jadi saya beranggapan ia hasil dari pinjaman kerajaan. Sudah tentu pemberian bonus ini bakal mengakibatkan jumlah pinjaman kerajaan meningkat sekaligus defisit kerajaan yang lebih tinggi.

Untuk tahun 2009 dan 2010, hutang kerajaan naik mendadak pada kadar lebih 50 peratus dari KDNK (2009 - 55 peratus dan 2010 - 54 peratus), paling tinggi sejak krisis kewangan 1998. Malah melebihi purata pinjaman kerajaan sejak 1990 hingga 2010 iaitu pada 47 peratus.

Bajet kerajaan juga masih terbelenggu masalah defisit sejak lebih sedekad lalu. Sejak dari krisis kewangan 1998 purata defisit kerajaan adalah 4-5% peratus dari KDNK negara. Paling kritikal pada 2009 iaitu pada kadar lebih 7 peratus.

Walaupun tahun 2010 dapat dikurangkan ke 5.6 peratus, namun pada 2011 ia dianggarkan dalam jajaran 5 peratus juga. Tambah buruk lagi, peningkatan defisit adalah kerana bertambahnya perbelanjan pengurusan, bukannya perbelanjaanpembangunan.

Jika dana RM2 billion ini hasil pinjaman kerajaan, maka keputusan kerajaan memberikan bonus ini seolah-olah cuba menyelesaikan masalah kenaikan harga barang dan penguncupan kuasa beli rakyat sekadar melepaskan batuk di tangga, isu ranting yang diberi perhatian, akar permasalahannya dipejamkan mata.

Yang nyata, kita berdepan dengan keadaan kewangan kerajaan yang cacamarba pengurusannya. Kita punya kerajaan yang tidak serius menangani kebajikan ekonomi rakyat.

Jika kerajaan benar-benar mahu mengurangkan beban rakyat, maka tunjukkan keseriusan dalam menangani maslah pembaziran, ketirisan, dan perbelanjaan melampau.

Ingatkah anda lagi pada kos RM50 juta untuk melaksanakan program email 1Malaysia? Manakala RM1.8 juta pula disia-siakan untuk membayar kos penyelenggaraan laman Facebook Kementerian Pelancongan Malaysia oleh syarikat yang langsung tiada laman web!

Jika anda teliti Buku Jingga oleh Pakatan Rakyat, anda sudah pasti berjumpa dengan pelbagai senarai ketirisan dan salah urus harta Negara hingga mengakibatkan ketirisan lebih RM28 billion. Ini bukan cerita rekaan, semua maklumat ini juga boleh didapati dari Laporan Audit Negara untuk beberapa tahun kebelakangan ini.

Rakyat sebenarnya berhak mendapat kualiti gaji yang memungkinkan kuasa beli yg lebih tinggi. Pemberian bonus secara one-off begini tidak membantu rakyat mencapai tahap itu. Kita perlukan pengurusan yang benar-benar berhemah, yang mahu meletakkan kebajikan rakyat sebagai matlamat utama.

Peningkatan ekonomi tidak sekadar pada peratus kenaikan KDNK semata, namun kebajikan dan taraf hidup rakyat patut turut meningkat.

Kalau kita teliti pemberian bonus ini pun, sepatutnya ia berbentuk piramid di mana untuk kakitangan awam di peringkat tertinggi seperti JUSA patut tiada bonus diberikan, bagi kumpulan professional dan kumpulan A mendapat setengah atau sebulan gaji, dan bagi kumpulan sokongan dan pentadbiran sekurang-kurangnya 2 bulan gaji. Ini baru dilihat benar-benar prihatin dengan kebajikan rakyat.

Tidak hairanlah ada pembaca akhbar yang meminta CUEPACS menolak pemberian bonus setengah bulan ini dan mengharap badan penjawat awam itu terus mendesak kerajaan memberikan sekurang-kurangnya bonus dua bulan gaji dan juga menyemak kembali tangga gaji mereka.

Atau adakah ini langkah kerajaan mengabui mata penjawat awam memandangkan ura-ura pilihanraya umum yang makin dekat?

Wednesday, 17 August 2011

Komen Pembaca Mengenai Artikel Tertawan




5 Balasan untuk “TERTAWAN”


  1. Salam,
    LAGI SEKALI SAYA INGIN MENGUNJURKAN BAHAWA KITA UMAT ISLAM DAN MELAYU MALAYSIA JANGANLAH BERGANJAK WALAUPUN SEINCI LAGI SELAPAS INI DALAM HAL KITA MEMPERTAHANKAN HAK DAN KEPENTINGAN KITA SEBAGAI KAUM MAJORITI DI MALAYSIA IAITU ISLAM, MELAYU DAN PRIBUMI.

    MASA BERKATA_KATA DAH HABIS DAN SEPERTI YANG ‘DIA’ DAH SEBUT SAMPAI MASA UNTUK BERTINDAK KERANA PIHAK2 YANG KITA HARAPKAN SUDAH AMAT MENGECEWAKAN KITA.

    APA LAGI YANG NAK DIHARAPKAN, SEMASA KITA DOK TENGAH BERKATA-KATA INIPUN, MACAM2 TINDAKAN DIAORANG UNTUK MEMALUKAN DAN MERUNTUHKAN MARUAH KITA.
    MASIH NAK BERKATA-KATA LAGIKAH?

