Search Everything

Tuesday, 9 August 2011

ABIS MADU SEPAH DITERAJANG

Dari Laman Blog Zulkfili Nordin - http://zul4kulim.blogspot.com/

Salam 2 all.

Teman sangat bersimpati dengan nasib yang menimpa YB Datuk Dr. Hasan Ali yang berdepan dengan serangan bertubi-tubi, bukan sahaja daripada kristian dan kafir la'natullah, malah daripada partinya sendiri. Parti yang begitu angkuh mendabik serban mendakwa mereka pejuang Islam, parti yang sanggup mengkafirkan orang lain semata-mata tidak tunduk kepada kehendak mereka; parti yang kini mengeluarkan patwa rupanya perjuangan negara Islam tak ada dalam Quran!

Bagi yang tidak mengenali Dr. Hasan Ali, terutamanya golongan yang pada lewat tahun 1990an masih pakai diapers, atau masih di Tadika lagi, Dr. Hasan Ali pada kemuncak kehebatannya adalah seorang yang sangat dihormati dan disanjung oleh umat Islam bangsa Melayu. Ini kerana beliau seorang professional, anak Melayu yang mempunyai ijazah doktor falsafah PhD, seorang pegawai tinggi kerajaan yang terjun kedunia dakwah dan pendidikan.

Dr. Hasan Ali mengasaskan sebuah entiti dinamakan Sabha Group, yang beroperasi daripada Bangsar Baru (depan Menara UOA sekarang). Melalui entiti ini, Dr, Hasan Ali memperkenalkan "kem motivasi" yang biasanya dibuat di kem Sabha di Ulu Langat. Beliau lah orangnya yang mempopularkan "kem motivasi". Berduyun-duyun ibubapa khususnya menghantar anak-anak mereka ke "summer camp" Dr. Hasan Ali. Ramai ibu-bapa menangis melihat perubahan anak mereka dalam hanya beberapa hari sahaja menghadiri kem tersebut.

Dikemuncak kegemilangan beliau, Dr. Hasan Ali dipanggil menjadi moderator satu program yang dipanggil "Forum Perdana Ehwal Islam". Program ini adalah forum yang dihadiri panel 2-3 orang ulama' atau ustadz yang disiarkan secara langsung oleh RTM 1 pada tiap malam Juma'at. Program ini sudah menjadi begitu hambar sehingga orang naik meluat menengoknya. Ia memberi persepsi buruk kepada uslub da'wah Islam.

Namun apabila Dr. Hasan Ali mengambil alih, beliau menukar format dan membuat re-branding kepada program ini. Diselitkan dengan unsur-unsur lawak bersahaja, dan mengupas isu semasa yang menjadi bualan umat dan orang ramai. Dibariskannya gabungan ulama' dan profesional, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum itu. Tiba-tiba program "Forum Perdana Ehwal Islam" meletup, menjadi program top hits dengan rating yang begitu tinggi. Nama "Dr. Hasan Ali-motivasi-Forum perdana" adalah sinonim. Tiba-tiba ramai yang meniru cara Dr. Hasan Ali. Muncullah pelbagai kem motivasi dan forum perdana macam cendawan tumboh merata-rata.

Diwaktu kemuncak kegemilangan Dr. Hasan Ali, tiba-tiba berlaku peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim pada 02 Sept 1998. Orang Melayu Islam berpecah. Ramai yang menjadi terpinga-pinga. Dan ramai yang marahkan Tun Mahathir dan UMNO. Tetapi pada masa itu tiada alternatif lain bagi orang Melayu. Untuk menyertai PAS jauh sekali, kerana PAS pada masa itu adalah parti yang dilihat jumud dengan golongan penceramah yang syok sendiri, ceramah maki hamun dan kata mengata, fitnah memfitnah dan asyik menyalahkan orang lain.

Dalam keadaan itu, maka kepimpinan PAS masa itu menghantar beberapa misi berjumpa Dr. Hasan Ali untuk memujuk beliau menyertai PAS. Ringkas cerita, setelah beberapa usaha memujuk beliau berjalan, akhirnya Dr. Hasan Ali menerima pelawaan menyertai PAS.

