Tulisan oleh Zanuddin Salleh Artikel Sep 29, 2010
Ruangan Artikel Pribumi Perkasa
http://www.pribumiperkasa.com/
Tanah Melayu tidak terbina dengan sekilap mata. Ia tidak disepuh dan disintuk limau bagi memancang kawasan naungannya. Bumi warisan para leluhur Melayu ini juga tidak pernah sunyi dari angkara, skema dan konspirasi dalang yang berhasrat menghancurkan bangsa Melayu serta menanggalkan jatidiri Melayu dari serkupan generasi pewarisnya. Buminya pernah menyaksikan puak durjana dan petualang bangsa bersekongkol dengan anasir-anasir yang hendak merobek dan meratah batang tubuhnya.
Sepanjang perjalanan sejarahnya, Tanah Melayu turut menyaksikan ribuan anak bangsanya gugur syahid dalam mempertahankan bumi ini dari pencerobohan, penjarahan dan penindasan kaum yang menjajah. Bukan 10 atau 50 tahun, tetapi lebih dari 400 tahun bumi Melayu dijajah. Tidak sedikit harta benda yang dikorbankan bagi menebus maruah bangsa. Ramai wanita menjadi janda, anak-anak menjadi yatim piatu dan kerabat saudara kehilangan orang yang tersayang.
Orang Melayu telah mengalami keadaan porak peranda ( displaced ), tinggal sehelai sepinggang ( dispossessed ), menderitai kecacatan kekal ( disabled ), dipaksa untuk menerima ‘takdir’ yang dirancang penjajah serta disogok dan dihasut untuk berpecah belah supaya mereka kekal lemah. Orang Melayu mempertahankan bumi ini bukan dengan jampi serapah dan mantera semerah padi, tetapi dengan keringat, air mata dan darah.
Bangsa Melayu pernah dianggap sebagai a condemned race ( bangsa yang dilaknat ), the lazy natives ( peribumi pemalas ), disenchanted lot ( kelompok yang terkeliru ), rural mentality ( minda kampungan ) yang retrogress ( mundur ) dan bermacam-macam lagi oleh orang luar yang dijerebui oleh persepsi untuk tidak membenarkan Melayu yang membawa Islam merdeka sepenuhnya. Mereka mahu melihat bangsa Melayu terpinggir, sentiasa menerima nasib seperti melukut di tepi gantang dan terpisah dari Islam.
Apapun, bagi pihak penjajah, orang luar dan kaum imigran, bangsa Melayu tidak harus dibiarkan menjadi ‘pemilik mutlak’ terhadap bumi mereka sendiri.
Pada keseluruhannya, masalah yang dihadapi oleh bangsa Melayu bukan sahaja beraneka-ragam, tetapi berputar-putar dan berbelit-belit dalam satu lingkaran ganas yang akhirnya akan menjerut leher bangsa Melayu sendiri.
Orang Melayu kini dihadapkan dengan persoalan-persoalan yang sepatutnya tidak timbul, apatah lagi setelah mereka melakukan pengorbanan besar terhadap orang-orang yang mendatang. Mereka kini sedang dicabar dan diserang dari segenap penjuru.
Memang semangat perkauman amat volatile dan persuasif. Ia mampu menjadi kuasa pemersatu yang ampuh lagi padu. Namun demikian, kekuatannya sangat bergantung kepada unsur-unsur yang lebih bersifat fitrah, yakni soal agama, budaya dan bahasa.
Bagi orang Melayu, di wilayah warisan nenek moyang mereka ini, kesemua unsur-unsur fitrah itu harus berada di puncak dan berkuatkuasa di atas segala tingkahlaku mereka sebagai individu dan sebagai suatu bangsa. Mereka tidak mungkin akan sanggup berkompromi dan berganjak, walau atas nama apa sekalipun, dari mengalihkan segala unsur tersebut berada di tempatnya yang mutlak. Sudah terlalu banyak yang telah mereka beri dan terlalu besar pengorbanan yang mereka curahkan kepada kaum yang tidak ada kena mengena dengan mereka sama ada dari segi nasib sejarah, pertalian nasab dan hubungan darah serta anutan agama. Pemberian dan pengorbanan itu tidak pernah dihargai dengan sewajarnya oleh kaum imigran.
Orang Melayu telah begitu pemurah menganugerahkan kerakyatan secara percuma kepada kaum imigran. Pemberian kewarganegaraan kepada kaum imigran pada tahun 1948 telah merubah lanskap sosio-ekonomi-politik Tanah Melayu dengan wujudnya sebuah masyarakat majmuk. Kewujudan masyarakat majmuk dengan perbezaan-perbezaannya yang fundamental menimbulkan pelbagai masalah yang meruncing, justeru kedegilan kaum-kaum imigran mempertahankan, malah dalam keadaan-keadaan tertentu, menuntut apa yang sebenarnya bukan hak mereka.
Dengan meminjam ungkapan Alias Mohamed dalam bukunya Wasiat Nasionalisme Melayu, ‘kesalahan sesaat tahun 1948’ telah menyebabkan orang Melayu berhempas-pulas dan mengalami kesulitan-kesulitan yang amat dahsyat dalam usaha mereka mempertahankan diri dari masalah yang ditimbulkan oleh kaum imigran. Kewujudan masyarakat majmuk tidak memperlihatkan berlakunya proses asimilasi atau akomodasi yang sewajarnya. Mereka tetap asing dalam bumi yang hendak dimiliki, memaksa orang Melayu surut dan tunduk kepada kehendak-kehendak mereka yang melampau serta meletakkan orang Melayu dalam keadaan serba salah yang berpanjangan.