  2. Salam kepada ‘saudara Azroy56 dan saudara maae khasnya’ dan kepada sama2 sebangsa dan se Agama amnya.

    Anda telah membuatkan saya langsong tiada perlu untuk melakukan sebarang komen, kerana apa yang saya kehendaki sudah pun berada didalam komen2 anda berdua, Alhamdulillah semuga disamping KESHAHDUAN RAMADZAN ini Allah akan sentiasa memberi kita kekuatan untuk sama2 memperjuangkan KESUCIAN ISLAM supaya ianya sentiasa berada dikemuncak tertinggi yang sepatutnya.
    Pendekar mas – Allahu Akbar…..!

  3. Sama-samalah kita hayati erti doa iftitah yang kerap kita bacakan ketika solat agar kita sentiasa mendapat dorongan dan panduan dari Allah SWT.

    Maksudnya:
    Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).

  4. wahai orang orang melayu dan semua warga Islam di malaysia, marilah kita sama-sama bersatu.kita tidak mengira anda bangsa apa, asalkan anda semua orang Islam.Kita orang Melayu amat menyayangi Islam…ugama yg betul-betul bersih dan benar.,kita tak mahu pemimpin besar kita di ketuai orang kafir…asal usul Malaysia adalah Tanah Melayu dan kita tak marah jika tercatit tanah Islam tetapi kita amat sesali jika menjadi Tanah Kristian atau seangkatan dgnnya.amin

  5. Salam Ramadan kepada sahabat sekalian semoga Allah SWT menerima ibadah dan amalan kita masing-masing pada darjat nya :-

    1.Terpanggil memberi ulasan dibulan mulia ini di mana AKIDAH Umat Islam sudah di perlekehkan terus-terusan,dicabar pada tahap yang berbahaya sekali secara menyemarakkan provokasi terang-terangan. Memurtadkan, malah dengan sengaja babi panggang pun di promosi untuk juadah berbuka ! Masakan mereka tidak tahu halal haram sensitiviti umat Islam. Bukan kah mereka rakyat Malaysia? Hebat mainan dan psikologi syaitan-syaitan ini. Mereka sudah tidak menghormati orang-orang melayu dan orang-orang Islam lain nya. Malah rumah ibadah kita juga sudah berani di pasungkan! Isu-isu sensitif bukan lagi menjadi kesalahan undang-undang. Perpaduan dan keharmonian tidak perlu lagi mereka semarakkan. Tinggal lah melayu kering kekontangan !

    2.T.Kasih kepada warga Perkasa,JAIS,Dr.Hassan Ali,Ketua Pemuda PAS dan semua warga Islam yang terlibat mempertahankan AKIDAH Islam kita semua.Pertahankan,selamatkan dan BERJIHADLAH. Kita punyai jihad yang sama. Cuma cara nya berbeza. Jika mati nya, MATI SYAHID. Janji Allah SWT itu BENAR. Tidak kah kita perhatikan Agama Islam kini bersemarak ke seluruh dunia,menjadi pilihan utama warga-warga Amerika dan Eropah? KENAPA ORANG-ORANG MELAYU TERUNDUR KE BELAKANG PULA ? SEPATUT NYA KITA LEBIH JAUH KE DEPAN. Pelik tapi benar-benar sudah berlaku dalam masyarakat melayu kini.

    3.Apa guna beragama Islam jika AKIDAH tidak lagi di pandang tinggi oleh Pemimpin-Pemimpin Melayu? Kenapa begitu hina sekali Institusi Raja-Raja Melayu dan DYMM di perkituk sebagai Ketua Agama Islam, Agama Rasmi Negara? Kenapa masih di biar berleluasa? Dimana pihak-pihak yang memegang AMANAH MELAYU dan ORANG-ORANG ISLAM ; yang pakar dalam penjagaan benteng-benteng nya? Sudah mati kah jiwa-jiwa mereka sehingga takut kuasa/kehormatan mereka hilang, lantas rela menjadi BACUL? Demi itu lah Watak Mat Jenin tidak boleh di buang dan di lupakan terus. Juga mengambil iktibar Watak lebai malang yang tamak ! Apa pula iktibar pak kaduk ?

    4. Begitu sedih sekali buat Hj.Hadi Awang dan TG Nik Aziz kerana menyebelahi pihak kafirun membeli dunia. Menggadaikan akhirat. Tidak jadi muslim patuh kecuali sudah menderhaka dan mensyirikkan Allah SWT.Jawab lah apabila tiba hari pembalasan nanti.Mereka semua tahu tipu daya yang di lakukan. Maka Allah SWT sebaik-baik pembalas tipu daya mereka semua.

    5.Jika tidak di balas di dunia fana secara tunai, maka layak nya saya mendoakan balasan kerana perbuatan menzalimi Umat Islam Malaysia. Itu pun jika mereka masih percaya dengan “hari berbangkit dan timbangan amal”. Nabi Hidir membunuh kerana “ilmu Allah dalam HAQ NYA” pada individu yang melakukan kerosakkan di muka bumi ini. Kenapa tidak di persaksikan? Ini pegangan akidah kita. Nabi Musa mengambil iktibar untuk di wariskan kepada Umat Nabi Muhammad SAW. Tidak kah Nabi Musa juga yang mengajar Rasulullah agar memohon kepada Yang ESA meringankan beban solat lima waktu kita ? Kenapa kita begitu sombong mendabik dada menghancurkan masa depan kita?