Teman masih ingat lagi betapa gegak gempitanya PAS pada masa itu. Tiba-tiba PAS mendapat nafas baru. Dr. Hasan Ali dikompang keliling negara. PAS yang selama ini dilihat parti pak ustad tiba-tiba mendapat wajah baru - wajah profesional. Kemasukan Dr. Hasan Ali membuka ruang baru kapada PAS bila ramai para profesional dan golongan iktisad menyertai PAS. PAS melihat gelombang baru yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Gema takbeer makin kuat mencecah pintu langit. Orang yang paling kecewa pada masa itu ialah Tun Dr. Mahathir yang melabel Dr. Hasan sebagai "ungrateful".

Ujian pertama Dr. Hasan Ali ialah pilihanraya 1999, hampir setahun selepas Anwar dipecat. Buat pertama kali dalam sejarah negara, Dr. Hasan Ali memenangi dua kerusi serentak dalam satu pilihanraya umum, Parlimen dan DUN. Tidak pernah berlaku seorang calun menang kedua-dua kerusi yang terletak di dua negeri berlainan dan berjauhan. Dr. Hasan Ali mencipta sejarah, memenangi kerusi DUN Durian Burung dalam Parlimen Tanjung Karang, Selangor. Dan beliau juga memenangi kerusi Parlimen Parit Buntar, Perak. Dan kedua-duanya adalah kubu kuat UMNO. Maka bertambah gemilang kedudukan Dr. Hasan Ali, sehingga tanpa sebarang keraguan beliau diminta menduduki kerusi Naib Presiden PAS, jawatan yang beliau menang dengan undi terbanyak.

Salah satu sumbangan terbesar Dr. Hasan Ali ialah dengan tertubuhnya Kompleks PAS Selangor di Tg. Karang. Dengan usaha beliau sendiri, mengumpul dana dan lain-lain, Dr. Hasan Ali berjaya membina sebuah kompleks untuk PAS yang besar dalam negeri Selangor, diwaktu UMNO dibawah Khir Toyo begitu berkuasa sehingga lupa diri di Selangor. Kompleks yang dinamakan KOMPAS. Kompleks PAS Selangor berdiri megah dibumi Selangor, lebih besar dan multifungsi daripada Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melewar. Alhamdulillah teman bernasib baik menjadi antara penceramah yang paling awal menggemakan dewan KOMPAS dengan pidato perjuangan dan da'wah Islam.

Dr. Hasan Ali satu-satunya pimpinan PAS yang mengadakan siri kuliah dirumah. Teman masih ingat lagi bagaimana Dr. Hasan Ali mengadakan program tafaqquh fiddeen, program da'wah yang diadakan dianjung rumah beliau yang terletak berhadapan dengan Masjid Al Ghufran, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Ramai tokoh ulama', professional dan iktisad dipanggil menyampaikan kuliah, termasuk lah teman yop. Sambutannya sangat menggalakkan. Ramai yang hadir sehingga sesak rumah dibuatnya, ada yang datang dari jauh semata-mata mahu bersama dalam program tersebut.

Setakat yang teman kenal, Dr. Hasan Ali sangat istiqomah dalam perjuangan Islam. Samada program motivasi, kem kecemerlangan diri atau keluarga, summer camp, forum perdana dan banyak lagi; satu mesej jelas yang beliau akan sampaikan ialah tentang keindahan Islam, kehebatan Islam, keunggulan Islam sebagai satu cara hidup yang syumul. Tidak terbatas kepada hukum hakam halal haram sahaja, sebaliknya satu aplikasi kehidupan yang sangat relevan dan boleh dipraktikkan yang akan membawa kejayaan dunia dan akhirat; samada peringkat individu, kanak-kanak, remaja, dewasa, suami isteri dan lain-lain. Banyak buku dan hasil tulisan beliau yang diterbitkan dan dipasarkan yang mendapat sambutan luar biasa. Kaset ceramah beliau laku macam goreng pisang panas. Ceramah beliau dihadiri ribuan orang. Namun, Dr. Hasan Ali tetap seorang insan yang sangat merendah diri, cakap penuh hikmah dan nasihat, tidak pernah mendabik dada membangga diri. Dr. Hasan Ali muncul sebagai "the real walking Muslim".

Itulah sedikit latarbelakang Dr. Hasan Ali. Kalau nak ditulis, panjang kisahnya yop. Teman pulak kebetulan berkesempatan bersama dengan Dr. Hasan Ali dalam banyak program. Dan teman berasa sangat bertuah diberi peluang mendampingi tokoh saperti Dr. Hasan Ali. Banyak yang teman pelajari daripada masa bersama beliau. Teman masih ingat lagi ayat motivasi beliau bila kekadang teman komplen keletihan dengan siri ceramah ke merata negeri. Pernah kami nak berceramah di Baling, bertolak lepas asar dari KL. Sampai Baling terus berceramah, lepas tu terus balik ke Kuala Lumpur malam tu jugak. Esok kami ada kuliah suboh pulak ditempat masing-masing. Dalam keadaan macam tu, keletihan kekadang mencengkam semangat berda'wah.

