Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mengakui beliau menghantar surat kepada syarikat-syarkat berkaitan kerajaan (GLC) pada 8 Ogos lalu berhubung penyelesain dengan Tan Sri Tajudin Ramli, tetapi menafikan mengarahkan mereka membatalkan saman ke atas bekas pengerusi Penerbangan Malaysia itu.
Nazri berkata tindakan itu adalah atas kapasitinya sebagai menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal undang-undang dan berikutan cadangan oleh Tajudin untuk menyelesaikan kes-kes yang tertangguh.
Justeru, katanya ia bukan sesuatu yang wajib bagi GLC membatalkan saman mereka tetapi mereka dimaklumkan berhubung situasi baru yang boleh mereka ambil.
“Tajudin telah berhubungan dengan kami sejak enam bulan lalu dan mencadangkan penyelesaian.

"Saya menulis kepada GLC terbabit selepas mendapat kelulusan daripada Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, dan sebagai menteri bertanggungjawab mengenai undang-undang kerana kes ini telah berlarutan sebegitu lama - enam tahun,” kata Nazri kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
Katanya, tidak perlu bagi GLC berkenaan mematuhi nasihatnya dan terpulang bagi mereka menentukan pilihan terbaik demi menjaga kepentingan mereka.Tiada jaminan menang
"Jika mereka berpendapat, mereka ada peluang untuk menang, mereka boleh teruskan dengan saman. Sebagai entiti yang sah, mereka mempunyai hak untuk membuat keputusan sendiri.

“Saya hanya menulis kepada mereka mengingatkan bahawa Tajudin (kiri) telah menghubungi (kerajaan) dengan hasrat membuat penyelesaian dan saya hanya meminta mereka mengkajinya,” katanya.
Menurut Nazri proses mahkamah bukan sahaja memakan masa tetapi tidak ada jaminan kemenangan akan berpihak kepada mereka.
“Katakan kes ini dibicarakan, ia mungkin ambil masa lima hingga enam tahun dan mungkin ada rayuan pula. Ia mungkin ambil masa 10 tahun lagi. Kita juga tidak tahu sama ada ia akan berpihak kepada kita ataupun Tajudin. Sebab itu penyelesaian luar mahkamah dicadangkan.

“Bagaimanapun, jika ini diselesaikan, ia tidak sepatutnya menambahkan kos pada pihak kerajaan,” katanya.
Awal hari ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Nazri kerana didakwa mengeluarkan surat kepada GLC untuk menarik balik saman yang difailkan ke atas bekas Tajudin.

Antara GLC yang menyaman Tajudin itu adalah Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holdings Bhd, Pengurusan Danaharta Bhd, Malaysia Airlines and Duta Skyline Bhd.
No comments:
Post a Comment