    6.Maka menjual AKIDAH dan merelakan orang-orang Islam menjadi murtad, nyata perbuatan salah. Amalan songsang perbuatan durjana manusia berpura-pura. Ini juga boleh di samakan dengan mengajar Ajaran Sesat. Maka yang sesat sudah tentu amat nyata sekali, TETAPI bersikap MUNAFIK,memanipulasi dan mempengaruhi KEPALSUAN seolah olah nya menjadi BENAR , wajar nya di rejam hidup-hidup.

    7.Musuh Islam tetap dengan agenda mereka. Allah SWT sudah mengingatkan. Ini kenyataan! Jangan menuding jari kepada mereka, kerana empat lagi jari menuding kepada kita sendiri menyatakan bahawa AKIDAH DAN KEIMANAN KITA SEMUA AMAT RENDAH NILAI NYA KERANA KITA SENDIRI BEGITU ASYIK MEMPERDAGANGKAN NYA ! DI BULAN MULIA INI JUGA AMALAN PUASA SUDAH TIDAK ADA JASMANIAH DAN ROHANIAH NYA. Waktu siang nya makan minum bebas di khalayak ramai dan di waktu malam nya maksiat bertambah-tambah berleluasa !! Kita tidak pernah peka kepada mereka yang BUTA AKIDAH ! Dakwah kita tidak berkesan samasekali demi kesedaran dan perpaduan ummah seperti yang di nobatkan. Hanya manis di bibir mulut sahaja atau sekadar melepaskan batuk di tangga.

    8.WALHAL KAFIRUN DAN ANUTAN AGAMA NYA TETAP DI JAGA RAPI DAN DI BENTENG AGAR TETAP KEBAL DAN BERTAMBAH KEKEBALAN NYA. SEGALA DAYA USAHA MEMUNGKINKAN DALAM KETETAPAN UNDANG-UNDANG YANG DI MOMOKKAN KELEMAHAN DAN KETIRISAN NYA.

    9.Mereka tidak takut dan gentar, kerana orang-orang melayu tidak akan berdaya bertindak kerana masih boleh di buai dalam tentangan pengaruh psikologi “mengakui kesalahan yang tidak di lakukan”. Ibarat senjata yang sudah memakan tuan. Kita sudah lupa menggunakan nya kerana menginginkan senjata yang lebih canggih di tangan orang lain yang MUSTAHIL akan di kongsi bersama! Senjata yang bakal meledakkan fosforus beracun membunuh kita semua, terbakar lebur menderita akhir nya…..

TERTAWAN

Assalamualaikum 

Sahabat pembaca ob21.net semoga sejahtera di Ramadan yang sudah di pertengah, ya 15 Ramadan hari ini.

Baik sahabat sekelain, baru baru ini kita di gemparkan dengan isu serbuan JAIS ke atas sebuah gereja yang mana ada maklumat mengatakan bahawa sedang menganjurkan aktiviti kemasyarakatan ( tetapi didalam Gereja yang tertutup) yang mana di antara hadirinnya terdiri dari orang Melayu beragama Islam.

Perkara ini sedang diselesaikan oleh pihak JAIS dan memang terdapat bukti termasuk bahan dokumen yang mengesahkan aktiviti kemasyarakantan yang di buat ada unsur unsur untuk mengkristiankan ‘tetamu’ Melayu tadi.. Nauzubilah min zaliq.

Saperti tulisan yang lalu telah pun aku nyatakan gerakan Mengkritiankan orang Melayu ini bukan baru dan tidak juga berselindung malahan ada yang terang terang malahan ada juga iklan aktiviti mereka didalam akhbar berbahasa English tempatan. 

Gerakan dakwah kristian ini mungkin sudah sampai kepada kemuncaknya bila mana satu perjumpaan paderi telah diadakan di pulau Pinang beberapa bulan yang lalu.

Yang mana didalam perjumpaan terbut mereka telah melafaskan janji untuk Mengkritiankan negara Malaysia ini dan juga berjanji untuk memastikan satu hari ini Perdana Menteri Malaysia ini adalah terdiri dikalangan penganut agama Kristian.

Akhbar Utusan dengan beraninya telah menyiarkan berita tersebut, maka bersuara lah beberapa orang Ahli politik berkepentingan menafikan berita tersebut dan meminta Utusan untuk memohon maaf dan seterusnya mengecam akhbar tersebut.

Turutan dari isu ini Adi Jagat Malaysia YB Dato Ibrahim Ali ( Presiden Perkasa, MP Pasir Mas) juga telah diserang dan di maki hamun oleh mereka yang cuba menegakkan benang yang basa, bila mana Dato Ibrahim berkata ‘sedia berjihat fisabillilah’ sekiranya mahu menjadikan agama Kristian agama rasmi Malaysia, didalam satu ceramahnya di Batu Cave, Gombak.

Kemudiannya di ikuti pula oleh seorang Ahli DAP yang juga berada didalam majlis tersebut membuat laporan polis mengatakan segala apa yang tersebar itu ada kebenarannya.

Perjumpaan paderi seluruh negara termasuk dari luar negara di Pulau Pinang yang memutuskan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia dan menjadikan orang Kristian sebagai Perdana Menteri Malaysia memang berasas dan ada kebenaranya tidak perlulah mereka ini menafikannya.