Dr. Hasan Ali pernah beritahu teman, "cuba bayang bagaimana Nabi saw memanjat Jabal Nur untuk ke Gua Hira', merentas padang pasir dari Mekah ke Madinah, semuanya untuk kita umat Islam". Kebetulan teman pernah berpengalaman mendaki Jabal Nur ke Gua Hira' pada waktu malam. Perjalanan dua jam memanjat gunung batu yang penuh dengan kerikil dan batu tajam. Sekurang-kurangnya ramai pemanjat lain bersama teman, dan lampu terang benderang. Zaman Rasulullah saw? Tak boleh nak bayang yop. Itulah yang memberi semangat kepada teman untuk teruskan misi perjuangan Islam. Kalau Nabi saw sanggup berkorban untuk kita, mengapa pulak kita tak boleh berkorban untuk Islam?

Hari ini, Dr. Hasan Ali tetap Dr. Hasan Ali. Perjuangan Islamnya tidak luntur. Memegang jawatan Exco Selangor bagi Hal Ehwal Agama bukan satu habuan bagi beliau, tetapi satu amanah yang perlu dipertanggungjawabkan dihadapan ALLAH swt nanti. Beliau selalu bertanya kepada dirinya, "boleh kah aku jawab dihadapan ALLAH nanti". Teman pernah bertanya Dr. Hasan Ali semasa isu rampasan arak oleh MBSA. Dengan berani dan tanpa takut sedikitpun kepada biaDAP atau mana-mana kafir, Dr. Hasan Ali membela tindakan MBSA merampas arak yang dijual dikedai-kedai runcit dan serbaneka secara terbuka dalam negeri Selangor. Tindakan yang mengundang kemarahan rakan sekongkol PAS iaitu biaDAP.

Bila ditanya adakah beliau tidak takut kehilangan jawatan, kata Dr. Hasan Ali, "ALLAH ynag memberi, dan ALLAH boleh mengambilnya semula. Mungkin ALLAH ambil semula kerana mahu menyelamatkan aqidah kita". Sebenarnya itulah kata azimat yang teman pegang semasa berdepan dengan tentangan dan caci maki kaum Anwarinas dan kafir harbi sewaktu isu kalimah ALLAH. Walaupun ramai dikalangan kaum Anwarinas bersetuju membenarkan kristian kafir la'natullah menggunakan kalimah ALLAH dalam bentuk triniti, namun teman memilih untuk menentang, dengan keyakinan kepada surah Al-Ikhlas. Bila ditanya tidak takutkah dipecat daripada parti, jawapan teman, "mungkin itu cara ALLAH mahu menyelamatkan teman dari fitnah aqidah yang sedang melanda". Fitnah yang Dr. Harun Din sendiri sebut sebagai murtad bagi mereka yang menyetujui kristian mengguna kalimah ALLAH.

Hari ini Dr. Hasan Ali melalui apa yang teman sudah lalui. Cuba bayangkan Haji Hadi, yang terkenal dengan amanat Hadi yang membawa kepada isu kafir-mengkafir sesama Islam, tiba-tiba membuat kenyataan selepas mesyuarat PAS pusat semalam bahawa penjelasan Dr. Hasan Ali mengenai cubaan Gereja Damansara Utama untuk mendakyah kristianisasi kepada umat Islam tidak cukup. Kegiatan gereja yang berselindung disebalik "misi bantuan", dan mencemar bulan Ramadhan dengan menjemput umat Islam berbuka puasa digereja mencetuskan isu besar apabila JAIS bertindak membuat siasatan digereja tersebut.

Tindakan JAIS yang bersesuaian bukan sahaja dengan membela dan mempertahankan Islam, malah menepati dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dikutuk sebagai campurtangan dalam urusan gereja. Tindakan biaDAP gereja menghina Islam tidak dipersalahkan, tetapi tindakan JAIS membela Islam pula yang jadi bahan cemuhan dan kutukan. Bukan sahaja dikalangan kaafirun, malah kepimpinan Melayu dalam pakatan pembangkang termasuk PKR dan PAS turut sama mengutuk JAIS. Malah MB berbangsa Melayu tiba-tiba menjadi begitu apologetik kepada gereja. Belumpun menerima lapuran penuh JAIS, MB Melayu yang bangang ini telah memohon ma'af terlebih dahulu kepadan kaum kristian dan pihak gereja la'natullah ini. Begitu bacul dan dayus segelintir bangsa melayu sekarang.

