Dari Mata Pena Apr 24, 2011 - http://www.pribumiperkasa.com/?p=5340
Hari ini saya tertarik untuk menulis mengenai Kesatuan Melayu Muda yang satu ketika dahulunya menggegar Tanah Melayu dengan gerakan parti haluan kiri.
Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan pada 1938 di Kuala Lumpur, ibu
negara Negeri-negeri Melayu Bersekutu oleh Ibrahim Yaakob untuk
melindungi hak-hak orang Melayu dan menentang penjajahan British.
KMM merupakan pertubuhan politik bersifat kebangsaan yang pertama di
British Malaya. Pertubuhan ini berhasrat untuk menggulingkan
pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu dengan tindakan keras dan
menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia di bawah Panji Melayu Raya.
Perjuangan yang amat radikal ini menyebabkan pihak Inggeris menggangap
mereka pejuang berhaluan kiri. – Sumber Wikipedia
Mungkin jika pada hari ini mereka masih wujud, semestinya peranan
mereka melindungi hak kaum melayu terus berkibar. Tetapi silapnya
mereka telah dibubarkan atas alasan mengancam kedudukan status negara
pada masa itu.
Pada pendapat saya, jika kesatuan melayu seperti ini mampu untuk
melindungi kaum melayu sendiri bersendikan syarak dan berlandaskan
Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, mengapakah tidak
diwujudkan dengan garis panduan yang baru?
Semestinya peranan dan kuasa anak muda dalam mempengaruhi sesebuah
negara itu telah membuka mata termasuklah pemimpin tertinggi atasan
negara. Mari kita lihat Dataran Tahrir, Mesir bergema akibat revolusi
gerakan anak muda di negara tersebut. Bukan kami mahukan reformasi,
tetapi melindungi hak kaum pribumi kerana semakin lama semakin
tergugat hak melayu dan bagaimana anak melayu boleh ‘survive’ di masa
hadapan.
Mungkin sudah tiba masanya anak muda perlukan gerakan seperti kesatuan
melayu muda dan bergabung tidak kira fahaman politik, bukan untuk
perkauman, tapi untuk kebaikan bangsa dan negara.
Apa yang saya dapat lihat dan saya percaya anak muda melayu boleh
berkongsi tempat dengan semua kaum tetapi apa yang kami mahukan kaum
lain boleh menghormati hak orang melayu sendiri.
Saya tidak mahu melihat bangsa saya merengkuk di tanah mereka
sendiri.
Dahulu Malaysia dikenali dengan Tanah Melayu. Tanah Melayu adalah
untuk orang melayu. Tapi bukan bermakna kami tidak boleh berkongsi
dengan kaum-kaum lain. Selain itu, saya dapat lihat perpaduan antara
kaum yang wujud telah membuahkan hasil dalam pembentukan dalam
kerajaan persekutuan. Kalau kita dapat lihat Parti Perikatan 1957
(yang lebih dikenali dengan Barisan Nasional) dan Barisan Alternatif
1998 (lebih dikenali dengan Pakatan Rakyat kini) bersatu dengan
membariskan pelbagai jenis kaum sebagai pemimpin.
Kebebasan beragama juga telah dipraktikan semenjak kewujudan awal.
Sedangkan zaman Rasulullah SAW (Selawat dan Salam keatasnya dan
keluarganya) mendirikan Piagam Madinah sekalipun memberi kebebasan
beragama. Tetapi ditegaskan bahawa orang yang murtad akan dihukum
bunuh.
Jadi ternyata kepimpinan Melayu Islam itu lebih relevan. Anak muda
melayu seharusnya sedar bahawa kita akan memimpin di tanah kita
sendiri pada masa hadapan.
Kalau kita boleh ambil iktibar, nasib bangsa melayu Singapura.
“ … menjadi kuli …… rakyat Melayu yang diam di pantai-pantai
dan keliling Pulau Singapura yang mencari kehidupan bekerja menangkap
ikan.Adapun ikan yang dijual mereka itu di pantai-pantai dan kemudian
pula dijual di pasar-pasar sangatlah berjauhan harganya yang
mengejutkan seseorang, dan jika ada seorang pegawai kerajaan yang
boleh mengaturkan sesuatu peraturan supaya keuntungan peraih-peraih
itu dikurangkan maka satu kebajikan yang amat besar lagi yang
sebenarnya boleh ia menabur di atas nelayan-nelayan Melayu
Singapura….”Mengenai sekolah-sekolah vokasional, Pengarang Straits
Times itu menerangkan.“ …adapun sekolah-sekolah pertukangan yang
ada dalamSingapura itu tidaklah berfaedah dan berguna kepadakebanyakan
belia-belianya sebab sekolah itu menerimabudak-budak daripada sekolah
Inggeris sahaja ……”Segala masalah yang berlaku di Singapura juga
terdapat di Melaka dan di Pulau Pinang. Melihatkan orang-orang Melayu
yang tidak stabil kedudukannya dari segi sosial,ekonomi dan politik
KMS telah menunjukkan simpatinya dengan niat yang suci bagi menolong
mereka. KMS rasa Melaka juga perlu mempunyai satu kesatuan seperti
KMS. KMS mahu menyelamatkan orang-orang Melayu dari penekanan dan
penindasan orang-orang asing khasnya dalam bidang ekonomi dan sosial.
Pada waktu itu diskriminasi sosial yang hebat diterima oleh
orang-orang Melayu.
– Sumber http://baharam.blogspot.com/2009/01/sejarah-politik-awal-melaka.html
Ini adalah pendapat peribadi. Tiada unsur untuk membangkitkan
perkauman, cuma berkongsi kesedaran mengenai nasib bangsa melayu.
Tulisan ini juga tidak dipengaruhi mana-mana pihak terutama parti
politik.
Nurhafizuddin Suraddi
nurhafizuddin91@yahoo.com
No. tel:+60135060706
No comments:
Post a Comment