Cuma sahingga hari ini belum ada tindakan dari pihak yang berwajib, ada yang kata sudah sampai kepada pihak Peguam negara dan ada yang kata ini hanya isu politk sahaja, malahan kita tidak dapat melihat sebaran isu ini secara meluas mungkin mereka juga takut akan berlakunya lagi ‘Perang Salip’. Semangat Perang Salib yang berlangsung selama 200 tahun tidak pernah padam di sanubari penganut Kristian. Selagi Islam tidak ditundukkan, selagi itu mereka akan meneruskan propaganda halus mereka menyerang Islam.

Untuk makluman sahabat pembaca, Islam di Malaysia memang telah diserang dari pelbagai sudut. Lihat saja anak muda Melayu pada masa kini. Celik mata saja hiburan. Akademi Fantasia (AF), Idola Kecil, Mentor dan sebagainya, segmen hiburan yg diadakan semata-mata untuk melalaikan anak muda ini dari dekat dengan amalan agama mereka. Ia memang agenda terancang musuh-musuh Islam tapi tidak disedari oleh sebahagian besar daripada kita.

Malahan di bulan Ramadan yang mulia ini juga mereka sudah tiada lagi rasa hormatnya, lihat sahaja baru baru ini akhbar The Star yang menyiarkan iklan menu daging babi didalam ruangan menu berbuka puasa tidak kah ini terlalu kurang ajar. Tak akan tiada pekerja Melayu didalam sana yang sedar akan hal ini? atau mereka pun dah tak sedar diri yang mereka itu Melayu sebab seharian disogok dengan rezeki yang tidak halal.

Untuk makluman sahabat sekelian gerakan menyebarkan Kristian di negara ini bukan baru. Ia telah dijalankan sejak kedatangan penjajah Portugis lagi. Namun begitu, mereka tidak pernah berjaya. Orang Melayu masih teguh berpegang kepada ajaran Islam.

Status Islam sebagai agama rasmi negara ini tidak pernah disenangi oleh kelompok ekstremis Kristian. Mereka telah merancang pelbagai strategi untuk menamatkan status quo ini. Walaubagaimana pun , PRU 2008 telah mengubah lanskap negara ini dari pelbagai segi. Perpecahan kronik orang Melayu Islam pasca PRU 2008 telah membuka kesempatan untuk kaum bukan Melayu untuk melancarkan perang saraf menguji ketahanan orang Melayu. 

Pelbagai tuntutan melampau telah mereka suarakan kepada kerajaan. Mereka sedar orang Melayu telah lemah. Orang Melayu tidak mungkin dapat menghalang kemaraan mereka. Malaysia sudah semakin hampir jatuh ke dalam genggaman mereka. Nasib Malaysia baik kerana di dalam kekalutan ini, lahirlah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang memperjuangkan dan membela hak orang Melayu.. Allah masih sayangkan Malaysia dari di jajah semula. 

Kini, puak komunis-zionis DAP telah menjumpai satu formula terbaik untuk menakluk Malaysia. Mereka tahu jika terus memainkan sentimen anti hak keistimewaan Bumiputera mereka tidak akan menang selamanya apa tah lagi kini PERKASA telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Mereka tahu bahawan mereka tidak boleh hanya bersandarkan kepada sokongan orang Cina. Jadi mereka mencipta satu formula iaitu dengan memainkan sentimen keagamaan. Mereka menghasut penganut Kristian bahawa kerajaan tidak melayan mereka dengan adil. Kerajaan lebih mengutamakan agama Islam.

Walaupun gerakan mereka ini mendapat sokongan dari rakan sebantal mereka ia ini PAS walaupun mereka sering berminpi yang berlainan.

Lihat sahaja tindak tanduk PAS bila mana agama Islam di permain, mereka menyokong, Ngah Ko Meng dan beberapa orang pemimpin DAP yang memetik Alquran di persetujui dan di bolehkan oleh Nik Aziz, Malahan bila kes serbuan JAIS di Shah Alam mereka mengatakan tiada salahnya berada di dalam gereja sama saperti Ahli Parlimen mereka yang berada di dewan Solat saperti yang berlaku di beberapa masjid di Shah Alam dan Kajang. Sedang duduk perkara sebenar mereka tak pernah meneliti.

Jika dahulu orang Melayu boleh bergantung pada PAS untuk memperjungankan agama Islam, tetapi kini tidak lagi kerana PAS bukan lah sebuah Parti Islam sebenar dan baru baru ini telah pun menukar selogan parti mereka kepada “Parti Kebajikan” apa sahaja lah, yang penting “Kami mahu ke Putrajaya” kata Presiden mereka Hadi Awang.

Walaupun Putrajaya lenyap pun mereka tak ambil peduli. Saperti yang mana mereka pernah lafaskan untuk melelong Putrajaya jika berjaya menawannya…Bodoh dah tawan nak di lelong pula.

Semalam sebelum Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli dan masyarakat setempat, didalam satu kenyataan terbaru, Presiden Perkasa YB Dato Ibrahim Ali telah mengistiharkan bahawa PERKASA akan mengambil alih tugas PAS untuk membela Islam, Alhamdullilah Allah masih sayangkan dan mahu menyelamatkan negara Malaysia melalui PERKASA pula. 

Aku mengharapkan agar kerajaan dapat bertindak dengan cepat bagi menangani isu ini agar ia tidak merebak ke konflik yg lebih rumit. Tapi apakah kita boleh mengharapkan 100% kepada kerajaan saja? Kerajaan Malaysia hari ini walaupun di bawah pimpinan orang Melayu dilihat semakin tidak berupaya untuk bertindak terhadap dalang-dalang dari puak minoriti ini. 