Dalam keadaan itu, tiba-tiba Dr. Hasan Ali, Exco Hal Ehwal Islam Selangor, yang sudah mendapat lapuran lengkap JAIS, bangkit mempertahan dan membela tindakan JAIS. Teman difahamkan dalam mesyuarat tergempar Exco yang diadakan pada 04 Ogos, Dr. Hasan Ali diserang habis-habisan oleh kaum kafir la'natullah. Malangnya tiada seorangpun exco Melayu, yang berani bersuara membela dan mempertahankan Dr. Hasan Ali.

Dan yang paling malang, kepimpinan PAS Selangor dan pusat juga langsung tidak membela Dr. Hasan Ali. Malah beliau dicemuh dan dikutuk oleh rakan sekongkolan PAS, dan dibiarkan tanpa pembelaan.

Haji Hadi, Presiden PAS yang serban tak pernah lekang kat kepala juga tidak memilih untuk membela Dr. Hasan Ali. Sebaliknya beliau menghina Dr. Hasan Ali bila membuat kenyataan bahawa "PAS pusat akan berjumpa terus dengan JAIS dan gereja untuk mendapat penjelasan".

Bukankah Dr. Hasan Ali Exco Hal Ehwal Islam, dan juga AJK PAS Pusat? Mengapa tidak diminta Dr. Hasan Ali, sebagai Exco, mendapatkan butiran dan maklumat lanjut daripada JAIS jika Haji Hadi berasa maklumat yang disampaikan oleh Dr. Hasan Ali tidak cukup?

Apa hak PAS nak minta JAIS mengadap dan berikan penjelasan? Haji Hadi tak tahu kah nak bezakan antara parti dan kerajaan? JAIS adalah sebuah jabatan kerajaan, bukan lujnah dalam PAS. JAIS hanya menjawab kepada Tuanku Sultan, MAIS, Exco Hal Ehwal Islam atau MB. JAIS tidak langsung bertanggungjawab kepada mana-mana parti politik, samada UMNO atau PAS. Kalau PAS mahukan penjelasan lanjut daripada JAIS, mereka boleh buat sedemikian melalui Exco iaitu Dr. Hasan Ali. Meminta terus daripada JAIS melangkaui Dr. Hasan Ali adalah satu penghinaan besar terhadap Dr. Hasan Ali. Seolah-olah Haji Hadi tidak percaya kepada Dr. Hasan Ali! Seolah-olah suara Dr. Hasan Ali sudah tidak laku dan tidak diterima dalam PAS!

Kalau sebuah parti politik boleh meminta jabatan kerajaan mengadap dan memberi penjelasan kepada mereka, adakah kelak nanti kalau biaDAP tidak puashati dengan JAIS maka mereka juga boleh memanggil JAIS untuk memberikan penjelasan? Cuba bayangkan kalau UMNO atau BN yang buat sedemikian, sudah pasti kaum Anwarinas dan biaDAP akan menyalak memaki hamun UMNO/ BN sebagai mencampuri urusan Jabatan Kerajaan!

Yang teman pelik tu, kenapa Haji Hadi beriya-iya sangat nak dengar penjelasan daripada gereja? Tidak salah dengar daripada pihak gereja, tetapi sikap ini mestilah konsisten, dan samarata samarasa. Tapi kenapa hanya bila timbul isu membabitkan kafir harbi ini beriya-iya nak dengar dari pihak kristian, walaupun Dr. Hasan Ali, AJK PAS pusat sendiri dah berikan penjelasan. Ini sudah jelas sikap double standard, talam banyak muka! Kerana dalam isu Anwar dituduh meliwat Saiful, Haji Hadi langsung tidak berminat nak dengar penjelasan Saiful. Sedangkan Saiful seorang Muslim, yang sudah membuat sumpah muhabalah lagi. Mengapa Haji Hadi hanya mendengar dari Mat CD sebelah pihak sahaja, sedangkan Saiful dimaki hamun dengan tuduhan qazaf dan lain-lain?

