- Malaysiakini
Hazlan Zakaria & Lee Way Loon Ogos 8, 11 5:15pm
Ahli parlimen pembangkang membidas rancangan pertukaran saham di antara MAS-AirAsia yang didakwa akan melahirkan satu lagi bentuk monopoli yang bakal menyebabkan kualiti pengangkutan udara rakyat Malaysia terus terjerumus.Ia mewujudkan monopoli ataupun sekurang-kurangnya oligarki. Monopoli adalah penghalang utama tunggal dalam proses pembaharuan ekonomi Malaysia,” kata ketua jabatan penyelidikan PAS Dzulkefly Ahmad.
Beliau mengulas tindakan Khazanah Nasional yang menjual 20 peratus daripada 69 peratus saham yang dimilkinya dalam MAS kepada Tony Fernandes secara 'penjualan bersilang' (share swap) dengan saham Air Asia yang dimilikki oleh Tune Air Sdn Bhd. Sebaliknya Khazanah juga akan membeli sejumlah saham Tune Air.
"Kita sedar MAS hadapi kerugian bersih RM243.3 juta untuk suku pertama tahun ini berbanding keuntungan sebanyak RM310.6 juta untuk tempoh yang sama tahun 2010 dahulu."Kita juga faham, MAS dalam unjuran kerugian untuk tahun ini,kalau sesuatu yang drastik tidak dilakukan.
"Tetapi tindakan ini bukan jalan penyelesaiannya bahkan rakyat dan penggunalah yang bakal rugi. Ini bukan sahaja pandangan saya sahaja bahkan dikhuatiri pelbagai pihak" katanya.
Menurut Dzulkefly, monopoli sebenarnya menyaksikan kekayaan dihalakan ke tangan segelintir mereka yang dipilih. Oleh kerana kekurangan persaingan yang adil, monopoli tidak menghiraukan usaha bagi memperbaiki kualiti produk atau perkhidmatan mereka.
Dzulkefly berkata antara contoh 'monopoli' yang wujud sekarang adalah seperti cengkaman Media Prima ke atas media elektronik terestrial, penguasaan TM ke atas infrastruktur internet dan juga monopoli ke atas gula, beras dan tepung yang diberikan kepada 'kroni' kerajaan.
"Persaingan adil dalam industri penerbangan akan mewujudkan persekitaran yang lebih baik dan memberi manfaat,” katanya.Pandangannya juga dikongsi bersama oleh setiausaha publisiti DAP Tony Pua.
Katanya, rancangan pertukaran saham itu mengimbaunya kembali pada tahun sebelum 1999 ketika negara hanya mempunyai satu syarikat penerbangan.
"Ia hanya boleh menyaksikan pengguna yang akan rugi,” kata Pua.
Menurutnya, pertukaran saham itu akan mengurangkan daya saing penerbangan udara Malaysia.
"Tony Fernandes (CEO Air-Asia) tidak akan bersaing sengit dengan syarikat penerbangan negara - ini umpama cubaan bunuh dirinya sendiri - ini kerana beliau akan memiliki kira-kira 20 peratus saham,” kata Pua yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara dan mendapat didikan ekonomi dari Universiti Oxford.
Sementara itu, AFP melamporkan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd akan cuba mendapatkan kawalan pengurusan jika perjanjian pertukaran saham kedua-dua syarikat itu menjadi kenyataan.Urus niaga kedua-dua syarikat penerbangan itu digantung hari ini berikutan laporan akhbar hari ini bahawa pertukaran itu akan menyaksikan AirAsia memiliki 20 peratus pegangan dalam Malaysia Airlines.
Memetik sumber dalamam industri berkenaan, berkata kawalan pengurusan adalah syarat utama rundingan berkenaan yang bertujuan membantu Malaysia Airlines yang kini bergelut supaya tidak rugi.
Pengumuman rancangan itu dijangka dibuat seawal esok, kata pegawai dalam industri penerbangan itu sambil menambah pegangan saham sehingga 30 peratus mungkin ditawarkan.
Pengumuman rancangan itu dijangka dibuat seawal esok, kata pegawai dalam industri penerbangan itu sambil menambah pegangan saham sehingga 30 peratus mungkin ditawarkan.
AirAsia dikendalikan oleh jutawan Tan Sri Tony Fernandes, yang membeli syarikat penerbangan berkaitan kerajaan lebih sedkad yang lalu ketika ia bergelut untuk melakukan impak.
No comments:
Post a Comment