Jadi, tak lain tak bukan orang Melayu sendirilah yg perlu bermuhasabah diri dan merenung semula apakah kelemahan mereka selama ini. Orang Melayu perlu bersatu! Serangan terhadap mereka telah mencapai tahap yg melampau. Orang Melayu tidak boleh lagi menjadi defensif. Mereka perlu melakukan serangan balas pula terhadap puak pelampau ini.

Sikap budi bahasa orang Melayu tidak pernah dikenang oleh puak pendatang ini. Mereka mengambil kesempatan terhadap sikap lemah-lembut orang Melayu. Mereka menganggap kaum Melayu lemah. Tetapi mereka silap. Orang Melayu bangsa yang suka memendam rasa. 

Mereka tidak suka mengganggu orang. Tapi apabila mereka diganggu dan digugat serta tahap kesabaran yang telah mencapai kemuncaknya, kaum yang mengugat keharmonian negara ini pasti akan menerima padahnya.
Orait sampai disini dahulu, insyaAlah ada kelapangan aku menulis lagi….
Semoga Allah lindungi kita dari segala musibah dan di permudahkan perjalan hidup dan mati kita…amin

Ps/– Tulisan asal untuk ob21.net

Ramadan - antara syariat dan adat

Nisar Mohammad Ahmad  Ogos 17, 11 8:56am - Malaysiakini


Bulan Ramadan yang penuh keberkatan telahpun secara rasmi memasuki fasa separuh keduanya.

Kalau dalam perlawanan bola sepak, separuh masa kedua adalah kesempatan terbaik bagi memperbaiki kelemahan semasa separuh masa pertama.
Jika gawang dibolosi beberapa kali semasa separuh masa pertama, maka kesempatan di separuh masa kedua perlu digunakan semaksima mungkin untuk memperbaiki kelemahan, memperbetulkan strategi dan mempertajamkan jentera serangan dengan harapan dapat beroleh kemengangan di akhir perlawanan.

Jika menang akan diberi mata kemenangan, jika tewas hanya penat dan lelah yang diperolehi tanpa sebarang mata. Begitulah juga halnya dengan Ramadan yang telah kita harungi sehingga ke separuh kedua ini. 
 
Alhamdulillah, kebanyakan kita masih mengekalkan momentum ibadah sebagaimana di permulaan Ramadan.

Masjid dan surau masih lagi dapat bertahan dengan jumlah jemaah yang ramai ketika Solat Tarawih walaupun tidak seramai ketika di permulaan Ramadan. Namun, lagu-lagu raya yang semakin galak dikumandangkan akhir-akhir ini begitu mengganggu konsentrasi kita untuk beribadah.

Lagu-lagu raya yang begitu awal dimainkan ini seolah-olah tidak sabar-sabar ingin menerima kehadiran Aidil Fitri dan dalam masa yang sama kita tidak sedar ia juga seolah-olahnya menyuruh Ramadan 'berlalu secepat mungkin' agar dapat segera berhari raya.Antara adat dan syariat

Begitulah suasananya Ramadan di tempat kita. Bila sampainya Ramadan, selain ibadah puasa, sahur dan tarawih, ia juga sinonim dengan bazar ramadan, murtabak, moreh dan sebagainya.

Ibadah puasa Ramadan juga begitu unik berbanding ibadah-ibadah lain. Ada orang yang solat berpuasa, orang yang tak bersolat juga berpuasa. Orang yang menutup aurat berpuasa, orang yang berpakaian seksi juga berpuasa.
 
Orang tua berpuasa, anak-anak kecil juga berpuasa. Bahkan jika ditanya kepada mak nyah di lorong-lorong di kota besar Kuala Lumpur itupun, pasti mereka akan katakan mereka berpuasa.

Bila waktu malam, mereka akan memendekkan 'waktu operasi' mereka bagi memudahkan mereka bangun awal untuk bersahur dan berpuasa. Para artis pula mengambil kesempatan sempena Ramadan untuk 'berehat' dari aktiviti-aktiviti seni bagi menumpukan kepada ibadah dan aktiviti-aktiviti amal.

Begitulah ragamnya masyarakat kita menyambut Ramadan dengan cara tersendiri yang bersandarkan kepada kefahaman masing-masing terhadap falsafah di sebalik Ramadan.

Walauapapun cara kita menerima kehadiran Ramadan, suatu yang semua perlu faham ialah natijah dan tujuan berpuasa ialah untuk meraih taqwa. Jika sinar ketaqwaan itu tidak terzahir daripada tingkahlaku kita, maka ada suatu yang tidak kena dengan puasa yang kita lakukan.

Taqwa sebagai matlamat puasa


Perkataan taqwa, meskipun didengar saban waktu - sekurang-kurangnya empat kali seminggu iaitu ketika mendengar khutbah Jumaat - namun masih ramai yang tidak memahami akan maksud dan falsafahnya.  
 
Buktinya, tindak-tanduk umat Islam kadang-kala tidak menggambarkan mereka faham akan maksud taqwa tersebut. Lalu apakah maksud taqwa itu sebenarnya?

Imam Ali bin Abi Talib mendefinisikan taqwa sebagai 'meninggalkan perbuatan maksiat, dan tidak tergoda dengan rasa sudah baik mengerjakan ketaatan'. Beliau juga membahagikan ciri-ciri taqwa kepada empat iaitu; Al-Khauf minal Jalil (Takut kepada Allah yang Maha Agung), Al-Amal bit Tanzil (Beramal apa yang Allah turunkan dalam Al-Quran), Ar-Ridha bil Qalili (Rasa cukup dengan sedikit yang kita ada) dan Al-Ist'dad ila yaumirrahiil (bersedia menghadapi hari keberangkatan/kematian).