Mengapa pulak Haji Hadi langsung tidak mahu mendengar penjelasan daripada Datuk Eskay? Kenapa hanya mendengar daripada Mat CD sahaja? Sedangkan Datuk Eskay, rakan baik Mat CD itu bukan sahaja ada bukti dalam bentuk videoklip, malah sudah membuat sumpah mubahalah. Dan Datuk Eskay seorang Muslim, sedangkan gereja Damansara yang cuba mendakyah agama kristian kepada umat Islam itu terang-terang kafir, bukan kafir biasa, tapi kafir harbi. Bukan sahaja penjelasan Datuk Eskay tidak mahu didengar, malah beliau dimaki hamun dan disumpah seranah dengan pelbagai label daripada fasik kepada munafik, malah ada kaum anwarinas dan Koonyet:2 mengkafirkan Datuk Eskay!!! Dan Haji Hadi hanya mampu kata "tak jumpa negara Islam dalam Quran!".

Dengan kafir harbi Haji Hadi beriya-iya nak dapatkan penjelasan, daripada sesama Muslim bukan sahaja beliau tidak mahu mendengar penjelasan, malah Haji Hadi mengeluarkan pelbagai patwa dan ayat untuk mengelak daripada mendengar penjelasan Saiful dan Datuk Eskay, malah siap menjatuhkan pelbagai rupa hukuman keatas mereka. Adakah Haji Hadi juga takut kepada kebenaran sebagaimana Mat CD takut kepada kebenaran, sehingga sumpah mubahalah tidak berani buat, sehingga sampel DNA tidak mahu beri, sehingga jam Omega tetap kononnya dikunci rapi. Dan caci maki, sumpah seranah, dan maki hamun yang dihamput terhadap mereka oleh kaum Anwarinas dan Koonyet:2 langsung tidak diambil peduli oleh Haji Hadi dan yang sewaktu dengannya!!!

Dan yang paling malang, Dr. Hasan Ali, insan yang bukan sahaja banyak berjasa kepada PAS, malah mengharumkan perjuangan Islam dengan pendekatan yang sangat praktikal, realistik dan Islamik, yang berjaya mengeluarkan PAS daripada kepompong kejumudan dan kelesuan hari ini menjadi bahan sepak terajang dan punching bag bukan sahaja oleh kaum kafir harbi, malah oleh partinya sendiri. Bak kata hadis Melayu, "abis madu sepah dibuang".

Teman tidak akan terkejut kalau selepas ini Dr. Hasan Ali akan dituduh sebagai barua dan balaci UMNO. Malah tidak mengejutkan jika ada yang memfitnah Dr. Hasan Ali sebagai ejen BN. Dan teman tidak akan terkedu kalau ada yang menuduh YAB Dato' Sri Najib memperkudakan Dr. Hasan Ali. Malah teman tidak akan terkejut kalau ada yang menuduh Dr. Hasan Ali dibayar RM2juta oleh Dato' Sri Najib atau UMNO. Kerana apa? Kerana memang perangai dan kemampuan mental kaum Anwarinas dan Koonyet:2 ini terhad takat itu sahaja. Bila sudah ketandusan hujah, dan bila sudah kelu lidah dan otak untuk berbahas secara bertamaddun dan berilmiah, kaum Anwarinas dan Koonyet: 2 ini pasti akan melemparkan pelbagai pembohongan, putarbelit, penipuan, pertuduhan, tohmah dan fitnah. Dan lagi canggih kalau dapat heret Dato' Sri Najib dan UMNO sekali; itu sudah menjadi jampi-mentera mereka sejak azali!

Ini pun teman dah dapat maklumat mereka sedang merancang untuk menyerang peribadi Dr. Hasan Ali. Konon PAS banyak bantu Dr. Hasan Ali. Konon Dr. Hasan Ali banyak berhutang dengan PAS. Konon Dr. Hasan Ali menghadapi masalah perniagaan, dan memerlukan bantuan kewangan besar. Yang Dr. Hasan Ali sudah nak bankrap. Yang Dr. Hasan Ali...isyk..isyk..isyk..macam-macam mereka boleh buat yop. Teman tahu, sebab teman sendiri pun dah kena dengan pembohongan, penipuan, putar belit, caci maki, sumpah seranah, fitnah dan tohmahan puak Anwarinas dan kaum Koonyet:2 ni.

