Search Everything

Thursday, 11 August 2011

MELAYU DI- LUPAKAN ?

Gesaan dan perhatian serta perjuangan yang di dokong MCA ternyata memberi sengat sehinggakan banyak perhatian kini diberikan kepada kaum Cina. Sebaliknya orang-orang Melayu yang menetap di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat di Pulau Pinang kini secara halus dan berperingkat kini di ambang pengusiran. Jelas semakin hari, semakin banyak hak orang Melayu kini dikeronyok. Keistimewaan dan perhatian yang diberikan kepada kaum Cina hari ini semakin ketara sehinggakan nasib orang Melayu seperti tidak terbela.

Tindakan terbaru Kerajaan melancarkan dana pinjaman yang memberi manfaat kepada 1.2 juta penduduk di 607 kampung baru di seluruh negara adalah terbit daripada perancangan yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Rancangan tersebut menyediakan dana pusingan sebanyak RM100 juta bagi tempoh RMK-10 dengan peruntukan RM15 juta pada tahun ini, sebelum dinaikkan kepada RM35 juta (2012) dan RM50 juta pada 2013 hingga 2015. Ia dilihat sebagai sesuatu yang ‘menyeronokkan’ buat kaum Cina tetapi di sudut yang lain seolah-olah menganaktirikan orang Melayu. 

Sejarah tanah air kepada kewujudan kampung-kampung baru Cina adalah disebabkan rancangan strategik Kerajaan pada era Emergency, ketika ancaman parti komunis yang saban hari cuba mempengaruhi orang-orang Cina memberontak kepada Kerajaan. Pelan strategik yang dirancangkan dengan usahasama British (General Sir Harold Briggs) telah berjaya memberikan hasil apabila pihak komunis tertekan disebabkan tidak mendapat bantuan fizikal dan moral dari orang-orang Cina ketika itu. Bermula dengan hanya 400,000 kaum Cina ketika itu, kini kampong –kampung baru Cina ini mempunyai hampir 1.2 juta orang penduduk.

Menerusi ucapan perasmian oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mentakab 1 baru-baru ini, bahawa kerajaan melaksanakan projek ini bukan bertujuan memancing undi masyarakat Cina di sebaliknya merupakan usaha berterusan kerajaan membantu semua kaum di negara ini. Beliau juga menegaskan pelancaran dana itu juga tiada kaitan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dikatakan bakal diadakan tidak lama lagi.

Muhyiddin turut memuji MCA kerana penglibatan parti itu dalam mewujudkan dana tersebut. Objektif program itu adalah untuk membantu penduduk kampung baru yang majoritinya masyarakat Cina memiliki hartanah selain meningkatkan taraf sosial mereka menerusi aktiviti perniagaan dan menaiktaraf keperluan tempat tinggal penduduk berkenaan.

Persoalan timbul mengapa usaha sedemikian dijuruskan hanya kepada kampung-kampung baru Cina, sedangkan kebanyakan mereka kini tidak lagi hidup di bawah kepompong kemiskinian. Dan walau pun wujud di kalangan mereka yang mempunyai pendapatan isirumah di bawah garis kemiskinan, kaum Cina mempunyai NGO dan pihak swasta yang mampu merencanakan projek bantuan ekonomi kepada golongan yang berhak dibantu di kalangan mereka. Perlu diingat syarikat media milik MCA, iaitu Star, kini sedang berura-ura menguasai empayar media di rantau Asia dengan tindakan pembelian terbaru beberapa syarikat media di Hong Kong. Mengapa perlukan dana biayaan Kerajaan sedangkan MCA sendiri mampu melakukannya?

Jika alasan untuk membantu mereka membayar premium, maka persoalan timbul juga kerana wujud di kalangan orang Melayu yang berpendapatan isirumah di bawah garis kemiskinan. Walau pun ada di kalangan mereka yang meneroka tanah dan di berikan pemilikan yang mewajibkan premium, ramai juga yang tidak mampu membayar permium, sekali gus memaksa mereka menjual tanah mereka kepada orang lain yang mempunyai kapasiti dan perancangan bisnes yang lebih baik.

Memang benar Kerajaan telah menjalankan projek-projek gergasi koridor ekonomi seperti NCER, ECER dan projek agropolitan, namun liputan tanah yang diusahakan adalah di kawasan hartanah berharga jauh lebih rendah dibandingkan kawasan bandar dan pinggir bandar. Namun masih wujud ramai lagi warga Melayu di bandar yang pendapatan isirumah mereka tidak mampu membolehkan mereka memilik hartanah, mahu pun rumah kediaman.

Lantaran itu, jika dana yang sama dapat diberikan kepada warga Melayu berpendapatan isirumah yang rendah, maka mereka juga bakal berupaya memiliki hartanah atau membiayai bayaran premium hartanah yang telah mereka perolehi. Adalah tidak munasabah untuk Kerajaan hanya memberikan tumpuan kepada masyarakat Cina, lebih-lebih lagi, laungan demi laungan yang dibuat oleh presiden MCA supaya hak orang Cina diambil kira, sedangkan orang Melayu kian terpinggir.

Jika dilihat dari sudut nisbah pemilikan tanah, orang-orang Melayu kini semakin hari semakin rendah penguasaannya. Adalah wajar sekiranya Kerajaan menyemak semula kegunaan Tanah Rizab Melayu supaya dapat diagihkan kepada orang-orang Melayu menerusi bantuan dana pemilikan dan kaedah pembayaran premium yang bernas supaya Melayu kembali kepada tahap yang sepatutnya seperti digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Aset ekonomi orang Melayu juga didapati sangat kecil. Premis perniagaan yang hanya meliputi sekitar 6% sahaja dari keseluruhan kawasan perniagaan, pemilikan perumahan kos rendah yang masih melambangkan tahap kuasa beli orang Melayu yang rendah dan terbatas, aset tanah orang Melayu yang semakin mengecil akibat dijual, tergadai atau diambil alih oleh kerajaan atas nama pembangunan, semua ini menambah rumitkan lagi pengupayaan ekonomi Melayu.

Ditambah pula peniaga-peniaga kecil Melayu di serata bandar sentiasa terdedah kepada pengusiran akibat pihak kerajaan dan pemaju yang sentiasa mengutamakan pembangunan pusat-pusat komersial yang berskala mega. Sementara itu ekonomi petani dan nelayan kecil, pekebun kecil getah dan peneroka tanah terus terpinggir. Kemiskinan di desa dan di bandar dipenuhi dengan wajah Melayu hidup “kais pagi makan pagi” bukan suatu fenomena yang sudah berlalu malah terus wujud dan merata.

Kembali kepada persoalan pokok, mengapa hanya perlu diberikan perhatian kepada segolongan tertentu sahaja, sedangkan majoriti Melayu yang mendokong semangat patriotik, yang tidak rela bumi dipijak dikuasai orang asing, yang tidak rela nasib politik tanah air dikeronyok pihak-pihak berkepentingan cauvinis perkauman dan bujukan anasir-anasir Yahudi dan Komunis, dibiarkan begitu sahaja.

Walau pun usaha-usaha Kerajaan kini menjurus untuk menambat hati semua kaum, supaya tidak memihak kepada Pembangkang yang rakus dan bersemangat untuk menguasai Putrajaya dengan mandat kemenangan yang mereka impikan dalam PRU13, adalah tidak wajar untuk hanya memberi ‘keseronokan’ kepada satu pihak sahaja, sedangkan Melayu terus terpinggir.
Bayangkan jika Pakatan Rakyat yang cauvinis perkauman berkuasa. Ke mana Melayu, ke mana Islam?

No comments:

Post a Comment