Imam Syafie pula berkata, kamu boleh lihat diri kamu berada di puncak ketakwaan apabila berlaku perkara berikut: Al-Juud minal Qalil (Kamu bersedekah walaupun duit yang kamu ada tinggal sedikit), Al-War'u 'Indal Khalwah (Kamu bersikap wara' ketika kamu berseorangan) dan An-Takuna kalimata Haqqin Inda Ma Yukhafu wa Yurja' (Kamu dapat katakan kebenaran di hadapan orang yang kamu takuti dan kamu harapkan sesuatu daripadanya).

Seterusnya Al-Hasan mendefinisikan taqwa sebagai 'menjaga diri daripada yang diharamkan dan menunaikan yang diwajibkan.' Ibn Kathir pula manyatakan taqwa berasal daripada perkataan tawaqqi, iaitu menjaga diri daripada perkara yang tidak diingini manakala Ibn Abbas menggambarkan orang yang bertaqwa ialah mereka yang takut dalam keadaan berwaspada daripada balasan Allah dengan meninggalkan dorongan nafsu, dan mengharapkan rahmat Allah dengan percaya terhadap perkara yang datang daripada-Nya.

Begitulah pandangan-pandangan ulama yang sedikit sebanyak dapat menjernihkan lagi kefahaman kita terhadap maksud taqwa. Jika taqwa difahami, maka kita pastinya faham arah tuju puasa yang kita laksanakan. Jika puasa dan ibadah Ramadan yang kita laksanakan tidak berjaya membawa ciri-ciri taqwa ke dalam diri, maka pasti ada suatu yang tidak kena atau kecacatan dengan puasa yang kita laksanakan.

Pokok pangkalnya, setiap tingkahlaku yang dilakukan di atas mukabumi ini perlu berlandaskan 'ilmu'. Jika seorang penjenayah pun menggunakan ilmu dan berstrategi dalam melakukan jenayah mereka, apatah lagi apabila kita ingin melakukan ibadah kepada Allah, pasti ia perlu bersandarkan ilmu dan kefahaman yang jelas, bukan kerana ikut-ikutan.
 
Orang solat, kita pun solat, orang puasa kita pun berpuasa. Bila ditanya falsafah puasa dan kenapa kita perlu berpuasa ada juga yang tidak tahu.

Islam agama ilmu


Sesungguhnya Islam adalah agama yang berdiri di atas prinsip 'ilmu dan 'kefahaman' yang jelas berteraskan dalil dan hujjah, bukan ikut-ikutan atau warisan nenek-moyang semata-mata.

Bahkan ayat pertama diturunkan di dalam Al-Quran ialah berkaitan ilmu iaitu ayat 'Bacalah' (Iqra') di dalam Surah Al-'Alaq. Sepanjang pengamatan saya, lantaran tiadanya ilmu dan asas yang jelas tentang syariat Islam, maka terjadilah perkara-perkara seperti ramainya umat Melayu Islam kita yang sukar membezakan perkara syariat dan adat.

Natijahnya, tindak tanduk kita kadangkala tidak mencerminkan syariat Islam, tetapi lebih kepada adat yang telah kita anggap seperti syariat, malah ada kalanya, jika salah i'tiqad, adat tersebut boleh menyimpang daripada prinsip syariat yang sebenar.

Contohnya ada yang anggap menanam uri selepas kelahiran itu adalah tuntutan 'syariat', tetapi sebenarnya ia hanyalah adat dan petua nenek moyang. Bahkan akan menjadi khurafat jika kita beri'tiqad ia boleh menjejaskan kesihatan anak-anak dan sebagainya. Itu belum diambil kira amalan khurafat dan mistik yang lain seperti pemujaan dan sebagainya yang sememangnya orang Melayu amat 'pakar' di dalamnya.
Seterusnya, tanpa ilmu yang jelas tentang syariat juga akan menyebabkan kita mengambil sebahagian daripada Al-Quran dan meninggalkan sebahagian yang lainnya. Kita juga kadangkala akan lebih mengutamakan isu furu'(cabang) melebihi isu usul (pokok).

Senario yang berlaku hari ini mungkin boleh mengesahkan perkara ini. Contohnya; kita kisah tentang perlunya meletak atau menggantung ayat Al-Quran, gambar kaabah dan lain-lain di dinding rumah, tetapi kitatidak kisah jika ada penghuni-penghuni rumah dan anak-anak kita yang tidak menghadap qiblat (bersolat).

Perkara pokok di sini ialah solat, sementelah menggantung ayat Al-Quran adalah perkara cabang. 
 
Kita marah/sensitif bila ada bukan Islam masuk/ziarah masjid/surau tetapi kita tak marah/tak sensitif bila ramai Muslim yang tak pernah datang masjid/tak bersolat. Kita marah bila akhbar berbahasa Inggeris menyiarkan artikel/gambar babi, tetapi kita tidak rasa apa-apa apabila ada akhbar berbahasa Melayu yang menyiarkan iklan keputusan judi-4D,Toto, Magnum dan sebagainya.

Selain mengharamkan babi, bukankah Al-Quran juga mengharamkan judi, atau kita hanya beriman dengan sebahagian Al-Quran dan meninggalkan yang selainnya?

