Search Everything

Thursday, 11 August 2011

Melayu jangan mudah tolak ansur.

PERKASA 11082011 : Perkasa merasa hairan bila sesuatu perkara yang berlaku dan melibatkan sensitiviti Melayu dan Umat Islam kita diminta bertolak ansur dan mudah memohon maaf dengan alasan demi menjaga keharmunian berbilang kaum. Apakah mereka boleh bertolak ansur bila hak keistimewaan mereka tercabar.
Abu Bakar Yahya atau lebih di kenali dengan panggilan ABY selaku Ahli Dewan Tertinggi merangkap Pengerusi Daerah Kelang berkata “Tidak cukup kah Tolak ansur yang kita lakukan sahingga mereka dapat menguasai ekonomi negara”. 

“Apabila kuasa ekonomi tidak di tanggan orang Melayu, kita mudah di pecah belahkan sahingga agama kita diperlekehkan”.Beliau merujuk kepada apa yang berlaku baru baru ini di Negeri Selangor dalam isu serbuan JAIS dan aktiviti memurtadkan orang Islam di Shah Alam.
ABY berkata “kita jangan menyalahkan orang lain atas kelemahan kita. Sebenarnya kita tidak pandai menggunakan kuasa mejoriti yang ada pada kita”. Melalui pesanan rengkas nya ke unit media sebentar tadi.

Seterusnya beliau juga berkata “Kita masih dengan igo kita dan berebut kuasa sesama sendiri”. 

Beliau turut menyeru kepada semua pemimpin pemimpin Melayu yang beragama Islam agar bersama sama memuhasabah diri dibulan Ramadan yang mulia ini untuk melihat dan mencari pendekatan bagi membena semula kekuatan agama dan bangsa kita agar kita tidak dituduh sebagai penghianat agama dan bangsa oleh keturunan kita nanti.

No comments:

Post a Comment