Kepada Dr. Hasan Ali, bersabarlah sebagaimana bersabarnya Rasulullah saw dalam berhadapan dengan karenah kaum musyrikin Mekah. Rasulullah saw sendiri berdepan dengan kata nista dan fitnah bukan dari orang lain, malah daripada ahli keluarga Baginda sendiri. Memang ramai keturunan Abu Lahab, Abu Jahal dan segala abu dikalangan kaum Anwarinas dan kaum Koonyet: 2 yang kini bertenggek didalam PAS, PKR dan biaDAP. Bersabar sahajalah. Walaupun maklumat sahih yang teman dengar sudah ada konspirasi dan agenda jahat untuk memaksa Dr. Hasan Ali dipecat bukan sahaja daripada jawatan Exco Negeri Selangor, malah dipecat daripada AJK PAS Pusat. Dan nama Dr. Hasan Ali hampir pasti tidak akan dicalonkan bagi pilihanraya PRU 13 nanti. Kaum Anwarinas dan penyembah Mat CD akan pastikan nafsu mereka untuk ke Putrajaya tidak dihalang oleh pejuang Islam saperti Dr. Hasan Ali yang dibenci oleh biaDAP dan kafir harbi. Dr. Hasan Ali kini dilihat sebagai batu penghalang mimpi kalkatus kaum Anwarinas ke Putrajaya!

Kepada Haji Hadi, ingatlah pesan teman. Jangan ingat Haji disayangi oleh kaum Anwarinas dan penyembah Mat CD yang ada sekeliling Haji sekarang. Mereka hanya menunggu masa. Mereka ini umpama anjing liar yang sedang meleleh limpah airliur mereka untuk bertakhta di Putrajaya. Dan mereka sangat berharap kepada undi para kafir dan sokongan kaum biaDAP. Sesiapa sahaja yang dilihat sebagai musuh kafir dan dibenci biaDAP, pasti akan disembelih tanpa belas ihsan. Mereka sudah lakukannya kepada Ustadz Nasaruddin Mat Isa. Mereka sedang lakukannya kepada Dr. Hasan Ali. Dan Haji Hadi sendiri adalah calon yang sedang menanti untuk disembelih anjing-anjing liar ini. Malah mereka pernah mengutuk Haji Hadi secara terbuka, dan pernah tanpa sedikit kemaluan pun mereka pernah desak Haji Hadi letak jawatan. Jangan Haji ingat dengan tunduk na'am kepada nafsu mereka, Haji akan selamat. Ini kaum yang tidak kenal batasan akhlak, tidak kenal siapa lawan siapa kawan. Ini kaum yang mementingkan diri mereka sendiri. Satu hari nanti teman cukup yakin Haji sendiri akan disembelih oleh kaum ini. Jangan nanti Haji kata tidak pernah diberi peringatan. Apa yang mereka telah lakukan kepada Ustadz Nasarudin dan kepada Dr. Hasan Ali, teman percaya Haji akan laluinya nanti insyallah.

Kepada para ulama', 'ilmuan dan pejuang Islam yang masih ada saki baki didalam PAS, bangkitlah pertahankan Islam. Mengapa mike semua menjadi manusia dayus dan bacul berhadapan dengan jentera kafir dan toghut yang sedang menghancurkan Islam. Janganlah menipu diri sendiri dengan berkata nanti berkuasa tahulah kami apa nak buat. Itulah kata-kata golongan hipokrit dan al-kazeeb. Kalimah ALLAH sudah mereka jual, anak-bini sudah mereka gadai, ulama' dan pejuang sudah mereka sembelih; apa lagi yang mike tunggu. Pembohongan, penipuan, putar belit, fitnah-memfitnah, maki hamun dan caci maki adalah makanan harian mereka. Mereka ini kaum yang sanggup menyondol depan belakang; halal haram dosa pahala tidak ada dalam kamus kehidupan mereka. Yang mereka tahu, kerusi kekuasaan dan mahkota Putrajaya mesti mereka duduki, at all cost! Umat mengharapkan mike semua, rakyat bergantung kepada mike untuk melakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh mike: berjihadlah untuk kebenaran! Hapuskanlah kaum Anwarinas dan penyembah Mat CD yang ada didalam PAS. Kembalikanlah PAS kepada perjuangan sebenar; menegakkan sebuah Daulah Islammiyyah yang melaksanakan syariat dan undang-undang Islam.

Janganlah mike semua nanti dimangsakan saperti Ustadz Nasaruddin Mat Isa, saperti Dr. Hassan Ali. Janganlah menunggu sehingga "abis madu diperah, sepah disepak-terajang!!!".

Yang baik datang daripada ALLAH, yang tidak daripada kelemahan teman sendiri.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
08 Ramadhan 1432
08 Ogos 2011


No comments:

Post a Comment