Kita marah bila ada bukan Islam ingin mendekati Al-Quran, membaca dan memahami tafsirannya, tetapi kita tidak kisahpun bila ramai muslim yang bukan sahaja tidak faham, malah buta Al-Quran.
 
Apabila menyambut maulidurrasul, kita rasa bersalah atau seolah-olah berdosa jika perarakan tidak dapat dibuat atas masalah tertentu, tetapi kita tidak rasa bersalah bila banyak hadis dan sunnah Baginda yang tidak diamalkan malah diperlekehkan.

Bukan salah perarakan itu, tetapi memperingati Rasulullah itu perlu dilihat dari skop yang lebih besar.

Senario seterusnya, apabila ada pihak yang mengeluarkan arahan (dengan bersandarkan dalil dan nas yang rajih) agar tidak diperdengarkan bacaan al-Quran sebelum laungan azan khususnya di waktu subuh, maka ramai yang menjadi hero dan bangun membantah seolah-olah arahan itu anti-Islam, namun anehnya bilangan yang pergi ke masjid untuk solat subuh masih juga Ssedikit.

Boleh diperiksa di mana-mana masjid dan surau hanya ada beberapa saf sahaja ketika solat subuh. Di manakah hero-hero yang lantang berbicara tadi? Soalnya, jika arahan yang dikeluarkan bersandarkan nas dan dalil, kita yang membantah kerana ilmu atau apa sebenarnya?
 
Penutup

Nah, begitulah sedikit sebanyak senario ketidahfahaman masyarakat tentang syariat Islam menyebabkan kejahilan di dalam agama terus berterusan. Lebih membimbangkan jika tindakan orang yang jahil terhadap syariat Islam ini akan menjadi fitnah kepada agama suci ini manakala orang alim hanya menjadi 'penonton' apabila orang jahil itu memburukkan imej agama.  
 
Sesudahannya, wajah Islam yang comel dan cantik dipandang dengan jijik oleh masyarakat. Bukan salah Islam itu, tetapi salah umat Islam yang tidak memahami agama mereka. Amat menyedihkan juga apabila ada sesetengah pihak yang suka jika ramai yang jahil tentang agama kerana kejahilan itu akan mudah dimanipulasi untuk kepentingan tertentu.

Justeru, bagi mengelakkan diri kita daripada dimanipulasi oleh mana-mana pihak, ilmu-ilmu tentang syariat Islam perlu dipertingkatkan agar amal ibadah yang kita laksanakan adalah bersandarkan ilmu dan diterima Allah hendaknya.

Bukanlah maksudnya kita perlu meningkatkan ilmu Islam sehingga ke peringkat PhD, tetapi memadailah kita faham perkara-perkara asas di dalam Islam. Yang paling penting keberadaan kita di dalam Islam ini juga perlu bersandarkan ilmu dan kesedaran yang jelas bukan kerana faktor 'genetik' atau warisan keluarga.  

Ramadan yang berbaki separuh bulan haruslah dimanfaatkan semaksimum mungkin bagi menampung kelompangan dan kekurangan di dalam amal ibadah kita. Mudah-mudahan amal ibadah kita yang berdasarkan ilmu dan kefahaman akan syariat akhirnya Insya Allah akan menghadirkan taqwa.

Kita juga mohon agar dijauhkan puasa kita daripada puasa adat berteraskan taqlid buta yang tidak akan memberikan apa-apa melainkan lapar dahaga.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.





Tuesday, 16 August 2011

AirAsia-MAS: Sejarah akan berulang kata Mahfuz



Abdul Rahim Sabri  Ogos 15, 11 5:59pm - Malaysiakini
 
Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa pertukaran saham syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dimiliki rakyat dengan syarikat penerbangan tambang murah Air Asia yang dimiliki individu dilihat "mengulangi sejarah lama" iaitu perpindahan MAS kepada Tan Sri Tajudin Ramli.
Selain itu, dakwa Mahfuz, penyelesaian luar mahkamah saman syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terhadap Tajudin yang didakwanya mempunyai kaitan, adalah "manifestasi kegagalan dasar dan program penswastaan" mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kedua-dua perkara ini merupakan simbol kronisme dan rasuah yang paling hebat dan penswastaan atas dasar 'who do you know' dan 'lu tolong gua, gua tolong lu'.

"Walaupun Tun Dr Mahathir telah bersara selama lebih kurang tujuh tahun, ingin saya katakan tetapi rakyat masih terbeban dengan bayaran, kebobrokan pemerintahan 22 tahunnya," katanya.
 
Sehubungan itu, katanya pertukaran saham Air Asia yang lebih tinggi berbanding saham MAS akan sekali lagi menyaksikan sejarah berulang seperti mana perpindahan MAS, syarikat yang dimiliki rakyat dan negara kepada Tajudin Ramli

Mahfuz mendakwa hal itu menunjukkan berlakunya permulaan kembali kepada zaman lama yang berkemungkinan suatu hari nanti Air Asia boleh mengambil alih MAS secara sepenuhnya. Ketelusan tinggi

"Ini satu perkara yang tidak mustahil, kalau pendekatan seumpama ini dilihat tidak mempunyai satu ketelusan yang sangat tinggi," katanya.