Setelah membuka ruang seluas-luasnya kepada kaum imigran untuk menikmati kehidupan tanpa menimbulkan sebarang prasangka, orang Melayu seharusnya dihargai dan menerima balasan kesetiakawanan setinggi-tingginya. Namun, itu tidak terjadi. Orang Melayu terpaksa menghadapi tekanan politik, ekonomi dan budaya, malah agamanya turut diancam dan dipandang dengan penuh kebencian. Kaum imigran melalui pertubuhan-pertubuhan dan parti-parti yang mereka anggotai mulai lupa terhadap perjanjian dan semangat kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama sebelum mereka diberi taraf kerakyatan di Tanah Melayu dahulu.
Persefahaman yang telah dimeterai di antara ketiga-tiga kaum sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan menggalurkan beberapa perkara pokok yang harus terakru sah dan diterima pakai oleh semua pihak. Soal agama, kedaulatan insititusi Raja, bahasa, kedudukan dan hak-hak istimewa serta tanah simpanan Melayu harus terpelihara. ‘Ketuanan Melayu’ yang pada waktu ini sering dipertikaikan juga harus tidak disinggung. Kesemua ini adalah prasyarat kepada persetujuan orang Melayu menerima kaum imigran sebagai warganegara di Tanah Melayu.
Tetapi realitinya tidak demikian. Ketegangan kaum yang berlaku dalam tahun 1969 adalah manifestasi daripada kelupaan mereka terhadap semangat kontrak sosial. Ibarat kadok naik junjung, mereka bertindak di luar batas kesopanan, membakar sentimen dan mengusik-usik jiwa orang Melayu. Pada waktu itu, gayung bersambut dan kata berjawab. Sejarah telah merakamkan tragedi pahit yang memalitkan usaha murni kerajaan dalam membangunkan negara selepas mencapai kemerdekaan.
Di sebalik episod ngeri itu, orang Melayu selama ini masih lagi setia terikat dengan semangat kontrak tersebut, walaupun pelbagai karenah kaum imigran yang memualkan terpaksa mereka hadapi dengan mengertap bibir dan menelan air liur. Sementara itu pula, semangat kontrak sosial tersebut semakin kerap dicabuli dan kesabaran orang Melayu terus diuji. Apa yang dulunya tidak ditimbul dan dipersoalkan kini galak dibangkitkan, ibarat rumah siap pahat masih berbunyi.
Lama sebelum itupun kaum imigran telah menunjukkan tembelang mereka yang sebenarnya apabila pada tahun 1950 kerajaan Inggeris cuba mengadakan Perkhidmatan Nasional ( National Service ) dengan meminta penyertaan daripada semua kaum. Kesetiaan mereka teruji di sini. Ramai di kalangan orang Cina dan India bergegas meninggalkan Tanah Melayu. Menurut satu catatan, kapal-kapal ke India bertambah sarat dengan muatan orang-orang India hendak pulang ke negeri asal mereka sedang kira-kira 6,000 orang Cina yang layak menyertai perkhidmatan memohon visa untuk kembali ke negeri China.
Begitu juga catatan tangan Sir Henry Gurney yang ditemui beberapa hari selepas beliau meninggal dunia. Dalam catatan tersebut beliau menulis, “Perasaan marah di kalangan semua kaum makin menyerlah apabila melihat sikap orang-orang Cina yang seolah-olah tidak mahu membantu. Orang-orang ini ( orang-orang Cina ) hidup moncah dan mewah serta menumpukan seluruh tenaga mereka terhadap usaha mengumpul kekayaan…Pembesar-pembesar Cina berpuas hati dengan kehidupan yang lumayan di Singapura sambil membuat kecaman terhadap pihak polis dan pasukan keselamatan kerana ( bagi mereka ) melakukan kezaliman.”
Kelahiran kelas menengah dan golongan elit atasan Cina dan India menebalkan lagi sikap cauvinis, prasangka dan kebencian kaum imigran kepada orang Melayu. Mereka berperanan menyuburkan budaya ‘menuntut’ dan ‘tidak beralah’ di kalangan kaum imigran bila berhadapan dengan isu-isu yang menyangkut kepentingan orang Melayu. Semangat ini pula diterjemahkan menerusi suatu tindakan yang terancang sehinggalah matlamat dan segala apa yang mereka hajatkan tercapai. Penentangan kaum imigran yang menguasai modal sebetulnya mempunyai implikasi ras dan politik yang sangat tajam. Keadaan dan pola penentangan ini berlarutan hinggalah selepas Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.
Pada detik ini, realiti hubungan kaum tidak lagi menunjukkan imbangan kekuasaan ( balance of power ) yang diagih secara permuafakatan, tetapi ia lebih merupakan imbangan kecemasan ( balance of terror ). Percubaan untuk berselindung bagi memperlihatkan wajah lunak dan gambaran muluk-muluk tentang hubungan antara kaum tidak akan membawa kita ke mana-mana kerana hakikatnya ialah di bawah permukaan perhubungan itu ada isu-isu yang sedang berbahang dan menggelegak. Segala persoalan dan isu yang bersangkutan perlu diselesaikan tanpa menyembunyikan apa-apa, walaupun kenyataannya nanti amat pahit untuk ditelan.
Ruslan Haji Kasim,
Ketua Penerangan,
Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA)
Email:ruslankasim@yahoo.com.my

No comments:
Post a Comment