Minggu lalu, MAS dan AirAsia memeterai rangka kerja kerjasama komprehensif (CCF) untuk meneroka peluang sinergi dalam pelbagai bidang di bawah sektor penerbangan.
Di bawah perjanjian ini, Tune Air Sdn Bhd, pemegang saham terbesar dalam AirAsia, akan mengambil-alih 20.5 peratus saham dalam MAS manakala Kazanah Nasional Berhad pula akan memiliki pegangan 10 peratus saham AirAsia dan terus menjadi pemegang saham utama dan tunggal terbesar MAS.

"Menyatakan kerajaan masih mempunyai 'golden share', tetapi akhirnya ternyata yang untung adalah Tajudin Ramli, yang rugi adalah rakyat," katanya.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata beliau tidak pasti sama ada urusan pembelian saham tersebut sebelum itu diadakan mesyuarat agung dengan mendapat persetujuan pemegang saham minoriti.

"Saya juga meminta dalam isu penjualan pembelian (saham) MAS -Air Asia ini, kerajaan harus menjelaskan berapa liabiliti kedua-dua syarikat ini... Sebab rakyat ingin tahu mana liabiliti yang lebih besar, sama ada liabiliti mas kebih besar atau liabiliti air asia yang lebih besar.

"Berapa tunai yang Air Asia ada dan berapa tunai yang MAS ada, berapakah keuntungan yang dibuat oleh kedua-dua syarikat ini. Perlu diperjelaskan oleh kerajaan," katanya.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata MAS suatu ketika dahulu setaraf dengan Singapore Airline, Cathay Pasific dan Ittihad, tetapi kini syarikat berkenaan didakwa menanggung kerugian dan tidak dapat bersaing maju.
 
Bagaimanapun, beliau berkata lebih menyedihkan apabila perpindahan hak milik rakyat kepada Tajudin yang didakwanya menyebabkan MAS kerugian RM8 billion dan tidak dipertanggungjawab atas kerugian tersebut.

"Tiada siapa yang dipertanggungjawab atas segala kecurian sebanyak lapan billion, walapun pada peringkat awal sebelum itu ada usaha untuk mengheret Tajudin Ramli (ke mahkamah).

"Tetapi sekarang sudah ada keputusan untuk menyelesaikan atau menarik balik kes terhadap Tajudin Ramli daripada GLC-GLC yang terlibat," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Monday, 15 August 2011

Mufti: Larangan pembesar suara bukan fatwa


Ogos 15, 11 6:13pm - Malaysiakini

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad hari ini berkata larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh adalah
berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.

Katanya tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.
 
"Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.

"Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri.

Katanya banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.

Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ia tidak memerlukan perkenan Seri Paduka.

"Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya," katanya.
Beliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai sebelum masuk waktu subuh.

"Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan Al Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita," katanya.

Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) pada 12 Julai lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.
Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu.

- Bernama

'Larang pembesar suara bukan keputusan negeri'


Ogos 15, 11 11:25am - Malaysiakini
 
Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak pernah campur tangan dalam sebarang keputusan Majlis Fatwa Negeri yang melarang penggunaan pembesar suara sebelum azan subuh, kata Exco Hal-Ehwal Agama Abdul Malik Kassim.
 
Sebaliknya, menurut beliau, keputusan itu dibuat pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad dan dianggotai oleh para ulama, professional agama serta wakil daripada istana.

“Justeru, saya menolak dengan sekeras-kerasnya tohmahan pihak yang mengaitkan pimpinan kerajaan negeri terlibat dengan keputusan Majlis Fatwa tersebut.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang menghormati keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang bil. 2/2011 yang bersidang pada 7 April 2011, mengenai hukum membaca Al-Quran sebelum subuh dengan menggunakan pembesar suara,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan bahawa mesyuarat Majlis Fatwa bilangan 2/2011 yang dipengerusikan oleh mufti kemudiannya disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil.3/2011 pada 6 Jun lalu yang memutuskan bahawa bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara dari surau dan masjid sebelum waktu subuh adalah dilarang menurut hukum syarak.Boleh pertimbangkan

“Namun, kerajaan negeri berpendirian pentadbiran masjid dan surau boleh mempertimbangkan sama ada mahu meneruskan tradisi dan amalan sedia ada atau sebaliknya, setelah menerima pemberitahuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIPP) tentang keputusan Jawatankuasa Fatwa,” tambah beliau.
 
Abdul Malik berkata mereka sebagai pentadbir institusi agama sewajarnya menghormati keputusan Majlis Fatwa yang membuat keputusan berdasarkan hukum Islam, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Menurutnya, Majlis Fatwa memutuskan bahawa perbuatan tersebut boleh mengganggu orang lain sama ada yang berada di dalam atau di luar masjid demi maslahah ummah.

“Demi kepentingan politik sempit, pihak-pihak tertentu akan mengambil peluang mengekploitasi keputusan Majlis Fatwa tersebut. Pihak berkenaan pastinya akan menabur fitnah kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang anti-Islam.

“Dalam semangat Ramadan Al-Mubarak ini, demi kepentingan umat Islam, kerajaan negeri sentiasa membuka pintu rundingan dan mengalu-alukan muzakarah dan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi memartabatkan Islam di negeri bertuah ini.

“Malah, saya mengalu-alukan pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa bermuzakarah dengan pihak terbabit dalam semangat saudara seagama,” katanya.
Sebelum ini, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya (kiri) berkata amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di masjid dan surau dengan kuat adalah bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.

Turut menyokong tindakan itu adalah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bekas mufti Perlis Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.